Panglima Perang Cyber |
- – ANWAR’S PROMISE
- New Entry Blog PM @NajibRazak : Doing More For the Chinese Community in 2013 | 1MALAYSIA
- Menghayati kewartawanan, keintelektualan Firdaus cc @DrRaisYatim
- Bila Naib Presiden Umno DS @zahid_hamidi Menulis ...
- Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya Wahai Mazlan Aliman ? | MYKMU.NET
- Pesawat MAS Kena Rampas Di Johor Terhempas Korbankan Menteri Pertanian
- BN tidak terima ahli bertanding tiket bebas - Ahmad @Zahid_Hamidi | Barisan Nasional
- Tanda Salib di tiang sekolah terbakar Darul Quran Rusila Tanda Murka Allah ??
- Al Fatihah : Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia Petang Tadi
- Zaini Hassan Utusan - Beralih Tulis Novel Kisah Pemandu Teksi dan Penumpang ???
Posted: 06 Feb 2013 06:56 PM PST 1. In Australia it is reported that Anwar promised to engineer an Arab Spring in Malaysia. 2. He will duplicate Cairo's Tahrir Square in Kuala Lumpur and he will organise demonstrations involving hundreds of thousands of people in order to bring down the Government if he loses the election. 3. He claims that the election victories of the BN in the past were due to cheating, and to dirty tactics. That is why he organised the "Bersih" demonstrations with a quarter of a million people. Bersih means Clean. The people he claims want to ensure Clean Elections. If they don't get a clean election this time they will force a new election to be held through massive daily demonstration on a scale never seen in Malaysia before. The election would be deemed dirty if Anwar's Pakatan loses. Read more : http://chedet.cc/?p=908Sent from my iPad |
New Entry Blog PM @NajibRazak : Doing More For the Chinese Community in 2013 | 1MALAYSIA Posted: 06 Feb 2013 06:51 PM PST Read more : http://1malaysia.com.my/blog/doing-more-for-the-chinese-community-in-2013/ Sent from my iPad |
Menghayati kewartawanan, keintelektualan Firdaus cc @DrRaisYatim Posted: 06 Feb 2013 06:42 PM PST Menghayati kewartawanan, keintelektualan FirdausBARU-BARU ini telah berlangsung majlis pelancaran buku bertajuk 'Cermin Belakang' karya bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia adalah himpunan koleksi esei tulisan beliau yang pernah disiarkan dalam kolum di Utusan Malaysia dengan tajuk sama sekitar 2008 hingga 2009. Naskhah berharga RM38 sebuah yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. mengandungi 63 bab pendek dan 284 muka surat. Ia dibahagikan kepada empat topik teras iaitu politik dan kekuasaan, tokoh dan peristiwa, tradisi dan jati diri serta pendidikan dan negara bangsa. Bagi pembaca yang tertanya-tanya apakah keunikan buku berkenaan boleh meneliti kata pengantar yang ditulis oleh Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Kata pengantar bertajuk 'Kepenyairan Firdaus Abdullah' menjelaskan, sebanyak 28 esei atau kira-kira 50 peratus daripada koleksi esei berkenaan dimulakan dengan pelbagai bentuk kata-kata kiasan - pantun, seloka, gurindam dan syair. Selain itu, tulisnya, kalau pembaca membaca setiap esei berkenaan dengan mendalam mereka akan bertemu dengan nilai-nilai dan falsafah Minangkabau yang dipegang oleh Firdaus. "Saya dapati menatap setiap esei dalam koleksi ini adalah sangat memuaskan kerana di samping dipuaskan oleh kupasan tajam mengenai situasi politik di Malaysia dan luar negara, ramuan keminangkabauannya dan kepenyairannya telah membikin koleksi ini suatu koleksi unik," ujarnya. Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan yang menulis pengenalan buku berkenaan menjelaskan, kebanyakan esei mengenai politik adalah berdasarkan pengamatan dan renungan Firdaus terhadap permasalahan Melayu kontemporari, khasnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008. "Walaupun esei yang ditulis tidak menawarkan jalan keluar atau penyelesaian terhadap permasalahan kritikal Melayu dan Malaysia, namun idea dan pemaparan permasalahan yang dikemukakan boleh digunakan oleh para pembaca untuk merenung dan menelaah secara kritis isu-isu yang dikemukakan. Selajutnya : Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130205/re_07/Menghayati-kewartawanan-keintelektualan-Firdaus#ixzz2KB3C7fjC © Utusan Melayu (M) Bhd Gambar milik panglima... Sent from my iPad |
Bila Naib Presiden Umno DS @zahid_hamidi Menulis ... Posted: 06 Feb 2013 05:02 PM PST Baca selanjutnya di blog beliau. Rencana telah disiarkan di Utusan Malaysia semalam. |
Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya Wahai Mazlan Aliman ? | MYKMU.NET Posted: 06 Feb 2013 02:48 PM PST Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya? Posted by dukeofmontecristo Tak habis-habis lagi modal "auta" Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang memperlekeh-lekehkan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia di khalayak masyarakat Malaysia, khususnya pakcik dan makcik kita di tanah-tanah rancangan Felda. Pada 1 Februari lalu, Mazlan Aliman melalui satu temuramah telah menyatakan bahawa saham FGV kononnya sedang jatuh merudum dan tidak stabil sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit telah dialami oleh para pemegang saham kedua terbesar dunia itu. Baca selanjutnya |
Pesawat MAS Kena Rampas Di Johor Terhempas Korbankan Menteri Pertanian Posted: 06 Feb 2013 06:53 AM PST Menarik info yang disiarkan blog Melayukini . Sesuatu yang tidak pernah kita ketahui dan pertama kali membacanya kerana ia berlaku sebelum wujudnya kita ke dunia. Ancaman boleh berlaku di mana sahaja dan melibatkan sesiapa yang mungkin kita tidak menyangkanya. Maka mari kita hidup aman damai demi masa depan yang lebih sempurna. Baca lagi http://melayukini.net/2013/02/gempar-pesawat-mas-kena-rampas-di-johor/ |
BN tidak terima ahli bertanding tiket bebas - Ahmad @Zahid_Hamidi | Barisan Nasional Posted: 06 Feb 2013 04:42 AM PST BAGAN DATOH 5 Feb. - Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima mana-mana ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas setelah tidak dicalonkan mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli BN yang bertindak sedemikian juga tidak akan mendapat sebarang tajaan daripada BN selaras dengan peraturan yang terkandung dalam parti itu. "BN akan menamakan calonnya dalam kalangan ahli komponen parti itu dengan simbol BN sahaja untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. "Walaupun ada calon-calon bebas yang bertanding, dia bukanlah merupakan wakil rasmi atau tidak rasmi BN. pengundi-pengundi hendaklah memberikan sokongan kepada calon-calon yang mewakili BN sahaja," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat anak seorang nelayan, Chan Kee Sing yang berusia empat tahun di Bagan Pasir Laut, dekat sini hari ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130206/po_09/BN-tidak-terima-ahli-bertanding-tiket-bebas---Ahmad-Zahid#ixzz2K5EXvwts © Utusan Melayu (M) Bhd Sumber: Utusan OnlineSent from my iPad |
Tanda Salib di tiang sekolah terbakar Darul Quran Rusila Tanda Murka Allah ?? Posted: 06 Feb 2013 04:38 AM PST |
Al Fatihah : Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia Petang Tadi Posted: 06 Feb 2013 04:15 AM PST |
Zaini Hassan Utusan - Beralih Tulis Novel Kisah Pemandu Teksi dan Penumpang ??? Posted: 06 Feb 2013 01:52 AM PST kaedah yang berkesan untuk sedarkan rakyat kebanyakan... Jom share di FB Twitter dan Blog. Dialog panas antara pemandu teksi dengan penumpangnyaKEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin panas. Bukan sahaja ia berkisar dalam media - sama ada arus perdana, mahu pun pembangkang - atau di pentas-pentas politik, tapi juga di kalangan orang ramai. Di mana-mana orang bercakap mengenai politik. Yang sebelah kerajaan, akan mempertahankan kerajaan, manakala yang pembangkang akan mempertahankan parti kesayangan mereka. Yang atas pagar pula akan mendengar dan tersenyum kecil. Namun dalam banyak-banyak pandangan, pengikut Pas ini ditakrifkan sebagai totok. Mereka berada dalam satu kepompongan minda (mental block) yang cukup serius. Semua orang cakap pasal kerajaan, salah. Mereka sahaja yang betul. Saya beranggapan golongan ini telah melalui satu proses indoktrinasi (cuci otak) yang terlalu lama. Mereka ini terlalu taksubkan para pemimpin, dan mengikut apa yang dikatakan oleh para pemimpin mereka. Bayangkan sekiranya Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mengumumkan kalimah Allah boleh dipakai oleh orang Kristian? Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim, yang menghadapi pelbagai pertuduhan moral itu masih sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apa pula kempen oleh golongan totok Pas ini? Sudah tentu ceritanya menjadi lain. Ia termasuklah oleh pemandu teksi yang akan kita ikuti kisahnya ini. Ikuti dialog antara pemandu teksi yang mengaku kerja dengan kerajaan, tapi berkempen totok Pas di dalam teksinya, dengan seorang penumpang yang mempertahankan logik akalnya. Ini adalah kisah benar, yang diceritakan kepada saya oleh penumpang itu. Penumpang itu telah menaiki teksi bermeter dari hentian bas HKL ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari Jumaat 1 Februari 2013 kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan lalu lintas tidak lancar, sedikit sesak. Setelah menaiki teksi itu, penumpang (P) berkata hendak ke Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu teksi (PT) itu kata OK. Penumpang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu. Sebaik-baik sahaja menaiki teksi, penumpang kebetulan membaca akhbar Utusan Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu menyampuk tanpa hormat kepada penumpang. PT: Baca Utusan (merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia), orang dah tak baca Utusan ni. P: Kenapa, banyak berita kita dapat. PT: Ini akhbar bohong banyak, auta, suka pelagakan orang. P: Tak adalah, sebab you tak baca, jadi you tak tahu cerita sebenarnya. Harakah tu betul sangat ke? Kata Kerajaan Jepun bayar berbilion-bilion ringgit kepada Kerajaan Malaysia sebagai wang pampasan kepada veteran tentera dan wang itu lesap, betul ke? Dulu Harakah kata Felda bankrap, tahu-tahu peneroka dapat "durian runtuh". PT: Betul! Kalau tak betul kenapa tak saman? Betul laa tuu. Utusan tu, dah banyak kali kena saman, kalah di mahkamah, kena bayar ganti rugi. P: Sudah laa, Kedutaan Jepun dah nafi, berita itu tidak benar. Utusan kalah bukan bermakna Utusan itu berbohong, atau auta, atau sukakan pelagakan orang. Ia bergantung kepada kebijaksanaan peguam bela masing-masing. Dulu Abang Jak (penyokong Pas dari negeri Kelantan) pun didakwa di mahkamah di Kedah oleh penyokong UMNO kerana menunjukkan batang ***** kepada Puteri UMNO semasa kempen PRK, memang dia tunjuk batang *****, ramai orang nampak, tetapi mahkamah bebaskan dia kerana tidak cukup bukti. Sama laa dengan Utusan pun. Ada kes bunuh, kes edar dadah boleh bebas jika peguam bela bijak. PT: Tak ada laa! Surat khabar (akhbar) pembangkang yang betul, saya kerja kerajaan (penjawat awam) di Jabatan Kesihatan DBKL, saya tahu semua, kerajaan BN korup, rasuah sana-sini, tindas rakyat. Pemimpin pembangkang OK bersih. P: Kepala hotak (otak) kau, pemimpin-pemimpin pembangkang tu betul sangat ke? Mat Sabu, pemimpin No. 2 dalam Pas yang (didakwa) kena tangkap basah (khalwat) di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu pun didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Sudahlah, Mat Sabu tu mengarut, komunis dikatakan "Hero", hero kepala ***** dia. PT: Memang Mat Indera tu hero, lawan polis penjajah British. P: Itu bukan polis British, itu polis di bawah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, you bodoh tak baca sejarah. Dah bunuh berpuluh polis kita, bakar hidup-hidup bersama budak-budak kecil dikatakan hero? Saya bekas tentera, pernah menerima latihan di Kem Komando (Pusat Latihan Peperangan Khas, Sg. Udang, Melaka), tak ada pulak Komandan beritahu komunis tu hero, yang kita tahu lawan komunis. Kalau hero sangat kenapa Mat Indera tu tidak dianugerahkan pingat PGB atau SP macam Kanang? PT: Kerajaan BN bodoh, sudahlah, Kerajaan BN tindas rakyat, tidak jujur. P: Pemimpin pembangkang tu baik sangat ke? Jika nak jadikan kerajaan ni jujur, pergi ambiklah (ambil) Imam Mekah atau Ketua Gereja di Vatican jadi Perdana Menteri Malaysia. Tahu tak Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabut tu ikut telunjuk DAP? Kalimah Allah pun nak jual kepada orang kafir kerana politik punya pasal. Ini ke pemimpin Islam! Orang-orang Pas tu, nak pergi ke Mekah, dia check ke pilot kapal terbang tu orang jujur atau tidak? Kalau nak check semua, pergi ke Mekah dengan kapal layar buatan sendiri laa jawabnya. Orang lain dah balik dari Mekah, kita duk tengah laut lagi, silap hari bulan tenggelam mampus, makan dek ikan yu. PT: Tak ada, pembangkang bagus. Tengok Kelantan maju, tak ada jenayah, aman je! P: Sudah laa, you tak baca Utusan, sebab itu laa you tak tahu cerita sebenarnya. Buang bayi pun ada di Kelantan, buang bayi macam buang sampah, sembelih anak pun ada di Kelantan. Penagih dadah tak usah cakap laa! Pemimpin Pas kuat bohong, undi Pas masuk syurga! Quran mana Nik Aziz baca, kitab mana Nik Aziz baca? Tak usah cakap banyaklah, di Malaysia ni aman damai selamat, boleh pergi ke masjid tanpa gangguan, peluang ekonomi cukup luas, senang bergerak, pinjaman bank disediakan, macam-macam pinjaman ada, ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO. You tak tengok laporan Utusan setiap hari, jadi you tak tahu cerita sebenarnya, pergi laa ke UiTM di Puncak Alam tu, you tengok macam mana. Kerajaan BN buat kampus baru UiTM untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Belum cakap lagi setiap negeri ada kampus UiTM. Sekarang setiap kampus itu hendak diperbesarkan lagi bagi menampung keperluan masa depan. Kerja Pas hanya maki hamun orang UMNO saja tanpa suluh jasa-jasa pemimpin UMNO terdahulu, tak sedar diri. Orang Asli pun tak kutuk pemimpin UMNO macam you ni. Di Malaysia ni dah lengkap dah. Otak you belum lengkap lagi sebab you hanya baca Harakah. Tahu tak? Kalau anak lelaki kita sangat pandai ada MCKK atau UPNM. Kalau anak perempuan kita sangat pandai ada Kolej Tengku Khursiah yang sebelum ini dipanggil "The Malay Girl College". Kalau anak kita jahat ada sekolah jahat Henry Gurney. Kalau kita gila ada hospital gila, kalau bini kita nak beranak ada hospital bersalin, kalau anak kita penagih dadah ada tempat pemulihannya Pengasih, kalau gagal masuk U ada IKM dan macam-macam lagi. You tak baca Utusan sebab tu laa otak you tak terbuka, you ni macam budak bodoh walaupun dah tua. Tahu tak? Nik Aziz kata dulu tahun 1999, Pas menang di Terengganu, Nik Aziz kata berpuluh-puluh ribu malaikat turun dari langit ke bumi membantu memegang tangan orang-orang UMNO untuk mengundi Pas. Bila kalah pada tahun 2004 Nik Aziz kata UMNO jahat bawa pengundi "hantu" dari KL ke Terengganu. Mana perginya malaikat itu? Pas lagi auta. Sudahlahhh, semua ada dalam poket seluar saya. Islam yang ada pada Nasharudin Mat Isa ditolak perwakilan Pas, perwakilan Pas pilih Islam yang ada pada Mat Sabu, nak muntah dengar! Cakapan Nik Aziz itu kotor laa, dah tua-tua pun kata kat Nasharuddin Mat Isa tu lidah panjang. Nik Aziz tu dah tak endah lagi pantang larang agama. Nik Aziz kata tidak boleh sambut Maulidur Rasul (hari kelahiran Rasulullah SAW) kerana perbuatan itu adalah "bidaah", tapi peliknya Nik Aziz sendiri menyambut hari jadinya di rumah Karpal Singh. Buruk betul perangai Nik Aziz tu dan tak layak dipanggil tok guru. Ok lah berhenti di sini, saya nak turun! PT: (Pemandu teksi HB 7**2 itu masih tidak puas hati
) Kesimpulan daripada dialog itu, golongan yang terlalu taksub ini semakin ramai. Kita bimbang gejala ketaksuban dan kepompongan minda ini yang selama ini bercambah dalam masyarakat Taliban di Afghanistan akan berakar-umbi di sini. Ingat lagi kisah remaja perempuan Afghan, Malala Yousufzai yang pernah saya tulis dalam Cuit? Dia ditembak di mukanya oleh militan Taliban hanya kerana gadis itu memperjuangkan hak pendidikan untuk golongannya. Ingatlah jika di peringkat tadika lagi anak- anak kecil pernah diasuh memijak gambar- gambar pemimpin negara, apa akan terjadi kepada mereka satu generasi lagi? Seperti pemandu teksi itukah? Atau lebih teruk? Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130206/re_06/Dialog-panas-antara-pemandu-teksi-dengan-penumpangnya#ixzz2K6wDkaP8 © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |