Duke of UMNO |
- GEMPARRR..!!!KALAH PRU-13, ANWAR NAK GULING BN CARA HURU-HARA..???
- GEMPARRR..!!! PEMIMPIN PAS MAKI AHLI PAS..???
- AKHLAK SEBENAR NIK AZIZ: LEBIH SAYANG REJIM ISRAEL BERBANDING NASHA...
- PEDASSS..!!! "KOMUNIS" PAS TIBA-TIBA MINAT MAIN SAHAM..??? #FGVH
- KHALID ISMATH MAKI AZIZAN RAZAK, KENAPA TAKDE YANG DEFEND..???
- APA LA ZUL YA... DENGAN PEREMPUAN PUN BOLEH KALAH KAAA..???
- LAWAK PAGI INI... BAKAL MENTERI NIKAH KAHWIN KENA MARAH DENGAN KARPAL..!!!
GEMPARRR..!!!KALAH PRU-13, ANWAR NAK GULING BN CARA HURU-HARA..??? Posted: 08 Feb 2013 06:37 AM PST Nampaknya rakyat Malaysia harus bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan apabila Anwar Ibrahim dikhuatiri akan mengadakan demonstrasi "mega" sekiranya Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 ini. Kebimbangan untuk itu telah diluahkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kenal benar dengan sikap, sifat dan kemampuan bekas timbalannya itu. Kalau Tun M meluahkan rasa bimbangnya di dalam blog, apatah lagi kita yang tak berapa kenal Anwar sepertinya. Sebagaimana maklum, Anwar sebelum ini mengatakan bahawa dia akan mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Australia. Dan kita juga maklum dengan keadaan negara di Timur Tengah yang dilanda demonstrasi "Arab Spring" di mana negara-negara terbabit mengalami ketidakstabilan politik dan melumpuhkan sama sekali keadaan ekonomi di sana. Hasil dari tindakan tidak bertamadun itu, maka rakyat yang menjadi mangsanya, bukan? Menyingkap kembali tirai sejarah pada tahun 1974, Anwar merupakan salah seorang ketua yang menganjurkan demonstrasi pelajar ketika itu sehingga mencetus huru-hara di ibu negara dan keadaan ketika itu sememangnya kucar-kacir. Menurut Datuk Ibrahim Ali yang merupakan diantara ketua pelajar yang memberontak dan ditahan di dalam sel yang sama di Kamunting bersama Anwar, tiang letrik ditumbangkan para pelajar dan ada ketikanya pihak pelajar menangkap polis! Memang betul kacau-bilau… Begitu juga kalau dirujuk kepada sejarah pemecatan Anwar dari kerajaan dulu, boleh dikatakan setiap minggu Anwar mengarahkan orang-orang kanannya menganjurkan demonstrasi di ibu negara sehingga pihak polis terpaksa bertindak tegas menyembur mereka dengan meriam air. Ketika itu, antara "panglima-panglima" Anwar yang berada di barisan depan demonstrasi itu adalah Ezam Mohd Noor, Chandra Muzzaffar, Ruslan Kassim, Marina Yusof, Zulkifli Noordin, Zahrain dan ramai lagi. Tapi kini semua "panglima-panglima" itu sudah lari dari Anwar. Tak tahulah kenapa. Kata penyokong Pakatan Haram, mereka "dibeli" BN. Tapi saya lihat semuanya masih "sengkek-sengkek" belaka, tidak sekaya Azmin yang "dibeli" Anwar, kan? Kini Anwar punya pemimpin pelapis seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Chegu Bard, "Sam Ketot", "Mak Lampir" dan anaknya, Nurul Izzah yang terpaksa mempertahankan bapanya kerana takut ibunya malu seumur hidup. Selain itu, Anwar juga kini memiliki "keldai-keldai" tunggangan barunya dari kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang rela tidur atas jalan tengahari buta sambil memegang bendera. Anwar nak suruh mereka panjat pagar terjun sungai Klang khabarnya pun mereka sanggup! Kalau "negara Islam", "hukum hudud" dan maruah parti pun PAS sanggup gadai, apalah sangat kalau tidur atas jalan tu, kan… Persoalannya, bersediakah kita menghadapi huru-hara yang bakal dicetus Anwar selepas kekalahannya pada PRU ke-13 ini? Anwar sudah bertegas bahawa dia akan bersara dan bertukar profesyen menjadi "guru" kalau Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 kali ini dan dia tak dapat jadi Perdana Menteri. Jadi, sudah tentu dia akan bermati-matian untuk mengalahkan BN nanti, kan? Kalau kalah juga nanti, maka dia mungkin terpaksa menggunakan pilihan kedua iaitu dengan mengarahkan demonstrasi ala "Arab Spring". Dia takkan dapat terima kekalahannya sebab dia mungkin sebenarnya tak bersedia nak jadi "cikgu". Atas "kegilaan" mahukan kuasa itulah maka mungkin dia bakal mencetus kacau-bilau selepas PRU ke-13 kali ini. Apa kita nak buat kalau Anwar buat perangai begitu nanti? Sumbat dia dalam penjara macam dulu? Atau buat tak tahu saja…? Apa kata anda? Sumber: Mykmu.net |
GEMPARRR..!!! PEMIMPIN PAS MAKI AHLI PAS..??? Posted: 08 Feb 2013 04:37 AM PST Marah betul Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, kepada ahli-ahli PAS yang bangkit marah mempertikaikan hubungan parti mereka dengan DAP dan PKR yang dikatakan tidak menghormati kesucian kalimah "Allah" sebagaimana yang ditetapkan Majlis Syura parti itu. Dalam kenyataannya kepada media semalam, Idris Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli PAS yang marahkan DAP dan PKR itu merupakan "sisa-sisa toksin" yang bakal dinyahkan! Idris Ahmad berkata, para penyokong PAS itu hanya diperlukan dan hanya laku pada sebelum PRU ke-13 dan selepas berakhir PRU nanti mereka-mereka ini akan dilihat sebagai "sisa-sisa toksin" oleh PAS… Amboi-amboi… Sedap betul Idris Ahmad maki ahli-ahli PAS. Sesedap rasa! Apa? "Sisa toksin"? Saya tertanya-tanya, salahkah ahli-ahli PAS itu marah pada DAP dan PKR sambil menggesa pucuk pimpinan parti mereka bermufaraqah dengan golongan yang jelas menghina serta cuba memperlekeh kalimah "Allah" di negara ini? Saya yakin bahawa ahli-ahli PAS yang disifatkan sebagai "sisa toksin" oleh Idris Ahmad itu membayar yuran keahlian setiap tahun, malah ada di antara mereka yang merupakan "ahli PAS seumur hidup", setaraf dengan Abby Abadi! Jadi, mereka memiliki hak yang jelas untuk bersuara, mendesak atau mempertikaikan mana-mana dasar dan keputusan pucuk pimpinan yang dilihat merugikan Islam dan perjuangan parti. Apahal pula Idris Ahmad nak gelar mereka sebagai "sisa toksin"? Salahkah mereka berkata yang benar? Dan berdosakah mereka mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR? Karpal Singh dan Anwar Ibrahim pertikai keputusan Majlis Syura, boleh? Ahli-ahli PAS pertikai kehendak Guan Eng, Karpal dan Anwar Ibrahim, tak boleh pula? Baik punya taktik Idris Ahmad, nak jadi calon PRU ke-13 ke? Idris Ahmad selaku pemimpin PAS sepatutnya mengutamakan kehendak Islam berbanding kehendak "parti chauvinis ultra kiasu" dan "agen rejim Zionis Yahudi Israel" itu. Dan sekiranya Islam dicabar mereka, Idris Ahmad perlu berdiri teguh di bawah panji-panji Islam. Kalau betul pun Idris Ahmad nak jadi calon PRU, sepatutnya dia menggunakan kaedah yang berhemah dan bermaruah. Apa jenis pemimpinlah yang PAS ada? Inikah sifat pemimpin sebuah parti yang kononnya mempertahankan Islam dan kepentingan ummah di negara ini? Meskipun MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen BN yang lain tidak menganut agama Islam, mereka tidak sedikit pun menyokong kehendak DAP dan PKR. Malah mereka sedar tentang kepentingan hak dan kedudukan eksklusif kalimah "Allah" di Semenanjung Malaysia. Tapi, Idris Ahmad pula yang lebih-lebih. Idris Ahmad sanggup membela pihak yang mencabar serta membuat provokasi melampau terhadap Islam, dan sanggup pula memaki hamun serta menggelar ahli-ahli PAS yang mempertahankan kalimah "Allah"! Begitulah PAS kini. Parti itu sudah bertukar wajah dan berpusing 360 darjah sejak bersahabat dengan petualang negara. Parti seperti inikah yang diharap dapat membela dan mengimarahkan Islam sekiranya berkuasa? Jangan haraplah… Sumber: Perak Today |
AKHLAK SEBENAR NIK AZIZ: LEBIH SAYANG REJIM ISRAEL BERBANDING NASHA... Posted: 08 Feb 2013 01:37 AM PST
Begitulah kata-kata dan pandangan seorang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kononnya dikatakan memiliki akhlak yang sangat "molek" dan setaraf dengan "nabi" serta para "aulia". Keangkuhannya tiada tolok bandingnya apabila dia tidak lagi mengambil kisah tentang bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang baru dipecat dari Majlis Syura PAS baru-baru ini. Bila ditanya wartawan mengenai Ustaz Nasharuddin, dia menjawab seolah-olah bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah musuh ketatnya dan tiada lagi sifat kasih sayang di dalam perkataan yang dirujuk kepada Ustaz Nasharuddin. Saya tertanya-tanya di manakah sifat ukhuwwah Islamiyyah di dalam diri Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin? Bukankah Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam itu hidup di dalam suasana berkasih sayang di antara satu sama lain? "Cubit paha kiri, paha kanan terasa", begitulah sifat yang sepatutnya ada pada Nik Aziz sebagai seorang yang kononnya mirip "nabi", bukan? Saya mendapat tahu bahawa Ustaz Nasharuddin sebenarnya sangat memuliakan Nik Aziz sebagai "Tok Guru" dan "ahlul kibar" (yang lebih tua dan berpengalaman), serta tidak pernah menyimpan dendam terhadap Mursyidul Am itu. Biarpun diherdik dan dihalau Nik Aziz keluar dari PAS ketika menganjurkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dulu, Ustaz Nasharuddin tetap bermuka manis serta sanggup mencium tangannya tanda hormat dan kasih sayang. Tapi, Nik Aziz begitu sombong. Dia sifatkan Ustaz Nasharuddin seolah-olah seorang isteri yang baru diceraikan? Bila seorang isteri itu diceraikan dan dia menangis hiba atas penceraian itu tanda sayang pada bekas suaminya. Tapi si suami buat tak tahu dan tidak peduli pada tangisan bekas isterinya? Amboi… Angkuh benar bunyinya..! Bagaimana jika isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak diceraikan tanpa dosa? Kalau Tuan Sabariah menangis pilu meratapi kasih sayang di antara dirinya dengan Nik Aziz sendiri, bagaimana? Tak ingat masa zaman muda-muda dulu ketika baru lepas kahwin? Lagipun, Ustaz Nasharuddin baru "diceraikan" dari Majlis Syura dan dia masih lagi merupakan seorang ahli PAS yang sah. Dalam ertikata lain, Ustaz Nasharuddin masih lagi di dalam jemaah PAS. Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap dingin dan marah-marah padanya? Apa dosa yang Ustaz Nasharuddin telah lakukan pada Nik Aziz? Berdosa kerana ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza melawat saudara seagama yang ditindas sahabat Anwar di sana? Mursyidul Am jenis apakah Nik Aziz ini? Orang ke Gaza bersama saudara seagama dan melawat saudara seagama yang dizalimi di sana pun salah juga, kah? Sekurang-kurangnya, Ustaz Nasharuddin turut membawa keprihatinan sebagai wakil PAS ke Gaza. Walau pun tidak rasmi perwakilannya, beliau ikhlas menziarahi umat Islam Palestin sambil menghulurkan simpati dan bantuan sewajarnya. Berbanding dengan rakan Nik Aziz, Anwar Ibrahim ke luar negara sambil menyokong rakan rejim Zionis Yahudinya untuk menyerang negara Palestin sekiranya rakannya itu rasa diancam negara Islam tersebut. Pelik betul akhlak Nik Aziz seolah-olah Mursyidul Am itu maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan atau dosa. Astaghfirullahil'azim..... Sumber: Perak Today |
PEDASSS..!!! "KOMUNIS" PAS TIBA-TIBA MINAT MAIN SAHAM..??? #FGVH Posted: 07 Feb 2013 11:17 PM PST Mungkin ketika saya menulis artikel ini, Presiden ANAK, Mazlan Aliman sedang berkerut-kerut dahinya di depan skrin komputer meneliti dan memantau pegerakan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Sejak saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, saya lihat boleh dikatakan hampir setiap hari Mazlan bercakap mengenai saham-saham Felda itu seolah-olah dia berminat nak jadi broker saham layaknya. Baru-baru ini dia ke Felda Sungai Tengi di Selangor untuk menyampaikan satu ceramah di kawasan tanah rancangan di situ. Dipercayai dia cuba bercakap mengenai saham pada malam itu. Namun malang, tak sempat dia nak berucap, dia sudah dihalau para peneroka di Felda tersebut. Mungkin mahu mencuba nasib untu menyampaikan ucapannya mengenai saham itu, maka Mazlan Aliman pergi pula ke Felda Teloi di Sik, Kedah. Tapi dia menghadapi masalah yang sama. Belum sempat nak berucap mengenai saham, dia sekali lagi dihalau para peneroka tempatan. Kasihan juga saya melihat Mazlan Aliman. Teruk-teruk dia bersengkang mata untuk belajar mengenai saham, tapi dia tak dapat pula nak sampaikan "ilmu baru"nya itu. Anda kasihan atau tidak padanya? Kasihan, kan? Kalau Mazlan Aliman nak tahu tentang pasaran saham, memang sudah lumrah pelaburan saham itu akan mengalami naik turun pada setiap hari. Sekejap naik, sekejap turun. Semua itu perkara biasa sebenarnya. Kalau tak percaya, sila tanya broker saham… Misalnya, baru-baru ini sebanyak 1021 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 240 syarikat saja yang mencatat keuntungan dan manakala 450 syarikat lagi rugi. Tapi, ada juga syarikat yang nilai sahamnya tak berubah. Itu biasalah! Yang hairannya, kenapa Mazlan Aliman pantau saham FGV sahaja? Mengapa tidak pantau saham syarikat-syarikat lain di Bursa Malaysia. Lagipun, bukan saham FGV saja yang melibatkan orang awam, ada banyak lagi saham yang seumpamanya, kan? Kalau Mazlan Aliman teliti betul-betul, ada saham yang pernah jatuh sebanyak 50% dalam sehari ia diniagakan. Kenapa Mazlan Aliman tak "serang" saham tersebut? Sebab Mazlan Aliman sengaja nak buruk-burukkan saham FGV, kan? Tak adillah bila serang saham "terpilih" begitu, kan? Saya yakin, sebelum saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, sebelah mata pun Mazlan Aliman tak pernah hirau tentang nilai pasaran saham. Tapi sejak saham FGV disenaraikan tahun lalu, tiba-tiba saja dia bersemangat nak jadi "pakar saham" pulak? Ajaib betul..!!! Paling menarik, Mazlan Aliman begitu ghairah bercerita tentang saham pada rakyat walaupun tak faham tentang saham! Banyak fakta palsu, spekulasi tidak berasas, fitnah dan pembohongan yang dia jaja keliling Felda. Bila para peneroka marah dengan fitnah Mazlan Aliman dan sekat dia dari berceramah di kawasan tanah rancangan, Presiden ANAK itu marah-marah dan tuduh pihak pengurusan Felda sengaja buat "dajal" padanya pula. Mungkin Mazlan Aliman tidak tahu bahawa rahsianya menggunakan propaganda ala-ala komunis itu telah dapat dikesan oleh peneroka Felda di seluruh negara. Seorang tokoh komunis pernah berkata bahawa jika pembohongan tentang sesuatu perkara itu diulang berkali-kali, lama kelamaan orang ramai akan percaya. Mungkin Mazlan Aliman belajar dari tokoh Komunis itulah, kot? "A lie told often enough becomes the truth" – Vladimir Ilyich Lenin (1970 – 1924) Justeru itu, tidak hairanlah jika "anak didik komunis" ini begitu beriya-iya sungguh menapak keliling tanah rancangan Felda di seluruh negara untuk menyebarkan pembohongannya berkali-kali meskipun segala penipuannya itu sudah "dikantoikan". Nama saja pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan "Islam", padahal asyik menjaja cerita bohongnya pada rakyat. Bila agaknya Mazlan Aliman nak bertaubat? Buat malu PAS sajalah! Sumber: Mykmu.net |
KHALID ISMATH MAKI AZIZAN RAZAK, KENAPA TAKDE YANG DEFEND..??? Posted: 07 Feb 2013 08:37 PM PST Memang pelik! Walaupun Azizan Razak dimaki hamun, tak ada seorang pun dari puak-puak blogger upahan PAS Kedah yang tampil membela "boss" depa. Padahal, kalau seorang pemimpin depa yang laing low class kena maki, depa maki balik woooo..!!! Tapi depa seolah-olah redha dengan maki hamun "Sial bin Celaka" yang ditujukan khas kepada Pesuruhjaya PAS Kedah tu. Khalid Ismath yang bertanggungjawab memaki Azizan Razak dalam Twitter. Fakta tu semua orang tahu, termasuk puak PAS Kedah... Tapi, seorang pun tak berani "balun" budak mentah yang suka tidur atas jalan sambil pegang bendera tu. Mana Zul Ya? Zul Ya ni Ketua Penerangan PAS Kedah. Awat tak defend Azizan Razak? Atau Zul Ya "malas" nak pertahankan Azizan lagi? Awat? Boss hang tak bagi ke pertahan Azizan ke, Zul Ya? Atau ada pihak yang ugut hang akan tak dapat gaji bulan ni kalau defend Azizan? Err.. Boss hang nak sangat Azizan Razak jatuh terguling, kan? Heh! Tu pun masih lagi dok kata PAS Kedah "bersatu"? Muahahahahaa.. Dah tak leh nak bersatu dah! Sejak hangpa lari dari perjuangan Islam, PAS dah makin "mereng" dan huru-hara tak tentu hala. Macam parti gila kuasa pulak aku tengok...heh! Cam ni laa..kalau takdak orang nak pertahankan Azizan, biar aku pertahankan dia. Cuma, aku pertahankan Azizan sebab dia seorang saudara seagama dengan aku dan lebih tua dari aku... "Ehhh.. Mana Khalid Ismath ni? Nak kena "babab" ke? Biasa ni...kutuk Azizan ye? Nak kena ni...meh sini nak "babab" dia..." Heh..!!! P/s: Aku tak maki Khalid Ismath kan? kan? kan? Aku tak sebodoh dia..kalau aku maki Khalid Ismath, maka aku mungkin akan disama bodohkan macam dia...heh! |
APA LA ZUL YA... DENGAN PEREMPUAN PUN BOLEH KALAH KAAA..??? Posted: 07 Feb 2013 06:37 PM PST Puuiii..!!! Aku dengar kata Zul Ya ni "hebat" sangat. Katanya dia upah ramai blogger PAS untuk menulis di blog-blog pencacainya yang berpengkalan di Wisma Darulaman. Tapi semalam, memang Zul Ya kena "belasah" teruk di Facebook..!!! Paling best, dia kalah ditangan Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Puiii..!!! Dengan pompuan pun kalah ke Zul Ya? Buat malu lebai PAS saja la hang ni...heh! Dia ingat dia Ketua Penerangan PAS Kedah, dia dah "hebat" dah kot? Tak pasal-pasal menyampuk dan menuduh orang dengan tuduhan yang bukan-bukan. Memang cari nahas laaa... Sebelum ni mungkin Shahanim dah sabar banyak, kali ni siap laaaaa...heh! Zul Ya ada sindir Shahanim, kononnya Shahanim "hebat" ganggu rumahtangga orang dan menghantar sms "mencarut" pada "seseorang". Jom kita tengok macamana Zul Ya kena "belasah"...heh! Dalam bab ni, aku tahu cerita sebenarnya... "Seseorang" yang dimaksudkan tu ada pertalian darah dengan Zul Ya, kan? "Pompuan" tu mengadu apa kat Zul Ya? Shahanim ganggu rumahtangga dia? Heh! Nak aku dedahkan apa yang berlaku ke? Takut nanti satu Sg Petani tu terbakar dengar pompuan tu menjerit. Nak aku cerita pasal apa yang berlaku di kelas aerobik? Lepas kelas aerobik dia buat apa? Nak aku cerita pasal insiden traffic light? Zul Ya, hang pi tanya pompuan tu, nak ke aku cerita pasal dia dah berapa kali meroyan dalam rumah, luar rumah, kat Shopping Complex? Nak sangat ke? Anak-anak dia pun aku tau sekolah kat mana. Aku tahu jenis kereta dia dan aku tahu betapa dia memalukan husband dia... Woooiii Zul Ya. Hang tak serik lagi ke kena tarik 1 artikel dari blog pencacai hang tu..? Hang nak gunakan pompuan tu untuk malukan Shahanim? Silap la mangkuk berayun woiii..!!! Kalau hang buat lagu tu, bererti hang memang sengaja nak malukan "pompuan" tu, bukan Shahanim..!!! Untuk pengetahuan hang. Perkara ni adalah tentang family depa. Jadi, biar la depa yang selesaikan hal family depa. Yang hang nak ambik kesempatan kat "pompuan" tu apahal? Nak pergunakan "pompuan" tu untuk politik jijik hang tu? Apa jenis manusia la hang ni..??? Sebab tu la Shahanim berani bersemuka. Dia tahu siapa yang mula dulu dan siapa yang hantar sms maki hamun mencarut dengan perkataan kesat yang memalukan! Hang nak tengok ka? Tak payah laaa.. Biar la depa settle adik beradik... Hang apa peduli? Nampaknya dari gaya hang, memang jelas hang la punca "batu api" yang cuba mengacau rumah tangga orang. Orang tu takdak apa-apa pun, hang yang sebok pulak. Apa? Nak bawak "pompuan" tu naik pentas ceramah PAS? Heh! Aku muntah la weiii..!!! Sekarang ni Shahanim dah jawab dah. Hang tak puas hati, hang pi turun jumpa dia dan heret sekali laki bini tu buat perhitungan kat luar. Bukannya di facebook..!!! Dan sapa hang pulak yang nak masuk campur hal rumahtangga orang? Hang Pak tiri laki mak menakan belah pupu dia yang mana? Last sekali baru hang terasa nak hormat Shahanim dengan panggil dia "Puan"? Hang tuduh dia yang bukan-bukan, lepas tu nak tunjuk baik? Khuaakk ptuiiihh..!!! Apa? Hang tak minat nak ekspoit isu peribadi jadi bahan politik? Kepala hangguk tengkorak hang! Nampak sangat itu yang hang buat! Hang eksploit isu peribadi orang, untuk "serang" Shahanim di wall Facebook orang! Hang buta ke apa? Aku bagi hang last warning la Zul Ya. Lu main-main lagi, gua tau la apa gua nak buat dengan lu. Silap-silap, lu sendiri malu nak dok di Kedah ni lagi. Heh! Nak berpolitik tu berpolitik la. Tapi biarlah cara Islam, bukan buat tuduhan fitnah sedangkan hang sendiri tak tau apa-apa! Puiii..!!! Kat bawah ni aku lampirkan print screen Zul Ya kena "sembur" dengan Shahanim tu.. heh! P/s: pasal tuduhan Zul Ya pasal Sri Temin tu aku dah jawab. PAS dah buat report kat SPRM masa tahun pertama depa perintah Kedah. Dah tutup dah pun kes tu pada tahun yang sama sebab takdak kes...Zul Ya menipu je tuuu..!!! |
LAWAK PAGI INI... BAKAL MENTERI NIKAH KAHWIN KENA MARAH DENGAN KARPAL..!!! Posted: 07 Feb 2013 04:37 PM PST Kesian pulak aku tengok bakal "menteri nikah kahwin" ni... Dia kena "listen...listen..listen..!" pulak dengan Karpal... Sejak 5 tahu lalu, dia tak habis-habis kena marah dengan Karpal ni... Kesian betul tengok muka "sekupang" dia tu... Bila ada orang PAS yang marah Karpal, PAS marah pulak orang tu... Maklum laaa.. PAS ni memang "setia" pada "boss"nya... Kena jilat tapak kaki pun PAS sanggup demi DAP..! Heh! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |