Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


DAP JILAT LUDAH SENDIRI ,SALAHGUNA MPPP UNTUK KEMPEN #PRKBUKITGELUGOR !! @dzainalabidin

Posted: 14 May 2014 06:58 AM PDT



Dulu semasa PRU13 , pembangkang terutama DAP   begitu kuat menyalak hentam  pemimpin BN tak telus kerana  menggunakan sumber dan aset kerajaan membantu melancarkan kempen pilihan raya

Tetapi kini Ludah mereka itu dijilat kembali seperti anjing bila mana di kempen pilihanraya kecil Parlimem Bukit Gelugor hari ini   , kenderaan dan pekerja MPPP dilihat sedang  menyiapkan tempat ceramah DAP malam ini di Taman Tun Sardon .

Perbuatan itu secara jelasnya menyalahi prinsip dan had kuasa kerajaan sementara, malah ia perlu dihentikan serta-merta.

Ini kerana MPPP adalah hak rakyat P.Pinang bukannya hak mutlak parti  DAP untuk memenangkan Ramkarpal  ! !

Apakah mereka lupa apa yang mereka menyalak sebelum ini tentang isu  guna jentera kerajaan ?






Lihatlah sendiri bukti dulu mereka cakap tak serupa bikin di atas ini menghentam BN kini mereka sendiri begitu angkuh dan rakus menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti  .

Bila  dah  berkuasa,  segala cakap mereka dulu kononnya kerajaannya  telus dan lebih baik daripada BN ternyata bohong.  Entah apa lagi duit rakyat & aset kerajaan  disalahgunakan DAP untuk politik mereka.

MANIFESTO CALON NO 1 @Huan2U MALUKAN DAP #LOVEPENANG #PRK BUKITGELUGOR

Posted: 14 May 2014 02:38 AM PDT




CALON Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan manifesto pilihanrayanya bagi memberi persaingan sihat kepada calon-calon lain yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor.

Antara yang ditegaskan dalam manifesto beliau adalah untuk melobi dana bagi memperbanyakkan projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang khususnya di kawasan Parlimen Bukit Gelugor demi kepentingan rakyat bawahan.

Datuk Huan menyelar kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang lebih banyak memberi keuntungan kepada pemaju berbanding rakyat ekoran harga rumah yang melambung di Pulau Pinang.


Naib Presiden PCM itu turut mengemukakan bukti melalui keratan akhbar dari media China yang melaporkan harga rumah di Pulau Pinang paling tinggi berbanding 13 negeri lain di Malaysia.


"Saya akan melobi dan cuba melaksanakan lebih banyak projek-projek perumahan kos rendah terutamanya di kawasan Bukit Gelugor bagi meringankan beban rakyat miskin di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri," jelas Huan.

Selain melobi perumahan kos rendah, manifesto calon PCM ini turut melibatkan beberapa aspek lain demi kepentingan penduduk Bukit Gelugor;

- Membasmi rasuah dalam BN/PR
- Membina 3 Pusat Khidmat untuk membantu masalah rakyat.
- Memerangi jenayah dan masalah sosial.
- Memohon dana Persekutuan untuk pembangunan.
- Mengaudit ketelusan penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri.
- Penguatkuasaan lebih berat terhadap dasar pembangunan.
- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.
- Menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.


Dalam sidang media di Pusat Operasi PCM Datuk Huan turut mengumumkan slogan kempenya iaitu 'Cintailah Pulau Pinang' atau 'Love Penang' yang membawa simbolik perjuangan partinya memperjuang nasib rakyat di negeri Pulau Pinang. -RR/pjo

TERIMA KASIH AHMAD SAID KEMBALI SEMULA KEPADA PARTI KERAMAT UMNO

Posted: 14 May 2014 12:28 AM PDT



Bangsa Melayu memang bangsa yang  bijak berdiplomasi dan juga mempunyai sikap toleransi cukup tinggi  .

Ini terbukti bila mana krisis politik Terengganu akhirnya berjaya diselesaikan hanya melalui  rundingan  dan akhirnya semua Adun  termasuk Ahmad Said kembali semula ke pangkuan  UMNO.

Tak perlu Pilihanraya Negeri malah tak perlu juga  PAS bermimpi nak dapat free memerintah Terengganu..

Marah  itu sekejap sahaja bila mana kepentingan parti dan rakyat telah mereka sedar lebih utama .

Terima kepada semua yang berjaya menyelesaikan kemelut krisis politik ini .

Jadikan ini sebagai satu pengajaran di masa akan datang.

GPB secara rasmi menarik balik gelaran Si Kitol kepada Mat Said kerana anda telah sedar & kembali kepada parti keramat UMNO ..




Pergolakan yang dialami oleh kerajaan negeri Terengganu susulan perletakan jawatan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar dan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru kini dilihat sudah selesai.

 Sebentar tadi telah berlangsung satu sidang media tergempar susulan pergolakan yang terjadi di Terengganu sehingga Ahmad Said dan beberapa Adun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO.

 Dalam sidang media tersebut,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang beliau telah memberitahu bahawa Ahmad Said telah kembali semula kepada UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan turut menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.

 Pendirian Ahmad Said ini seharusnya dipuji kerana mengambil kira aspek kepentingan parti dan juga rakyat Terengganu secara khususnya dari terus diheret kedalam kemelut ini yang dilihat boleh menggugat sosio politik di negeri tersebut jika perkara ini terus berlarutan.

 Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bijak mencari penyelesaian dalam permasalahan ini kerana semua sudah maklum bahawa pihak pembangkang dilihat sudah bersedia untuk mengambil kesempatan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secaar berhemah .

 Sementara itu,Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut menemui Perdana Menteri sebentar tadi. 

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-SUMBER -

PANAS ! PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN DESAK KU NAN LETAK JAWATAN , GAGAL URUS KRISIS TERENGGANU !!

Posted: 13 May 2014 07:00 PM PDT




 Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.


Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.



"Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?

"Apa salahnya dilewatkan (tangguh peralihan). Ini sudah jadi kelam-kabut. Apabila isu ini tak ditangani secara bijaksana, yang buruknya nampak kepada UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas situasi terkini politik Terengganu dengan Ahmad mengumumkan keluar daripada UMNO diikuti ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Mohamad Azli memberitahu, bekas Menteri Besar Terengganu itu seharusnya diberikan ruang yang 'selesa' untuk peralihan kepemimpinan.

"Bagi saya beliau (Ahmad) ada 'hati perut', cuma dalam keadaan marah, siapa tak marah, seolah-olah tidak berjasa.

Pucuk pimpinan tertinggi parti kena jumpa beliau semula. Kita (UMNO) parti yang berjiwa besar, apa salahnya turun, jumpa beliau dan saling memahami. Jadi kelam-kabut kalau masing-masing nak tunjuk ego," tambahnya.

ANWAR KEMALANGAN , SKIP ULANG TAYANG ATAU KENA HUKUM KARMA TUHAN ??

Posted: 13 May 2014 06:18 PM PDT



Semalam kita dikejutkan dengan berita Anwar mengalami kemalangan jalanraya bila mana tersebarnya gambar beliau di hospital . Mujurlah beliau hanya mengalami kecederaan ringan di pangkal  tangan kanan .


Melihat kepada berita yang terlebih dahulu disebarkan blogger mereka , persoalan timbul di mana gambar kereta Anwar mengalami kemalangan ? Mengapa hanya gambar Anwar di hospital sahaja disebarkan ?

 Adakah ini satu lagi  skrip   nak ulangtayang filem2 klasiknya semasa di dalam penjara (sakit tulang  belakang konon) untuk meraih simpati di ketika ahli PKR mengamuk sakan penipuan dalam pemilihan PKR?

Cukup la Anwar... orang dah meluat sandiwara basi ini .

Jika beliau alami kemalangan , insaflah dan beringatlah mungkin ini  hukum KARMA tuhan .



Assalamualaikum dan salam hormat,

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.

Sekian terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>