Ohpolitik!™ |
For PAS at present, losing @nasharudin is nothing compared to losing partners DAP and PKR Posted: 01 Feb 2013 07:12 AM PST For PAS at present, losing former deputy president Nasharuddin Mat Isa is nothing compared to losing partners DAP and PKR because both the parties could deliver them the Chinese and Indian votes. PAS is confident of retaining the members and supporters vote when the party made a U-turn on the issue of using the word Allah…not actually knowing the grassroots and die-hards fundamentalist members are getting more frustrated. The party leaders especially NIk Aziz Niki Mat playing to the gallery of Lim Guan Eng and Karpal Singh on the issue as well other issues that anger the hard core members who do not trust the two parties and their leaders. Despite them (PAS hard core members) being loyal and follow whatever decisions taken, they are not as dumb as they look to be…they are smart now and know what is right and what is wrong. Their distrust towards Anwar Ibrahim and DAP leaders began after 2009 when they saw Anwar's move from outside to take control of the party that saw many leaders aligned to the fundamentalists were voted out and replaced by Anwar's liberals. Mohamad Sabu or Mat Sabu, a rebel rouser who is Anwar's stooge was voted in, defeating intellectual and fundamentalist Nasharuddin, paving the way for Anwar to begin his control in PAS. Whatever councils PAS have right now are under Anwar's influence directly and indirectly, after having his men in the supreme council since 2009…the day PAS lost its defence without knowing it. Since then, internally the fundamentalists have been trying to sustain their hold on the party but the heavy presence of liberals aligned to Anwar is too much which saw president Abdul Hadi Awang giving in slowly to the pressure. And Nasharuddin's expulsion was one of many Anwar's strategy to destablise PAS and make it weaker so that PKR can stand out better in the opposition pact. What is happening in PAS now is exactly what Anwar wants…internal friction that will make the Islamic party weak and lose direction…become liberal and pluralistic. Anwar now controls the party right up to the Syura council given the decision to expel Nasharuddin is 'out of the blues' as majority of the members of the council are fundamentalists who do not even trust Anwar. Although the decision came as a surprise to many, even to Nasharuddin, the political world in the country knows Anwar has won in gaining control of PAS. It is now up to PAS members, who are die-hard fundamentalists to bring back the party to its original objective before it becomes a real platform for Anwar to 'cleanse himself'. |
DAP SASAR PECAHKAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU Posted: 01 Feb 2013 07:04 AM PST Pembangkang semakin terdesak sehingga Dap terpaksa memujuk akan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu. Dap tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik. Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu. Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu. Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring. Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan. Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu. Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal. Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka. Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam. Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh. Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik. Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu. Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka. Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina. Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu. Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk. Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal. Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh. Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar. Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar. Mungkin Tunku Zainal Al-'Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin. Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu. |
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |