Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- KELUARGA HADI AWANG GELAR NIZAR "VERY STUPID" AKA "SANGAT BODOH"
- SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA
- PETROL OH PETROL! NGAPAIN LHO MAHAL BANGAT?
KELUARGA HADI AWANG GELAR NIZAR "VERY STUPID" AKA "SANGAT BODOH" Posted: 15 May 2014 08:43 PM PDT ![]() Komen Zaharuddin Muhammad terhadap status laman Facebook Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. – Gambar Facebook. Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita. Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini. "Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya. "Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider. Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja. "Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa. "Tanya dia, apa niat dia," soal beliau. Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar. "Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar. Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu. "Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi. Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja. "Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa. "Tanya dia, apa niat dia," soal beliau. Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar. "Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar. Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu. "Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi. Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti. Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas. Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu. Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati. Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno. "Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain. "Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar. Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai. "Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno. "Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider. Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop". "Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil. "Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama…Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya. Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian. Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas. PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. (TMI) |
SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA Posted: 15 May 2014 07:03 PM PDT Sempena Hari Guru 2014 yang disambut hari ini, kita semua sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang telah mengerahkan keringat dan masa masing-masing untuk membolehkan kita menjadi insan berjaya. Bagi individu yang berada dalam lingkungan umur 40-an, walaupun guru-guru disediakan kemudahan pengajaran yang serba kekurangan pada era 1970-an sehingga 1990-an, mereka tetap gigih untuk mengajar kita. Itu adalah satu pengorbanan cukup tidak ternilai yang hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Kepada generasi muda yang sedang bersekolah sekarang, mereka cukup bertuah kerana disediakan kemudahan serba lengkap khususnya melalui transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang. Transformasi yang dijalankan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melibatkan pendidikan dari peringkat prasekolah, menengah hinggalah pengajian tinggi. Matlamat PPPM yang dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun adalah untuk memastikan prestasi sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan di negara-negara maju. Ia juga bertujuan memastikan setiap murid mempunyai enam ciri utama yang akan membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri pertama, mempunyai pengetahuan membaca, menulis, mengira dan menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains serta mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan dunia. Ciri kedua, mempunyai kemahiran berfikir yang akan membolehkan mereka menghasilkan idea-idea baharu dan ketiga, kemahiran memimpin bagi membolehkan mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing. Ciri keempat pula, mempunyai kemahiran dwibahasa sekurang-kurangnya bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ciri kelima, etika dan kerohanian yang akan membolehkan segala tindakan generasi akan datang dibuat berasaskan pertimbangan moral dan akhlak. Setiap murid juga disasarkan untuk mempunyai ciri keenam iaitu identiti nasional. Ini bermakna tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi, mereka tetap berbangga dikenali sebagai anak Malaysia. Untuk mencapai matlamat tersebut, tumpuan tidak lagi kepada pembelajaran secara hafalan, sebaliknya murid akan belajar menerusi kaedah yang lebih interaktif di dalam kelas. Mereka juga mempunyai lebih kawalan ke atas proses pembelajaran masing-masing dan akan lebih banyak terlibat dalam kerja berkumpulan dan kolaborasi dengan rakan sekelas. Pelajar juga akan diberi ruang untuk mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang yang diminati seperti seni, sukan, badan beruniform dan khidmat masyarakat. Sekarang sudah masuk tahun kedua transformasi berkenaan yang telah dilaksanakan mulai Januari 2013. Berdasarkan laporan terkini, ia telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah. Menurut Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Padu), Dr. Habibah Abdul Rahim, antara strategi pelaksanaan adalah membuat transformasi di peringkat pejabat pelajaran daerah (PPD) dengan Kedah dan Sabah dipilih sebagai projek perintis. Beliau berkata, transformasi itu melibatkan penempatan lebih 300 pegawai pembimbing di peringkat PPD yang berperanan membimbing guru, pengetua dan guru besar bagi memastikan prestasi sekolah meningkat dengan drastik. "Hasilnya, pencapaian kedua-dua negeri ini adalah sangat baik khususnya dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Dalam ketiga-ketiga peperiksaan awam berkenaan, ini kali pertama dalam tempoh 10 tahun pencapaian yang terbaik dicatatkan di Sabah dan juga Kedah. "Ini adalah hasil inisiatif kita memberi sokongan yang lebih kepada guru yang memerlukan bantuan dalam bilik darjah bagi meningkatkan prestasi proses pengajaran dan pembelajaran," katanya ketika menjadi ahli panel pada Wacana Intelek PPPM 2013-2025 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya akan menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPPT) pada September ini yang akan menjadi pelengkap kepada PPPM. "Ini akan membolehkan wujud integrasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan di negara ini dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi," jelasnya. Sementara itu, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Sulaiman Wak berkata, salah satu prasyarat kejayaan transformasi pendidikan adalah guru yang mengajar perlulah benar-benar berkualiti. Katanya, bagi memastikan hasrat itu tercapai, mulai tahun ini pihaknya mengenakan syarat ketat bagi kemasukan calon guru pelatih di IPGM iaitu sekurang-kurangnya mendapat minimum 5A dalam peperiksaan SPM. "Walaupun kita mengenakan syarat ketat, jumlah pemohon yang memenuhi syarat ini yang telah membuat permohonan adalah seramai lebih 22,000 orang. "Jumlah ini cukup besar berbanding bilangan guru pelatih yang akan diambil pada tahun ini iaitu seramai 3,000 orang," jelasnya. Berikutan jumlah calon layak yang ramai, kata beliau, pihaknya juga mengadakan tapisan kedua yang dinamakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi memastikan individu terbabit sesuai untuk menjadi seorang guru. "Antara komponen dalam UKCG adalah ujian psikometrik bagi memastikan calon guru terbabit tidak mempunyai masalah mental. "Satu lagi komponen adalah ujian kecergasan fizikal termasuk memastikan indeks jisim badan (BMI) adalah normal supaya mereka tidak menghadapi masalah di sekolah yang kini kebanyakan bangunannya lebih setingkat," katanya. Menurutnya, selepas melepasi tapisan berkenaan, barulah calon guru terbabit dipanggil untuk sesi temu duga yang diadakan pada bulan ini. "Walaupun ramai yang tidak lepas UKCG, tetapi bilangan yang ada masih cukup bagi membolehkan kita mengambil 3,000 calon guru untuk dilatih pada tahun ini," ujarnya. |
PETROL OH PETROL! NGAPAIN LHO MAHAL BANGAT? Posted: 15 May 2014 02:15 AM PDT Kenapa harga minyak Malaysia mahal berbanding Brunei? Benarkah harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain. Oleh kerana Malaysia berada dalam kawasan Asia Tenggara, kita buat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara jiran terdekat Asia Tenggara yang selalu menyeludup dan merompak beribu-ribu gelen dan liter minyak kita sehari! Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.39 seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.64 (BND0.51) seliter bagi RON 97. Ternyata Malaysia masih termurah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN selain Brunei. Kenapa Brunei murah? Sebabnya Brunei adalah negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia (412,238 orang - tahun 2012). Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekalan yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak. Ataupun mungkin petrol murah di Brunei kerana negara itu laksanakan hudud. Sepertimana juga Finland mampu memberikan pendidikan percuma kerana kadar GSTnya 24%? Mungkinkah? Hakikatnya, Malaysia bukanlah sebuah negara yang layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya. Standard produksi anggota OPEC adalah melebihi 1 juta tong sehari. Indonesia pun disingkirkan pada September 2008 kerana tidak memenuhi keperluan OPEC itu. Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang selalu dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, Arab Saudi harga minyaknya hanyalah RM0.50 seliter. Ada segelintir orang yang mempertikaikan kenapa Arab Saudi mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Sedangkan Malaysia juga sebagai negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Arab Saudi. Sekali lagi tak perlu tertipu dan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Seperti ditegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Arab Saudi mengeluarkan 9,570,000 tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 219,300 tong sahaja. Malaysia merupakan negara memberi subsidi yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia. Malaysia membelanjakan 54% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat setiap tahun. Kenapa ada yang bising bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang jer. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran. Hakikatnya, harga minyak memang tak naik cuma subsidi diberikan selama ini dikurangkan. Ini menyebabkan harga minyak naik. Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini menguntungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik contohnya perbelanjaan subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai. Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang sering menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta merta turun. Sebagai sebuah negara yang menganggotai pelbagai pertubuhan dunia dan berdagang secara global Malaysia terdedah pada perubahan harga global dan perlu mematuhi setiap perjanjian serta persepakatan ekonomi dan politik yang dibuat oleh badan-badan dunia itu. Jika tidak mahu, Malaysia akan diboikot oleh dunia dan hidup terpencil atau dikucilkan seperti Myanmar, Korea Utara, Cuba dan Iran. Hiduplah sendiri menanggung bebanan ekonomi hingga menyusahkan rakyat lagi. Janganlah kita samakan menurunkan harga minyak sama seperti memberikan harga subsidi 20 meter padu air. Air boleh didapati merata-rata ceruk. Tapi minyak perlu digali dan diproses supaya dapat digunakan. Semuanya melibatkan kos yang banyak. Tak boleh guna tahi hidung untuk dapatkan petrol yang murah. Haiya...Lim Guan Eng pun pening kapla pikir pasal subsidi lo. Sumber http://limguaneng.com/index.php/2011/06/29/ Artikel Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |