Cucu Tok Selampit |
Kenapa Teresa Kok Sakit Hati Sangat MyEG Menguruskan Permit Pekerja Asing? Posted: 11 Jan 2015 11:19 PM PST Ahli Parlimen (MP) Seputeh Teresa Kok Suh Sim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan kaunter permohonan manual pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga masalah sistem atas talian dan bayaran MyEG diselesaikan. Beliau yang dipetik oleh akhbar tempatan berkata KDN perlu menjelaskan mengapa bayaran RM38 dikenakan terhadap perkhidmatan e-pembekal MyEG sedangkan permit sebelum ini dikeluarkan tanpa bayaran. Bagi menjawab persoalan Teresa Kok, MyEG telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk membuat dan menyusun pangkalan data berpusat (data dimiliki oleh Jabatan Imigresen) untuk pekerja asing (dengan izin dan tanpa izin), majikan yang sah, majikan yang mengaji pekerja asing tanpa izin dan majikan yang tidak mengetahui bahawa nama mereka telah digunakan untuk mendaftar pekerja asing tanpa izin. MyEG diperlukan untuk pergi ke semua pejabat majikan yang sah untuk mengenalpasti premis pejabat mereka serta mengesahkan pengenalan biometrik wakil mereka yang diberi kuasa. Untuk pangkalan data yang bersih dan menyeluruh, satu pihak iaitu MyEG perlu bertanggungjawab untuk itu. Bayaran RM38 yang dikenakan MyEG untuk permohonan atas talian, adalah untuk menanggung kos operasi dan pengurusan perkhidmatan permit berkenaan. Teresa Kok turut mempersoalkan mengapa purata levi RM1,755 untuk setiap pekerja atau jumlah agregat RM4.4 bilion kini telah dibayar kepada MyEG bukannya Jabatan Imigresen. Untuk menjawab persoalan beliau ini, MyEG telah mengumpul pendapatan bagi pihak Kerajaan sejak 14 tahun lalu berjumlah lebih daripada RM20 billion untuk cukai jalan, lesen memandu, saman polis dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. MyEG dipastikan untuk membuat kiriman wang (remittance) atas semua bayaran yang dibuat kepadanya kepada Akauntan Negara pada hari yang sama. Oleh itu, MyEG tidak membuat sebarang keuntungan ke atas dana yang diapungkan (interest on float). Di samping itu, MyEG dikehendaki menyediakan deposit bon kepada Kerajaan bagi memastikan pematuhan semua syarat yang dikenakan oleh Kerajaan. Sebuah organisasi untuk menguruskan permit pekerja asing secara berpusat amat penting bagi Kerajaan dalam mengawal kemasukan pekerja asing tanpa izin. Kita boleh melihat pekerja asing di mana-mana dalam kehidupan seharian kita. Pergi saja ke sebuah kedai kopi atau mamak dan biasanya dikendalikan oleh pekerja asing. Adakah gerai penjaja kecil sebenarnya mempunyai lesen untuk mengaji pekerja asing? Atau mereka semua adalah pekerja asing tanpa izin yang menafikan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan? Bagaimana dengan kilang-kilang yang mengambil pekerja asing tanpa izin? Ianya tidak adil kepada perniagaan yang menghabiskan wang yang banyak untuk mengambil pekerja mengikut lunas undang-undang. Kita juga telah mendengar cerita bagaimana pembantu rumah asing yang melarikan diri selepas bekerja untuk beberapa bulan. Majikan menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk mengupah seorang pembantu rumah, dan adalah sangat mengecewakan sekiranya pembatu rumah melarikan diri. Persoalannya, ke manakah pembantu rumah itu pergi? Tidakkah terlintas di fikiran kita terdapat sindiket yang membawa pembantu rumah ini untuk bekerja di gerai-gerai makanan. Mengapa Teresa Kok mahu memainkan isu ini? Apakah beliau mempunyai kepentingan atau cuba melindungi sindiket pekerja asing tanpa izin? |
Banjir Di Pantai Timur & UMNO Selangor - Bahagian Dan Pemimpin Mana Yang Siap Siaga Membantu? Posted: 11 Jan 2015 10:05 PM PST Tahniah sukarelawan UMNO Selangor dan ketua-ketua bahagian yag juga komited membantu bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir di Temerloh. Ini adalah konvoi kali ketiga bagi UMNO Selangor. Sambil membantu mangsa-mangsa banjir, kita dapat merapatkan lagi silaturrahim. Tahniah semua. Semangat dan komitment lebih bernilai daripada wang ringgit. Selain daripada usaha murni untuk membantu mangsa-mangsa banjir, komitmen ketua-ketua bahagian yang menghantar sukarelawan amat dipuji. Inilah yang membezakan mereka dengan ketua-ketua bahagian yang lain yang bersikap tunggu dan lihat. Buat DS Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor, sebenarnya ini adalah ujian untuk melihat bahagian manakah yang siap siaga, boleh mengharapkan jentera bahagian bila-bila masa dan boleh bersama UMNO Selangor sebagai 'team player'. Di sini kita boleh mengenal siapakah pemimpin-pemimpin bahagian yang boleh diketengahkan untuk bersama-sama menduduki jawatankuasa UMNO Selangor. 2014 sudahpun melabuhkan tirai dan 2015 sudahpun bermula. Masa tidak menunggu kita. UMNO Selangor perlu berubah. Sebuah pasukan yang kuat perlu diwujudkan dengan segera untuk memimpin UMNO Selangor. Sebagai Pengerusi UMNO Selangor, DS Noh Omar memerlukan seorang Setiausaha yang kuat yang mampu bekerja keras dan mampu bekerja rapat dengan Pengerusi. Nama yang kedengaran melalui beberapa blog yang CTS baca adalah Dato Zein Isma. Sama ada beliau layak atau tidaak, DS Noh Omar sendiri lebih maklum siapakah yang beliau percayai. Tiga Naib Pengerusi amat diperlukan untuk struktur organisasi UMNO Selangor yang baru dan kondusif. CTS membayangkan tiga naib pengerusi ini mewakili kawasan Bandar, Luar Bandar dan Kampung/Desa/ Kampung Baru. Tiga kawasan ini amat penting dijaga untuk menjana sokongan di seluruh negeri Selangor. Satu-satunya jabatan atau biro yang amat penting di dalam Jawatankuasa UMNO Selangor yang baru adalah Jabatan Penerangan / Pengarah Strategik UMNO. Komunikasi di alam siber, media cetak dan media massa amat penting di dalam usaha UMNO untuk menawan hati dan mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi Selangor. YB Budiman Zohdi adalah calon utamanya yang dilihat dan diakui paling popular di media sosial. Pendekatan politik baru yang segar dan remaja oleh beliau banyak membantu UMNO dan BN Selangor untuk meluaskan pengaruh di kalangan orang muda. Satu nama lagi yang tidak perlu dipinggirkan adalah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Azhari Shaari. Beliau dilihat sebagai tokoh muda yang perlu diketengahkan bagi mendapatkan sokongan pengundi atas pagar. Dato Azhari adalah seorang pemimpin yang rajin dan kerap turun melalui program-program Rakyat yang diusahakan oleh beliau. Jabatan Belia, Komuniti dan Kemasyarakatan amat sesuai diberikan kepada tokoh muda ini. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |