Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all 15710 articles
Browse latest View live

Belantan

$
0
0

Belantan


Benarkah pesawat Air Asia QZ8501 terbang tanpa kebenaran..?

Posted: 03 Jan 2015 10:21 PM PST


Pesawat Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapalnya Ahad lalu berkemungkinan terbang tanpa kebenaran. Ia susulan tindakan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.

Lapor Kompas.com, tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pusat Komunikasi Awam KEMENHUB, J.A Batara. AirAsia juga telah didapati melanggar kebenaran itu dengan membuat penerbangan pada Ahad, 28 Disember 2014. Pesawat QZ8501 miliknya telah melakukan penerbangan dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dengan bertolak dari Surabaya ke Singapura pada hari itu sebelum dipercayai terhempas di Teluk Karimata, Kalimantan Tengah.

"Jadi ini pembekuan sementara izin rute (laluan) AirAsia rute penerbangan Surabaya-Singapura," ujar J.A Batara dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.


KEMENHUB bagaimanapun akan menimbangkan semula larangan itu selepas siasatan ke atas insiden pesawat AirAsia QZ8501 dilakukan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.

Penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan laluan Surabaya-Singapura dinasihatkan mengubah jadual penerbangan mereka. Sementara itu Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia, Kapten Ahmad Sadikin berkata syarikat itu tidak pernah beroperasi di sebarang laluan tanpa mendapat kebenaran.

"Saya tidak boleh menjawab kerana belum membacanya (laporan). Tetapi kalau kami tiada kebenaran, kami tidak mungkin terbang," kata Sadikin pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sehingga semalam telah menemui 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, iaitu hari ke-enam operasi itu. Sehingga kini empat daripadanya telah dikenal-pasti identiti mereka.

Suara Politik
Belantan

Sekadar di pinggiran, Pas ikut telunjuk DAP?

Posted: 03 Jan 2015 09:29 AM PST


Hudud dan siapa Perdana Menteri (PM) pakatan DAP-Pas-PKR (3P) jika memenangi pilihan raya umum (PRU) timbul lagi. Isu ini pernah dibangkitkan tidak lama dulu. Dua isu inilah yang menghantui pemikiran pemimpin pakatan – Hudud dan PM. Belum ada kata sepakat mengenainya. Baru-baru ini DAP mahu kedua-dua isu itu diputuskan sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu pakatan itu menjelaskan pendirian bahawa 3P tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang PRU.

Pendirian itu penting supaya pakatan 3P mempunyai dasar yang jelas, konsisten dan meyakinkan rakyat apabila menjadi pentadbir di Putrajaya. Bagi Guan Eng, itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem. Begitu juga dengan calon PM dalam kalangan mereka yang juga memerlukan satu ketetapan.

Siapa mereka? Adakah PM itu Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang (atau Mat Sabu), Lim Kit Siang (atau Guan Eng). Anwar jadi pilihan DAP walaupun pemimpin itu di dalam penjara. Kenyataan Guan Eng berkaitan pendirian dasar pakatan itu senada dengan Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai yang mahu pakatan itu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat parti. Kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang pada PRU nanti.

Dalam erti kata lain, 3P tidak boleh 'tidur sebantal' tetapi mimpi lain-lain. Mereka boleh tidur di bantal sendiri tetapi harus mempunyai mimpi yang sama. Pada masa yang sama DAP akan terus konsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang dakwa parti itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia serta mempertahan Perlembagaan Persekutuan.


DAP tidak risau dengan pendirian atau ideologi PKR. DAP sudah tentu lega dengan ikrar Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini menegaskan tidak akan meneruskan konsep 'ketuanan Melayu' supaya golongan muda Melayu itu membesar dengan bermaruah. Apa yang menimbulkan kegelisahan DAP ialah ideologi Pas walaupun sudah ada tanda-tanda pendirian itu akan berubah.

PKR juga sudah tentu akan bergerak seiring dengan DAP. Jika sebelum ini, DAP senada dengan PKR dalam isu Menteri Besar (MB) Selangor, maka tidak timbul sokongan PKR kepada DAP dalam dua isu yang dibangkitkan oleh Guan Eng. DAP tidak akan menghadapi masalah besar dengan PKR asalkan Anwar mendapat jawatan PM.

Jika diselak kembali beberapa kenyataan terdahulu, Anwar yang disifatkan isteri-nya sebagai anugerah Tuhan sudah tentu menjadi pilihan pakatan 3P ini sebagai PM. Jawatan ini jugalah yang menjadi matlamat PKR. Anwar dalam satu wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily pada tahun 2010 ada menyebut bahawa beliau sebagai PM dan Kit Siang sebagai timbalannya apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah. Itu kata Anwar. Pas pula bagaimana?

Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar sebagai PM jika pakatan menang pada PRU lalu. Mungkinkah isu PM akan berakhir sama seperti jawatan MB Selangor? Isu dasar perjuangan Pas dijangka berlarutan tetapi sejauh mana pendirian Pas dalam menghadapinya? Pakatan 3P sebelum ini bersetuju supaya semua parti tidak memberi komen mengenai hudud tetapi isu ini akan terus menjadi 'duri dalam daging' kepada pakatan itu setiap kali menjelang PRU.


Kali ini DAP nampaknya mahu penegasan segera dibuat, bukan lagi menunggu saat menghadapi PRU. Mungkin juga isu ini sengaja ditimbulkan bagi menggambarkan kepada semua bahawa DAP tidak akan bertolak ansur dalam isu hudud?

Jika Pas masih kekal dengan matlamatnya menubuhkan negara Islam dan hudud, DAP mungkin boleh mencari alternatif lain bagi melayakkan parti itu bersama PKR memenangi lebih banyak kerusi. Dalam PRU lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi yang dipertan-dingkan. Pakatan 3P menang 89 kerusi iaitu DAP (38), PKR (30) dan Pas (21). Di peringkat negeri, DAP menguasai 95 kerusi diikuti Pas 85 dan PKR 49.

Adakah DAP bersedia berjuang bersama PKR jika Pas tetap dengan pendiriannya? Apakah peluang Pas tanpa sokongan PKR dan DAP dalam menghadapi PRU akan datang? Pendirian sebenar Pas amat dinanti-nantikan. Anggota-anggota parti ingin tahu apakah tindakan Pas dalam menghadapi tuntutan DAP dan PKR supaya Pas tidak melaksanakan hudud. Selama ini dalam banyak tindakan termasuk demonstrasi, anggota Pas lebih ramai dan rajin ke hadapan.

Adakah Pas akan mengalah demi membantu sekutunya PKR dan DAP menguasai Putrajaya? Apa pula pendirian Pas berhubung kenyataan Guan Eng yang dikatakan memberi kebenaran kepada bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah? Guan Eng dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam, penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.



Pas sudah jelas pendirian tegas dan konsisten DAP dalam isu ini. Pas sedar ketegasan ini melalui kenyataan Karpal Singh (mendiang) bahawa Pas perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud. Kenyataan itu tidak berubah walaupun Karpal Singh sudah tiada.

ini pun Kit Siang menyatakan pendirian yang sama. ''Kami berpegang teguh kepada prinsip fundamental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak kena dan tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia,'' kata Kit Siang pada September 2012. Ini bermakna jika pembangkang menawan Putrajaya dan membentuk Kerajaan Persekutuan, hudud tidak akan dilaksanakan.

Persidangan Parti DAP 2014 yang bertemakan 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' juga meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum hudud. Resolusi yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan itu menolak pelaksanaan hukum hudud sebagai sistem perundangan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Begitulah sikap konsisten DAP berhubung hudud.

Jika Pas mementingkan kerusi atau kuasa politik untuk ke Putrajaya, maka tidak ada pilihan lain kecuali mengalih perhatian penyokong-penyokongnya supaya mereka bersedia melupakan matlamat penubuhan negara Islam dan melaksanakan hudud. Hala tuju Pas perlu beralih kepada negara berkebajikan sahaja dan pada masa yang sama menyedapkan hati dan meyakinkan anggotanya tentang 'masa akan tiba' juga hudud dilaksanakan.


Apa yang penting ketika ini, Pas boleh mengambil kesempatan kerjasama dengan DAP dan PKR untuk menambah kerusi membentuk kerajaan Persekutuan. Pas tidak boleh lagi berdolak dalih. Pas perlu membuat keputusan sama ada mahu meneruskan agendanya berkaitan hudud atau agenda menawan pusat pentadbiran Putrajaya.

Pas tidak boleh bersandiwara membohongi penyokong-penyo-kongnya mengenai ideologi atau prinsip perjuangan parti itu. Jangan di hadapan penyokong, parti itu menyatakan akan menegakkan hukum hudud tetapi di depan DAP akur dengan kehendak sekutunya itu. Mungkin juga Pas perlu mendapatkan mandat anggota parti sama ada mahu kekal dengan perjuangan atau berubah mengikut kehendak DAP.

Berdasarkan perkembangan semasa, tidak mustahil Pas akan 'mengendurkan' perjuangan hudud. Mungkin dalam kalangan pimpinannya akan ada suara-suara yang mahu Pas melupakan sementara soal hukum hudud dan memberi fokus kepada mendapatkan kuasa terlebih dahulu.

Peranan besar adalah untuk meyakinkan anggota parti terhadap sebarang perjuangan parti itu sama ada hudud atau kuasa. Tidak sukar rasanya bagi Pas untuk meyakinkan anggota parti jika kalangan pemimpin yang lebih terbuka merestui perubahan perjuangan parti manakala golongan ulama yang mahu mempertahankan hudud semakin berkurangan. Adakah Pas bersedia mengorbankan dasar dan ideologinya? Kita tunggu perkembangan hudud di Kelantan yang dikuasai Pas.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Banjir : Anggota JPAM Jadi ‘Bidan terjun’ | Harian Metro

Posted: 03 Jan 2015 05:50 PM PST



Kota Bharu: Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan menjadi 'bidan banjir' apabila menyambut kelahiran bayi lelaki yang dilahirkan mangsa banjir di Kampung Cina, di sini, Khamis lalu.

Difahamkam, anggota berkenaan, Lans Koperal Aida Dollah ditugaskan membantu mangsa berpindah ke tempat selamat selepas kawasan kediamannya dinaiki banjir.

Mangsa bersama keluarga dan penduduk kampung berhampiran dibawa menaiki trak anggota JPAM.

Jurucakap bahagian perhubungan awam JPAM Kelantan, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang meminta bantuan menghantarnya ke hospital berikutan keadaannya sudah sarat.

"Mangsa berjalan dari rumahnya keluar ke jalan utama bagi memudahkan anggota penyelamat mengambilnya berikutan keadaan lorong rumahnya terlalu kecil untuk dilalui kenderaan berat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Sent from my iPhone

Aspirasi Bangsa

$
0
0

Aspirasi Bangsa


Apa sudah jadi pada rakyat Malaysia??

Posted: 03 Jan 2015 11:29 PM PST

BALAK ATAU EMPANGAN? - MENJAWAB TUDUHAN JAHAT HUSAM MUSA

Posted: 03 Jan 2015 06:35 PM PST

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


BILA GAMBAR BERBICARA

Posted: 03 Jan 2015 11:10 PM PST

Pada 24.12.2014 dua gambar jalan berlubang sudah diterbitkan dalam blog ini.Pada 25.12.2014 pekerja JKR bahagian jalanraya Daerah LMS telah membaiki lubang yang terdapat pada jalan tersebut, tetapi apakan daya apabila sudah dibaiki hanya bertahan selama 3 hari sahaja.Adakah bahan yang digunakan tidak berkualiti seperti mana yang digunakan oleh kontraktor lain atau pun JKR hanya mempunyai pekerja yang kurang mahir dan juruteknik/jurutera JKR hanya percaya pada PRA.Kalau macam inilah baik tidak payah buat kerja baik pulih jalan tersebut.Kalau kerja bak kata perpatah BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU.Apa yang akan terjadi kepada pengguna jalanraya tersebut.Lubang jalanraya tersebut bukan 1 tapi 2 dan 3

RAPERA ..

$
0
0

RAPERA ..


Are Muslims Really the Best of People ???

Posted: 03 Jan 2015 03:27 AM PST

anakbukitgantang says

$
0
0

anakbukitgantang says


Kenyataan Media TNB menyanggah fitnah Husam

Posted: 03 Jan 2015 03:54 AM PST

Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar
Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.
Antara tuduhannya termasuklah:
1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:
Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.
Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.
Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir seperti Lakaran Rentas di bawah:
keratan rentas terowong aliran ke tasik kenyir
Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.
Empangan Kenyir adalah salah satu infratruktur yang dibina untuk tebatan banjir. Fakta yang perlu diketahui ialah adalah mustahil  aliran hujan dari Terengganu membanjiri Kelantan kerana arah aliran Emoangan itu disalurkan ke Tasek Kenyir di Terengganu. Setelah ditohmah TNB mengeluarkan kenyataan media menyanggah Husam Musa. 

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.
Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.
Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.
Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

bumiyang

$
0
0

bumiyang


Banjir Besar di Kelantan Amaran Allah Supaya Umat Islam/Melayu Betsatu???

Posted: 03 Jan 2015 04:30 AM PST

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


TAUKE BALAK KELANTAN TEBANG MACAM TAK ADA UNDANG-UNDANG -MENTERI

Posted: 04 Jan 2015 07:59 AM PST











VIDEO: KERAJAAN DAP PILIH BULU BERI BANTUAN MANGSA RIBUT BALIK PULAU @dzainalabidin

Posted: 04 Jan 2015 06:24 AM PST


Ketika perhatian seluruh negara bertumpu kepada bencana banjir besar di Pantai Timur,pada malam 30 Disember lalu lapan kampung di Balik Pulau dilanda ribut dan angin kencang.
Kejadian antara jam 10.30 hingga 12 malam itu menyebabkan banyak rumah rosak teruk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin.
Antara kawasan yang terlibat di Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang,Jalan Pondok Upeh,Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.
Ekoran itu Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memberitahu sebanyak lebih RM2 juta diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih sejumlah 549 rumah termasuk masjid yang rosak.
Balik Pulau ialah satu-satunya kawasan BN yakni UMNO di bahagian pulau di Pulau Pinang.
Semua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi BN dalam pilihanraya umum ke 13 lalu.


Isu ini mungkin nampak kecil tetapi jika betul seperti didakwa oleh Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ia memberi gambaran tentang sikap kerajaan Pakatan pembangkang pimpinan DAP.
Ketika kerajaan pusat dan seluruh jentera BN dan UMNO menghulurkan bantuan tanpa mengira mangsa itu penyokong parti mana di Balik Pulau pula lain ceritanya.
Ahad, Dr Hilmi membidas tindakan kerajaan pimpinan DAP negeri yang kononnya memberikan bantuan secara selektif kepada mangsa ribut di Balik Pulau.

Bercakap kepada wartawan sebelum membuat lawatan ke kawasan yang dilanda ribut,Dr Hilmi mendakwa beliau difahamkan kerajaan negeri hanya memberikan sumbangan wang tunai RM200 kepada setiap 200 mangsa yang terbabit dalam kejadian ribut itu.
"Saya berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang memilih mangsa untuk memberi bantuan kerana perkara ini akan mendatangkan masalah kerana perbuatan itu tidak adil kepada mangsa yang tidak mendapat bantuan tersebut," katanya.
Katanya, bantuan harus diberikan kepada semua mangsa dan jangan ada yang tertinggal supaya ia akan dilihat sebagai bantuan yang adil.
"UMNO tidak selektif dalam memberi bantuan malah rumah penyokong pembangkang juga kita baiki," katanya.
Dr Hilmi berkata beliau telah mengenal pasti kos RM2.7 juta untuk membaiki rumah-rumah yang rosak. Katanya, kerja-kerja membaiki kerosakkan rumah telah dibahagikan kepada tiga tahap mengikut tahap kerosakan iaitu kritikal yang mendapat bantuan daripada RM5,001 kepada RM10,000, Sederhana (RM1,500-RM5, 000) dan Ringan (kurang RM1,499).
"Kerja-kerja membaik pulih rumah telah diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya
Katanya setakat hari ini, sebanyak 70 peratus rumah yang rosak dilanda ribut telah dibaik pulih di kawasan Balik Pulau dan kerja-kerja ini dijangka siap sebelum mulanya musim persekolahan Isnin minggu depan.


** Sebab kawasan ini dimenangi BN , itu kerajaan DAP hanya beri bantuan kepada rumah penyokong mereka sahaja dan orang UMNO tak bagi .   

RIBUT : KERAJAAN PUSAT PERUNTUKKAN RM2 JUTA BAIKI RUMAH ROSAK @dzainalabidin @RRafizal @ReezalMerican

Posted: 03 Jan 2015 08:21 PM PST




Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membaik pulih 549 rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di sini Isnin lepas, kata anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata 25 peratus daripada jumlah rumah terlibat telah selesai dibaiki secara bergotong-royong manakala baki dijangka siap sebelum sekolah dibuka pada 12 Januari ini.

"Kerja membaik pulih diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian hari ini.




Beliau berkata peruntukan membaiki rumah yang rosak sama ada bumbung diterbangkan angin atau ditimpa pokok, diberi berdasarkan tiga tahap kerosakan, di samping bantuan kilat berupa wang tunai antara RM200 dan RM500. 

Dalam pada itu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Firefly Airlines hari ini turut menyumbangkan 600 hamper bantuan untuk diagih kepada mangsa ribut.   



Dalam kejadian antara 8 malam dan tengah malam 29 Disember lepas, puluhan kedai makan, sekolah dan sebuah masjid terjejas akibat dipukul ribut melibatkan kira-kira 1,500 penduduk.

Antara kawasan terlibat ialah 236 buah rumah di Kampung Sungai Rusa, Permatang Pasir (112), Kuala Sungai Pinang (39), Sungai Pinang (63), Pulau Betong (64), Jalan Bharu (21) serta Kuala Jalan Baru dan  Pantai Acheh masing-masing tujuh buah.

Jabatan Meteorologi sebelum ini dalam kenyataan berkata ribut berkenaan membawa angin Langkisau dengan kelajuan 50 kilometer sejam dan ia disifatkan yang terburuk sejak 1967. - Bernama




Pemuda balun Mr Bean PAS bebal hina Umno idea kerajaan campuran

Posted: 03 Jan 2015 07:02 PM PST



MAHFUZ JANGAN HINA UMNO !

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.

"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

"Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno," katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

"Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

"Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri," katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Video Khurafat Gambar TG Nik Aziz Tidak Dijamah Lumpur Tersebar

Posted: 04 Jan 2015 06:07 AM PST


MasyaAllah, sampai begitu sekali dipuja, disanjung oleh pengikut-pengikut Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila dikatakan gambarnya yang tergantung di dinding di sebuah Taska Pasti Sungai Ram, tidak terjejas akibat lumpur walapun dikatakan Taksa Pasti berkenaan tengelam hingga ke bumbung. Baca posting di dalam laman sosial Facebook seperti di atas dan komen-komennya. Video pula boleh ditonton di bawah.

CTS tidak mahu memikirkan kebenaran cerita berkenaan, cumanya agak terkejut dengan keletah peminat dan pengikut Tuan Guru berkenaan. Pendapat CTS senang sahaja, kalau keramat atau karamah sangat Tuan Guru PAS ini tidaklah perlu beliau berulang-alik ke hospital akibat menderita penyakit yang ditanggungnya. Janganlah berlebihan apabila mengambarkan kecintaan dan penghormatan kepada seseorang. Hati-hatilah dengan perangkaap syirik. CTS setuju dengan pendapat Ustaz Fathul Bari seperti di bawah:


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Sultan murka aksi Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha di pentas Gegar Vaganza

Posted: 04 Jan 2015 03:01 PM PST

Kejutan di konsert Gegar Vaganza apabila Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Hanis yang pada ketika kelihatan serba salah dan kebingungan hanya memberi jawapan 'playsafe'.

Umum sudah mengetahui hubungan mereka berdua setelah sering memuatnaik aksi romantis di laman Instagram.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen a.k.a keyboard warrior. Ada yang beranggapan ianya perbuatan yang diluar norma masyarakat Melayu dan Islam. Namun masih ada yang menyokong dan terharu dengan tindakan Hairul.

Sultan Melaka tidak ketinggalan memberi komen ke atas insiden tersebut...



Penyanyi lelaki popular nak tumbuk bapa sendiri

Posted: 04 Jan 2015 06:25 AM PST

KISAH artis lelaki tinggi lampai yang disiarkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang dikatakan naik berang dengan bapanya disebabkan oleh hutangnya sendiri, buat kami musykil.

Maklumlah, artis itu yang berhutang, dia pula yang naik berang? Pelik pelik..

Memetik artikel terbabit, penyanyi lelaki yang dikatakan sering terkait dengan kontroversi itu telah meminjam wang dalam jumlah yang banyak daripada seorang lelaki.

Apabila tempoh pembayaran hutang tidak dilangsaikan artis berkenaan, maka si pemiutang terpaksa berjumpa dengan bapanya untuk menuntut wangnya semula.

Apa lagi, bapa penyanyi itu pun memarahi anaknya sebaik mengetahui jumlah wang yang dipinjamnya itu namun tak semena-mena, dia pula yang naik angin dan mula bergaduh besar dengan bapanya sampai nak bertumbuk!

Mujur ketika perbalahan berlaku, ada ahli keluarga lain yang tolong leraikan, kalau tak, tak tahulah apa untung nasib bapa artis ni, habis lunyai dikerjakan anaknya kot.

Kalaulah benar gosip ini, harap-harap si penyanyi terlibat segera insaf.

Kalau selama ini dia sentiasa diberikan peluang selepas cetus kontroversi, janganlah ingat selama-lamanya peminat boleh sabar dengan artis yang lebih banyak memperdengarkan kisah sensasinya daripada lagu baru seperti ini kan.. ops! - MYNEWSHUB.CC

Anak gadis ditemui separuh bogel dalam tandas penjara

Posted: 03 Jan 2015 06:16 PM PST

Manila: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun diserang secara seksual dalam tandas penjara dalam kejadian yang menambahkan lagi kemarahan rakyat sebelum ini terhadap banduan yang hidup seperti 'raja' dengan bar penari bogel dan jakuzi yang disediakan dalam tahanan.

Pegawai penjara melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa melawat bapanya yang juga banduan di penjara Bilibid di pinggir bandar Manila pada Hari Tahun Baru. Kanak-kanak itu ditemui terbaring di atas lantai dalam keadaan separuh bogel dengan tali dibelit di lehernya. Bagaimanapun, laporan awal perubatan menunjukkan tiada kesan rogol.

Jurucakap presiden Abigail Valte berkata: "Kejadian membabitkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu amat menjijikkan."

Setiausaha Kehakiman Leila de Lima pula berkata, banduan yang melakukan perbuatan itu mengaku menyerang mangsa dan bakal didakwa tidak lama lagi.

"Dia menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum mencekiknya dengan niat merogolnya," katanya.

Kejadian itu hanya tiga minggu selepas polis menyerbu penjara berkenaan dan menemui dadah, wang serta senjata malah juga patung seks, bar penari bogel dan jakuzi dalam 'vila berhawa dingin' yang dibina untuk ketua penjenayah.

"Kami amat terkejut dan berang. Kami muak dengan sistem sedia ada," kata pengerusi Sukarelawan Menentang Jenayah dan Rasuah, Dante Jimenez.

Dia menggesa Presiden Benigno Aquino merombak sistem penjara dan memindahkan Bilibid ke sebuah pulau, sama seperti penjara dengan kawalan penuh di Alcatraz di Amerika Syarikat satu ketika dulu.

"Mereka sepatutnya dikelilingi jerung dan buaya," katanya.

Sementara itu, Abigail berkata, kerajaan sedang mengambil langkah untuk menyekat segala perbuatan jenayah di penjara itu.

Bilibid yang juga penjara paling besar Filipina, terkenal dengan kesesakan banduan dan keadaan yang teruk. Ia dibina untuk menempatkan 8,900 banduan tetapi kini jumlah itu jauh menjangkau 23,000. - Agensi

Kurung, perkosa pelancong Jepun tiga minggu

Posted: 03 Jan 2015 05:01 PM PST

Patna (India): Dua beradik ditahan kerana didakwa mengurung dan merogol seorang pelancong Jepun berusia 22 tahun selama tiga minggu berhampiran lokasi paling suci penganut Buddha di Bodh Gaya.

Timbalan Superintendan Polis Alok Kumar Singh berkata, siasatan menunjukkan pelancong itu diculik selepas diacukan senjata api dan dikurung di dalam bilik bawah tanay berhampiran Bodh Gaya.

"Mangsa yang semakin lemah kerana diseksa begitu lama dibawa ke Gaya untuk rawatan perubatan pada 20 Disember lalu.

"Ketika itu dia melarikan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun lain yang membawanya ke konsulat Jepun di Kolkata," katanya.

Menurutnya, Sajid Khan, 32, dan adiknya Jawed berusia 25 tahun ditangkap kelmarin.

"Mereka disiasat kerana mengurung dan merogol pelajar Jepun itu," katanya.

Mangsa datang dari Kolkata untuk melawat kompleks Bodh Gaya yang terletak 110 kilometer dari Patna. - AFP

tok gajah

$
0
0

tok gajah


Tebang pokok seperti tiada undang-undang

Posted: 04 Jan 2015 09:40 AM PST

Shahidan akan bincang dengan Perdana Menteri, bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.

PARIT, 5 Januari:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan kerana ia merupakan faktor utama banjir besar berlaku baru-baru ini.

Menurutnya, program penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.

"Sekarang ini tebatan banjir tidak boleh selesaikan masalah, kita kena tanam semula pokok yang telah dimusnahkan di hutan yang telah diteroka.

"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tidak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di Parit, Perak yang menempatkan 108 mangsa daripada 38 keluarga setakat ini.

Shahidan berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.

"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.

"Kita harus buat sesuatu dengan segera. Mereka yang lakukan pembalakan tidak kena apa-apa sedangkan rakyat Kelantan menderita dengan apa yang menimpa mereka," katanya.

Tambahnya, pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Pilihan Raya : Negeri Sarawak tambah 11 bahagian lagi

Posted: 04 Jan 2015 09:24 AM PST

SPR syor jumlah bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak ditambah 11

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.

Syor itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014, demikian menurut Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh Ahad.

"Bagi maksud Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Ghani menjelaskan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.

"SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Januari (Isnin) hingga 4 Februari 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Januari.

"Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 April 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini," kata Abdul Ghani.

Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.

Pemeriksaan adalah semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan.

Menurutnya lagi, untuk bantahan terhadap syor-syor tersebut hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh berbuat demikian.

Mereka ialah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu.

Satu lagi pihak yang dibenarkan ialah seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan, kata Abdul Ghani.

Katanya, setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93728 Kuching.

Representasi tersebut mestilah sampai kepada SPR di alamat berkenaan dalam masa sebulan dari tarikh penyiaran notis.

Tahun lepas media melaporkan Persidangan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - BERNAMA

ANGIN PERUBAHAN

$
0
0

ANGIN PERUBAHAN


Video Ini Mungkin Beri Sedikit Jawapan Punca Banjir Di Kelantan

Posted: 04 Jan 2015 04:30 PM PST


Benarkah Gambar Nik Aziz Tidak Terkena Selut Banjir?

Posted: 04 Jan 2015 08:55 AM PST



Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Moga ada pencerahan daripada orang agama tentang perkara ini. Video ini boleh dinilai sendiri oleh semua muslimin dan muslimat. Apa motif perakam video di atas sebenarnya? Sepatutnya membantu mangsa banjir, tetapi perkara lain pula yang "dibantu".


Bukti Anwar Memang Tidak Boleh Diharap

Posted: 03 Jan 2015 09:32 PM PST



GERAKAN ANTI PKR

$
0
0

GERAKAN ANTI PKR


KEDAH AMBIL KEMBALI PULAU PINANG ??

Posted: 04 Jan 2015 07:05 PM PST

DAH KENA MACAMNI PUN TAKSUB LAGI..MASYAALLAH

Posted: 04 Jan 2015 01:10 PM PST

KALAU TAKDE FAKTA, JANGAN BANTAI MEMFITNAH .

Posted: 04 Jan 2015 05:33 AM PST

MENTALITI BENGAP TAKKAN PADAM.

Posted: 04 Jan 2015 12:50 AM PST

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Ahmad @Zahid_Hamidi tidak jamin Paul Phua – Peguam Shafee Abdullah - Utusan Online CC @NajibRazak @Malaysiakini @Tm_insider

Posted: 04 Jan 2015 04:38 PM PST


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bukan satu tindakan untuk menjamin ahli judi profesional, Paul Wei Seng Phua (Paul Phua) yang ditahan di negara itu, sebaliknya dibuat atas permintaan peguam yang mewakili Paul Phua.

Muhammad Shafee Abdullah

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, firma guamannya telah bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld bagi memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Paul Phua dalam kegiatan sebuah kongsi gelap bernama '14K Triad' di Malaysia.


"Pada 18 Disember 2014, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano yang mengesahkan Paul Phua bukan seorang ahli kongsi gelap 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

"Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara," 


katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini sedang dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.


Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.


Menurut Muhammad Shafee, Ahmad Zahid telah diminta untuk mengeluarkan surat itu atas kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mempunyai maklumat diperlukan.


"Sekiranya Ahmad Zahid tidak mengeluarkan surat itu sekalipun, kami boleh menggunakan saluran mahkamah untuk meminta maklumat tentang Paul Phua dikeluarkan. Saya ingin menegaskan yang Ahmad Zahid bukannya menjamin Paul Phua, sebaliknya hanya memberi maklum balas terhadap permintaan peguam," katanya.


Kata beliau, pihaknya amat kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang mensensasikan isu surat tersebut seolah-olah Paul Phua mendapat layanan istimewa daripada Ahmad Zahid.


"Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara," katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ahmad-zahid-tidak-jamin-paul-phua-8211-peguam-1.44136#sthash.OU6F00ma.dpuf


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KEMBALIKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT

Posted: 04 Jan 2015 11:00 PM PST



Dengan rendah diri, kami rakyat Negeri Kelantan memohon sumbangan Kayu, Plywood & lain-lain keperluan daripada Taukey-taukey Balak di Negeri Kelantan & luar Negeri Kelantan untuk membina kediaman sementara bagi mangsa-mangsa banjir Negeri Kelantan yang telah kehilangan tempat tinggal setelah dihanyutkan arus deras dalam Bencana Banjir tempohari.

Kami percaya Taukey-taukey Balak sekelian telah mengaut untung yang bukan sedikit daripada hasil Balak yang diambil dari Negeri Kelantan & kami yakin, sumbangan yang bakal dibuat oleh para Taukey Balak sekelian sikit pun tidak akan merugikan perniagaan kalian.

Inilah masanya untuk Taukey-taukey Balak sekelian berkongsi keuntungan selain berzakat kepada Rakyat Negeri Kelantan yang ditimpa musibah.

Sekian lama kami Rakyat Marhaen Kasta Rnndah hanya melihat sahaja Taukey-taukey Balak sekelian mengaut untung atas perniagaan Kalian & kami Rakyat Kasta Rendah hanya menerima "kesan" kemusnahan hasil dari keuntungan yang dibuat kalian.

Untuk SEKALI SAHAJA dalam hidup, kami mohon supaya Taukey-taukey Balak sekelian "berkongsi" hasil bumi kami dengan mangsa-mangsa banjir supaya mangsa-mangsa banjir boleh memulakan kehidupan baru selepas ditimpa musibah.

Mohon tag, share & sebarkan supaya mendapat perhatian & simpati dari pihak-pihak yang berkenaan...

#kelantanmenangis

BACA DULU SEBELUM KOMEN

Posted: 04 Jan 2015 07:32 PM PST



SOP Pengurusan Bencana,Baca Dahulu Sebelum Komen.

1. Banyak Komentar - komentar NEGATIF daripada banyak pihak sama ada pihak yang berada di dalam Kerajaan mahupun di luar kerajaan yang menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyemak kembali Standard Operation Procedure (SOP) Pengurusan Bencana digubal dan disemak semula.

2. Persoalan yang timbul, adakah mereka sudah membaca SOP berkenaan sehingga mereka merasakan bahawa SOP berkenaan adalah tidak BETUL dan perlu diSEMAK?

3. Dengan hanya melihat kepada tindak balas daripada kelemahan yang timbul dalam bencana yang bermagnitud besar, SOP dan penjaga SOP berkenaan terus dihentam .

4. MHS mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan apakah NAMA SOP yang mereka hentam itu? Ternyata nama SOP pun mereka tidak tahu, tiba-tiba sahaja berlagak jaguh mengeluarkan komentar-komentar yang konon bagus di media-media baik arus perdana mahupun di media alternatif.

5. Perlu diingatkan kepada pihak yang menghentam itu, SOP hanyalah Skrip atau arahan-arahan bertulis, para pelakonnya adalah daripada semua pihak baik dari seluruh anggota Kerajaan mahupun anggota SWASTA yang dipilih semasa Skrip diCIPTA!

6. Persoalan, jika sesuatu drama / filem itu GAGAL, ia bukanlah kerana kegagalan Skrip, tetapi ia merupakan kegagalan para pelakon mereka yang GAGAL membawa watak lakonan seperti yang terdapat di dalam SKRIP berkenaan.

ARAHAN MKN 20 TIDAK PERLU TUBUHKAN AGENSI KERAJAAN YANG BARU KERANA MEMILIKNEGARAKAN ASET - ASET KEMENTERIAN/SWASTA SEDIA ADA!

7. SOP Pengurusan Bencana yang sempat MHS browse di Internet, secara dasarnya dan secara generalnya adalah Arahan MKN 20 yang ditandatangani oleh YAB PM.

8. Di dalam Buku Arahan berkenaan, MHS nampak penglibatan SEMUA pihak ditagih! Baik daripada Agensi Penyelamat Utama, Sokongan dan akhirnya pihak Swasta dan para NGO.

9. Peruntukan kewangan juga disentuh iaitu menggunapakai peruntukan kewangan sedia ada Kementerian / Jabatan yang terlibat.

10. Ini adalah satu pendekatan yang bijak apabila kita menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di bawah 1 payung jawatankuasa baik di peringkat Daerah, Negeri mahupun pusat. Tidak perlu kita menubuhkan AGENSI KERAJAAN yang baru YANG MENELAN belanja Jutaan RM untuk Pengurusan Bencana!

11. MHS sarankan, mana-mana Pak Menteri, Ketua Jabatan kepada Jabatan yang tidak Berkaitan Bencana , Jurucakap Jabatan yang tidak Berkaitan Bencana serta barisan Pembangkang, janganlah kita menunjukkan kita ini terlalu Bodoh akalnya dengan mengeluarkan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang sememangnya jabatan berkenaan telah laksanakan.

12. Memang ada kelemahan dalam pengurusan bencana yang perlu diperbaiki tetapi BUKANNYA kita perlu revamp atau bina semua SOP / Skrip yang tidak bersalah!

13. Tanyalah balik kepada diri kita, adakah Agensi Penyelamat Utama seperti ATM, PDRM , BOMBA , JPAM malah JKM memberi komen negatif terhadap SOP/ Arahan MKN 20 berkenaan? Tidak ada bukan? Hal ini kerana mereka sangat mahir / faham akan SOP berkenaan yang kemudiannya menggunapakai SOP jabatan masing-masing dalam pengurusan bencana!

14. Yang banyak bising adalah daripada orang-orang yang tidak faham akan landskap pengurusan bencana secara menyeluruh! Mereka faham ikut apa yang mereka faham. Memang GAGAL lah!

-MHS selidik sebelum hentam sebab itu, MHS lambat bagi apa- apa pandangan sebab MHS perlu memandang dengan mata hati fikiran bukan dengan pandangan mata yang kosong!


MHS
www.myhomesoil.blogspot.com

ISU TNB: ANWAR MENGAMOK PEMIMPIN PAS LIDAH BERCABANG

Posted: 04 Jan 2015 06:08 AM PST

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mere-tweet artikel tulisan Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi di malaysiawaves.net bertajuk "Apabila Rakan Sejemaah PAS Jadi Corong Pembesar Musuh."

Dalam artikel itu, Tulang Besi mengkritik Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri) yang dilihat menyokong hujah Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbanding dengan hujah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkaitan dengan isu punca banjir di Kelantan.
"Dato Husam as PAS NP bangkitkan isu berkaitan dan minta TNB jawab. Lihat siapa tolong promote dan pertegaskan jawap b/p TNB.
"Tak habis-habis jadi juara pertahankan Kerajaan Umno.
"Ust Mohd Khairuddin At-Takiri ni lah ke hulu ke hilir cerita pasal wala' pasal ketaatan pasal ukhuwah tapi sanggup tikam sesama jemaah depan musuh.
"Ni lah manusia lidah bercabang, kelingking berkait telunjuk lurus.
Dalam facebook Ust Mohd Khairuddin hari ini beliau memetik kenyataan TNB sebagai menjawab tuduhan Husam berkaitan dengan isu banjir di Kelantan.
Kenyataan media TNB berkaitan isu tersebut yang turut disiarkan Harakahdaily adalah seperti berikut :
Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB.
Empangan TNB bantu mengurangkan musibah banjir lebih besar
Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.
Antara tuduhannya termasuklah:
1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:
Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.
Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.
Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir seperti Lakaran Rentas di bawah:

Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.
Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.
Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.
Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.
Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

The Unspinners

$
0
0

The Unspinners


Mat Yaacob dah konar mcm Bandar Baru Pengkalan Kubor

Posted: 04 Jan 2015 10:55 PM PST






Tolak gabung supaya rakyat terus DERITA dan MARAH untuk undi PAS

Posted: 04 Jan 2015 07:38 PM PST


Dato Mahfuz Omar sudah umumkan penubuhan dana pembangunan semula kawasan banjir Kelantan di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Sudah ... PAS dah mula nak mentakedarah duit dari orang ramai dengan mengambil peluang dari bencana-bencana dan tragedi-tragedi.

Ingat saja kepada pendedahan Cikgu Non tentang Tabung Memali yang tidak sampai kepada balu dan anak yatim tapi hanya mengkayakan orang tertentu.

Mahfuz membuat pengumumsn tersebut dalam satu ceramah politik khas berkaitan banjir di Jalan Langgar, Alor Setar malam tadi.


Beliau menyuarakan tidak setuju dengan cadangan pemilik akhbar sinar harian supaya umno dan pas bergabung untuk menyelesaikan masaalah banjir yang menimpa Kelantan.

Mahfuz memutarbelit dengan berkata sekiranya umno setuju bergabung semata-mata untuk selarasksn isu banjir, maka sah UMNO adalah penzalim, pembuli dan pendera. 

Hanya lojik PAS saja yang mudah percaya pada putarbelit yang mana cadangan gabung datang dari orang bukan UMNO tapi akhirnya UMNO dituduh.


Mahfuz seolah-olah yakin PAS boleh bangunkan semula Kelantan dengan hanya dana yang PAS pusat mahu umum.

Ia hanya buktikan PAS mahu rakyat Kelantan terus susah dan menderita supaya mereka berpaut harapan pada janji Islam palsu.

Kesusahan dan penderitaan rakyat hanya akan kekalkan pengaruh dan undi Pas dengan kemarahan berterusan terhadap kerajaan BN.

Ianya ditambah dengan janji palsu negara Islam dan hudud ala PAS yang sebenarnya tidak menjanjikan kebajikan buat rakyat dan rancangan PAS tidak akan dikota kerana DAP menentang!!!!


Bersajak tak ada hasil, Baik Samad Said turun BERSIHKAN

Posted: 04 Jan 2015 04:26 PM PST


Semuanya tangan2 rakan seperjuangan Samad Said.










Baik turun Bersihkan!!!






Asal bencana, PAS buat duit lancar Tabung

Posted: 04 Jan 2015 05:31 AM PST



MOHON DISEBARKAN SEBELUM RAMAI YANG TERTIPU. 

Seperti biasa, apabila ada sesuatu tragedi yang berlaku dalam negara, PAS akan mengambil kesempatan melancarkan pelbagai jenis tabung. Kali ini PAS mengambil kesempatan melancarkan tabung atas nama membantu mangsa2 banjir pula. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terpukau dengan hadith atau surah serta kata2 manis yang terbit dari mulut pemimpin2 PAS untuk memukau orang ramai menderma. 

Mengikut maklumat yang dibisikkan oleh seorang staf ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut KL. Derma2 yang dikutip oleh PAS selama ini tidak digunakan secara telus. Mereka kutip derma untuk tujuan lain tetapi ada wang yang digunakan untuk tujuan politik. Mengikut pemberi maklumat itu, derma yang dikutip PAS atas nama TABUNG TRAGEDI LAHAD DATU tahun 2013 tidak pernah diaudit dan dibentangkan secara telus kepada ahli2 parti dalam muktamar. Tidak sampai 50 peratus wang kutipan TABUNG TRAGEDI LAHAD DATU diberikan kepada mangsa2. Selebihnya wang2 itu digunakan dalam p.raya umum 13. 

Ambillah iktibar apa yang berlaku kepada TABUNG MEMALI, TABUNG TRAGEDI LAHAD DATU dan TABUNG PEMBINAAN LEBUHRAYA RAKYAT di Kelantan, elakkan diri anda ditipu oleh PAS. Jika anda ingin menderma, hulurkan terus kepada mangsa2 mengikut kemampuan anda. 

Ini bukan satu paksaan. Hanya satu pesanan. Jika anda tidak mahu rakyat Malaysia ditipu atas nama derma atau tabung,sila panjangkan pesanan ini. Saya memanjangkannya kerana saya dapat info sahih daripada kakitangan ibu pejabat PAS sendiri. Jika anda ingin terus menderma kepada PAS, silakan.

Orang Malaysia mudah ditipu ... mungkin suka ditipu

Posted: 04 Jan 2015 12:57 AM PST


Mayat bergelimpangan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bangunan sekolah runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Beratus mayat di Hospital USM - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Ada orang halang bantuan untuk mangsa banjir - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan mangsa banjir dilekat dengan label BN - terus percaya tanpa minta kesahihan..

10 orang sekeluarga mati dalam rumah - terus percaya tanpa minta kesahihan..



Sukarelawan tarik diri - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Surat dari anggota tentera yang menyatakan kebuluran kerana bantuan tidak sampai - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Gambar budak mati akibat bumbung runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Empangan Thailand yang melepaskan air ke Malaysia - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sukarelawan ditahan dari memasuki kawasan banjir untuk menghantar bantuan makanan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Kerajaan tiada duit untuk urus bencana & isytihar Darurat - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Puisi 'Tidurlah Sayang' dari Ibu Darwish - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sewa helikopter tentera RM4500 untuk hantar bantuan - terus percaya tanpa minta kesahihan.. 

Syarikat Oil & Gas panggil pulang kerana Ribut Taufan Jangmi - terus percaya tanpa minta kesahihan.. 

Satu sahaja yang Rakyat Malaysia tanya kesahihan..iaitu Buka Sekolah ditangguh seminggu.. Pakat tanya 

"Betoi ka cuti sekolah tambah seminggu lagi?"

Oh Rakyat Malaysia! Agak-agak kalau ada yang kata punca banjir diKelantan datangnya dari Selatan Thailand kerana kalau tengok atas peta Thailand duduk atas, Kelantan duduk bawah. Air dari atas jatuh ke bawah, mungkin ada juga yg percaya agaknya.

Belantan

$
0
0

Belantan


AirAsia #QZ8521 : Banyak mayat dalam bangkai pesawat?

Posted: 04 Jan 2015 08:14 AM PST


Gabungan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai negara percaya banyak mayat penumpang serta anak kapal QZ8501 masih berada dalam bangkai pesawat AirAsia Indonesia tersebut.

Justeru, fokus utama gabungan pasukan penyelamat ketika ini ialah untuk mendapatkan segera lokasi tepat kedudukan sebenar bangkai QZ8501, yang dipercayai terbenam dalam keadaan terbalik di Laut Jawa.

Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kepercayaan itu bersandarkan kepada beberapa faktor, terutama corak kemalangan pesawat hasil dari serpihan dan mayat yang ditemukan.

"Kita percaya banyak mayat berada dalam badan pesawat dan tertenggelam bersama-sama ke dasar laut. Fokus sekarang ialah mencari lokasi sebenar kedudukan QZ8501 bagi meleraikan segala persoalan tersebut.


"Selain mayat mangsa, kedudukan lokasi sebenar badan pesawat adalah penting kerana dari situ harapan untuk mendapatkan kotak hitam adalah tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kemungkinan mayat terbenam bersama-sama bangkai pesawat itu menguatkan andaian bahawa QZ8501 sempat melakukan pendaratan cemas di laut, sebelum akhirnya tenggelam akibat keadaan laut bergelora.

Malah, bekas Ke­tua Staf Angkatan Udara Indonesia, Chapy Hakim berkata, buat masa ini andaian tersebut adalah paling munasabah berdasarkan petunjuk keadaan mayat serta serpihan pesawat berkenaan.

Pesawat QZ8501 membawa seramai 162 penumpang dan anak kapal, tetapi selepas enam hari operasi SAR digerakkan, hanya 16 mayat berjaya ditemukan sehingga kini manakala bakinya belum dapat dikesan.


Dalam pada itu, Abdul Aziz mengesahkan bahawa tumpuan operasi pasukan SAR adalah di sektor IV dan V sekitar Pulau Belitung, kerana pesawat QZ8501 dipercayai terbenam di kawasan tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diminta memantau kawasan pencarian di sektor II dan III kerana pihak Indonesia sudah menghantar kapal khas, Baruna Jaya 1 ke lokasi terbabit.

"Sehingga kini, TLDM berjaya menemukan empat mayat tetapi hanya tiga dapat dinaikkan dan saya cukup berbangga dengan komitmen serta nilai profesionalisme mereka meskipun dalam keadaan cuaca mencabar," katanya.

Suara Politik
Belantan

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


BANJIR KELANTAN HUSAM MUSA PUNYA CERITA

Posted: 04 Jan 2015 04:38 PM PST

bumiyang

$
0
0

bumiyang


Isu Bonus Lewat - Lagi Usaha Macai Pakatan Rakyaat Memfitnah Kerjaan Persekutuan???

Posted: 05 Jan 2015 01:41 AM PST

Dok Serambi Mekah pun Nak Cekik Darah!!!

Posted: 04 Jan 2015 06:45 AM PST

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


MENGAPA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI USM LEBIH RAMAI DARIPADA ANJURAN KERAJAAN DAP ? @dzainalabidin

Posted: 05 Jan 2015 12:45 AM PST





DIFAHAMKAN hanya 2,000 orang yang menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan di Kepala Batas kelmarin.

Jumlah itu mewakili kira-kira 40 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula di Vision Park ke Masjid Abdullah Fahim.

Bagi sebuah program yang berstatus 'peringkat negeri', jumlah penyertaan orang ramai ke program itu boleh dianggap mengecewakan.

Ironinya di Universiti Sains Malaysia (USM) di bahagian pulau negeri ini, lebih 8,000 orang menghadiri acara sambut­an sama yang dianjurkan Majlis Tindakan Persekutuan Ne­geri Pulau Pinang (MTPNPP).

Jumlah peserta itu mewakili sebanyak 177 buah kontinjen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ber­arak sejauh tiga kilometer bermula di Padang Kawad, USM.
Perarakan itu berakhir di Dewan Tunku Syed Putra USM untuk disusuli pula dengan acara ceramah perdana, qasidah dan nasyid.

Sambutan lebih meriah umat Islam di negeri ini terhadap program Maulidur Rasul anjuran MTPNPP berbanding oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah manifestasi rasa kecewa mereka terhadap kerajaan ne­geri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul.

Tahun lalu, perarakan sama juga berlangsung dalam jarak singkat yang mana peserta ha­nya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang yang terletak bersebelahan dan tidak membawa sepanduk.
Perubahan yang disifatkan sebagai 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang umat Islam di negeri ini apatah lagi secara tradisinya sejak 20 tahun lalu, Maulidur Rasul disambut cukup meriah di negeri ini.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah mengapa secara tiba-tiba Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak senang dengan perarakan sempena Maulidur Rasul.
Sedangkan acara itu tidak mengganggu mana-mana pihak kerana diadakan jauh dari kawasan kediaman serta berlangsung pada hari cuti umum.

Jika perayaan lain yang turut melibatkan perarakan boleh diberikan kebenaran, mengapa perarakan Maulidur Rasul yang mengambil masa hanya beberapa jam menjadi masalah besar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling mengecewakan apabila wujud dakwaan Kerajaan DAP Pulau Pinang menolak permohonan MTPNPP untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri.
Sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar ikhlas untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di seluruh ne­geri ini, mereka akan membuka pintu dan memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengadakan acara tersebut.

Adakah kerajaan negeri bimbang program yang dianjurkan pihak lain akan membayangi program anjuran mereka?

Namun meskipun ditolak, program sambutan Maulidur Rasul anjuran MTPNPP itu tetap berlangsung meriah di USM berbanding program sama di peringkat negeri dan Kerajaan DAP Pulau Pinang sewajarnya berasa malu dengan hakikat itu.

Tindakan itu sama seperti keputusan kerajaan negeri tahun lalu yang turut menggugurkan acara perarakan dalam sambutan tersebut dan peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang di sini, yang terletak bersebelahan serta tidak membawa sepanduk. Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri untuk kebaikan semua pihak. 

Keputusan kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam di negeri ini memandangkan acara perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah merupakan acara tradisi dalam sambutan Maulidur Rasul di negeri ini sejak 20 tahun lalu. -
Viewing all 15710 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>