BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Nurul Izzah sah bercerai talak satu
- Isu baju kurung, penjelasan sebenar akhirnya diperolehi dari pengetua, PIBG
- Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini
- Bekas juara Akademi Fantasia mengaku diajak jalin hubungan songsang
- (Video) Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep – Shuib
- Mahkamah jatuh hukum terhadap Zizan
- Gym tawar tukang urut telanjang
- Artis ditahan selepas persembahan
Nurul Izzah sah bercerai talak satu Posted: 15 Jan 2015 07:37 AM PST
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mensabitkan jatuh talak satu selepas Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai terhadap Nurul Izzah, 35, pada 4.17 petang. Lafaz itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak-pihak yang bersetuju untuk menyelesaikan kes cerai secara bersama. Selain itu, mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama antara Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berhubung hak penjagaan anak mereka (hadanah). Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 8, dan Raja Ahmad Harith, 5. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24029#sthash.IaL4QFvh.dpuf | ||||
Isu baju kurung, penjelasan sebenar akhirnya diperolehi dari pengetua, PIBG Posted: 15 Jan 2015 05:31 AM PST Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani. Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul. "Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung. "Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama hari ini. Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu. Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri. Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan. Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung. Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar. Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan. "Tak ada arahan dikeluarkan kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru hari ini. Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini. Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut. – Bernama, 15 Januari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-salah-tafsir-arahan-kata-pengetua-mengenai-halangan-baju-kurung#sthash.iErnp1uy.dpuf | ||||
Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini Posted: 15 Jan 2015 05:01 AM PST KUALA LUMPUR: Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri. Bagaimanapun menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam. Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi. Kepada BH Online, Diana yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan. "Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya. Di sebalik dugaan hebat ini, Diana turut berkongsi mengenai dirinya yang sudah mengenakan tudung sejak 23 Disember lalu. "Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap. "Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah. "Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," katanya tenang. | ||||
Bekas juara Akademi Fantasia mengaku diajak jalin hubungan songsang Posted: 14 Jan 2015 11:01 PM PST
Berkongsi lanjut mengenai hal itu, pelantun lagu Perempuan ini menyatakan dia pernah diajak menjalinkan hubungan songsang atau sejenis beberapa kali. Bagaimanapun, dia cepat menyedari perkara itu lantas mengelak daripada terus terjebak. "Saya belum terfikir tentang cinta lagi dan sekarang mahu fokus pada kerja dulu. Saya tetap lelaki sejati dan tidak bermaksud saya tidak bercinta, saya ini tidak suka pada perempuan," katanya kepada Malaysian Digest. Menurutnya, dia menyedari niat lelaki yang mempunyai hubungan songsang menerusi cara bersalam termasuk perbualan telefon. "Ada lelaki menelefon saya dan mengajak keluar bersama tetapi saya tidak melayannya. Apabila sudah banyak kali hampir terkena, saya sudah boleh mengesan dan mengatasinya. "Saya sebenarnya tidak kisah berkawan dengan sesiapa asalkan ikhlas tetapi jika individu itu mempunyai niat lain, lebih baik saya mengelak daripada terus berkawan," katanya. Juara Akademi Fantasia 2013 berkata, hubungan cinta bukan sesuatu yang baru padanya apatah lagi pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini dan mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya menjadi lebih matang. "Hubungan cinta sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana bekas teman wanita saya tidak memahami kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Saya bukan mahu mengatakan saya seorang yang kuat bekerja tetapi kerjaya menuntut saya tidak mempunyai banyak masa untuk bersamanya," katanya. Ditanya mengenai ciri-ciri wanita pilihan, anak jati Tawau, Sabah ini menyatakan dia tidak memilih dari segi fizikal asalkan gadis itu seorang yang memahami. "Saya tidak memilih, asalkan cukup sifat dan memahami," katanya. Menyentuh tentang perkembangan kerjaya, Faizul bersyukur apabila perjalanan seninya berjalan lancar dan lebih menggembirakan sebaik album sulungnya mendapat respon positif dalam kalangan peminat. Namun, dia mengakui ramai peminat lebih mengenali lagu nyanyiannya berbanding dirinya. "Mungkin sebab tahun pertama saya dalam industri hiburan ini, saya lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk kerja pembikinan album.
"Namun, saya bersyukur kerana rezeki semakin murah dan lagu saya juga tersenarai sehingga menjadi juara beberapa carta radio tempatan dan Singapura," katanya yang akan turut menjayakan persembahan Hafiz & Friends Showcase yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada 25 Januari ini. - mD | ||||
(Video) Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep – Shuib Posted: 14 Jan 2015 08:31 PM PST Kemunculan Sepahtu di pentas MLM 2014 Jumaat minggu lalu memberi kejutan buat peminat dan penonton selepas ketiadaan Jep yang terpaksa menarik diri pada saat akhir. Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan 'Stand-up comedy' dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan. Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lalu. Astro Gempak sempat menemubual secara eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu. Nak tahu lebih lanjut jom tonton video berikut sekarang! | ||||
Mahkamah jatuh hukum terhadap Zizan Posted: 14 Jan 2015 08:10 PM PST Mahkamah Seksyen memerintahkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak tidak menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi selepas bekas pengurus peribadinya, Marina Juki berjaya mendapatkan injuksi sementara terhadapnya kerana melanggar kontrak. Hakim Hassan Abdul Ghani memberikan perintah injunksi sementara itu kepada Marina, 31, ketika mendengar permohonan injunksi wanita itu semalam terhadap Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Razak, 31. Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi tetap atau sebaliknya terhadap Zizan pada 6 Mac depan. Prosiding tersebut dihadiri oleh peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyane Abdul Rahman yang mewakili Marina sebagai plaintif dan peguam Gandhi Mohan bagi pihak Zizan (defendan). Bagaimanapun, Marina dan Zizan tidak hadir. Ketika ditemui pemberita, Harjit memberitahu, anak guamnya berjaya mendapat perintah injunksi sementara itu dan mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum injunksi tetap diputuskan pada bulan Mac depan. sumber : Kosmo! | ||||
Gym tawar tukang urut telanjang Posted: 14 Jan 2015 07:15 PM PST Bangkok: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah kelab kecergasan kerana membenarkan beberapa wanita bogel bergaul dengan lelaki yang menggunakan kemudahan di situ. Jurucakap polis, Prawut Thawornsiri berkata, kes itu terdedah melalui rakaman video yang tersebar di Internet. Kata Prawut, pemilik kelab kecergasan yang beroperasi di Wang Thonglang itu untuk disoal siasat. "Kami menyiapkan pendakwaan jenayah terhadap ahli perniagaan itu," katanya. Seseorang yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM2,200. Rakaman video itu didedahkan bekas pemimpin Parti Rak Thailand, Chuwit Kamolvisit, yang mengadu mengenai kewujudan banyak pusat kecergasan menawarkan perkhidmatan tidak sepatutnya. Selain di Bangkok, kelab begitu juga beroperasi di Phuket dan Pattaya. Katanya, pelanggan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM200 dan tambahan RM500 hingga RM1,000 jika mahukan khidmat urutan khas di premis berkenaan. Sementara itu, pemilik kelab terbabit berkata, klip video itu dirakam seorang pelanggan pada 5 Januari lalu. - Agens - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23861?m=1#sthash.RE4Zeksb.dpuf | ||||
Artis ditahan selepas persembahan Posted: 14 Jan 2015 05:01 PM PST GEORGETOWN - Sekumpulan artis kelab dari Thailand tergamam apabila ditahan pegawai Jabatan Imigresen sejurus membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Lebuh Pantai, di sini, malam, kelmarin. Semua gara-gara tindakan mereka melakukan persembahan yang tidak mematuhi syarat-syarat agensi pusat permohonan pengembaraan filem dan persembahan artis luar negara (Puspal). Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Hasbullah Abd Rashid berkata, dalam operasi bersepadu itu, seramai 11 artis warga Thailand dan empat kru mereka ditahan bagi membantu siasatan. "Kumpulan artis itu didapati, berpakaian tidak sopan selain terdapat unsur pemberian tip yang melanggar syarat ditetapkan," katanya. Menurutnya, pelanggan pusat hiburan berkenaan akan memberi kalungan bunga dan selempang kepada artis kegemaran mereka mengikut harga tertentu. "Kalungan bunga dan selendang itu dicaj antara RM50 hingga RM300 dan akan dikalungkan sendiri oleh pelanggan kepada artis pilihan mereka. "Mengikut syarat Puspal, artis wanita hendaklah menutup badan dari pangkal dada hingga bawah lutut dan yang membuat persembahan gelek harus berpakaian sopan," katanya selepas operasi berkenaan. Turut serta dalam operasi itu, Ketua Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan. Terdahulu, dalam serbuan berasingan, tujuh wanita warga Vietnam ditahan dipercayai berkhidmat sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah lagi pusat hiburan di Jalan Anson. Hasbullah berkata, kesemuanya didapati menyalahgunakan pas lawatan dan tiada dokumen perjalanan sah. Sementara itu, dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Jalan Ong Joo Sun di Jelutong, seramai 11 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan. Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk siasatan. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |