Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


Kenali dulu Mat Said sebelum kritik...

Posted: 13 May 2014 09:11 PM PDT

Come on... ramai lagi yang tak kenal siapa bekas MB Terengganu, Dato' Ahmad Said, tapi selamba memberikan komen dan kritikan. Tak kisah la sama ada komen tu positif atau negatif, tapi perlu la kenal dulu orang yang dikritik tu...lepas tu nak cakap apa pun, cakap laaa...

Seperkara lagi, sebelum buat kritikan tu, kena la siasat dan cari fakta dulu. Baru la ada kreadibiliti, kan? Jangan rujuk pada politik dulu kalau ada masalah. Patutnya, rujuk pada Islam terlebih dahulu. Lepas tu barulah rujuk pada politik dan lain-lain...

Sebab? Sebab Islam tu syumul dan sempurna dalam segala hal.. Jadi, sila kenali dulu Dato' Ahmad Said. Ada yang gelar dia "Robin Hood", "Si Kitol" dan sebagainya. Ahmad Said tu tak seteruk yang korang sangka....


Untuk mengenali serba sedikit tentang Ahmad Said, sila rujuk kat link ni...

Tapi lepas kenal dia sikit-sikit tu, buat la homework sikit... ni ada pulak yang buat komen macam dia kenal sangat dengan Mat Said... lokasi rumah dia kat belakang rumah Mat Said ke? Heh!

Kalau saya jadi Mat Said...

Posted: 13 May 2014 07:13 PM PDT

Hahahahaaaa.. Ramai yang marah Mat Said keluar UMNO. Ramai yang marahkan rasional dia tak puas hati kat pucuk pimpinan UMNO sampai keluar dari parti. Saya tak marahkan Mat Said. Pandangan saya lebih menjurus pada marah tindakan yang diambil Mat Said untuk keluar UMNO tu...

Mungkin tak kena pada batang hidung saya, maka saya tak setuju dengan tindakan Mat Said keluar parti. Maksudnya, kalau la saya di tempat Mat Said, maka mungkin saya akan keluar UMNO? Begitu? Saya tak fikir begitu...

Kalau saya jadi Mat Said...


InsyaAllah saya tak keluar UMNO...sebabnya? Sebab saya adakah wakil rakyat UMNO yang ada tanggungjawab pada parti dan rakyat yang saya wakili...

Saya bertanding atas tiket UMNO, maka antara faktor penyebab kemenangan saya juga adalah kerana UMNO. Dan paling utama, saya menang di DUN saya disebabkan rakyat di kawasan saya bertanding. Maka sebab tu la saya bertanggungjawab pada UMNO dan rakyat yang beri undi pada saya...

Saya hanya bernasib baik bila dipilih jadi MB oleh pucuk pimpinan parti. Dan saya cuba buat yang terbaik ketika mentadbir. Malangnya, yang terbaik dari saya tu masih kurang memuaskan ramai pihak. Ramai yang nampak dan sedar kelemahan saya tu takkan dapat memberi impak positif pada parti, rakyat dan kerajaan negeri...

Jadi, bila "boss" nak saya berhenti jadi MB, saya merayu la dulu.. bagi chance.. cuba mintak tempoh setahun. "Boss" bagi peluang setahun. Tapi dalam setahun tu, performance saya masih tak cukup bagus. Keadaan kerajaan negeri, kawan-kawan Exco dan ADUN saya masih di takuk lama. Maka "boss" mintak la saya letak jawatan...

Bila jadi macam tu, maka saya perlu muhasabah diri. Mungkin saya tak cukup bagus untuk jadi MB. Takpalah.. saya letak jawatan dan kembali ke DUN saya sebagai wakil rakyat. Kat kawasan pun banyak kerja saya yang tak sempurna..

Lagipun, "boss" bukannya pecat saya dari UMNO. Jadi saya masih menjadi wakil pada rakyat. Walaupun ada rasa kecil hati dan malu pada orang ramai, saya kenalah terima semua tu sebab itu risiko jadi ahli politik, kan? Alaaa.. jadi kerani pun ada risiko dibuang kerja kalau tak perform, kan?

Pasal kenduri kahwin anak saya? Kada dah keluar.. saya ada tulis lokasi kenduri tu di Kediaman Menteri Besar di Kemaman. Nak buat camana? Kas dah edar dan masa kad tu diedar, saya masih MB. Sekarang saya bukan MB lagi. So what? Jadi MB atau tidak, bukan terletak di tangan saya.. semuanya di tangan Allah... bukan Najib atau UMNO, kan?

Memang ada yang marah marah pada "boss" sebab suruh saya letak jawatan segera sebelum kenduri kahwin anak saya. Nak buat macamana? Kenduri kahwin anak saya tu takde kena mengena dengan pengurusan Kerajaan Negeri. Itu hal peribadi saya saja.. saya jadi MB atau tidak, anak saya tetap kahwin..kan?

Saya tak salahkan "boss". "Boss" hanya pelaksana duniawi, hakikatnya ini semua kehendak Allah SWT. Kalau Allah tetap nak saya jadi MB, "boss" buat macamana pun, saya yakin saya akan tetap jadi MB. Tapi kalau Allah nak tarik balik jawatan MB dari saya, "boss" saya cuba selamatkan saya macamana pun, saya tetap akan hilang jawatan MB tu... kan? Jadi, kenapa salahkan "boss" saya?

Jadi, lebih baik saya kembali ke rumah saya. Buat kerja sebagai wakil rakyat di kawasan saya. Saya masih Ketua Bahagian dan saya yakin dengan tindakan itu, tiada siapa pun yang akan marah pada saya, khususnya Allah SWT.

Itu mungkin akan berlaku jika saya jadi Mat Said. Tapi, ada lagi ke orang macam tu dalam UMNO. Saya fikir memang ramai lagi ADUN, Ahli Parlimen, MB dan Menteri-Menteri yang masih menghargai maruah diri dan mengutamakan perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu di dalam UMNO...

Sebab tu la saya kesal dengan tindakan Mat Said. Saya tak nafikan Mat Said ada kelebihannya. Tapi, kita juga kena akui kelemahan dia, kan? Ingatlah...semua ni takdir Allah SWT... redha dan terima sajalah qadha dan qadarNya.. tak payah salahkan sesiapa.. 

Dah laaa.. saya nak sambung kerja... adiossss! Wassalam...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>