BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena Tahun Baru Cina
- Lebih 80 elaun sektor awam dikaji semula
- King Gobal patut rasa malu pada diri sendiri..ouch!
- Zarina Anjoulie sah positif dadah
- Payudara saya 100% original lah! Ibu dan nenek saya pun sama...
- Pasang bendera BN, pemuda ditetak di kepala
- Ibu pengsan anak dihukum penjara perkosa anak tiri
- Lagi sperma tahanan Palestin diseludup keluar
- Dua bulan jadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudara
- Drama Melayu galak 'keterlanjuran sebelum nikah'?
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena Tahun Baru Cina Posted: 08 Feb 2013 02:31 PM PST SHAH ALAM - Plus Malaysia Berhad (Plus) menasihatkan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan jadual tersebut bermula 8 dan 9 Februari serta 12 hingga 17 Februari sebagaimana yang ditetapkan oleh PLUS. Beliau berkata, berdasarkan kajian dan pemerhatian PLUS, TTA telah terbukti berkesan mengurangkan kesesakan dan membantu melancarkan perjalanan trafik ketika pada musim-musim perayaan yang lalu. "Oleh itu, PLUS sekali lagi mengeluarkan TTA untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka dan seterusnya menikmati perjalanan yang lebih lancar ketika pulang bercuti dan kembali ke Lembah Klang," katanya. Beliau berkata, pihak PLUS menjangkakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari berbanding 1.1 juta sehari pada hari biasa iaitu pertambahan sebanyak 30 peratus pada musim cuti ini. "Oleh itu kami terus menggunakan TTA sebagai formula utama kami dalam menghadapi pertambahan trafik di lebuh raya dan menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk orang ramai," katanya. Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak. Konsep TTA yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 adalah berdasarkan kajian PLUS mengenai pola perjalanan orang ramai di lebuh raya pada musim-musim perayaan sejak beberapa tahun lalu. Ia juga merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya semasa musim perayaan. Menurutnya, semasa perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS dan ia telah membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya PLUS. "Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang," katanya. | ||
Lebih 80 elaun sektor awam dikaji semula Posted: 08 Feb 2013 01:42 PM PST LABUAN - Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini. Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri. Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu. "Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini. Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu. Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Katanya, penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972. Selain itu, katanya, satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk. "Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya. Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat. - Bernama | ||
King Gobal patut rasa malu pada diri sendiri..ouch! Posted: 08 Feb 2013 05:45 AM PST "BILA beliau (Datuk K. Rajagobal) pernah rasa malu, kalah berpuluh-puluh kali pun, dia tak akan malu," demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kepada Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan jurulatih itu yang menyifatkan tiada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan 0-2 ke atas Qatar dalam Kelayakan Piala Asia 2015 kelmarin. Ini kerana, di sebalik kekalahan tersebut, Harimau Malaya membuktikan mereka mampu memberikan saingan tanpa pemain tonggak. Kay Kim berkata, Rajagobal sepatutnya malu dengan diri sendiri, bukannya membanggakan skuad kebangsaan. "Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan skuad kebangsaan. Saya melihat sendiri perlawanan tempoh hari. "Adakah corak permainan yang lemah perlu dibanggakan Rajagobal, saya sendiri tidak faham," katanya. Tambah Kay Kim, "apa yang saya boleh cakap, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia." "Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia lain, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan," katanya. Dalam pada itu, Kay Kim turut menegaskan bahawa ketiadaan tonggak bukan alasan untuk dibanggakan meskipun tewas kepada Qatar tempoh hari. Sebaliknya, dengan ketiadaan tonggak utama peluang untuk pasukan kebangsaan membuktikan kemampuan. Dalam perkembangan lain, Kay Kim turut melahirkan rasa kecewa terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menolak cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemilihan pemain untuk mewakili negara. "Pandangan seorang individu (jurulatih) dengan pandangan ramai individu banyak bezanya. "Sekali lagi saya tegaskan penubuhan jawatankuasa pemilihan ini sangat penting," jelas beliau. Dalam laporan semalam, Rajagobal berkata beliau tetap bangga dengan corak permainan dan komitmen yang dipamerkan skuad Harimau Malaya biarpun tumpas 0-2 kepada Qatar. Beliau berkata, walaupun skuad negara turun tanpa beberapa tonggak utama, mereka mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan. "Kita bermain dengan Qatar yang merupakan sebuah pasukan kuat. Nasib menyebelahi Qatar untuk menjaringkan gol pertama manakala gol kedua mereka diperoleh pada saat-saat akhir. "Situasi ini menunjukkan kita mampu memberi tentangan yang hebat kepada Qatar, mereka juga tidak menjangka skuad Malaysia bermain dengan baik," katanya. Rajagobal berkata, beliau bukan mahu mempertahankan anak buahnya kerana skuad Harimau Malaya sememangnya telah mempamerkan corak permainan yang positif. "Apa pun, saya fikir semua perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman yang banyak kepada setiap pemain dan mereka juga sedar bahawa mereka perlu bermain dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya dipetik Bernama. Beliau berkata skuad Harimau Malaya mempunyai masa kira-kira sebulan untuk mempersiapkan diri menghadapi Yemen pada aksi kelayakan kedua di sini pada 22 Mac, dan berharap pemain dapat menimba pengalaman hasil pertemuan dengan Qatar. "Saya mahu mereka mengekalkan konsistensi mereka untuk perlawanan menentang Yemen kelak," katanya. | ||
Zarina Anjoulie sah positif dadah Posted: 08 Feb 2013 04:22 AM PST PETALING JAYA - Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu. Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Dis tahun lalu. Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja. - Bernama | ||
Payudara saya 100% original lah! Ibu dan nenek saya pun sama... Posted: 08 Feb 2013 02:31 AM PST Penyanyi popular Korea, Gina Jane Choi atau G.Na sedih berhubung gosip yang sentiasa menjadi bahan bualan ramai mengenai dia kononnya menjalani pembedahan bagi membesarkan payudaranya. Menurut gadis kacukan Korea-Kanada ini, perkataan 'pembedahan besarkan payudara' selalu disarankan oleh mesin pencari (search engines) di internet jika dia sedang mencari namanya. Membuktikan bahwa orang tidak percaya bahwa payudaranya adalah asli. "Ketika saya mencari nama saya di internet, 'G.Na Besarkan Payudara' selalu muncul. Ayat itu tidak akan terpadam sampai bila-bila. Saya sangat sedih kerana itu sangat tidak adil," ujar G.Na ketika menjadi tetamu program Radio Star, seperti yang dilaporkan Soompi.com. Tambah G.Na, payudaranya 100% asli. Ia memang memiliki keturunan daripada ibu dan neneknya yang juga mempunyai payudara besar tanpa menjalani apa-apa pembedahan. "Orang membuat khabar angin dan cerita palsu serta mencurigakan tentang saya pergi ke klinik dan mejalani pembedahan plastik. Tapi itu sama sekali tidak benar. Semua perempuan di keluarga saya mempunyai payudara besar yang natural. Tidak ada satu pun dari kami, termasuk nenek dan makcik saya melakukan pembedahan memperbesarkan payudara," tegasnya. | ||
Pasang bendera BN, pemuda ditetak di kepala Posted: 08 Feb 2013 12:01 AM PST TANAH MERAH: Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera dan sepanduk Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera dan sepanduk. Mohd Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ. "Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," kata, Mohd Dasuki. Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ. "Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN. "Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya," katanya di sini, semalam. Mohd Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu. Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya. Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin," katanya. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan. AP | ||
Ibu pengsan anak dihukum penjara perkosa anak tiri Posted: 07 Feb 2013 11:01 PM PST Anggota polis dan peguam yang menyedari kejadian itu kemudian membantu merenjis air ke wajah wanita tersebut sebelum dia dibawa keluar dari galeri awam mahkamah. Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas bekas pengawal keselamatan sebuah sekolah di Dungun mengaku bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu baru berusia 14 tahun dua kali. Lelaki berumur 38 tahun itu pada mulanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan kesalahan tersebut, namun akhirnya menukar pengakuan bersalah selepas keterangan lapan saksi yang dipanggil sepanjang perbicaraannya. Dia mengaku bersalah merogol anak tirinya pada awal Januari 2010, lebih kurang jam 4.30 petang, di sebuah rumah di Kampung Padang Jambu, Dungun. Dia mengulangi perbuatan itu pada 19 Jun 2010, lebih kurang jam 5.30 petang di pusat sumber di sebuah sekolah kebangsaan di Dungun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan PendakwaRaya, Zulfazliah Mahmud, manakala lelaki itu diwakili dua peguam bela, iaitu Hisham Hashim dan Muhamad Hayatuddin Mohd. Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, Wan Fadhilah Nor memutuskan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak. | ||
Lagi sperma tahanan Palestin diseludup keluar Posted: 07 Feb 2013 09:02 PM PST NABLUS - Pusat perubatan Palestin, kelmarin mengumumkan lagi kejayaan mereka menjalankan permanian beradas dengan cara menyeludup keluar sperma milik beberapa tahanan di penjara Israel. Ketua klinik kesuburan Razan di Nablus, Dr Salim Abu Khaizaran berkata, beliau memperoleh 40 sampel dan seramai 22 isteri tahanan Palestin sudah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). "Pada masa ini, lima disahkan hamil termasuk seorang wanita selamat melahirkan anak awal tahun lalu. Bagaimanapun, kadar kejayaan prosedur itu masih rendah kerana sukar untuk menyeludup keluar sperma dengan selamat," jelasnya. Beliau turut memberi perkhidmatan percuma tanda perpaduan dengan tahanan Palestin. Ogos lalu, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di hospital di Nablus melalui pembedahan hasil daripada sperma milik tahanan, Ammar Ziben yang pertama kali diseludup keluar dari penjara Israel. - AP | ||
Dua bulan jadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudara Posted: 07 Feb 2013 08:02 PM PST BATU GAJAH - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka rahsia kepada ibunya. Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, perbuatan keji suspek terbongkar apabila ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) akibat barah usus menceritakan perkara tersebut kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, selepas mendengar cerita tersebut, Pegawai JKM terbabit bertindak membuat laporan di Balai Polis Tronoh mengenai kejadian itu. "Kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibunya dan lima adik-beradik lain serta suspek di Rumah Murah, Tronoh, di sini. "Suspek berusia 52 tahun itu tinggal di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka. Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi, Januari lalu ketika mangsa mengadu sakit perut dan suspek tidak membenarkannya ke sekolah. Menurutnya, suspek kemudiannya membeli makanan untuk mangsa, namun mangsa tiba-tiba pening serta tidak sedarkan diri selepas menjamahnya. "Apabila mangsa sedar, dia melihat suspek sedang memakai seluar dalam, manakala bajunya terangkat sehingga ke dada dan seluarnya pula diturunkan sehingga paras lutut. "Mangsa berasa sakit pada bahagian alat sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya. Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam (kelmarin)," katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa turut mendakwa dirogol lebih kurang tiga kali sejak dua bulan lalu dan berikutan itu, percakapan saksi dirakam, manakala suspek ditahan pada jam 5 petang kelmarin di rumah sama. "Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan," katanya. | ||
Drama Melayu galak 'keterlanjuran sebelum nikah'? Posted: 07 Feb 2013 06:01 PM PST Bagi yang sekali baca, memanglah pelajar terbabit yang memaparkan isi hatinya di dalam Facebook akan menerima kutukan terhebat dan terdahsyat. Sudah tentu jugalah, ada yang akan berlagak sebagai Ustaz dan Ustazah untuk menasihati pelajar terbabit agar tidak meneruskan niatnya untuk TERLANJUR dengan kekasihnya agar mereka dapat hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. Malah tidak keterlaluan juga, kalau ada yang mengambil jalan mudah dengan mempolitikkan tulisan pelajar tersebut kononnya, kerana UMNO menolak hudud, maka wujudlah senario seperti yang dipaparkan oleh pelajar itu di Facebook dan media maya lainnya. Hakikatnya, tulisan sindiran yang dibuat oleh pelajar tersebut, sebenarnya merujuk kepada mutu drama dan produksi di Malaysia yang cukup gemar memaparkan drama-drama percintaan yang kemudiannya turut diselangi dengan masalah sosial sehinggakan ada penulis skrip yang menjadikan masalah sosial sebagai pencetus kepada kebahagiaan. Konon-kononnya itu adalah permintaan dan trend masakini. Kritikan terhadap mutu drama dan filem Malaysia sebenarnya telah dibuat oleh terlalu banyak pihak. Bagaimanapun, segala macam kritikan, tidak pernah diambil peduli dan tidak pernah diambil berat. Bukan itu sahaja, kritikan yang dibuat pula, dianggap sebagai tidak membina dan tidak 'bertauliah' kerana yang mengkritiknya adalah orang biasa. Malangnya, pihak produksi terlupa bahawa yang mengkritik hasil-hasil produksi berkenaan adalah golongan penonton. Golongan penonton inilah yang menyokong dan memberikan pulangan kepada syarikat-syarikat produksi. Zaman di mana penonton dianggap tolol dan menerima sahaja karya-karya yang diproduksikan, sudah berlalu. Sepatutnya penggiat-penggiat produksi sudah mulai keluar daripada kepompong syok sendiri mereka dan mulai melihat naskhah karya sebagai sesuatu yang dapat membina masyarakat!!! TFK |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |