oyabun |
Anwar Berjaya 'Beli' Bekas Menteri Kabinet Untuk Ke Putrajaya? Posted: 01 Jan 2015 09:15 PM PST Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah 'membeli' beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO. Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam. Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Teori mereka, apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan, maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU13). Sebelum ini, Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan, namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan. Sumber : aidc Wasabi Oyabun.. |
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |