Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Kerajaan Selangor Disaman Lagi, Kali Ini 1001 Warga Emas Tuntut Caruman Takaful

Posted: 26 Feb 2013 09:30 PM PST



Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini sekali lagi berdepan dengan gerakan menuntut janji-janji yang telah ditaburkan lima tahun lalu sebelum mereka berkuasa di negeri Selangor ini.

Jika sebelum ini, kumpulan yang menuntut janji air percuma, elaun ibu tunggal, bantuan RM50 kepada anak-anak yang belajar di pra-sekolah, hari ini kumpulan warga emas yang dipimpin Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo menfailkan saman melalui Tetuan Kamaruddin & Partner di Mahkamah Tinggi Shah Alam menuntut caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Peguambela, Kamaruddin Ahmad berkata, plaintif-plaintif adalah penduduk negeri Selangor yang bertaraf warga emas yang sejak lima tahun ini tidak menerima dan gagal menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Defendan pertama adalah kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada parti-parti politik dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Tindakan Demoratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Defendan kedua adalah Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Defendan Pertama.

Semasa tempoh berkempen untuk pilihanraya umum yang diadakan pada bulan Mac 2008, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk membuat caruman takaful sebanyak RM2,500 kepada golongan warga emas di negeri Selangor sekiranya pakatan pembangkang ini memenangi pilihanraya tersebut,"ujarnya selepas menfailkan saman permulaan 1001 orang warga emas dari daerah Shah Alam, Ampang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, berdasarkan manifesto pakatan pembangkang, setiap warga emas di negeri Selangor layak menerima caruman takaful tersebut daripada defendan pertama.

Berdasarkan definisi yang digunapakai oleh pakatan pembangkang, golongan warga emas ini meliputi semua rakyat Selangor semua rakyat Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.

"Manifesto defendan pertama yang telah dideklarasikan kepada penduduk negeri Selangor semasa berlangsungnya kempen pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 merupakan satu representasi oleh pakatan rakyat yang menjadi anggota defendan pertama.

Manifesto defendan pertama menjadi asas kepada kerajaan yang ditadbir defendan pertama dan defendan kedua.

Kini, warga emas yang merupakan plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui caruman takaful yang dijanjikan kepada golongan warga emas ini," tambahnya.

Kini, kerajaan negeri bukan sahaja gagal membuat apa-apa caruman takaful kepada warga emas ini malah telah menyalahgunakan kuasanya dengan tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan tanggungjawabnya membuat caruman takaful kepada warga emas di negeri Selangor ini.

Dalam masa yang sama, Datuk Ismail Kijo menyamakan pakatan PKR-DAP dan PAS  ini sebagai Pakatan Kasanova Rakyat  kerana menjanjikan manifesto yang hanya ingin menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja.

"Janji-janji manifesto dari pakatan PKR-DAP-PAS hanya bertujuan untuk menarik dan mempengaruhi pengundi-pengundi memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin dekat.

Untuk apa mereka membentangkan manifesto baru pakatan pembangkang sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang. 

Mengapa Roh Altantuya Menangis .....??

Posted: 26 Feb 2013 09:10 AM PST


Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.

Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang sehingga kini masih kekal bersama.

Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya hanya satu - untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya itu pula bukan anak Razak Baginda.

Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya demi kepentingan politik.

baca seterusnya di watan-online

Betul ke SMS BN Selangor ..... ??

Posted: 26 Feb 2013 07:16 AM PST


Siapa punya angkara nie ....

Sms palsu yang disebar melalui satu nombor menggunakan celcom prepaid bernombor ...... 0133868376

Hasil risikan sahabat2 -

Pemilik no hp berkenaan ialah : Ic. 950802105714 Wan surya Nadia binti wan azmi Alamat : 6-0-4 kelumpuk tempua b jalan 9/56 ampang ulu klang.

Budak lagi ni.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Manifesto Pakatan Bagaikan ‘Kasanova’, Bila Dah Dapat Segalanya, Mangsa Akan Ditinggalkan Begitu Sahaja

Posted: 26 Feb 2013 04:17 AM PST




Janji-janji manifesto dari pakatan PKR-DAP-PAS hanya bertujuan untuk menarik dan mempengaruhi pengundi-pengundi memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin dekat.

Penyelaras BN Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, untuk apa mereka membentangkan manifesto baru pakatan pembangkang sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

"Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru.

Mereka ini macam kasanova. Mereka hanya ingin menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, salah satu janji yang dibuat dalam manifesto pakatan pembangkang ini ialah memberikan Skim Bonus Warga Emas dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
"Di Selangor pada masa ini, ada lebih 300ribu orang yang berumur 60 tahun ke atas yang sepatutnya menerima caruman takaful dari kerajaan negeri yang dijanjikan PKR dan PAS Selangor dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu.

Namun sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak berbuat apa-apa. Kita tak nafikan daripada hampir 30 janji yang ditaburkan pakatan di Selangor pada PRU12 yang lalu, hanya satu yang ditunaikan iaitu air percuma, itupun tidak sepenuhnya,"

Tambahnya, dalam manifesto yang lalu, mereka berjanji akan memberi bantuan berbentuk caruman takaful kepada golongan warga emas, tetapi kerajaan negeri memberi pelbagai alasan dengan mengatakan warga emas dibantu dengan cara lain.

Perkara ini sama sahaja dengan isu ibu tunggal, air percuma dan juga bantuan kanak-kanak tadika tetapi akhirnya mereka kata tidak pernah berjanji. Kerajaan negeri berterusan menipu rakyat demi agenda mereka untuk berkuasa.

"Kalau benarlah mereka mampu menunaikan janji manifesto mereka, tunjukkan dulu pelaksanakaan dan menunaikan dulu janji-janji yang telah mereka taburkan di negeri Selangor ini dahulu. Saya nasihatkan kepada rakyat 1Malaysia khususnya di Selangor ini, jangan kita tertipu lagi buat kali yang kedua, sebaliknya terus memberikan sokongan dan undi kita kepada Barisan Nasional yang terbukti telah mendahulukan rakyat dan membela rakyat selama ini," ujarnya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>