Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Najib Rayu Anwar Jangan Main 'Jolok-Jolok'

Posted: 02 Feb 2013 12:32 AM PST






Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini secara sinis memerli Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang yang mahu membubarkan DUN Selangor 26 Februari ini.

Bila sampai masanya, tak lama lagi, tak payah nak `jolok-jolok' saya. Tak payah nak kata bubar selepas Chap Goh Mei, ini nak jolok-jolok sahaja, nak buat apa.

Saya tahulah bila masa nak mengadap yang DiPertuan Agong, minta Parlimen dibubarkan. Masanya akan tiba, tak lama lagi. Kita sekarang ini mahu memberikan tumpuan, Bajet 2013 ini mesti kita tunaikan. Hari ini kita tengok BRIM 2.0 lebih baik dari BRIM 1.0, insya-Allah kalau ada BRIM 3.0, ia akan lebih baik dari BRIM 2.0," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, BRIM 2.0 ini lebih baik kerana mereka yang bukang dan berpendapatan kurang dari RM2000 pun dapat. Kerajaan sudah menyediakan RM3Bilion, yang sudah mendaftar sehingga hari ini berjumlah 7.3juta dan permohonan akan dilanjutkan sehingga ke hujung bulan ini.

"Kita tidak mahu ada sesiapa pun yang tercicir, kalau ditolak masih boleh merayu lagi. Inilah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional yang mahu memastikan bahawa semua layak untuk dapat BRIM, akan menerimanya.

Inilah janji kita, janji kerajaan BN merupakan yang ditepati. Bukan seperti janji palsu, janji kosong yang ditabur oleh kerajaan pakatan pembangkang, khususnya dalam memikat hati rakyat Selangor," tambahnya.

Tambahnya, komitmen dan sambutan rakyat di Ampang dan Pandan hari ini merupakan satu bentuk sokongan yang terbuka kepada BN, khususnya selepas hampir lima tahun diperintah kerajaan pakatan pembangkang.

"Tempoh lima tahun, sudah cukup untuk tempoh kita menilai, masanya sudah tiba bagi kita untuk melakukan perubahan, kita harus memastikan bumi Selangor ini harus kembali kepada pangkuan BN pada PRU13 ini," ujarnya lagi. 


Sent from Yahoo! Mail on Android

BRIM 2.0 Bukti Kerajaan BN Komited Tunaikan Janji – Najib Razak

Posted: 01 Feb 2013 11:22 PM PST





Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang.

Beliau berkata, BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat Malaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji yang telah mereka taburkan selama ini.

"Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.

Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.

Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri, tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebantar tadi.

Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju  projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.

Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya manifesto, bukan janji pada rakyat.

Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat, mesti ditunai dan dilaksanakannya," tambahnya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.  

"Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk membuatkan rakyat marah pada kerajaan.

Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu. Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya cukai pintu ini naik.

Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong," tambahnya lagi.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Ribuan Rakyat Banjiri Ampang Nak Jumpa Najib Razak

Posted: 01 Feb 2013 06:47 PM PST





Apa nak dikato.... ribuan rakyat Selangor hari nie menantikan kehadiran Datuk Najib di Dataran Taman Dagang ......

berita lanjut selepas ini 

Sent from Yahoo! Mail on Android
 

Rumah Mampu Milik Hanya Untuk Jutawan

Posted: 01 Feb 2013 07:36 AM PST


Semenjak Pulau Pinang diterajui DAP hampir 5 tahun lalu sudah banyak rungutan rakyat kedengaran berikutan urus tadbir Kerajaan Negeri yang semakin jauh dari denyut nadi khalayak bawahan khususnya dalam isu perumahan yang mampu milik.

Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.

Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.

Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.

Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.

Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.

Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.

Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.

Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.

Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.

Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)

Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.

Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.

Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.

Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Nashruddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar

Posted: 01 Feb 2013 03:57 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama �Islam� yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang �mengabaikan� Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>