PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Penumpang terjun dari gerabak bila keretapi terbakar !
- Hot! Najib dedah sebab Guan eng mahu kacau rumah terbuka BN !!#ubahpenang
- Lagi ahli Pas dan NGO desak Pakatan tarik balik keputusan kalimah Allah
Hot ! Penumpang terjun dari gerabak bila keretapi terbakar ! Posted: 09 Feb 2013 09:02 AM PST BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 150 penumpang terkandas apabila kepala kereta api Ekspres Sinaran Utara yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terbakar berdekatan Kampung Baru di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kebakaran berlaku di bahagian enjin kereta api yang menarik sembilan gerabak berlepas dari stesen Butterworth pada jam 2 petang. Difahamkan, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad dipetik Bernama berkata, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. "Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian," katanya. Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian enjin kereta api yang disebabkan kebocoran tangki diesel. "Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu," katanya. Salah seorang penumpang, Tan Way Soon, 21, seorang pelajar berkata, kejadian itu menyebabkan dia terlepas makan besar bersama keluarganya di Tapah, Perak sempena Tahun Baharu Cina esok. "Saya baru nak tidur dan tiba-tiba kereta api berhenti agak lama di pertengahan perjalanan sebelum dimaklumkan lokomotifnya terbakar dan kereta api tergelincir. "Saya harap dapat segera balik ke Tapah kerana esok nak sambut Tahun Baru Cina dan kami sedang menunggu pihak pengurusan KTMB untuk mengendalikan jadual perjalanan supaya masing-masing dapat sampai ke destinasi dengan selamat," katanya. Seorang lagi penumpang Fauzi Mohd Noor, 50, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata beliau mendengar bunyi geselan yang kuat dan jeritan orang ramai ketika kejadian berlaku. "Isteri saya (Robiah Awang) beritahu yang dia ternampak asap tebal dan kami beramai-ramai turun menyelamatkan diri sejurus kereta api berhenti. Sejak naik kereta api saya memang sudah tidak sedap hati dan menjangkakan ada sesuatu yang kurang baik akan berlaku namun tidak terlintas di fikiran kejadian seumpama ini akan terjadi," katanya. Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan berkata, beliau sendiri menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan kejadian itu |
Hot! Najib dedah sebab Guan eng mahu kacau rumah terbuka BN !!#ubahpenang Posted: 08 Feb 2013 07:00 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin rasis apabila timbalannya itu mempertikaikan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggesa rakyat Pulau Pinang memakai baju warna tertentu ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), Isnin ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri mempersoalkan tindakan Guan Eng membuat saranan tersebut sedangkan majlis berkenaan dianjurkan dengan tujuan yang baik. "Kenapa niat baik kita mahu dicemar dengan unsur politik yang langsung tidak ada kena-mengena dengan majlis tersebut. "Kalau dia (Pakatan Rakyat) boleh adakan majlis, kita pun boleh. Kenapa bila giliran kita, mereka nak buat halangan sampai nak turunkan poster 1Malaysia dan poster saya?" katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini. Kelmarin, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Pendana Menteri, yang menyifatkan permintaan Guan Eng adalah satu kerja bodoh. Sementara itu, Najib yang Presiden Umno mendakwa, 'kegelisahan Guan Eng terhadap penganjuran sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana pihak Guan Eng gagal mendapat persetujuan penyanyi popular Korea, Psy yang popular dengan lagu, Gangnam Style membuat persembahan. "Sebenarnya mereka nak jemput Psy dalam majlis PR, tapi tak dapat. Sebab itu, bila kita yang dapat mereka kutuk penglibatan Psy. "Sedangkan kita bukannya nak rosakkan majlis mereka. Dia (Guan Eng) mungkin ada sebab lain, tapi pelik kali ini. "Padahal ini perkara biasa kita buat tiap-tiap tahun dan bukannya BN tak pernah buat program di Pulau Pinang," katanya lagi. Ketika ditanya media tentang dakwaan Pas yang mengatakan tindakan BN mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana terdesak bagi meraih sokongan orang Cina, Najib menafikan perkara itu. Najib mendakwa, Pas sendiri terikut dengan slogan "Ubah DAP". Dalam pada itu, Najib turut menegaskan, penganjuran program tersebut diadakan bagi meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya untuk masyarakat Cina. |
Lagi ahli Pas dan NGO desak Pakatan tarik balik keputusan kalimah Allah Posted: 08 Feb 2013 06:16 PM PST - Kira-kira 30 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota Pas di negeri ini mengadakan himpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Jurucakap Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP), Arif Ibrahim berkata, tindakan pakatan pembangkang yang terus berdegil dan mempertahankan pendirian mereka menyebabkan isu itu terus menjadi polemik masyarakat yang tidak berkesudahan. "Kami juga merayu Majlis Raja-raja yang bakal bersidang hujung bulan ini mengeluarkan titah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam Bible bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa di sini. Dalam perhimpunan 30 minit itu kumpulan berkenaan turut memijak kain rentang bertulis "keputusan 8 Januari bawa celaka" sambil melaungkan kata bantahan dan mengedarkan pelekat bertulis "Save Kalimah Allah" kepada jemaah. Menurut Arif, sebanyak 10,000 keping pelekat dicetak untuk diagih kepada umat Islam di negeri ini. Pada 8 Januari lalu majlis pimpinan pakatan pembangkang mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |