Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Panas! Senarai ROMBAKAN BARU UMNO Selangor BOCOR?!! @NajibRazak @NohOmar @BudimanZohdi

Posted: 07 Jan 2015 09:24 PM PST


Usah cerita soal menang lagi. Hakikatnya kini, UMNO Selangor perlu melakukan rombakan drastik bagi menjadikan parti tersebut sebagai pembangkang yang disegani terlebih dahulu. Di atas adalah merupakan barisan TERAS yang kami rasakan mampu membawa perubahan positif kepada UMNO Selangor.

1) Sebagai seorang ketua yang dipertanggung jawabkan oleh YAB PM untuk mengemudi UMNO Selangor, DS Noh Omar memerlukan setiausaha yang mampu bekerja keras dan sentiasa berdiri di belakang beliau. Buat masa ini, hanya Dato Zein Isma yang memenuhi kriteria tersebut.

2) DS Noh Omar juga memerlukan gandingan Naib yang berkeupayaan menjana sokongan di seluruh negeri Selangor. Sebagai seorang aktivis bandar, Datuk Yusoff dilihat layak untuk menduduki portfolio Naib Pengerusi Urban. Sementara pengalaman dan pengaruh Datuk Johan di Hulu Langat dan Semenyih pula melayakkan beliau untuk mengepalai portfolio Naib Pengerusi Sub-urban. 

Kerja keras dan kesungguhan YB Shahrum di Dengkil dan Parlimen Sepang selama ini juga sepatutnya sudah cukup untuk melayakkan beliau menjawat Naib Pengerusi Luar Bandar.

3) YB Budiman Zohdi merupakan antara YB BN Selangor yang paling popular dan berpengaruh di media sosial. Pendekatan politik baru beliau telah banyak membantu BN Selangor meluaskan pengaruh di kalangan orang muda. Untuk ini, beliau seharusnya mengepalai Jabatan Penerangan/Pengarah Strategik UMNO Selangor dalam usaha untuk menawan kembali negeri tersebut. Kepakaran beliau dalam bidang komunkasi strategik amat penting untuk memacu sokongan kepada UMNO kembali.

Tn. Azahari yang juga merupakan pemimpin muda yang agresif dilihat layak untuk membantu YB Budiman, terutamanya dalam memperkasakan pengaruh UMNO dalam media siber. Namun, usaha maya tidak akan bermakna tanpa sokongan gerak kerja pilihanraya yang mantap oleh YM Raja Dato Hanipuddin, seorang pemimpin yang bekerja keras di peringkat jentera pilihanraya akar umbi.

Beberapa lagi portfolio tidak disenaraikan dalam cadangan rombakan ini kerana kami merasakan pemimpin yang dipertanggungjawabkan masih lagi boleh bergerak secara efektif. Apa yang penting, portfolio-portfolio di atas ini perlu menjalani perubahan transformasi terlebih dahulu sebelum semuanya bermula.

Agak-agaknya boleh menjadi realiti tak?

SANTAI MALAM CANDID: BIAR GAMBAR BERBICARA LAGI...

Posted: 07 Jan 2015 07:54 AM PST


Soalan cepuk cemas ke manakah Anwar ketika banjir melanda Kajang diikuti Tsunami banjir lumpur dan balak di Kelantan akhir tahun lepas.

Di Malaysiakah atau di New Zealand kah?


Bersantai naik basikal adalah satu kegiatan riadah yang baik...lepas tu makan-makan bersama keluarga...juga amalan baik. 

Tambah-tambah lagi sambil-sambil up date status tanya khabar orang di Malaysia...banjir ok...are you okey?


Anwar beri alasan tiket kapal terbang tak boleh ditukar kerana telah ditempah awal jadi dia tak dapat balik awal nak lawat mangsa banjir;

"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar".

Begitu hebat pemimpin ini menyusun kata...

Dengar kata shopping sakan di New Zealand...tapi buah kiwi sebiji pun tak bagi kat pencacai...nasiblah Ketum tak ingat kat anak buah.


SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PEMBALAKAN HARAM

Posted: 07 Jan 2015 05:14 AM PST


Saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

1. Menyiasat secara terperinci sebab-sebab berlakunya Banjir Luar Biasa di negeri Kelantan yang mengakibatkan Kematian besar, Kerosakan harta awam dan persendirian, Kerugian berbillion Ringgit akibat banjir luar biasa, malah mengganggu emosi mangsa-mangsa banjir.

2. Menyiasat Individu-individu yang terlibat di dalam pemberian kontrak balak, kontrak penebangan hutan supaya keadilan boleh diberikan kepada si penerima dan si pemberi kontrak. Siasatan perlu dijalankan melibatkan prosedur kontrak sama ada dipatuhi atau berlakunya perlanggaran.

3. Menyiasat supaya dapat membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan daripada dituduh bersubahat dalam kes penggondolan hutan secara luar biasa yang mengakibatkan kerosakan ekosistem dan sistem saliran air bawah tanah dan sistem saliran sungai, seterusnya menjadi punca utama Banjir Luar Biasa di Kelantan.

Beberapa sejarah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja:-

1. Pada tahun 1999, Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kes mata lebam DS Anwar Ibrahim. Suruhanjaya tersebut telah bersidang sebanyak 8 kali. Dalam laporan suruhanjaya berkenaan, tercatat tindakan spontan ke atas DS Anwar Ibrahim berlaku apabila berlakunya penggelaran 'Ni Bapa Anjing'.

2. Satu lagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan pada tahun2007 demi untuk memuaskan desakan sesetengah pihak akan hal video klip VK Lingam yang dikatakan kononnya mengatur kedudukan hakim-hakim.

3. Berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock, Kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan Inkues (2011)untuk menyiasat kalau-kalau terdapat apa-apa perbuatan yang tidak wajar semasa siasatan ke atas mendiang berkaitan kes rasuah oleh pihak SPRM.

4. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang terkini (2012) adalah mengenai kononnya pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing di Sabah. Hasil daripada Suruhanjaya Siasatan DiRaja tersebut, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah susulan khususnya penubuhan Jawatankuasa Tetap untuk mengurus hal-hal yang berkaitan warga asing.

RASIONAL
Isu penting sekarang pula mengenai banjir luar biasa yang melanda negeri Kelantan khususnya di Kuala Krai, Manik Urai, Gua Musang, Tanah Merah dan banyak lagi tempat. Banjir besar ini telah mengakibatkan setakat ini 11 kematian di Kelantan sahaja.

Pelbagai pihak khususnya rakyat jelata heboh memperkatakan mengenai penggondolan hutan-hutan di negeri Kelantan dalam skala yang besar dan sangat luar biasa. Malaysiakini telah berjaya menunjukkan gambaran yang jelas di sini

Persoalannya, saya fikir tidak adil kita menuding jari kepada sesiapa pun. Kita mahu membersihkan nama mereka yang dikaitkan sepertimana disebutlah bahawa berlakunya penglibatan Kerajaan Negeri Kelantan yang terdahulu, disebut juga dalam media sosial dan media suratkhabar nama Datuk Husam Musa, Nga Kor Ming, Nga Koh Him dan sebagainya.

Jika kita rajin sedikit, akan melihat juga terdapat tuduhan kononnya terdapat individu-individu dan syarikat-syarikat dari luar Kelantan terlibat dalam kemusnahan dan penggodolan hutan-hutan itu.

Jalan penyelesaiannya ialah, tubuhkanlah Suruhanjaya DiRaja Pembalakan Haram. Mengapa tidak? Saya sangat yakin DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan keselamatan rakyat di Kelantan pada tahun-tahun mendatang. Hanya mereka malu untuk mencadangkannya!

Kita bimbang jika tidak ditangani, banjir pada tahun hadapan akan lebih buruk lagi setelah kemusnahan hutan-hutan tersebut yang melampau-lampau tanpa adanya pemulihan, pemuliharaan dan tanam semula.

Dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, maka tindakan susulan seperti pemuliharaan hutan dan penanaman semula boleh diambil hasil daripada laporan suruhanjaya tersebut.

Kerajaan Kelantan boleh mencontohi cara Yayasan Sabah memelihara hutan di Sabah dengan proses penanaman semula yang sangat teratur dan diperakui Bank Dunia.


BANJIR SURUT BALAK TERABUR...TAKTIK TEBANG SEMBUNYI DIRI, PAKAI PROKSI... TIPU LAGI?!

Posted: 06 Jan 2015 11:46 PM PST


Cer sesekali miker bukak google map dan cari alamat-alamat ni. Cer tengok ada tak persamaan dengan rumah-rumah ini dengan alamat-alamat yang dipaparkan dalam surat SSM ni.


Mungkin alamat silap atau mereka guna proksi atau guna alamat orang lain supaya senang lari nanti?

Yang pasti dua lahanat tokey balak ini termasuk adik beradik dan kaum keluarga mereka dari Syarikat Upayapadu Plantation Berhad punca banjir lumpur dan balak di Kelantan.

Nama pun syarikat plantation tetapi apa yang mereka tanam?

Proses rundingan terus di dalam masjid. kelihatan Nga dan Ngeh turut membawa hadiah dalam beg kertas bersama 4 biji limau bali Tambun sebagai pelincir mendapatkan kontrak dari MB Kelantan ketika itu... 

Tebang balak banyak-banyak konon nak buat ladang rakyat tetapi akhirnya balak lesap, ladang kemana rakyat kena musibah tsunami banjir.

Cer tengok rumah-rumah yang kami dapat dari google map berdasarkan alamat adik beradik Ngeh dan Nga.

Inikah rumah Ngeh Koo Ham No 23, Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar Perak atau guna alamat proksi???
Adakah ini rumah Nga Kor Ming di No 16 Persiaran Bandar Baru Tambun 2, Ipoh terakhir pada November 2013. Rumah proksi, adik-beradik atau rumah sewa?
Istana Ngar Kor Ming setelah mendapat tender balak di Kelantan melalui syarikat pembalakan Upayapadu Plantation Berhad sebagai syarat menjadikan Nizar Jamaluddin sepupunya sebagai MB Perak 2008 dulu.

Jadi sebagai rakyat yang menjadi mangsa kepada musibah tsunami banjir lumpur dan balak ini masih berharap agar Nik Ajiz dan juak-juaknya bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dilakukan olehnya ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dulu.

Kita kesian melihat Menteri Besar sekarang terpaksa bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir hingga terpaksa kerajaan Pusat membantu menampung pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Itupun masih ramai tak tahu bersyukur dan menentang kononnya menjatuhkan maruah harkat dan martabat PAS. 

Dey... nasib baiklah kerajaan Pusat di bawah BN-UMNO nak membantu kalau nak harapkan puak-puak DAP bantu jangan haraplah. 

Anwar pulak kalau setakat melawat lepas banjir surut lepas tu kutuk-kutuk kerajaan Pusat, UMNO dan BN baik tak payah datanglah.

Bila PM Najib datang melawat macam-macam maki hamun dihambur. 

Bila PM Najib kena E-Coli kesan dari air banjir lagi ramai pencacai mengutuk kononnya dari 200 ribu kena banjir hanya sorang kena penyakit bawaan air. Bukan nak doakan kesembuhannya.

Ketika banjir begitu kritikal di Kelantan,  Nik Aziz masuk hospital tanpa disentuh walau setitis air hujan dan banjir

Kami pun boleh mengata bila banjir besar berlaku kenapa tetiba jer Nik Ajiz masuk spital? Mana kudrat mu untuk melawat kami para mangsa banjir di pusat-pusat banjir?

Kalau yang datang hanya gambar-gambar Tok Guru yang ditempek di plastik-plastik beras dan supik baik tak payah!

Inilah bala akibat balak, semua rakyat menjadi mangsa!

Nga Ngeh pula dah kaya mengaut duit balak Kelantan tapi beranikah mereka datang ke negeri ini sekarang untuk bersama-sama bertanggungjawab dan mengaku salah? 

Adakah cukup hanya sekadar menghantar kayu-kayu balak ke rumah-rumah mangsa sebagai ganti rugi atau bayaran royalti? 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>