DARUL EHSAN TODAY |
Posted: 14 May 2014 06:00 AM PDT ![]() DAP dan Majlis Gereja Malaysia (CCM: Council of Churches of Malaysia) menyuarakan azam mereka dalam "mempertahankan keamanan, kasih-sayang, keterangkuman dan kebebasan di Malaysia pada ulangtahun ke-45 Rusuhan 13hb Mei, kejadian keganasan politik paling teruk dalam sejarah Malaysia sepanjang 51 tahun". Kenyataan bersama DAP, Gereja dan NGO-NGO itu berpegang bahawa: "Malaysia, seperti yang dibentuk pada 1963 dengan penggabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan ketika itu Singapura, diniatkan sebagai satu negara dalam keamanan, kasih-sayang, keterangkuman dan kebebasan, dan bukannya satu negara yang didominasi oleh keganasan, kebencian, pengucilan dan ketakutan." Mereka juga berkata: "Tidak mengira apa perbezaan-perbezaan di antara kita, keganasan, kebencian, pengucilan dan ketakutan tidak boleh dan tidak patut digunakan oleh mana-mana pihak, sama ada daripada pihak pemerintah atau tidak, untuk mengejar agenda mereka." Nampaknya DAP dan Gereja membayangkan bahawa orang lain lah yang sengaja memupuk Keganasan, Kebencian, Pengucilan (exclusion) dan Ketakutan manakala diri mereka pula sudah pastinya mendokong Keamanan, Kasih-sayang, Keterangkuman dan Kebebasan. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah menyelar Isma sebagai sebuah pertubuhan yang ganas dan yang menyemarakkan perasaan benci. Baca 'Isma disamakan dengan Boko Haram oleh KJ'klik sini |
You are subscribed to email updates from Darul Ehsan Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |