The Unspinners |
- Kerjasama demi rakyat, bukan gabung la ... bengong
- Kain rentang ahli PAS marah ...
- Menurut Mkini, shopping complex dibuka pkl 1 pgi untuk Rosmah shopping di Dubai?
- R dan Husam tuntut royalti balak untuk mangsa banjir?
Kerjasama demi rakyat, bukan gabung la ... bengong Posted: 06 Jan 2015 06:28 PM PST Pas sedia kerjasama dengan UMNO Isu banjir di Kelantan menjadi keutamaan HUSSAINI AMRAN | 06 Januari 2015 KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini. Nik Mohamad Abduh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan. "Saya melihat politik itu isu kecil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik. "Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas banjir. Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya. Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan. "Cuma, kita berharap pelaksanaan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang," ujarnya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-kerjasama-dengan-umno-1.45086#sthash.nkYL3jhs.dpuf |
Kain rentang ahli PAS marah ... Posted: 06 Jan 2015 04:33 PM PST |
Menurut Mkini, shopping complex dibuka pkl 1 pgi untuk Rosmah shopping di Dubai? Posted: 06 Jan 2015 04:30 AM PST MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1 Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia. Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ? Pesawat berkenaan jenis A319. Lbh kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X. Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dlam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah. Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ? Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04 tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN. Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16 tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53 pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ? Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand. Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara. Sumber : facebook faisal bin rohban -------------- Apa kata blogger bangang yg dok tembak kawan sendiri dengan fitnah untuk pembangkang dan guna fitnah pembangkang .... ... tapi diam pula pada kesalahan pembangkang? |
R dan Husam tuntut royalti balak untuk mangsa banjir? Posted: 06 Jan 2015 01:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from The Unspinners To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |