Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Keris Pusaka Melayu

$
0
0

Keris Pusaka Melayu


Laporan Polis Jakim Lewat Selepas Polis Dikecam Hebat CC @Najibrazak @dsjamilkhir @kbab51

Posted: 11 Jan 2015 09:43 PM PST

Kita memuji tindakan Jakim membuat laporan polis walaupun agak lewat tiga hari dari tarikh tweet beliau pada 9.1.2015.

image

Sepatutnya tempoh masa yang singkat laporan polis patut dibuat bukan menunggu selepas beberapa hari untuk mengambil tindakan membuat laporan polis.

Kerana kelembapan itu maka rakyat sudah marah pihak berkuasa tidak membuat tindakan terhadap Paul Ericson walhal laporan polis baru sahaja dibuat oleh Jakim.

image

Kesilapan ini sepatutnya tidak berlaku apabila penghinaan terhadap Jakim dilakukan secara terang-terangan oleh Eric Paulsen yang menuduh khutbah Jumaat mengandungi fahaman ekstremisme.

Masa hadapan Jakim patut mengambil tindakan segera sebarang ancaman terhadap Islam dengan segera membuat laporan polis.

Laporan berita tentang laporan polis oleh Jakim seperti berikut :

Jakim buat laporan polis terhadap Eric Paulsen
12 Januari 2015 2:13 AM

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat laporan polis terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa jabatan itu tmempromosikan fahaman ekstremisme di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejurus selepas mengetahui tentang perkara tersebut.

"Tuduhan Eric yang mendakwa Jakim sebagai institusi yang mempromosikan fahaman ekstremisme sememangnya tidak tepat dan tidak berasas.

"Justeru itu, kita terus sahaja membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya dan juga pihak SKMM pada hari yang sama selepas mendapat tahu mengenai kenyataan beliau di laman sosial itu," katanya hari ini.

Eric sebelum ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah Jumaat kepada umat Islam.

Eric menerusi catatannya berkata: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia."

Othman berkata, perbuatan Eric yang membuta tuli mengeluarkan dakwaan tanpa mengetahui maksud khutbah, mengguris hati umat Islam di negara ini.

"Khutbah Jumaat merupakan satu rukun wajib dalam Islam bagi mengukuhkan amalan serta akidah di samping memberi peringatan tentang isu-isu semasa. Tidak pernah pula khutbah digunakan untuk tujuan lain.

"Saya amat berharap agar tindakan sewajarnya diambil ke atas Eric dan menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya.

http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/jakim-buat-laporan-polis-terhadap-eric-paulsen-1.47092



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>