Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

The Unspinners

$
0
0

The Unspinners


Dr Hatta mati lemas? Al Fatihah!

Posted: 01 Jan 2015 11:00 PM PST


Sesiapa jumpa Dr Hatta, tolong beritahu polis atau MKN. Dikhuatiri dia mati lemas.

Rumah dan markas dah hanyut ....





Kalau ada Bersih atau demonstrasi, muka dia mesti ada moh di depan.

Takkan dia tak aktif turun membanti di kawasan Kuala Krai. Calun yang kalah banyak padanya pun turun dengan aktif.

Mungkin sebab media TMI, MMO, Harakah, Mkini dll tak beri dia publisiyi. Takkan TV3, NST dan Utusan nak berikan publisiti murah untuknya.

Harap mulakan kempen mencari AP K Krai ini. Dibuatnya sesuatu berlaku,  wajib fardhu kifayah untuk bantu sempurnakan.

Kasi fatihah dengan harapan syufaat fatihah belum tunjukkan jalan yang lurus untuk semua.

Alasan Anwar betul macam LANCAU BENGKOK-nya

Posted: 01 Jan 2015 09:00 PM PST



Takkan bantuan hanya ke Gua Musang dan Kuala Krai saja?

Posted: 01 Jan 2015 03:55 PM PST



Muhasabah wahai Melayu Islam

Posted: 01 Jan 2015 02:07 AM PST



Selamat Tahun Baru 2015... 

BERMUHASABAH DEMI AGAMA DAN BANGSA 

MUHASABAH SETIAP APA YANG TELAH DILAKUKAN SEHINGGA ALLAH MEMBERIKAN AMARAN YANG CUKUP HEBAT SEPANJANG 2014...

MOGA 2015 MEMBERIKAN SATU NAFAS BARU UNTUK KEKUATAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.

AS SALAM...

Benarlah firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 30:

( وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ)

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan bala bencana, maka ia adalah disebabkan perbuatan daripada tangan-tangan kamu sendiri."

Tahun 2014 memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada Kepimpinan Negara dan seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai tragedi dan bencana memberikan kesan yang cukup hebat pada nombor 2014. Kehadiran 2015 memberikan satu harapan agar semua tragedi dan bencana ini tidak berulang insya allah.

Saya melihat beberapa sudut yang memanggil kita semua untuk merenung sejenak berpandukan ayat al quran di atas...Bolehkah kita mahu menyalahkan sesiapa dalam 2 tragedi pesawat MAS dan bencana banjir besar di separuh negeri dalam Malaysia. Dari utara Kedah, Perak, Shah Alam Selangor, Pahang, Terengganu dan yang terburuk Kelantan. Banjir di puncak bukit dan tanah tinggi Cameron. Ini merupakan rintitan yang besar dalam tahun 2014...

Persoalannya ialah sejauhmana pula kita melihat beberapa corak penghinaan kepada agama islam dan bangsa melayu yang berlaku sepanjang 2014.

-Bermula dengan Isu Kalimah allah...
-Azan di perlahankan di Pulau Pinang
-Perarakan Maulidur Rasul d haramkan di Pulai Pinang.
-Blogger Cina menghina umat islam Malaysia.
-Kristian terus mahukan Bible dicetak dalam Bahasa Melayu.
-Lelaki dibenarkan berpakaian Perempuan atau Wanita.
-Bertambah jumlah lesen rumah urut di Selangor.
-Hukum Allah HUDUD di permainkan demi kepuasan dan kepentingan Politik Kepartian.

Percaya lah bahawa allah memberikan amaran kepada kita semua agar bermuhasabah demi keagungan agama dan kelangsungan bangsa.
AYUHLAH rakan dan sahabat seagama untuk kita kembali kepadaNya dan jangan kita menghina Hukum allah dan mempermainkan ayat al quran.
BANGKIT demi Agama....BANGUN kerana Bangsa..Ketepikan otodot kepartian yang menghancurkan dan merugikan agama dan bangsa.Hentikan fitnah yang menjadi senjata iblis menyesatkan ummat Rasulullah saw.Bersatulah..Binalah saf agama yang kukuh dan rapat tanpa wujud jurang untuk berpecah.

SELAMAT TAHUN BARU 2015..

WASSALAM

WAN KHAIRUL IHSAN WAN MUHAMMAD
Pengerusi IMPAK
31 Dis 2014 / 01 Jan 2015

Dari blog Bicara Minda

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>