Panglima Perang Cyber |
- @Khalidismath Kurang Ajar Hentam MB Azizan Razak Kerana #im4u
- Video Amanat KSN 2013 DS Dr @AliHamsa55 cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin
- Video Ustaz Azhar Idrus di Buletin Utama TV3 - YouTube Bukti Ceramah Agama Tanpa Politik Disokong Hebat Anak Muda Hari Ini
- Kedah Ke KL: Azizan Razak MB Kedah BAKAL Sertai UMNO Pakai Baju iM4U ???
- USTAZ SYED FAIZ AL-iDRUS Siar Kisah Dari Kitab Imam Nawawi Berkah Maulid Nabi !!!
- Mesti Tengok : Tazkirah 29 Saat @UstAzharIdrus di TV3 - YouTube
- Gambar Bukti Tok Guru @NikAbdulAziz Sudah Wajib Berhenti Jadi MB Beri Kepada Tok Pa @Mustapa_Mohamed Kali Ini
- Wartawan Malaysia Di Al Jazeera Bekas Wartawan Malaysiakini mati tertembak di Lebanon
@Khalidismath Kurang Ajar Hentam MB Azizan Razak Kerana #im4u Posted: 03 Feb 2013 09:47 PM PST Perangai tidak senonoh ini patut dikutuk oleh semua pihak. Mahasiswa sepatutnya jangan kurang ajar dengan orang tua. adakah beliau sakit mata melihat pemimpin Islam kita duduk satu majlis. adakah ini yang diajar oleh Islam atau ia ajaran Syiah sebenarnya? Habis rosak anak muda kerana didikan pembangkang yang selalu mengamalkan politik kebenciaan bahkan membawa kepada kafir mengkafir sesama Islam. inikah yang kita mahu menjadi pemimpin menguasai Putrajaya nanti? | ||
Video Amanat KSN 2013 DS Dr @AliHamsa55 cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin Posted: 03 Feb 2013 07:44 PM PST | ||
Posted: 03 Feb 2013 08:44 AM PST Beberapa analisa dari senario fenomena kebanjiran anak muda menghayati Islam hari ini : 1. Politik keterlaluan setengah pihak melibatkan ayat al quran yang diubah mengikut selera politik telah menyebabkan anak muda beralih ke arah ustaz yang jujur menyampaikan masalah agama. 2. Fenomena ini ditambah lagi dengan peningkatan kehadiran ulama Habib Habib keturuna Nabi Muhammad saw yang juga tidak mencampur adukkan politik di dalam kuliah agama mereka seperti Habib Ali Zainal Abidin. 3. Kesungguhan media massa seperti TV Al Hijrah yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membawa sebaran agama oleh Ulama terkemuka juga mendorong peningkatan kesedaran ini. Selain TV 9 dan Radio IKIM yang kini di bawah mantan Perdana Menteri YA Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi. 4. Dengan kepesatan media sosial, ia juga menambahkan lagi peningkatan minat anak muda terhadap agama berbanding ceramah politik yang jelas dipenuhi fitnah, maki hamun dan pembohongan yang mencemar maruah pemimpin. Lihat Buletin Utama TV3 melaporkankehadiran pendengar program dihadiri Ustaz Azhar Idrus dan Bazlin Bollywood di Pahang Darul Makmur yang mencecah ratusan ribu orang. Semoga ulama yang ikhlas ini akan semakin diperkenalkan kepada umat untuk memastikan mereka tidak terus tersesat... Videonya : http://www.youtube.com/watch?v=xxzgCHVf-9A Video penuh : http://www.youtube.com/watch?v=ZpPksigJyQ8 Sent from my iPad | ||
Kedah Ke KL: Azizan Razak MB Kedah BAKAL Sertai UMNO Pakai Baju iM4U ??? Posted: 03 Feb 2013 08:20 AM PST Tulis Blogger Kedah Ke KL : Esok ada cerita panass mengenai DUN Kedah pada Pukul 11.30 pagi. Dengar cerita Ustaz Azizan akan bubarkan dun Kedah lebih awal dari jangkaan
Sent from my iPad | ||
USTAZ SYED FAIZ AL-iDRUS Siar Kisah Dari Kitab Imam Nawawi Berkah Maulid Nabi !!! Posted: 03 Feb 2013 08:12 AM PST Tersebutlah satu kisah dalam "Targhiibul Musytaaqiin" karangan Imam an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah, diceritakan oleh Syaikh Abdullah bin 'Isa al-Anshari tentang tetangganya seorang wanita yang sholehah. Tetangganya itu mempunyai seorang anak lelaki yang juga sholeh. Wanita yang sholehah ini tidak mempunyai harta selain satu dinar hasil kerja tenunnya. Tatkala wanita tersebut meninggal dunia, uang satu dinar tersebut diwarisi oleh anaknya. Anaknya yang sholeh tersebut berkata kepada dirinya bahwa uang satu dinar hasil kerja ibunya itu hanya akan dibelanjakan untuk tujuan akhirat. Pada suatu hari, pemuda anak perempuan sholehah tersebut keluar dari kediamannya kerana suatu keperluan, dia melalui satu perkumpulan orang sedang membaca al-Quran dan mengadakan Mawlidin Nabi SAW pada bulan Rabi`ul Awwal. Lalu dia pun duduk bersama mereka dan mengikuti majlis mawlid tersebut. Pada malamnya, pemuda tersebut telah bermimpi seolah-olah kiamat telah berlaku dan seorang penyeru menyeru: "Di manakah si fulan anak si fulan", disebutnya nama-nama orang yang dalam satu perkumpulan lalu digiringlah mereka ke syurga, dan adalah pemuda tersebut termasuk dalam kalangan mereka. Tatkala memasuki syurga, si penyeru tadi berkata: "Sesungguhnya Allah telah memberi bagi setiap kamu sebuah mahligai dalam syurga." Maka masuklah si pemuda tadi ke dalam mahligainya, tidak pernah dia melihat mahligai yang seumpamanya dari segi kecantikan dan keindahannya, ia dipenuhi bidadari dan pada segala pintunya dijaga oleh khadam. Pemuda tersebut melihat bahwa ada mahligai-mahligai lain yang lebih elok daripada mahligainya, lalu dia pun berkehendak untuk memasukinya. Tatkala berdetik hatinya untuk memasuki mahligai tersebut, berkatalah khadam kepadanya: "Ini bukanlah untukmu, sesungguhnya ini diperuntukkan bagi orang yang membuat mawlid Rasulullah SAW." Baca seterusnya Sent from my iPad | ||
Mesti Tengok : Tazkirah 29 Saat @UstAzharIdrus di TV3 - YouTube Posted: 03 Feb 2013 08:03 AM PST Harap Ustaz Azhar konar baring dengan suruh undi Barisan Nasional... Selepas satu persatu agama digadai Parti Islam SeMalaysia. Jangan ada sakit jantung jika ustaz Azhar Idrus kata demikian. Ambo yakin dia jenis berani tidak hirau kepada sesiapa kecuali Allah Taala. Ulama mesti berkata benar walau pahit. http://www.youtube.com/watch?v=5daZhVgrtSg Sent from my iPad | ||
Posted: 03 Feb 2013 07:58 AM PST Ambo kesian dah tengok MB Kelate terpaksa duduk memberi geran tanah. Kesian dia masih disuruh jadi MB. Jadi sampai dah rasanya kerusi MB diberikan pula kepada MB yang lebih sihat dan cergas. Elak Tok Guru yang dah ditimpa keuzuran urus negeri hingga ketinggalan banyak perkara. Nak jadi imam pun kena pilih yang lebih sihat untuk pimpin solat. Dalam hal ni Tok Pa sangat sesuai jadi MB sesuai dengan sokongan padu rakyat dari PAS juga UMNO. Jika PAS bergabung dengan UMNO tentu Tok Guru boleh terus mengajar dan lebih masa untuk mengajar sambil jadi penasihat perjalanan pentadbiran negeri Kelantan. Ambo yakin bab Islam Tok Pa tidak akan pinggirkan bila berkuasa kelak. Tengok di Jeli pusat Al Falah beliau aktif membuat program keagamaan. Kawan ambo dari Mesir sering datang berceramah di sana nama gelaran Mat Kelate, Ulama Al Azhar asal Tanta yang muda dan pandai kecek kelate. Harap suku sakat ambo di Lembah Klang dan Kelate boleh beri laluan kepada Tok Pa kali ni. Minta sangat-sangat kita beri peluang kepada beliau. Apo kato adik kakok sekelian? | ||
Wartawan Malaysia Di Al Jazeera Bekas Wartawan Malaysiakini mati tertembak di Lebanon Posted: 03 Feb 2013 02:34 AM PST Wartawan Malaysia mati tertembak di Lebanon KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam. Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon. "Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan. Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon. Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu. Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup. Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130203/je_04/Wartawan-Malaysia-mati-tertembak-di-Lebanon |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |