Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


VIRAL LORI HANTAR BANTUAN MANGSA BANJIR DITAHAN ADALAH PALSU #Pray4PantaiTimur

Posted: 01 Jan 2015 04:30 AM PST



Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang menjadi viral di kebanyakan media sosial mengenai lori syarikatnya ditahan pihak berkuasa ketika menghantar bantuan ke Dabong, Kelantan, kelmarin.

Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim berkata, lori yang membawa makanan segera ke kawasan itu dapat meneruskan perjalanan tanpa sebarang sekatan mahupun gangguan daripada mana-mana pihak seperti yang disebarkan di media sosial.

"Team Sabasun selamat pulang dari Dabong, Kelantan, tiada apa masalah berlaku dan berita yang disebarkan adalah tidak benar malah saya tidak mengenali langsung individu terbabit.

"Individu itu juga mendakwa kenyataan yang dimuat naik dalam akuan Facebook miliknya yang dikatakan dipetik daripada Facebook rasmi Sabasun juga adalah sama sekali tidak benar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Salmi lagi, perjalanan mereka mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari segi perjalanan dan juga ketika pengagihan makanan di pusat-pusat pemindahan serta rumah penduduk terjejas banjir.

Misi bantuan yang diketuai Pengarah Operasi, Che Salman Che Ibrahim itu selamat tiba di Terengganu pada jam 4 pagi semalam.

"Saya agak terkejut dengan kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu dan berharap tidak ada lagi kenyataan palsu yang dibuat membabitkan syarikat saya," katanya.

Bagaimanapun, Che Salmi belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu dan pada masa sama, memberi amaran supaya ia dihentikan segera. 

HUSAM TOLAK KERAJAAN CAMPURAN PAS-UMNO DIBALUN ANAK KELANTAN ! #Pray4PantaiTImur

Posted: 01 Jan 2015 03:00 AM PST

Cadangan berani oleh pemilik SINAR HARIAN yang juga rakyat Kelantan Datuk Hussamudin Yaacob supaya diwujudkan kerajaan campuran PAS- UMNO pasca banjir besar ini bagi membangunkan semula negeri ini jelas  mendapat sokongan ramai anak2 Kelantan  . KLIK DI SINI




Malah TPM sendiri dalam reaksinya pun cakap boleh dilakukan & tidak tolak kemungkinan  !  






Tetapi cadangan ini ditolak kuat oleh Naib Presiden PAS Husam Musa walaupun hanya berstatus Adun sahaja bukan berjawatan Exco dalam kerajaan Kelantan  !!  


Begitu juga portal PR Malaysiakini yang tak tidak senang cadangan bos  Sinar Harian dengan spin bahawa TPM hanya ketawa ...... Tak ada etika langsung berita sampah seperti ini ..



Adakah puak2 Anwarinas dalam PAS seperti Husam  takut jika kerajaan campuran PAS- UMNO ini berhasil akan gugat mereka mahu rampas Putrajaya seperti yang  diidamkan DAP - PKR ?

Bagi GPB , tak mustahil kerjasama ini dapat   dilakukan sepertimana contoh  dibuat Gerakan Acheh Merdeka (GAM )   dengan kerajaan Indonesia di Acheh di mana mereka bekerjasama dan menamatkan konflik  selepas tsunami 2004. 






Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan tidak perlu kerajaan campuran hanya pendapat peribadi beliau yang dianggap hanya mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Di Kelantan, Husam hanya seorang Adun. Beliau tidak berhak membuat keputusan samada setuju atau tidak terhadap kerajaan campuran," demikian tegas Pengerusi Trans-Nusantara Ventures, Datuk Rahim Kamil Sulaiman.

Rahim yang juga tokoh anak Kelantan yang dikenali menegaskan, Husam hanya bercakap atas kapasiti dirinya sahaja dan bukan pandangan orang Pas atau pandangan orang yang menyokong Pas, jauh sekali mewakili rakyat Kelantan.

"Apa yang dinyatakan Husam dalam kenyataannya kepada Malaysiakini bukan rakyat yang mahu.

"Di Kelantan, Husam tidak memegang  apa-apa jawatan dalam Pas Kelantan selain hanya sebagai Adun sahaja.

"Tindakan Husam yang mendahului menteri besar Kelantan bagi mengatakan Pas tidak perlu kerajaan campuran adalah biadap dan  tidak menghormati kuasa dan kepimpinan menteri besar," katanya.

Beliau menasihat Adun itu supaya melihat kembali kepada sirah Rasulullah.

"Kita  menyerahkan kepada individu yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kita di dalam menentukan sesuatu keputusan.

"Sebagai pemimpin dan rakyat, kita seharusnya menyokong pimpinan yang ada untuk bersama membuat keputusan yang menuju kepada kebaikan.

"Husam perlu tahu apa yang rakyat Kelantan mahu dan bukan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi," katanya.


Dalam pada itu, Penganalisis  Politik Kelantan, Dr Kamarulzaman Yusof  berkata, Husam tidak sepatutnya terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, selaku pemimpin berpengalaman, Husam sepatutnya mendapatkan pandangan kerajaan negeri dahulu sebelum mengeluarkan pendapat.

"Husam terburu-buru dengan menolak terus cadangan tersebut tanpa mempertimbangkan pro dan kontranya secara mendalam.

Kamarulzaman berkata, kerosakan yang menimpa Kelantan terlalu besar dan memerlukan biaya serta tenaga besar untuk dipulihkan semula.

"Saya selaku ahli akademik menyanjung (Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacob di atas keberanian beliau menyuarakan suatu perkara yang sebenarnya turut terbuku di dalam hati ramai rakyat Kelantan," katanya.



AHLI POLITIK HENTI BERBALAH , BANJIR BESAR PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM - KAZIM ELIAS

Posted: 01 Jan 2015 02:00 AM PST




Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias al Hafiz @ Ustaz Kazim turut mengingatkan ahli politik supaya menghentikan segala perbalahan terutama ketika negara sedang dilanda banjir besar.

"Cukup-cukuplah berpolitik... orang kita berpolitik 24 jam tidak habis-habis. Bawa-bawalah untuk berbincang elok-elok, takkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dengan isu yang tidak habis-habis," katanya.

Mohd Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas daripada agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di semua negeri yang berkenaan terutama di Pantai Timur yang dilanda bah dan disifatkan bencana paling buruk sejak 1962.

Dipetik daripada kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook beliau, Mohd Kazim turut mengajak semua rakyat negara ini tidak kira latar belakang juga ideologi untuk membantu dengan apa yang termampu.

Selain itu, beliau turut menyeru semua umat Islam di negara ini menghentikan program yang boleh melalaikan pada musim banjir dan digantikan dengan solat hajat.

Katanya, bencana banjir boleh disifatkan sebagai peringatan untuk umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar.

"Jangan lagi dihina kalimah ALLAH, jangan lagi dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jangan lagi menghina hukum hudud, malah carilah jalan supaya umat Islam bersatu.


"Tolaklah ajaran pluralisme dan liberalisme. Jangan dibuat lagi pesta minum arak pada bulan Oktober dan mana-mana bulan sekalipun," katanya.


Beliau juga berkata, stesen televisyen di negara ini perlu menjadi penyumbang kepada kebangkitan akhlak yang baik dan tidak menganjurkan program sia-sia.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian ketika menghubungi pejabat akhbar ini semalam mengatakan,  musibah seperti bencana alam meskipun bersabit dengan faktor geografi, juga mengandungi makna yang tersirat untuk kita sama-sama fikirkan.

"Ia tidak terjadi atas faktor geografi semata-mata. ALLAH sedang menguji kita sebenarnya... sama ada kita nak insaf, bermuhasabah apa kesilapan yang kita telah buat atau sebaliknya," katanya.

Mengambil contoh  kesan tragedi tsunami yang berlaku di Aceh 10 tahun lalu yang akhirnya menamatkan konflik politik di wilayah itu antara pemerintah Republik Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM), beliau berkata, bencana banjir di negara ini walaupun tidaklah seberat itu, apa yang berlaku tetap ada hikmah di sebaliknya.

"Jadi saya kira, sudah sampai masa untuk ahli-ahli politik kita, tidak kira dari sebelah mana, dari parti mana untuk duduk merenung diri apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat negara ini? Apa kesannya kepada masyarakat?

Sampai bila mereka hendak berpolitik? Bukan tidak boleh berpolitik tetapi carilah jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.

Berpolitik, katanya tak akan habis walaupun dibahaskan setiap hari.

"Kalau nak bercakap tentang perbezaan, memang banyak. Tak akan habis tetapi ke arah mana kita hendak bawa masyarakat kita, pengikut kita? Cukup-cukuplah... Jadikanlah ini masa untuk kita bersatu, titik tolak untuk kita bersatu selama-lamanya.

"Biarlah ideologi berbeza tetapi bukan dalam pergaulan, silaturahim, apa lagi saudara seagama. Biarlah politik jadi cara untuk memilih pemimpin yang terbaik mengikut sistem demokrasi, bukan untuk memburukkan, menghodohkan sesama sendiri," katanya.

MB KELANTAN SALAHKAN PEMBALAKAN HARAM PUNCA MALAPETAKA BANJIR #Pray4PantaiTimur

Posted: 01 Jan 2015 01:03 AM PST




Kerajaan PAS Kelantan hari ini berkata jika kejadian pembalakan yang tidak terkawal berlaku di negeri itu, ia mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. 

Mengulas teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri itu sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan. "Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.

 "Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu. Semalam, ditanya adakah faktor utama banjir di Kelantan disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di Kuala Krai dan Gua Musang, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.



 "Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas," katanya. Najib menyifatkan banjir buruk yang melanda negeri itu bukan satu fenomena tetapi bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Putrajaya akan membuat kajian "post-mortem" secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar banjir luar biasa itu, meliputi banyak faktor termasuk perubahan cuaca, penerokaan dan pencerobohan hutan, penarahan bukit selain kekurangan infrastruktur mengalihkan air ke laut.

 Ahmad berkata, apabila mendengar beberapa pihak menyifatkan banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal, beliau berpandangan ia perlulah dirujuk terlebih dulu kepada pihak kerajaan negeri.

 "Perlu diketahui juga yang insiden banjir boleh juga berlaku akibat beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurut pemangku ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu, kerajaan negeri Kelantan sekarang dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.



 "Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan persekutuan," katanya. Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di negeri itu.

 Ahmad yang pada minggu lepas mengakui beliau juga terperangkap dalam rumahnya yang dinaiki air berkata, banjir itu hendaklah diteliti juga daripada sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat Islam. – 31 Disember, 2014 -

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>