Taipingmali (tm) |
- Penerokaan Haram di Bukit Merah.
- Lawak gagap
- Wanted
- LGE cuba sabotaj sambutan CNY 11 Feb di Penang
- MB Kedah sertai Umno dalam program iM4U
- Pas dahulu dan Pas sekarang
- Arkib: Apa cerita terkini Dr Rosli yang bawa lari anak dara orang?
- BN Kedah Mampu Menang Di PRU 13 - Pensyarah UUM.avi
- Hubungan PAS DAP Ibarat Retak Menanti Belah
- Pas Bukit Gantang: Cermin diri anda sebelum tuduh orang lain samseng
Penerokaan Haram di Bukit Merah. Posted: 04 Feb 2013 01:38 AM PST
Berikut ialah laporan tentang penerokaan haram di hutan simpan Bukit Merah yang dilakukan oleh rakan-rakan media dari parti pembangkang Dap dan Pas. Mereka menyatakan ia dilakukan oleh orang Umno. Pencerobohan ini telah lama berlaku dan difahamkan ia dilakukan oleh orang Pas setelah mendapat restu daripada wakil rakyat Pas kawasan tersebut. Apa pun untuk mengupas isu ini satu siasatan perlu dijalankan oleh pihak yang berwajib, siapa yang bersalah pastikan mereka dibawa kemuka pengadilan. Sebelas bulan pembangkang memerintah terdapat sebahagian hutan simpan tersebut diceroboh oleh pembalak-pembalak yang mendapat izin daripada kerajaan mereka dan selepas 11 bulan mereka meninggalkan hutan dengan tidak meninggalkan sebarang tanda seperti kayu-kayau terbuang atau kayu buruk dan sebagainya, hampir tiada langsung kesan pembalakan dari jalan utama Taiping ke Selama. Bila masuk ke dalam baru lah kita akan nampak kesan pembalakan, sama ada haram atau halal hanya Nizar Jamaluddin sahaja yang boleh menjawab. Tinjau 1: Tinjauan aktivis KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam & Sdr. Meor Razak dari Sahabat Alam Malaysia - SAMterhadap pencerobohan & penerokaan haram Rizab Tasik Bukit Merah (TBM). Sebelum ini SAM telah menghantar surat aduan kepada Pegawai Daerah Kerian bertarikh 29 Okt 2011 akan tetapi hingga ke hari ini masih belum mendapat maklumbalas. Anggaran keluasan yang diceroboh & dteroka ketika tu ialah 100 hektar namun sekarang dah lebih luas dianggarkan lebih 500 ha. Mengikut Jurutera JPS, jabatan tidak menyokong & membenarkan sebarang pembangunan di Rizab TBM kerana hendak memelihara ekosistem TBM & pastikan kepentingannya tidak terjejas. Dimaklumkan JPS tiada kuasa untuk bertindak, penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Pejabat Daerah. Berdasarkan pelan Syit Jabatan Ukur & Pemetaan Negara: No 377; - (GN 3319 of 1914, GN 1463 0f 1919 dan 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab TBM. Share: Pertubuhan Pencinta Alam & Sukan Memancing Perak (PENCINTA), PEKA, Transparency International - Malaysia,Malaysian Nature Society, Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia, Tourism Malaysia Perak https://www.facebook.com/media/set/?set=a.241139919355631.60640.218200708316219&type=1 | ||
Posted: 03 Feb 2013 10:31 PM PST | ||
Posted: 03 Feb 2013 09:44 PM PST | ||
LGE cuba sabotaj sambutan CNY 11 Feb di Penang Posted: 03 Feb 2013 07:31 PM PST Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng menyarankan pengunjung yang ingin hadir ke Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11 Februari dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili kumpulan "We are for Penang", "Bersih" dan "Hijau". Kenyataan Guan Eng dibuat semasa sidang akhbar selepas melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau. Majlis Rumah Terbuka yang akan dianjurkan oleh BN pada 11 Februari ini akan menampilkan penyanyi sensasi dari Korea, Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" dan dijangka menarik lebih dari 60,000 pengunjung. Saranan Guan Eng ini walau bagaimanapun dikhuatiri akan mencetuskan provokasi. Program yang dijangka turut menghimpunkan sebilangan besar penyokong Barisan Nasional ini pasti mengundang suasana yang tegang sekiranya kumpulan-kumpulan berbaju merah, kuning dan hijau ini datang secara beramai-ramai. Tindakan ini tidak mencerminkan budaya hormat menghormati di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi majlis diadakan dengan tujuan untuk menyatu padukan rakyat dalam suasana yang ceria. Sebagai seorang pemimpin, Guan Eng seharusnya sedar saranan beliau itu seolah-olah mengajar penyokong-penyokong untuk bertindak 'kurang ajar' dalam majlis yang akan turut dihadiri Perdana Menteri. Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pakatan mempersoalkan mengenai sejumlah kos yang besar diperuntukkan oleh BN untuk membawa penyanyi sensasi dari Korea itu ke Majlis Rumah Terbuka. Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang memberitahu penampilan Psy ditaja oleh syarikat persendirian. Beliau juga berkata lain-lain persediaan dan makanan juga ditaja oleh beberapa syarikat tempatan. Majlis yang akan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang itu turut menampilkan penyanyi Shila Amzah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||
MB Kedah sertai Umno dalam program iM4U Posted: 03 Feb 2013 05:12 PM PST
| ||
Posted: 03 Feb 2013 04:26 PM PST
Ini Fatwa Dewan Ulama Pas zaman jahiliah ( 1963), tetapi kini semua sudah okay, bukan saja boleh berkongsi kuasa dengan Dap kafir harbi dan Pkr parti LBGT untuk memerintah Selangor, Penang, Kedah dan Perak selama 11 bulan , malah terdapat ahli majlis ulama boleh menyambut hari jadi jadi di rumah orang kafir, siap makan kek hari jadi yang tak diketahui bahan-bahan halal atau haram di dalamnya. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. Hari ini bukan sahaja berkongsi kuasa tetapi menerima bantuan modal untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang berdaulat melalui demonstrasi jalanan. | ||
Arkib: Apa cerita terkini Dr Rosli yang bawa lari anak dara orang? Posted: 03 Feb 2013 04:12 PM PST
Pas bukan main membela beliau dan tetapi apabila Dr UFB berkahwin di negara jiran bukan main Pas kutuk. UFB tak bawa lari anak dara orang seperti ahli Pas ini. | ||
BN Kedah Mampu Menang Di PRU 13 - Pensyarah UUM.avi Posted: 03 Feb 2013 07:32 AM PST | ||
Hubungan PAS DAP Ibarat Retak Menanti Belah Posted: 03 Feb 2013 06:13 AM PST | ||
Pas Bukit Gantang: Cermin diri anda sebelum tuduh orang lain samseng Posted: 03 Feb 2013 05:07 AM PST Bila speaker pick up pembawa fitnah kena ketuk dengan orang maka Pas menuduh ia dilakukan oleh samseng Umno. Ada pula mangkuk tandas Pas melabelkan si pelaku sebagai samseng taik kucing. Apa pun kejadian yang berlaku sudah tentu ada sebabnya, mungkin salah pemandu pick up yang suka parking suka hati sehingga menghalang laluan atau pemandu memasang pembesar suara ajak penduduk keluar mengikuti ceramah Pas. Mungkin juga si pelaku marah sebab speaker tersebut mengganggu ketenteraman penduduk, anak kecil nak tidur atau orang tua yang sakit nak tidur. Pas Bukit Gantang nampaknya tidak berani menyatakan sebab-sebab secara terperinci. TM akan juga korek cerita ini bila ada kelapangan. Dahulu pernah berlaku pergaduhan kerana Pas buat ceramah dalam taman tersebut dan menyebabkan laluan utama menjadi sesak dan menghalang laluan penduduk. Pas sepatutnya tidak membuat ceramah dalam taman kerana perangai orang Pas pantang dengar ada ceramah, berhujah berpayung sanggup pergi dengar, usung anak-anak kecil dan anak-anak sekolah berjaga sampai lewat malam. Pernah seorang muslimah Pas berkata "Dia rela tak tidur dengan suami nya jika ada ceramah Pas dan wajib pergi dengar ceramah, laki nak marah-marah lah", begitulah taksubnya muslimah Pas terhadap perjuangan mereka Berbalik kepada isu di atas, Pas begitu mudah melabelkan pelaku sebagai samseng. Dalam PRK Bukit Gantang tahun 2009, Pas lagi zalim, samseng dan ganas. Tok lebai Pas jam 3.00 bawa Ford Ranger berhenti dekat billboard BN dan gergaji tiang sampai tumbang. Ini berlaku depan kedai Long wan Simpang, dan berlaku juga di tempat-tempat lain. Bendera BN dicabut dan dibuang ke dalam longkang. gambar calon dan gambar pemimpin BN disimbah cat dan di bakar, banyak lagi kalau nak cerita perbuatan kotor pecacai-pecacai Pas di PRK Bukit Gantang. Paling menjijikkan ialah mereka membuat flyer calon BN di kepit oleh perempuan siam. . |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |