Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Usia 50-an tak halang wanita bernafsu untuk khalwat malam tahun baru

Posted: 01 Jan 2015 04:01 AM PST

LELAKI nekad terjun dari tingkat satu hotel ketika serbuan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar 
Georgetown: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga penjawat awam cedera di kaki dan kepala selepas terjun dari tingkat satu hotel bagi mengelak daripada dicekup pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), 5.30 pagi tadi.

Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawai melakukan pemeriksaan menyedari tindakan lelaki itu sebelum cuba menghalangnya.

"Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.

"Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh," katanya.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat.

Turut ditahan dalam operasi 1 hingga 6.30 pagi itu ialah wanita berusia 50 tahun yang juga isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20753#sthash.YkbqHD9R.dpuf

Pelajar perempuan trauma dicabul dalam bilik warden

Posted: 31 Dec 2014 05:30 PM PST

Gambar hiasan
KOTA TINGGI – Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun trauma selepas mendakwa dicabul tenaga pengajarnya di dalam rumah warden, minggu lalu.

Bapa saudara mangsa mahu dikenali sebagai Zali, 40, berkata, anak saudaranya telah membuat satu laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila anak saudaranya merupakan pelajar di pusat pengajian itu telah disuruh tenaga pengajar terbabit untuk membersihkan rumah warden.

"Anak saudara saya memberitahu sebelum ini tenaga pengajar itu pernah cuba melakukan perkara itu kepada dirinya dan pelajar lain, namun tidak berjaya.

"Sebagai seorang tenaga pengajar yang diberi amanah menyampaikan ilmu, tak wajar dia melakukan perkara ini pada anak muridnya," katanya.

Tambahnya lagi, dia terkilan ketika kejadian, merupakan hari terakhir anak saudaranya di pusat pengajian itu.

"Kejadian ini pasti menjadi detik hitam hidupnya. Ia menyebabkan anak saudara saya kini trauma. Apa yang kami harapkan agar individu bertanggungjawab dapat diberkas dan dikenakan hukuman setimpal," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, hasil siasatan pada 30 Disember jam 4.15 petang, suspek berjaya ditahan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu," katanya.

Harga Ron 95, 97 & Diesel Turun Mulai 1 Jan 2015

Posted: 31 Dec 2014 04:01 PM PST

KUALA LUMPUR (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.

"Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini," tambahnya.– BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710