Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dirogol bergilir-gilir empat 'anggota polis'

Posted: 07 Jan 2015 03:00 PM PST

JOHOR BAHRU : Seorang wanita warga China berusia 38 tahun dirogol bergilir-gilir oleh empat penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis selain turut melarikan barangan berharga bernilai lebih RM20,000 di sebuah apartmen di Larkin, di sini, kira kira 9.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita berkenaan tidak bekerja dan sudah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Katanya, polis kini menggerakkan usaha untuk memburu empat suspek berkenaan dan seorang rakan lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas.

"Kira kira 9.20 malam tadi semasa pengadu, seorang tukang kayu berusia 42 tahun hendak keluar rumah, lima lelaki memperkenalkan diri sebagai polis (tanpa menunjukkan apa apa kad kuasa atau pengenalan diri) dan menolak pengadu masuk ke dalam rumah.

"Dua daripada suspek memukul pengadu menggunakan tangan dan kaki dan mengarahkan pengadu masuk ke dalam bilik sementara wanita terbabit dibawa ke bilik lain dan dirogol secara bergilir gilir oleh empat suspek.

"Rumah pengadu diselongkar dan barangan berharga lebih RM20,000 dilarikan selain pengadu berkenaan diarah membuka pakaian sebelum semua suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



-Harian Metro

Bomoh nafsu buas cabul dalam tokong

Posted: 07 Jan 2015 05:00 AM PST

SEREMBAN – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bomoh, dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, kerana mencabul seorang perempuan berusia 21 tahun.

Walau bagaimanapun, Hoo Chee Liong, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dan mohon dibicarakan.

Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, dan memberi syarat tambahan supaya tidak mengganggu atau mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mohamad Izwan menetapkan 6 Februari sebagai sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 25 Disember lalu, tertuduh yang masih bujang, didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang gadi, dengan niat mencabul kehormatannya dengan perbuatan tidak senonoh.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah bilik dalam Tokong Cina atas Bukit Taman Nyior Rahang, jam lebih kurang 2.30 pagi.

Dengan ini, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sampai 10 tahun atau denda atau disebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam A Partiban.

Penyamun dicekup sedang asyik beromen dalam kereta

Posted: 06 Jan 2015 11:14 PM PST

KAJANG – Seorang lelaki dipercayai dalang utama kes samun dan melarikan kenderaan dicekup polis ketika sedang asyik bercumbu dengan teman wanitanya di dalam kereta di Flat Taman Industri, Lembah Jaya Selatan, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis cawangan D9 IPD Kajang yang sebelum itu melakukan pemeriksaan di rumah suspek.

"Hasil maklumat anggota ke flat berkenaan ternampak kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan. Kita mendapati suspek berada dalam kereta bersama seorang wanita berusia 24 tahun sedang bercumbu," katanya.

Beliau berkata, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan dadah.

Katanya, kereta tersebut dirampas berikutan pemeriksaan mendapati ia pernah digunakan untuk melakukan jenayah. Selain itu, hasil ujian air kencing suspek juga didapati positif.

"Lelaki berkenaan direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Diperkosa kekasih kakak

Posted: 06 Jan 2015 08:52 PM PST

KAJANG – Gara-gara bertemu kekasih kakak kandungnya, seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah pangsapuri di Jalan Anggerik Perdana, dekat sini, November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa baru mengenali teman lelaki kakaknya itu.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi berjumpa dengan suspek di tangga tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

"Mulanya mangsa hanya sekadar berborak-borak dengan suspek, bagaimanapun suspek bertindak di luar jangkaan apabila mmerogol mangsa.

"Ketika insiden itu berlaku, mangsa menjerit untuk mendapatkan bantuan, namun gagal selepas jeritannya tidak didengari," katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek juga pernah merogol kakak mangsa beberapa kali di tangga berkenaan dan terakhir melakukannya pada 24 Disember lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang pelajar tingkatan tiga turut menjadi mangsa rogol kenalannya yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Cheras, dekat sini, Khamis lalu.

"Pelajar berusia 15 tahun yang baru mengenali lelaki berkenaan dalam tempoh seminggu terpedaya dengan ajakan untuk keluar minum.

"Suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum merogolnya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun suspek yang bekerja di pasar malam ditahan Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.Image may be NSFW.
Clik here to view.

Tony Fernandez Mengaku Bersalah Pesawat Terbang Tanpa Izin

Posted: 06 Jan 2015 05:01 PM PST

Pihak Kementerian Perhubungan Sosial, Ignasius Jonan sudah berbincang dengan CEO AirAsia, Tony Fernandez mengenai penerbangan pesawat QZ8501, Surabaya-Singapura yang tidak mendapat kebenaran dan telah dibekukan oleh Kemenhub. Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada 28 Disember lalu.

"Tony Fernandez mengaku pesawat itu terbang tanpa kebenaran rute," ujar Jonan di Pejabat Kementerian Perhubungan, Jakarta.

Namun, Tony Fernandez masih berharap supaya laluan penerbangan Surabaya-Singapura masih dapat diteruskan seperti biasa.

Sebaik sahaja siasatan mengenai insiden pesawat AirAsia QZ8501 selesai, beliau akan berbincang semula dengan pihak Kemenhub berkenaan pembekuan laluan penerbangan Surabaya-Singapura.

-mD

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>