Cucu Tok Selampit |
Usaha Murni MOA Cuba Diburukkan Oleh Malaysiakini Dengan Isu 'Kampit Beras Wajah PM' Posted: 01 Jan 2015 06:35 PM PST Posting Asal: Adalah tidak sukar untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Malaysiakini untuk memburukkan agensi dan sesuatu Kemeterian. Tidak pernah ada satu yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan di mata Malaysiakini. Ini termasuklah sumbangan mangsa banjir di Pantai Timur yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) - baca di sini. Sumbangan MOA setakat ini berjumlah RM1.821 juta kepada mangsa banjir ditenggelamkan oleh Malaysiakini dengan isu 'Kampit Beras Gambar PM'. Untuk pengetahuan semua, tiada paket beras yang dicetak wajah Perdana Menteri (PM). Hanya beberapa keping kertas sahaja yang dicetak dan ditampalkan di paket paling atas bagi tujuan membezakan barangan-barangan daripada MOA dengan bantuan-bantuan daripada pihak-pihak lain. Tujuannya agar bantuan daripada MOA ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Melalui gambar-gambar yang dikirimkan oleh sukarelawan MOA, berkaitan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, jelas tiada paket beras yang dicetak wajah PM. Tambahan lagi, tiada isu barangan bantuan lewat sampai kerana barangan MOA sampai awal dan melalui beberapa peringkat penghantaran. Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku. Sejak tarikh 18 Disember di mana bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui agensi KADA untuk menghantar barangan keperluan. Bermula 26 Disember seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. MOA telah mengunapakai (mobilise) semua aset-aset untuk menyalurkan bantuan kepada 8 negeri yang melibatkan 51 kawasan parlimen. MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir. Malah media turut dipanggil pada ketika majlis penyerahan. Ini adalah masa untuk misi kemanusiaan bukan untuk berparti. Menteri MOA, DS Ismail Sabri telah menyebut di laman sosial Facebook dan Twitter akan menolong semua mangsa tanpa mengira sama ada UMNO, PAS ataupun PKR. Ini kerana disaat musibah ini memerlukan kita untuk menolong dgn ikhlas, bukan menyerang orang lain atas dasar kepartian. CTS merasakan wajar untuk MOA dan Menterinya menyaman Malaysiakini dan blogger terbabit kerana menyiarkan berita palsu dan tidak menjelaskan keadaan sebenar. Kemaskini 3.00 PM: Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri 1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com. Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini. 2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan. 3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur. 4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran. 5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir. 6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan. 7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini. 8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda. 9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani. 10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial. 11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan. |
Lawak Minggu Ini - Tempahan Tiket Tak Boleh Ditukar Punca @anwaribrahim Tidak Dapat Pulang Posted: 01 Jan 2015 04:43 PM PST "Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar," kata KETUM Anwar Ibrahim. Ingatkan hebat sangat. Sembang berdegar-degar. Kenal sana kenal sini. Tempahan tiket kapal terbang pun tak boleh tukar ka? Awat la bagi alasan bangang sangat. Kalau tak boleh tukar, beli baru la. Kata prihatin dengan Rakyat sangat? Macam-macam alasan la Pak Ketum ni bagi kerana tidak mahu balik awal untuk membantu mangsa banjir. Maka macai pun hanguk sajalah. Depa ni bukan boleh membantah. Kalau marahpun, sekejap saja. Maka akan berkatalah macai yang dipetik oleh Haprakah dan Suara Keldaian, "Hello tiket flight mana boleh tukar-tukar tarikh. Betullah Anugerah Tuhan cakap. Dia bukan penipu macam orang BN. Orang Ameno bangang, Tak faham prosedur operasi penerbangan". Walau bagaimanapun, CTS merumuskan ini mesti konspirasi kerajaan BN sengaja untuk melengah-lengahkan KETUM dari turun melawat mangsa banjir ... ahaks! |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |