Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


Pas sudah tenat

Posted: 08 Jan 2015 01:13 AM PST

Pas merupakan sebuah parti politik yang mengunakan nama Islam dalam misi dan visi mereka. Usia Pas tahun ini masuk 64 tahun. Namun parti tersebut semakin lemah. Lemah kerana pada usia 64 tahun parti itu mengalami pelbagai masalah.

Perpecahan pertama melibatkan Tan Sri Dr Haji Asri Muda. Beliau menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) merupakan parti serpihan PAS yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 .Hamim kemudiannya menyertai BN sehingga 1989 dan kembali ke pangkuan Pas di bawah nama Angkatan Perpaduan Ummah. (APU)

Selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nasionalis pada Muktamar PAS ke-28 1982.

Tahun 2014 sekali lagi Pas di landa masalah dan tertubuh pula kumpulan serpihan baru yang disifatkan jebon oleh penggiat media yang setia kepada Pas. kumpulan itu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia Pasma. Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi.

Tiba-tiba menjelang tahun baru 2015 meletup pula masalah dalaman jantung atau lidah Pas iaitu Harakah. Harakah lebih banyak mencedok berita daripada akhbar media perdana dan mengulas atau mengkritik idea-idea yang terdapat dalam media perdana. Harakah juga dilihat menjadi kertas iklan kepada produk-produk makanan, minuman dan ubat kuat. Dalam muktamar Pas  beberapa perwakilan telah mengkritik Harakah yang pada mereka lebih banyak berita fitnah dan mereka-reka berita palsu. 70% berita dalam Harakah ialah berita yang sudah ditulis atau dilaporkan oleh media lain. Dengan kata lain Harakah tidak efisien dan tidak ramai wartawan yang bergerak untuk mencari berita. Mereka lebih gemar menjelajah secara maya dan menyiarkan semua berita yang sudah basi.



Kepada macai-macai Pas di media maya elok lah fokus kepada Harakah dan caca merba dalam Pas hentikan lah menfitnah Umno kerana ujian Allah yang berlaku di negeri Pas masih kecil. Walaupun ramai yang kehilangan harta benda tetapi kematian amat sedikit.

Taipingmali ingin melihat Pas bermuhasabah dan untuk mengelakkan bencana yang lebih besar menimpa negeri tersebut.

Puak-Puak Munafik Masih Tak Sedar Diri

Posted: 07 Jan 2015 03:26 AM PST



Bencana banjir yang melanda negeri-negeri pantai Timur sehingga hari ini masih belum reda dan dikhuatiri akan berlaku gelombang kedua pula. Bagaimana pun diharapkan ia tidak akan berlaku lagi. Sama-sama lah kita berdoa agar dijauhkan bala bencana.

Banjir dan air pasang besar adalah fenomena biasa. Cuma kali ini ia amat luar biasa sehingga memberi musibah kepada lebih 200 ribu manusia seluruh negara terutama di Pantai Timur.

Taipingmali cukup terharu dengan rintihan seorang mangsa banjir yang bersyukur kerana nyawa dan rumahnya tidak selamat, katanya lagi mungkin ini pembalasan atas dosa-dosa yang beliau lakukan di atas bumi ini. Akhir sekali beliau minta dimaklumkan kepada saudara maranya di Sarawak yang beliau dan keluarga dalam keadaan selamat. 

Apabila keadaan banjir semakin buruk Perdana Menteri Dato Seri Najib yang dalam percutian terpaksa bergegas balik kerana ia menjadi tanggung jawab beliau sebagai ketua negara.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus ke seluruh pelusuk kawasan banjir untuk melihat sendiri, menilai kerosakan dan memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir.

Sewaktu ditemu ramah oleh media, jelas sekali terdapat kelainan dalam intonasi suara beliau. Namun segala keperitan dan kesakitan disembunyikan beliau dan terus bersama sama rakyat sehingga beliau dijangkiti bakteria e coli. Taipingmali yakin jika tahap kesihatan beliau baik nescaya bakteria tersebut tidak akan mengancam kesihatan beliau.

Sedihnya keikhlasan Najib memaklumkan kepada rakyay bahawa beliau terkena jangkitan ecoli, beliau terus dicemuh dan dihina oleh pihak yang tidak berfikiran waras. Gambar wajah Najib diphotoshop menyerupai seorang wanita yang sakit.

Pelik! Dalam bencana dan musibah yang melanda pun mereka masih belum berasa bersalah, belum ada rasa untuk bermuhasabah.

Begitu juga dengan setengah-setengah pemimpin negeri seperti Husam Musa dengan lantang menuduh TNB dan empangan di Kenyir sebagai punca musibah berlaku.

Sepatutnya mereka bermuhasabah dan melihat kembali kenapa Allah menurunkan bencana, cuba cari jawapan nya bukan nya menuding jari kepada pihak lain.

Begitu jugalah mangsa-mangsa banjir, jangan lah sombong dan riak. Cuba fikirkan apakah dosa-dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

Pelik dan hairan, dalam bencana dan musibah yang melanda pun, mulut mereka masih sedap mengkritik dan mencela orang yang ikhlas memberi bantuan.

Apakah bila mereka ditelan bumi baru nak insaf?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>