Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


ARTIKEL MALAYSIAKINI JADI BATU API UNTUK BURUKKAN JAKIM & KHUTBAH JUMAAT !!

Posted: 13 Jan 2015 07:55 AM PST

Selepas Eric Paulsen ditahan POLIS , Malaysiakini portal pembangkang dilihat terus membela peguam LFL ini .  Ini menerusi artikel hari ini di mana mereka dilihat cuba menjadi batu api dengan mengajak pembacanya ( Bukan Islam & Islam )  membuat kesimpulan sendiri terdiri  memperlekehkan khutbah Jumaat dan institusi Islam iaitu JAKIM . 
Walhal pembaca portal terutama bukan Islam tidak tahu pun apa intipati sepenuhnya  teks khutbah Jumaat yang  disampaikan  .
Mohon PDRM bertindak terhadap portal ini kerana ia  dilihat memihak kepada satu pihak dan cuba mewujudkan komen2  anti Islam dengan membuat artikel provokasi seperti ini  .


Malaysiakini menjemput pembaca mengimbas semula laporan kami mengenai khutbah Jumaat tahun lalu yang banyak mendapat perhatian untuk penilaian:

1. Mimbar: M'sia binasa jika tak bendung LGBT (14 Nov)

2. Mimbar beri amaran cubaan hina Islam (29 Sept)

3. Mimbar: Rakyat bosan pemimpin bertelagah (19 Sept)

4. Khutbah bimbang kes hina Islam di Internet (29 Ogos)

5. Khutbah: LGBT menjadi-jadi (23 Mei)

6. Khutbah: GST ikut semangat Islam (11 Apr)

7. Khutbah gesa kajian teliti sebelum cukai baru (4 Apr)

8. Khutbah: Elak tambah pilu waris MH370 (28 Mac)

9. Khutbah: Jangan sebar berita palsu MH370 (14 Mac)

10. Khutbah selar golongan anti-hadis (21 Feb)

http://www.malaysiakini.com/news/286239




MENGAPA TAJUK KHUTBAH DI  MALAYSIAKINI BERBEZA
DENGAN JAKIM ???


ERIC PAULSEN LFL DAPAT DANA AMERIKA UNTUK HINA ISLAM NEGARA INI ??

Posted: 12 Jan 2015 10:26 PM PST




NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.

Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).

Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.

Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah:
1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015

2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ini." - 31 Disember 2014

3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014

4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar." - 27 Disember 2014

5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014

6) "Taliban menggila. Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014

7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ia tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014




LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain.

Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013.
NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia.

Mendapat dana daripada Kongres AS, NED menyokong lebih 1,000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara.

Menurut laman web NED, sejak penubuhannya pada 1983, NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara. -SINAR HARIAN -

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710