waadat |
Budaya buli masih leluasa di sekolah Posted: 01 Jan 2015 10:57 PM PST Budaya buli masih berlaku di kebanyakan asrama termasuk di sekolah berasrama penuh. Meski sekadar menyuruh membuatkan mi segera atau membasuhkan pakaian senior, ia tetap buli. Jangan sampai jadi kes berat baru nak kelam kabut ambil tindakan. Warden asrama jangan buat-buat tak nampak, pengetua sekolah jangan buat-buat tak tau. PPD dan JPM jangan hanya tunggu berlaku kes baru nak bertindak. Budaya buli sepatutnya sudah lenyap bersama munculnya budaya penyayang. Apabila disebut budaya maka ia harus menyeluruh dan bukan paksaan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pelajar mesti memahami konsep tersebut. Setakat suruh cikgu-cikgu menunggu di depan pintu pagar pagi-pagi, bukan tak boleh. Bolehlah, cuma.... Oh ya, dengar kata ada guru besar yang arahkan guru-guru hadir LDP di sekolah 5 hb Jan 2015 walaupun menteri sudah mengeluarkan surat arahan. |
Cimb sombong dan DBP yang bengap Posted: 01 Jan 2015 04:25 PM PST Hari ini Demang terima lagi sepucuk surat daripada CIMB, 100% dalam bahasa Inggeris. Langsung tiada terjemahan. Tak perlulah Demang membebel panjang-panjang sebab dah sentuh perkara ini banyak kali. DBP kat mana? DBP kat mana? Jadi tunggul kayu atau dah sampai peringkat arang? Ingat, CIMB bukan bank komersial biasa. CIMB hidup.hasil ehsan rakyat dan pernah diselamatkan beberapa kali menggunakan wang rakyat. Jangan sombong sangat! Mana Sasterawan Negara? Sudah lah. Pergi gosok gigi dulu. Mulut dah hapak sebab lama sangat tidur. Demang pun dah bosan guna bahasa baku. Jom kita pasemborojakkan bahasa melayu yang tiada nilai ini. |
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |