ANGIN PERUBAHAN |
Pernah Pertikai Kalimah Allah, Guan Eng Juga Perlu Disiasat Posted: 15 Jan 2015 08:28 PM PST Ketua Menteri Pulau Pinang ini nampaknya bercakap main lepas sahaja sekarang ini. Dalam isu Eric Paulsen, nampaknya Guan Eng seolah cuba menyalahkan pihak polis bila menahan Eric untuk siasatan. Mengapa mereka dilihat cuba mempertahankan seorang yang telah tuduh JAKIM sebar unsur keganasan dalam Khutbah Jumaat? Untuk rekod, bulan lepas Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila beliau berkata bukan Islam di Pulau Pinang bebas untuk menggunakan kalimah Allah. Lim dilaporkan mendakwa bahawa Enakmen Negeri Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004 tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam (baca sini) Nampaknya Guan Eng juga perlu ditahan sama untuk disiasat kerana turut mempertikai kedudukan Islam di negara ini. Apakah orang Islam (yang masih ada dalam PAS, PKR dan yang mula hendak masuk DAP) tidak sebar apa rancangan besar mereka (DAP & PKR) sedang buat di negara ini. Satu persatu mereka pertikaikan, apa tujuan akhir mereka sebenarnya? |
You are subscribed to email updates from ANGIN PERUBAHAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |