Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Bukti "Screen Shoot" Puak DAP Komunis Mengutuk Kerajaan Malaysia Di Mata Dunia Kerana Takutkan Psy Hadir Di Penang

Posted: 07 Feb 2013 01:00 AM PST

Juak-juak cybertroopers DAPig berjuang 24 jam sehari sejak beberapa hari lepas menyerang laman sosial Facebook artis Korea Psy Gangnam Style iaitu "Official Psy" dan juga "Psy Gangnam Style". Ini dilakukan semata-mata kerana terlalu takutkan kehadiran Psy di Malaysia akan mengubah momentum Kerajaan Pakatan Haram untuk kekal memerintah terutama di Penang. 

CTS tidak pasti apa kaitan kedatangan Psy dengan rasa takutnya mereka iaini juak-juak Pakatan Haram kehilangan kuasa. Kalau selama ini berkhidmat dengan Rakyat dan tidak menipu Rakyat terutama di 4 negeri yang mereka perintah, kenapa takut kehilangan kuasa, hanya dengan kedatangan Psy? Kenapakah begitu kemaruk juak-juak Pakatan Haram ini hendak menghalang kedatangan Psy untuk membuat persembahan di Penang?

Psy datang ke Penang hanyalah jemputan Gerakan Penang dan dibiayai oleh sebuah syarikat korporat di Penang untuk persembahan semperna Tahun Baru China? Apa kena mengena dengan politik? Adakah kedatangan Psy ke Penang boleh menentukan hidup mati Pakatan Haram terutama DAPig? Bacalah kenyataan-kenyataan cybertroopers pembangkang seperti yang di "screen shoot" yang ada di antaranya agak melampau dan mengutuk negara dan Kerajaan Malaysia.











Nik Aziz Nik Mat Kata Psy Perlu Tutup Aurat Untuk Buat Persembahan Di Penang

Posted: 06 Feb 2013 11:16 PM PST



Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa BN telah menjemput selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjurannya pada 11 Februari. Sama ada Nik Aziz Nik Mat tidak mengetahui bahawa Psy seorang lelaki dan bukannya seorang wanita atau beliau takut spesis-spesis "dua alam" seperti Anwar Ibrahim tergoda dengan kekacakan Psy, CTS tidak pastilah. 

Yang pasti Psy hanya perlu memakai seluar panjang untuk mematuhi permintaan Nik Aziz memandangkan aurat lelaki hanyalah di antara pusat dan lutut. Mungkin juga nasihat Mursyidul Am PAS ini kepada Psy lahir setelah melihat persembahan "tidak senonoh"  dan separuh bogel yang dianjurkan di Kulim Kedah semperna perayaan Tahun Baru Cina. Barangkali dia mengambil pengajaran dengan penganjuran tarian gedik-gedik separuh bogel di Kedah, tetapi malu-malu untuk menegur kepimpinan DAPig dan PGayR Kedah. Atau mungkin juga nasihat itu diberikan kepada Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini asik masyuk menari Tamil di atas pentas ceramah.


Video Mazlan Aliman Dihalau Peneroka Felda Sungai Tengi

Posted: 06 Feb 2013 05:00 PM PST


Orang Felda Sungai Tengi menolak kehadiran Mazlan Aliman, Presiden ANAK untuk memecah belahkan masyarakat FELDA. Rakyat Sabak Bernam, Selangor menolak lidah penyambung bicara Pakatan Haram. Mazlan Aliman tidak diterima di tanahairnya sendiri di Johor. Bagaimana beliau boleh merasakan Rakyat Selangor akan menerima kehadirannya di Felda bertuah ini. 

Felda Sungai Tengi terletak di Sungai Tengi, Sabak Bernam, Selangor. Ia bersebelahan dengan sempadan negeri Perak. Felda ini telah wujud lebih 30 tahun.  Masa kewujudan Felda ini, Mazlan Aliman masih mentah. Oleh itu, janganlah cuba menunjuk pandai dengan orang-rang lama yang telah lama bergelumang dengan susah senang sebagai peneroka. Saksikan video penolakan peneroka Felda Singai Tengi ke atas kehadiran Mazlan Aliman. Panas beb!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>