The Unspinners |
- Ada khabar angin Set Pol PMO dipecat?
- Fitnah ke atau gambaran sebenar?
- Bukit Gelugor serupa tak PRK, DAP cakap tak serupa bikin
- Jangan mudah sangat dengan tuduhan khianat
- Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 5)
- Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 4)
Ada khabar angin Set Pol PMO dipecat? Posted: 14 May 2014 10:13 PM PDT Khabar angin mula tersebar malam tadi bahawa Dato Jailani Ngah mungkin telah ditendang atau dihantar untuk menjaga stationary pejabat atau jaga kandang lembu di UPM. Samada betul atau tidak, ada asas-asas untuk demikian kerana pegawai ugama setahun jagung dalam politik ini berangan nak jadi konspirator politik. Dia telah mengarahkan Awang Selamat, Jocelyn Tan, dan beberapa penulis portal FB untuk memburukkan nama Ahmad Said dengan Jocelyn telah gunakan seorang pensyarah ditangkap khalwat dan pro PAS untuk beri komen. Sebagai pembetulan penulis portal memang konsisten dalam kritiknya terhadap Md Said. Maka tiada isu dia sebahagian dari kepala konspirasi. Jailani juga telah mereka-reka konon ada surat akujanji padahal jika ada sudah pasti Ku Nan atau Raof sudah sebarkan surat tersebut untuk menangkis Md Said dan menjawab mereka yang simpati dengannnya. Sebenarnya Jailani adalah sebahagian dari kumpulan pro Anwar yang banyak berselerak dalam pejabat dan agensi kerajaan.. Angin berkencang mengatakan konspirasi memalukan Md Said yang dilakukan melibatkan komplot bekas pro Anwar dari student days di UKM ke BTN seperti Raja Arif, Elis Nor dan Shahlan. Jailani dan Raja Arif adalah dari Kuala Nerus dan bersama pemimpin lain berusaha mahu naikkan Razif. Bagi Razif dia tiada isu dengan Md Said malah banyak menghrmati Md Said. Tak tahu imbuhan apa yang disasarkan Jailani dan kawan-kawannya tapi Raja Arif bekas Ketua BTN negeri aka pegawai kerajaan itu ada cita-cita nak jadi calun pilihanraya. Raof dan Elis pun dah dapat imbuhan sebesar 2,000 hektar kata orang kampong. Ada pihak yang sudah sedar tujuan lebih jauh Jailani adalah dia akan jatuhkan Razif sebelum PRU14 dan sementara itu dia akan lobi pada Najib naik jadi MB sebagaimana dari pegawai pada Abdullah Md Zin dia dapat jejak jadi Pol Sec PM. Nasib baik ada Shaberry Cheek untuk menyelesaikan masaalah kerana baik Jailani atau yang tersengeh-sengah sekejap tak tukar dan sekejap lagi ya nak tukar MB. Nak tukar MB yang mana dalam bidang kuasa PM pun nak, tipu muslihat. Ku Nan dan Raof elok benar dua-dua di tukar juga. Md Said sebenarnya sudah banyak kali menyatakan kepada pelbagai pihak bahawa dia tak ada masaalah untuk berhenti dari MB. Unspinners pernah dengar recording pengakuan itu tapi Jailani yang mereka-reka cerita seperti yang dibawa oleh Jocelyn Tan bahawa dia akan cuba buat helah. Mungkin susah nak dipercayai pasal Md Said ada imej gedebeh. Alah apa hal pun ... semua ahli politik macam gitu. Sapa tak mahu cuba... kuasa itu sedap. Dari Tunku Rahman hingga Pak Lah, semua PM tak undur bila didesak. Namun dengan laporan BNBBC {baca SINI] berikut, ia jelas menunjukkan betapa pegawai PM ini tidak buat homework atau berniat jahat dan akhirnya memalukan PM. Hak PM untuk tegas dan memang elok dilakukan pertukaran sana sini untuk membetulkan imej parti kepada rakyat dan bersihkan parti dari personaliti penyamun yang nak print risalah dan T shirt untuk kempen pun nak samun duit parti. Better late than never, dah masa muka-muka baru dan bersih diketengahkan. Masa dan zaman warlord harus diakhirkan. Kami sokong usaha Najib. Akibat kegopohan Jailani, PM dilihat flip flop ping pong dan Jailani gagal lagi. Harap khabar angin ini betul kerana bukan kerja pegawai PMO untuk mengatur parti dan jawatan kerajaan negeri! Mereka patut bekerja dengan profesyenal mengikut lunas undang-undang dan peraturan ... bukan mengatur konspirasi. Dahlah hanya baca doa untuk majlis tapi nak atur-atur orang ... |
Fitnah ke atau gambaran sebenar? Posted: 14 May 2014 08:31 PM PDT Gambar di atas tersebar semalam bersama dengan komen mengenai bakal calun PRK Telok Intan untuk DAP. Tidak tahu samada terang dikatakan inilah Dyana Sofea dalam pakian sekssi atau tidak, namun mesej yang cuba disampaikan adalah Dyana meragakan dirinya, jiwanya dan bangsa serta ugamanya untuk agenda DAP yang selama ini adalah onak dalam belukar di negara ini. Mereka memang konsisten tapi konsisten dalam amalan rasisma dan ia begitu jelas di Pulau Pinang. Hala tuju jelas akan diikut seperti di Singapura. Lalu dikatakan gambar yang menyiarkan wajah model FIlipina yang meragakan diri dan badan sebagai fitnah. Bagi yang berpandangan sempit, mereka tak salah. Sayang sekali, merka tak nampak dan hanya terpegun dengan kecantikan seorang muda. Wanita cantik memang penyejuk hati dan penawan hati. Tapi kalau dilihat lebih luas, apa bezanya yang dilakukan oleh Dyana dan Pauleen Luna? Istilahnya malas nak disebut ... kasar sangat. Begini pemikiran Dyana... Melayu Graduan UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapOri <-click p=""> 1.Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya. 2.Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai. 3.Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu IPTA seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja" 4.Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini" 5.Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah. 6.Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu" jelas Lim Kit Siang hasil pilihan Melayu Gelang Patah. 7.Dyana Sofya pula berpendapat: "Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. (Usaha LGE dalam beberapa tahun ke atau kerajaan pusat? Yang rumah dan gerai dirooh tak ke menjadikan mereka kembali miskin?) Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang? Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini." Ini FB dia jom ramai ramai bagi comment, click sini: https://www.facebook.com/dyanasmd <-click br=""> Sumber 1: http://www.roketkini.com/2012/01/21/dua-graduan-uitm-sertai-dap/ Sumber 2: http://www.malaysiakini.com/news/239924 -click> Bukti Dasar Parti DAP hapus Bumiputera: http://dapmalaysia.org/parti/matlamat/party-polisi/ -ketua pengakap- DAP di Telok Intan ada sedikit masalah dengan pengundi cina. Namun mereka yakin boleh dapat undi cina dengan ada sikit-sikit akan ta keluar mengundi atau mahukan calun BN tertentu. Maka mereka mahu letak Dyana yang beralamat di gelang Patah Johor Baru untuk ambil sedikit undi Melayu. Muka muda, cantik, dan pandai cakap diharap boleh kikis sedikit undi Melayu untuk DAP. Ini hanya experiment untuk benda lebih besar untuk DAP menyerap sokongan Melayu diluar bandar. Tanpa itu DAP dan CIna tak boleh kuasai Malaysia. Oleh itu, apa beza gambar di atas? Fitnah ke? -click> |
Bukit Gelugor serupa tak PRK, DAP cakap tak serupa bikin Posted: 14 May 2014 06:37 PM PDT Orang kata Bukit Gelugr serupa macam tak PRK Namun kita tulislah juga komen. Atas poster Ramkarpal. Bunyi macam satu perjuangan dari calun yang ada kompeni Along dan mempertahankan pembunuh. Kalau perjuangan, selalu membawa dan menjukkan contoh baik. DAP selalu kata BN salahguna kausa dna guna jentera kerajaan. Bawah ni apa? DAP guna pekerja dan kenderaan MPPP untuk setup stage ceramah DAP di Taman Tun Sardon.Cakap tak serupa bikin. Calun Bebas Mohammed Nabi Bux guna lori berhais sendiri saja. MPPP tak tolong. Dia bertanding atas agenda partinya untuk jalankan hukum hudud. Kenapa PAS tak sokong? Dulu kafirkan UMNO pasal tak sokong hudud ala PAS. Mmaat ni nak hudud ala PAS kenapa tak sokong? Cakap tak serupa bikin. Sementara itu, Dato Huan Cheng Guan bertanding atas manifesto .... Mesej dia Lim Guan Eng dan DAP cakap tak serupa bikin. Sementara itu, Anwar macam tak peduli nak selesaikan perkelahian besar dalam partinya. Dah sibuk nak ke Telok Intan pula .... |
Jangan mudah sangat dengan tuduhan khianat Posted: 14 May 2014 08:47 AM PDT Tidak sampai 24 jam Dato Seri Md Said letak jawatan atas arahan dan dia meletakkan jawatan, beliau dihujani dengan label pengkhianat. Kini dia sudah dapat dipujuk dari rajukan hatinya. Dia menarikbalik surat keluar parti bersama Dato Ghazali. Ada kata itu kuasa Presiden parti dan isu peribadi tidak penting. Ada pula lihat Md Said telah tunai akujanji untuk letak jawatan dalam setahun. Hanya masa tidak ditetapkan lagi. Penasihat dituduh sebagai tidak puashati lalu menghujani kecaman terhadapnya. Turut dipersoalkan adalah dimana Md Said telah khianat. Baca Semaremas SINI dan Sg Rapat SINI Md Said tidak keluar dan sertai pembangkang. Dia tidak keluar dan sokong pembangkang untuk ambilalih kerajaan. Dia dan sepupunya keluar sekejap hingga menjadikan kerusi kerajaan sama dengan kerusi pembangkang, tetapi dia masih mahu BN sebagai kerajaan. Md Said tiada usaha untuk pujuk orang ikutnya. Tiada niat pun nak jatuhkan kerajaan. Mungkin hanya mahu ingatkan kepimpinan supaya faham kedudukan kerajaan yang getir sana sini maka perlu bijak dan cermat dalam membuat keputusan. Tapi masih ada kata dia pengkhianat. Hujah ini pasti dipersoalkan dan bukan perbandingan tepat atas pelbagai sebab namun apakah asal seorang itu statusnya bebas dan tidak berparti walaupun masih sokong kerajaan maka ia adalah dianggap pengkhianat? Walaupun hujah ini salah, harus diingat bahawa kebanyakkan rakyat ada tidak berparti dan atas pagar. Mereka menyokong parti kerajaan BN walaupun tidak berparti. Mereka yang meletakkan BN sebagai kerajaan selama ini. Pengkhianatkah mereka? Seorang itu pengkhianat jika dia tidak setia. Dari segi itu, Md Said akan dikatakan tidak setia pada parti. Suatu ketika Md Said rasa parti tidak bertimbang rasa dan setia padanya. Kesetiaan is a two way traffic. Kesetiaan ini ada pelbagai aspek dan tumpuan. Ada setia pada parti, ada pada orang atau pemimpin, ada pada organisasi, ada pada agenda dan perjuangan, ada pada imbuhan wang, kuasa dan pengaruh, dan lain-lain lagi. Sering kali, kesetiaan itu boleh menimbulkan konflik. Sebagai contoh, seseorang yang setia pada perjuangan boleh dikatakan pengkhianat pada organisasi dan pemimpin tertentu jika dia rasakan perjuangan sudah lari dari landasan asal dia memberi kesetiaan pad aorganisasi dan pemimpin. Semuanya subjektif. Memanggil seseorang pengkhianat harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Hanya dalam keadaan yang tersangat jelas dan signifikan kesan negatifnya seperti menggadai maruah dan kepentingan ugama dan bangsa kepada penjajah baru patut dia dilabel pengkhianat. Anwar tu jelas pengkhianat. Md Said tak jelas tapi hanya dalam konteks sempit pemikiran sesetangah ahli UMNO. Hujah memanggil Md Said sebagai pengkhianat adalah sesuatu yang tidak bijak dan dipandang buruk oleh orang tidak berparti yang melihat. Seperti dikatakan Dato Shaberry Cheek, Md Said ada banyak berjasa juga. Pengundi atas pagar dan majoriti rakyat akan lihat UMNO sebagai satu organisasi yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih. Orang yang berjasa dikerjakan beramai-ramai hanya kerana dia merajuk. Sudahlah ada ramai yang bersimpati dan lihat kepimpinan sebagai tidak hargainya. Kalau Md Said dilayan begini rupa, apa pula kita yang hanya rakyat biasa, fikir mereka. JIka Md Said dipanggil pengkhianat kerana menyusahkan parti yang dalam keadaan genting, perangai dan tingkah laku yang tidak bijak dalam keadaan genting pun layaklah dipanggil pengkhianat. Dalam zaman sekarang, hujah pengkhianat ini sudah dilihat ketinggalan dan taktik melabel zaman 1980an. Kata orang muda poyo. Kemasikinikan hujah mengikut peredaran masa dan kematangan semasa. Semalam ramai kerjakan Md Said macam hyena membaham bangkai tapi sekarang dia dah tarikbalik. Tak malu ke kerana kegopohan propaganda atas arahan dari atas? Nak lagi panggil dia pengkhianat? |
Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 5) Posted: 14 May 2014 02:30 AM PDT Baru saja sambut ulang tahun ke 68 Ada bersemangat lagi untuk hadapi musuh Bersahabat ....tapi tiba-tiba... Dah ada pulak berhenti Lalu jadi gini ... Dah dianggap musuh dan pengkhianat Berlawan sesama sendiri dan bercakaran sesama sendiri memang berani tapi bukan dalam menentang pembangkang. Akhirnya ... Bersatulah balik |
Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 4) Posted: 14 May 2014 12:32 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Unspinners To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |