Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Krisis Terengganu: Kesetiaan Pada Parti Lawan Peribadi

Posted: 15 May 2014 11:36 AM PDT

Kemelut politik yang melanda Terengganu ekoran berlakunya pertukaran Menteri Besar perlu dijadikan pengajaran kepada setiap ahli UMNO agar lebih setia kepada parti.

Kemelut itu untuk beberapa hari sangat mencemaskan kerana Barisan Nasional (BN) hanya menang dengan majoriti mudah di negeri itu.

"Yang penting pengajaran yang kita dapat daripada kemelut ini ialah kesetiaan kepada parti mesti mengatasi segalanya.
Pada Selasa, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar daripada UMNO dan mengumumkan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Ahmad menyandang jawatan Menteri Besar sejak 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh, juga dalam keadaan penuh kontroversi.

Tindakan itu kemudian turut diikuti ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Bagaimanapun kemelut tersebut dianggap selesai apabila ketiga-tiga mereka kembali menyertai UMNO.

Perlu ditanamkan kepada para wakil rakyat dan perlu sedar bahawa setiap wakil rakyat perlu sentiasa mengingati bahawa gelaran 'Yang Berhormat' yang diperoleh merupakan ihsan daripada rakyat.

"Setiap wakil rakyat adalah wakil parti dan wakil rakyat, mereka itu dipilih hanya sebahagian kecil disebabkan peribadi dan sebahagian besar lagi disebabkan mereka mewakili sebuah parti yang diyakini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>