PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Aqasha pulak tayang badan sampai nampak pusat !!
- ATM akan miliki satelit komunikasi sendiri melalui sewaan
- Khalid Ismat bukti anak murid pakatan kencing berlari !!
- Hot ! Bukti gambar samseng kerajaan DAP turunkan banner Najib @dzainalabidin
- Kalimah Allah : Ahli Pas tanya hukum bantu Dap di PRU13 !!
- Hot! Kehadiran Pys ditaja swasta bukan guna duit rakyat
- Ahli DAP sendiri pun tak setuju Guan Eng bangkit isu kalimah Allah !!
- Kerajaan DAP sabotaj banner ucapan Tahun Baru Cina @NajibRazak
- Kalimah Allah : Nik Aziz ulang skrip basi marah Karpal !
Hot ! Aqasha pulak tayang badan sampai nampak pusat !! Posted: 04 Feb 2013 10:31 AM PST |
ATM akan miliki satelit komunikasi sendiri melalui sewaan Posted: 04 Feb 2013 09:30 AM PST Transformasi pertahanan negara kali ini berjaya mengorak langkah ke hadapan apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai satelit komunikasinya sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2014. Panglimanya, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain, berkata dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara peranan komunikasi amat penting terutama dalam penyampaian dan penerimaan maklumat sulit kepada pesawat tempur dan kapal perang ATM oleh itu negara bersetuju membangunkan sebuah 'Transponder Satellite' bagi tujuan komunikasi. "Satelit Transponder berperanan sebagai satelit komunikasi dan dijangka dapat meningkatkan sistem komunikasi sedia ada yang mampu berfungsi dengan semaksimum mungkin. Ia sedang dibangunkan melalui kerjasama syarikat satelit terkemuka yang membantu kita dalam penggunaan teknologi ini," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di pejabatnya di sini. Bagaimanapun beliau menjelaskan satelit transponder itu akan disewa ATM dari syarikat berkenaan. "Kita akan menyewa transponder itu selama 15 tahun kerana ia menjimatkan kos berbanding untuk membangunkan satu satelit ketenteraan yang menelan belanja berbilion ringgit," katanya. Beliau berkata satelit itu yang menggunakan spesifikasi X-band, mampu beroperasi selama 20 hingga 25 tahun dan ATM dijangka turut mampu meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam tempoh waktu berkenaan. "Satelit ini khusus bagi meningkatkan keupayaan komunikasi tentera kita yang berada di kawasan yang berisiko rendah menerima isyarat komunikasi," katanya. Beliau turut menafikan kegunaan satelit yang dibangunkan ATM itu bertujuan untuk risikan sebaliknya ia lebih tertumpu dalam memperkasakan sistem komunikasi. X-band Satelit Transponder ialah sistem komunikasi digital khas untuk tentera bagi penghantaran data tinggi, suara dan video. Ia akan menggunakan empat transponder berkuasa 60-MHz dengan satu lagi transponder sebagai simpanan. Antara syarikat tempatan yang menggunakan satelit transponder biasa, syarikat perkhidmatan televisyen berbayar, Astro. - BERNAMA |
Khalid Ismat bukti anak murid pakatan kencing berlari !! Posted: 04 Feb 2013 08:32 AM PST Pepatah orang Melayu pernah menyatakan kalau " Guru tu kencing berdiri , anak murid akan kencing berlari"... haha.. itu yang berlaku kepada budak sewel khalid ismath . Sapa yang ajar dia kurang ajar ? Pakatan juga ... Kali ini Ikut suka mulut dia je maki MB Kedah , Ostat Azizan Razak sebagai Sial Bin Celaka pasal sertai program anjuran kerajaan BN di Kedah . Budak ajaran syiah macam ni la punya perangai .. kalau bukan puak-puak dia , kalau bergaduh pun dia sanggup walaupun orang itu saudara Islam sendiri . Apa kata pencacai2 Pakatan terutaman blogger belaan mereka ?? Tak mau defend ke maki hamun budak sewel ni .. GPB pun tak sanggup panggil Ostat Zizan macam tu walaupun berbeza fahaman politik . |
Hot ! Bukti gambar samseng kerajaan DAP turunkan banner Najib @dzainalabidin Posted: 04 Feb 2013 05:14 AM PST Bila pencacai2 Guan Eng minta bukti kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina Perdana Menteri Malaysia diturunkan di Seberang perai , hari ini Dato Zainal Abidin Osman menunjukkan bukti bergambar perbuatan biadap ini Mereka yang dalam gambar ini hanya akan berani turunkan banner ini jika mendapat lesen besar daripada Guan Eng . Ini baru memerintah negeri dah dicabut segala banner , itu belum memerintah Malaysia lagi . Walhal banner program ,ceramah mereka tak pernah pun diganggu . NIBONG TEBAL 4 Feb. - Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang itu digantung dengan tujuan baik. "Kalau kain rentang Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di sini hari ini. - UTUSAN. |
Kalimah Allah : Ahli Pas tanya hukum bantu Dap di PRU13 !! Posted: 04 Feb 2013 04:14 AM PST Ahli-ahli dan para penyokong Pas terus menunjukkan protes mereka berhubung pendirian pakatan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Terbaharu di sini hari ini, sekumpulan penyokong Pas mengadakan bantahan aman menyelar sikap pemimpin DAP yang terus-terusan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Pada masa yang sama, mereka mengingatkan pemimpin Pas agar berterus-terang dan tidak terus tunduk berhubung isu penggunaan kalimah Allah sehingga mengadai maruah umat Islam dan agama. Wakil kumpulan itu, Zamri Yaakob berkata, mereka terpanggil untuk berhimpun selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam pakatan pembangkang berhubung isu-isu agama Islam dan yang menyentuh akidah. Justeru beliau yang telah menyokong Pas hampir 20 tahun itu berkata, pihaknya ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang sekarang berhubung isu itu. "Kami juga ingin tahu apa hukumnya dalam Islam jika kami membantu DAP dalamPilihan Raya Umum (PRU-13) nanti," katanya kepada pemberita semasa berhimpun di pekarangan tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini. Himpunan yang turut disertai kira-kira 20 penyokong Pas itu sebahagian daripada siri jelajah kumpulan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu berkenaan. - UTUSAN |
Hot! Kehadiran Pys ditaja swasta bukan guna duit rakyat Posted: 03 Feb 2013 11:30 PM PST — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini. Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013. "Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider. "Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi. Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu. Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu. "DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider. "Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat." Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan. Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut. "Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau. Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat. " |
Ahli DAP sendiri pun tak setuju Guan Eng bangkit isu kalimah Allah !! Posted: 03 Feb 2013 10:25 PM PST - Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tetap enggan mohon maaf dalam isu kalimah Allah. Beliau mempersoalkan keengganan Setiausaha Agung DAP itu yang tetap berdegil dan menyifatkan tidak ada salahnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruh Malaysia. "Saya tidak mahu bermain isu agama kerana tahu sensitivitinya. Sekiranya mohon maaf pun, kita tidak akan kehilangan apa-apa. "Apa salahnya Guan Eng memohon maaf," katanya. David Das juga menegaskan tidak perlu membandingkan kehidupan pelbagai kaum di negara ini dengan luar kerana kesesuaian persekitaran dan sikap toleransi antara kaum adalah tonggak keharmonian di Malaysia."Janganlah diungkitkan isu kalimah Allah ini kerana ia benar-benar menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam," katanya. Beliau turut memberitahu Sultan Selangor pernah menegur bahawa isu kalimah Allah tidak seharusnya diperbesarkan dan hanya diguna pakai untuk orang Islam. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi ini juga menegaskan pemimpin politik perlu tahu Rukun Negara dan salah satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.Malah beliau turut menekankan titah Sultan Selangor agar jangan dibangkitkan lagi perkara ini namun pemimpin Pakatan Rakyat masih terus mempertikaikan isu kalimah Allah. "Kita duduk dalam sebuah keluarga dan jangan cakap soal parti sekarang," tegas beliau. |
Kerajaan DAP sabotaj banner ucapan Tahun Baru Cina @NajibRazak Posted: 03 Feb 2013 08:25 PM PST Perbuatan kerajaan negeri DAP menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang biadap dan tidak demokratik. Najib adalah perdana menteri yang dipilih rakyat dan perbuatan itu jelas tidak menghormati perlembagaan negara yang mendukung amalan demokrasi. Nama saja parti demokratik tapi sebenarnya biadap & kurang ajar . GPB dimaklumkan banner ucapan PM ini diturunkan di kawasan Parlimen Bagan yang mana wakil rakyatnya adalah Lim Guan Eng . Adakah Guan Eng sudah takut kepada bayang-bayang Najib yang kini semakin berjaya menambat kembali sokongan kaum Cina ?? Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah didakwa memijak gambar Najib selepas banner diturunkan. Dr Ng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang perdana menteri Malaysia. "Beliau (Lim) perlu ingat (Najib) adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka perdana menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Beautiful Malaysia' di Dataran Taman Negara, Teluk Bahang, di Georgetown, semalam. "Sekiranya sebuah banner (dengan gambar perdana menteri) dikoyak ia bermakna menolak Malaysia," kata Dr Ng ketika diminta mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib kerana mereka yang memasang tidak memohon permit. Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa membantu membangunkan Pulau Pinang demi kebaikan rakyatnya walaupun negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). "Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aje," katanya. Dr Ng berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut. Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Kementerian Pelancongan memberi kebenaran kepada pelatih pemandu pelancongan yang selesai 75 peratus kursus mereka untuk menjadi pemandu pelancongan sementara selama sebulan mulai 1 hingga 28 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Katanya sebanyak 25 syarikat pelancongan dilaporkan memerlukan 450 pemandu pelancongan tambahan berikutan peningkatan pelancong China dan Taiwan semasa musim perayaan itu. Beliau berkata bayaran kepada pemandu tetap pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina ditambah dua kali ganda daripada RM220 kepada RM440 sehari sebagai sokongan motivasi. -Bernama |
Kalimah Allah : Nik Aziz ulang skrip basi marah Karpal ! Posted: 03 Feb 2013 05:51 PM PST Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP. Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah. Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap. "Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP. Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |