Cucu Tok Selampit |
Kekeliruan Turun Naik Harga Minyak - @RafiziRamli Mungkin Ada Masalah 'Mental Disorder' Posted: 07 Jan 2015 04:11 AM PST Semacam ada masalah mental dialami oleh Pengarah Strategik PKR merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam beliau memperjuangkan harga minyak. Kalau dilihat kenyataan-kenyataan beliau yang dibuat di dalam blog dan laman sosial Twitter beliau, seakan tiada konsistensi di dalam apa yang beliau perjuangkan. Sebelum Kerajaan menurunkan harga minyak berkuatkuasa 01 Januari 2015, Rafizi Ramli telah mengerakkan kempen untuk menurunkan harga minyak. Berdasarkan kenyataan beliau di dalam Twitter bertarikh 26 Disember 2014, beliau mempertikaikan Kerajaan menghapuskan subsidi dan mengapungkan harga minyak mengikut harga pasaran. Beliau menuduh Kerajaan menyebelahi pengusaha pam minyak sehingga memaksa Rakyat menanggung harga minyak yang mahal. Berkuatkuasa tengah malam 31 Disember 2014, Kerajaan telah mengumumkan harga baru runcit bagi minyak petrol RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pula RM2.11 seliter manakala diesel RM1.93 seliter. Harga baru runcit bagi RON95 dan RON97 itu menunjukkan penurunan sebanyak 35 sen seliter manakala penurunan harga diesel ialah sebanyak 30 sen seliter. Kita mengharapkan walaupun Setiausaha Agong PKR ini tidak berterima kasih, sekurang-kurangnya beliau akan senyap dan tidak lagi memainkan isu minyak. Nampak gayanya, lain pulak jadinya. Beliau kini memainkan isu penurunan harga minyak berkenaan bakal memufliskan pengusaha pam minyak. Nampak tak kekeliruan minda Pakar Strategik PKR ini?Tak turun harga minyak dikatakan membebankan Rakyat dan Kerajaan menyebelahi pengusaha pam minyak. Apabila turun pula dikatakan membebankan pengusaha pam minyak pula. Rafizi Ramli hendak apa sebenarnya? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |