BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Foto) Sharifah Sakinah tayang lentik tubuh, pusat sebelum kahwin
- Khutbah Jakim Berat Sebelah - A. Samad Said
- Peluk cium atas pentas, JAWI siasat konsert K-POP
- Kenyataan Rasmi dari Penganjur Berkenaan Isu K-POP Cium Gadis Tudung
- Foto pasangan ramas buah dada teman wanita tersebar di Twitter
- Pasangan guru terlampau ditahan
- Kerana bayaran sewa, wanita dicabul tuan rumah depan suami
(Foto) Sharifah Sakinah tayang lentik tubuh, pusat sebelum kahwin Posted: 12 Jan 2015 05:31 AM PST Walaupun bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi, nampaknya Sharifah Sakinah masih ingin mengekalkan imej seksi yang sudah sebati dengan dirinya. Jika sebelum ini Kinah dah tayang perut dan ketiak, kali ini sekali lagi kina 'show off' sebahagian besar tubuhnya. Pergh! Terkesima kami saat melihat betapa lentiknya body si Kinah ni. Kalau kami yang perempuan ni pun dah ternganga, abang-abang kat luar tu mesti bagai nak terkeluar biji mata. Betul tak? ![]() ![]() Sumber: Oh Bulan! |
Khutbah Jakim Berat Sebelah - A. Samad Said Posted: 11 Jan 2015 11:43 PM PST KUALA LUMPUR - Bekas sasterawan negara yang dilucutkan anugerahnya, A Samad Said mendakwa Khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid berat sebelah ekoran terlalu menyokong kerajaan pusat. Aktivis pembangkang itu berkata, khutbah jumaat Jakim lebih cenderung kepada siasah politik kerajaan Barisan Nasional (BN). "Dari dulu lagi saya mengambil keputusan untuk tidak berjumaat di Masjid Negara kerana khutbahnya sangat berat sebelah. Saya memang langsung tidak mahu dengar benda-benda yang berat sebelah dan selalu mengungguli kerajaan. "Bukan berkhutbah menceritakan sejarah Islam, apa sumbangan Islam terhadap umat tetapi lebih banyak bersifat siasah atau politik yang memihak kerajaan yang tiada tolok bandingnya," katanya yang dipetik Malaysian Insider. Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata, berat sebelah yang dimaksudkannya ialah khutbah dijadikan medium untuk menyerang pembangkang. Katanya, dengan menyelitkan elemen sedemikian, khutbah tidak lagi dilihat sebagai medan memupuk umat Islam meningkatkan amal ibadah. "Berat sebelah ertinya isu yang ditimbulkan menyerang pembangkang. Boleh menyerang pembangkang tetapi mesti mempunyai had dan kewajaran tertentu. "Ini tidak, asyik menyerang pembangkang dalam khutbah. Langsung tidak menyenangkan hati saya. Khutbah untuk memupuk orang beribadah bukan untuk bergaduh politik," katanya. Sasterawan negara yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, beliau mula bersolat Jumaat di Masjid India sejak November 2013. Katanya, khutbah di Masjid India itu lebih selesa didengarnya kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah yang disampaikan dalam bahasa Tamil. "Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara, tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India. "Ini kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah," katanya. "Aktiviti saya dua hari dalam seminggu pasti dihabiskan di Masjid Negara, tetapi apabila khutbah Jumaat saya pindah di tempat lain. Khutbah sekarang terlalu sendat dengan politik." Jakim dalam khutbahnya sebelum ini pernah meyakinkan hadirin GST tidak akan membebankan rakyat dan ia sebagai satu kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara. -Rakyatnews |
Peluk cium atas pentas, JAWI siasat konsert K-POP Posted: 11 Jan 2015 11:19 PM PST Kuala Lumpur: Amat memalukan umat Islam. Itu respon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kesal dengan insiden gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk ahli kumpulan K-Pop B1A4 dalam konsert di KL Live Center Kuala Lumpur, Sabtu lalu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku dan mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak merujuk pihaknya mengenai penganjuran konsert berkenaan. "Perlakuan obses dan tidak senonoh di hadapan umum ini sememangnya dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan. "Sebab itulah Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan daripada kelalaian itu lebih besar keburukannya," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengingatkan generasi muda agar tidak menunjukkan sikap yang melampau sampai sanggup membiarkan diri diperlakukan apa saja oleh artis yang disanjung. "Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menjelikkan pandangan masyarakat umum. "Sebaliknya perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu," katanya lagi. Sementara itu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang membuka kertas siasatan mengenai insiden terbabit dan akan memanggil penganjur serta gadis-gadis terbabit untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penganjur seharusnya lebih bertanggungjawab menjelaskan kepada pihak terbabit supaya menjaga batas dan menghormati tatasusila di negara ini. "Selain itu saya juga menasihatkan rakyat Malaysia, khususnya anak muda supaya tidak terlalu teruja dengan konsert sebegini. "Jangan disebabkan minat yang terlampau tinggi sehingga boleh menjejaskan maruah diri," katanya ketika dihubungi hari ini. Difahamkan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan turut dipanggil untuk memberi penjelasan. Penganjur konsert berkenaan pula mendakwa peminat yang diundang ke atas pentas dalam konsert itu melakukan aksi dengan anggota kumpulan berkenaan tanpa paksaan. Dalam kenyataan di laman Facebook, syarikat berkenaan TGM Events yang berpangkalan di Amerika Syarikat turut menjelaskan peminat terbabit dipilih secara rawak dan tidak diketahui sesiapa. "Ketika ditanya sama ada mereka boleh atau tidak melakukan aktiviti meniru aksi babak drama itu, mereka tidak membantah," katanya. TGM Events tampil membuat kenyataan berikutan penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk anggota B1A4 menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di Internet sejak semalam. Menurut kenyataan itu, sebagai syarikat yang diterajui wanita, mereka tidak akan membenarkan sebarang pencabulan serta gangguan seksual berlaku. Dalam pada itu, mereka turut meluahkan kekecewaan terhadap segelintir media yang didakwa melanggar etika kewartawanan dengan menggunakan terminologi tidak sepatutnya dalam laporan mereka. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23339#sthash.auUbPTXm.dpuf |
Kenyataan Rasmi dari Penganjur Berkenaan Isu K-POP Cium Gadis Tudung Posted: 11 Jan 2015 09:01 PM PST KUALA LUMPUR: Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium oleh beberapa orang artisa Kpop dari kumpulan B1A4. Aksi-aksi tersebut mendatangkan cemuhan dari pelbagai pihak dan semalam, pihak penganjur acara,TGM Events, tampil memberi jawapan dan penjelasan mengenai isu terbabit melallu Facebook rasmi mereka. Berikut adalah isi kandungan kenyataan yang dikeluarkan melalui status Facebook: Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media. Kenyataan asal boleh didapati di pautan ini : https://www.facebook.com/tgmeventsglobal?fref=ts |
Foto pasangan ramas buah dada teman wanita tersebar di Twitter Posted: 11 Jan 2015 08:01 PM PST Mengucap panjang kami melihat foto 2 pasangan remaja ini. Di kala negara dilanda bala bencana alam, aksi-aksi sebegini pula dipaparkan oleh anak-anak muda. Belum pun reda isu beberapa orang gadis Melayu Islam bertudung dipeluk dan dikucup oleh beberapa penyanyi K-Pop di atas pentas, tersebar pula aksi dua pasangan ini. Kalau sudah begini aksinya, kami rasa pembaca sudah boleh mengagak apa kesudahannya. Kalau dulu remaja hanya berani pegang-pegang tangan, tapi kini mereka lebih berani hingga memedang buah dada teman wanita masing-masing dan berbangga menunjukkannya di tempat awam. |
Pasangan guru terlampau ditahan Posted: 11 Jan 2015 05:01 PM PST KOTA BAHARU 11 Jan. - Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru ditahan kerana menyebarkan maklumat palsu yang mendakwa banyak mayat mangsa banjir bergelimpangan di Kuala Krai ketika bah kuning melanda negeri ini baru-baru ini. Pasangan yang berusia 45 dan 43 tahun itu ditahan oleh anggota serta pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, sejurus selepas ditahan, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu telah dibawa ke bandar ini untuk membantu siasatan. "Kedua-dua suspek ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini, mereka direman selama tiga hari untuk membantu siasatan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini. Antara kandungan maklumat palsu itu ialah: "Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan dalam rumah lagi yang mana tak sempat selamatkan diri. "Berita TV memang takkan beritahu. Tu la keadaan sebenarnya yang terkini. Subhanallah. Ya Allah. Ramai rupanya mati Ila. Yang atas bukit tu mati kelaparan dan kesejukan. Semua mayat tak dapat nak diuruskan." Mazlan berkata, pihaknya memandang serius mengenai penyebaran maklumat palsu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang terlibat kerana boleh mengeruhkan keadaan. "Bagi kes terdahulu seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook kini dibebaskan dengan jaminan polis. "Suspek direman selama tiga hari selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa oleh sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa," ujarnya. Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya mengesahkan sehingga hari ini sebanyak 11 kematian dicatatkan akibat lemas manakala dua lagi hilang ketika malapetaka banjir melanda negeri ini. |
Kerana bayaran sewa, wanita dicabul tuan rumah depan suami Posted: 11 Jan 2015 04:01 PM PST SEREMBAN 11 Jan. - Seorang wanita membuat laporan polis kerana dicabul pemilik rumah sewanya pada Jumaat lalu selepas didakwa tidak membayar sewa berjumlah RM280. Pemilik rumah yang juga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun itu didakwa bertindak ganas dengan memicit buah dada wanita terbabit sebelum mengusirnya keluar rumah dalam kejadian di Taman Bidara dekat sini. Menurut sumber, dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek berkenaan datang ke rumah terbabit bersama seorang rakan sebelum memecahkan pintu pagar dan jeriji rumah sewanya. "Terkejut dengan tindakan suspek, wanita berusia 48 tahun itu yang juga seorang mualaf keluar ke halaman rumah bersama suami dan bertanyakan apa yang terjadi. "Ketika itu berlaku pertengkaran apabila warga emas berkenaan menuduh mereka tidak melangsaikan sewa sebanyak RM280 dan mengugut untuk memukul suaminya," katanya. Kata sumber itu lagi, selepas mendengar tuduhan pemilik, wanita berkenaan menegaskan mereka telah membuat bayaran sewa bulanan seperti ditetapkan. Namun, tambah sumber, pemilik kediaman yang naik berang dengan jawapan berkenaan bertindak memegang dan memicit buah dada wanita itu sambil disaksikan suaminya. "Sejurus kejadian itu warga emas terbabit memberi tempoh kepada suami isteri berkenaan supaya mengosongkan rumah sekiranya bayaran tidak dibuat. "Mangsa yang berang dengan kejadian membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini semalam (kelmarin)," katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. Menurut Abdul Rahim, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |