Cucu Tok Selampit |
Posted: 14 May 2014 05:17 AM PDT Anak gadis ini bernama Diyana Sofea. Beliau merupakan seorang peguam yang berkelulusan daripada Institusi Bumiputera yang diperjuangkan oleh UMNO, UiTM. Ibunya orang kuat Wanita UMNO di Ipoh Barat. Tidak tahu di mana silapnya, Dyana Sofya kini merupakan pejuang 'chauvinist' DAP. Beliau merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan EXCO Belia Sosialis DAP (DAPSY). Perkhabaran kuat mengatakan bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, akibat kanser, 01 Mei lepas . DAP bijak dalam strateginya meletakkan anak muda yang berpendidikan, berketrampilan dan sedap mata memandang untuk mempertahankan kerusi Teluk Intan. Jika DAP mempertaruhkan seorang anak muda berwawasan, di pihak Barisan Nasional (BN) pula, terdapat ura-ura parti Gerakan yang selama ini diperuntukkan kerusi Teluk Intan akan mempertaruhkan Presiden mereka, Datuk Mah Siew Keong. Calon yang diketengahkan sudah berumur dan pernah gagal di dalam pilihanraya bagi kerusi berkenaan. Berdasarkan rekod lepas, Mah Siew Keong pernah kalah dua kali di dalam Pilihanraya Umum bagi kerusi berkenaan. Kali terakhir beliau kalah adalah dengan majoriti 7,300 undi? Kenapa BN terutama parti Gerakan masih mahu mencalonkan beliau, sedangkan Rakyat Teluk Intan menolak beliau sebanyak 2 kali! BN perlukan calon muda yang agresif dan berwawasan. Tidak semestinya dari parti Gerakan itu sendiri. Mungkin tokoh muda daripada UMNO perlu diketengahkan. Bukan tiada anak muda tempatan dari Teluk Intan yang boleh dicalonkan. Seorang daripada calon berpotensi yang CTS kenal rapat adalah Tun Faisal Ismail bin Aziz. Beliau kini merupakan seorang Pemikir JASA, anak jati Perak dari Ipoh manakala isterinya orang Teluk Intan, seorang yang amat serius dalam bidang sosial media, bekas Pengerusi Unit Media Baru (UMB) UMNO dan bernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas DS Hishammuddin Tun Hussein. Bagi CTS, kenapa tidak? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |