sekupangdua |
- KERA JAGAAN DAP PULAU PINANG KURANG AJAR!
- VALE : NIZA KENCING LAGI, NIZA MANYAK TIPU MA
- PROJEK DATUM JELATEK KEMUSNAHAN DAN MELAYU BAKAL TERPINGGIR
- LEBUHRAYA RAKYAT DIKELANTAN DAH BOLEH DIGUNAKAN?
KERA JAGAAN DAP PULAU PINANG KURANG AJAR! Posted: 05 Feb 2013 10:00 PM PST Kerajaan DAP pulau Pinang makin kurang ajar, terkini bila pihak MPSP diarah menurunkan bunting yang bergambar Perdana Menteri dengan pakaian Chiong Sam dengan ucapan Selamat tahn baru China 2013, rata-rata diseluruh Malaysia bunting digantung di tiang-tiang lampu sekitar bandaraya. Dato Zainal Abidin semalam menunjukan bukti dengan gambar-gambar kaki tangan MPSP menurunkan semua bunting yang digantung disekitar Pulau Pinang. Siapa pulak yang akan dipersalahkan bila kejadian kurang ajar sebegini dilakukan oleh MPSP yang tentunya dibawah arahan DAP. Apakah DAP lupa sebelum ini Pulau Pinang dibagunkan oleh BN sehingga kini dan bukan oleh DAP yang hanya memerintah kejam selama sepenggal. Nampak betapa kurang ajarnya mereka bila dikerah MPSP menurunkan Bunting Ucapan selamat tahun baru Cina oleh PM Ds Najib Tun Razak, atas dasar apa mereka menurunkan semua Bunting tersebut? Amat jelas sekali kita dapati betapa DAP memang berhati busuk sekalipun ucapan bagi meraikan Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri yang diarahkan supaya diturunkan Banner dan Bunting diturunkan dengan cara kurang ajar... sebelum ini pulak Kalimah Allah digunakan dalam Kitab Bible oleh Guan Eng, malah dia juga bukan tak tau sehingga ke sekolah diedarkan... itu bukan haram jadah namanya... Jangan tanya PAS sebab PAS hanya boleh Angguk-angguk dan geleng-geleng jer... |
VALE : NIZA KENCING LAGI, NIZA MANYAK TIPU MA Posted: 05 Feb 2013 07:00 PM PST Komer tengok video nie bagaimana Niza kantoi lagi bohong dengan apa yang dia katakan, sebelum ini beliau dimerata ceramah kencing merata, dan selalunya apa yang ada dalam ceramah seperti di Tualang sekah yang pernah sekupang dedahkan (klik) kali ini walupun isu vale nie dah lama berakhir tetapi sekupang cukup tahu bila isu vale nie sentiasa dimainkan oleh beliau dimerata-rata ceramah. dia berbohong Teman dah pusing merata, bila dalam laman You tube banyak yang didedahkan separuh dari kejadian terutama dalam dewan dibahaskan, begitu juga kalau kita lihat bagaimana dia berbohong dalam siri ceramahnya dan bila didedahkan setidak-tidaknya rakyat perlu tau kebenaranya yang sebenar, teman maleh cakap banyak tapi pada sesapa yang masuk dan ikut sidang Dun tentunya tahu. Sidang dewan dema buat macam sarkis, makan minum, panjat meja, cabut mikrophone, malah tak mahu meneruskan sidang semasa Perak dinerakakan dan paling kurang ajar bila membuatkan Raja Muda terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk merasmikan sidang dewan. Ikutilah Video diatas bagaimana sebenarnya Vale yang dibahaskan dalam dewan, bukan saja dia menjaja merata kononnya YAB Menteri Besar Dato Seri Diraja Dr Hj Zambry bin Hj Abd Kadir yang senyap tak menjawab segala pertanyaan dan kononnya tidak menjawab sebab kelu bila di ajukan pelbagai persoalan, yang sebenarnya boleh kita saksikan dan terbukti memang si Meroyan nie memang KANTOI!!! |
PROJEK DATUM JELATEK KEMUSNAHAN DAN MELAYU BAKAL TERPINGGIR Posted: 05 Feb 2013 04:43 AM PST Apa akan jadi kepada penduduk Melayu bila Projek Datum Jelatek bila pembinaan 'TWIN TOWER' WINGS, CHINESE MAINSTREAM' DISTRICTS yang bakal diwujudkan? adakah ini cara menyisihkan bangsa Melayu dari kawasan yang didiami oleh Orang Melayu dari awal lagi? Adakah pemilik yang telah pun menjadi separuh dari Projek ini dimiliki oleh warga asing menandakan pengusiran oarang Melayu dari kawasan jelatek, kawasan taman keramat ini? bukankah dengan cara ini orang melayu bakal tersisih kerana pembangunan gergasi ini hanya kerana tidak mampu memiliki sekalipun ditawarkan untuk Bumiputera dengan nilai rm 700k untuk seunit? Dari 4 blog bagunan ini (block A&C) bangunan pangsapuri ini telahpun dibeli secara pukal oleh pelabur asing, Penjualan juga dibuat dinegara asing ini amatlah membimbangkan kita dengan nasib orang Melayu di taman keramat ini khususnya, ini bermakna 50% dari pangsapuri mewah ini akan diduduki oleh orang asing. Baki dua blog lagi nampaknya akan diberi kepada 50% untuk bumiputera dan 50% lagi kepada bukan bumiputera, bukankah kawasan Taman Keramat ini juga merupakan eklusif penempatan khusus kepada orang Melayu? Nilai harga yang ditawarkan kepada oarang Melayu adalah RM 700 ribu untuk seunit, berapa ramaikah oarang Melayu disitu yang mampu memilikinya? kuota yang ditawarkan kepada orang Melayu pada unit ini di block yang termurah, paling bersauz kecil dan lokasi yang paling tidak strategik lansung Yang Nyata kawasan ini juga akan mengundang kemusnahan sekitar selain akan mejadikan beberapa kawasan perumahan bakal diruntuhkan bagi membolehkan projek ini diadakan, malah salah satu dari syarat utamanya memerlukan jalan Enggang dilebarkan kepada 4 lorong yang tentunya akan memusnahkan beberapa kawasan penduduk Asal Melayu disini.. Demi pembelaan terhadap isu ini sekalipun bukan berunsur Politik maka satu kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai BARISAN BERTINDAK DATU JELATEK akan mengadakan sessi penerangan demi hak Orang melayu dan menangkis pencabulan ini di : LORONG ENGGANG SATU, TAMAN KERAMAT PADA 16.2.2013 (SABTU), 9.30 MALAM Boleh juga ke laman blog (BANTAH DATUM) untuk cerita lanjut atau hubungi diemail bantahdatumjelatek@gmail.com Pada sekupang Orang Melayu kena bersatu jika beginilah pembangunan yang nampaknya istemewa kepada orang asing, tambah lagi kawasan Taman Keramat yang menjadi penempatan asal bagi orang Melayu... Sekupang masih teringat bila blog pertama menjadi medan tempur membahaskan isu di blog Pemuda jalan Enggang... |
LEBUHRAYA RAKYAT DIKELANTAN DAH BOLEH DIGUNAKAN? Posted: 04 Feb 2013 11:57 PM PST Lebih puluhan juta yang akan dapat ke Kelantan dengan lebih mudah dan efisyen, lebih menjimatkan lagi bila tiada tol dikenakan oleh taukey lebuhraya, ianya percuma, itu kawan teman pada teman, dia jugak berpesan kepada yang nak mengunakan lebuh raya Rakyat tersebut juga disuruh ingatkan supaya memastikan dalam kenderaan anda WAJIB ada parang, cangkul dan tourch Light! Surat wasiat jugak jangan lupa! Alamak ini pa cerita? Teman pecah perit bila pertanyaan teman kenapa bila dia menjawab, bro... Yang setakat nie ada batu perasmian yang tinggal, lebuh raya dah lebuh yang raya bila hutan balak diteroka... Hahaha kaya pokcik! Apa yang dimaksudkan ialah bila lebuh raya yang dirasmikan hanya tinggal batu perasmian jer, lebuh rayanya pun dah hilang macam hantu raya. Sekadar dak gimik dan memburukan kerajaan Pusat dan Negeri yang lain yang dah lali dengan helah Pas Rupanya disuruh bawak parang, cangkul tu sebab kalau nak guna lebuhraya rakyat tu kenaler tebas sendiri, cangkul kalau ada tunggul, yang suruh bawak tourch light tu bukan apa kalau setakat nak sampai ketujuan tu bukan makan masa sehari mau berbulan dan bertahun, yang suruh bawak surat wasiat tu hahahaha kot komer tak sempat sampai ke Kelantan, jadi mana. Tau dibaham rimau ker adaler surat wasiat nanti untuk anak-anak nanti... Apa pun nampaknya hanya tinggal tunggul perasmian jer nampaknya, tertonggok jer kat situ, jalan yanh dimaksudkan untuk dibuat lebuhraya nampaknya dah lebuh, atau pun ketika ini dema tengah lebuhkan balak-balak yang ada? Atau pun nak halalkan cara menebang balak-balak yang diaward oleh PAS sendiri untuk duit raya ... Errr pilihanraya ler yop! |
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |