Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal Dunia

Posted: 22 Dec 2012 01:49 PM PST

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Tun Dr Lim Keng Yaik,73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada pukul 4.45 petang ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan kepada Bernama.

Punca kematian beliau masih belum dapat disahkan lagi.

Keng Yaik juga merupakan bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi.

Keng Yaik dilahirkan 8 April 1939 di Tapah, Perak.

Beliau mendapat pendidikan awal di St. Micheal Institution, Ipoh mulai tahun 1947 hingga 1957.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Queens University, Belfast di Ireland dan bidang perubatan dan surgeri (MBB.Ch) dari tahun 1958 hingga 1964. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada universiti yang sama pada tahun 1995.

Keng Yaik memulakan kerjaya profesional sebagai Pegawai Perubatan pada tahun 1965 hingga 1971.

Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Senator Dewan Negara hingga tahun 1978. Sepanjang perlantikannya itu, beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas mulai tahun 1972 hingga 1973.

Beliau merupakan Presiden Gerakan dari tahun 1980 hingga 2007. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Gerakan dari tahun 1976 hingga 1980 dan menceburi politik bermula tahun 1968 dengan menyertai MCA.

Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (berkenaan Kampung Baru dan Darurat). Kemudian pada tahun 1973, beliau dipecat daripada MCA kerana menentang Presiden ketika itu,Tun Tan Siew Sin kerana terlibat dalam penentangan gerakan reformasi MCA.

Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai parti GERAKAN dan telah dilantik sebagai Pengerusi GERAKAN bahagian Ulu Kinta.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Senator antara tahun 1971 dan 1977 selama 2 penggal.

Seterusnya, beliau diberi peluang bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong, Perak pada Pilihan Raya Umum 1978.

Setelah itu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (AMMK). Beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Jalong dan AMMK Perak pada penggal berikutnya hingga tahun 1986.

Pada Pilihan Raya Umum 1986, beliau telah bertukar ke Parlimen Beruas hingga kini dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama hingga tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 lalu, beliau telah berjaya mempertahankan kemenangannya di Parlimen Beruas buat kali ke empat berturut-turut setelah menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Nga Hock Chech dengan kelebihan undi 4,564 undi.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Wong Yoon Chuan dan dikurniakan tiga orang anak.

Azwan Ali sedia ceburi bidang politik....agak-agak belah mana tu?

Posted: 22 Dec 2012 07:01 AM PST

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti bermulut lepas, Azwan Ali yang sentiasa meluahkan kata-kata yang terkadang mampu melukakan hati ramai pihak.

Malah, kehidupannya tidak penah terlepas dari kontroversi yang melibatkan politik dalam kehidupan keluarganya.

Ini kerana, kakak dan abangnya, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sangat terkenal terlibat dalam dunia politik negara.

Pernah suatu ketika dahulu, Azwan dan Ummi berperang kerana berselisih pendapat mengenai ideologi politik mereka.

Kisah ibunya yang sedih kerana dibiarkan oleh Azmin Ali juga turut mengheret diri lelaki itu untuk membuka mulut bercerita kisah peribadi mereka.

Ketika ini, dikhabarkan Azwan bakal menceburkan diri dalam dunia politik? Benarkah?

Dalam video yang jelas suaranya adalah Azwan sendiri memberitahu, dia pastinya akan terlibat dalam dunia politik dan akan menghentam puak-puak yang sentiasa mengacau kehidupannya termasuklah abang kesayangnnya, Azmin.

Malah, Azwan sendiri mempunyai impian untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

"InshaAllah saya akan libatkan dlm bidang politik dan akan menghentam puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Saya akan berjuang dalam politik dalam nada yang lebih tegas. InshaAllah. InshaAllah saya akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat tapi 'not now'," beritahu Azwan.

Dalam video itu juga, Azwan jelas memberitahu dia tidak menghentam abangnya kerana dia tahu perjuangan yang disampaikan oleh Azmin.

Rasanya, itu adalah hak dan pendirian diri Azwan sekiranya mahu terlibat dalam bidang politik.

Cuma, ketika ini tidak pasti parti mana yang akan Azwan terlibat.

Sekiranya benar kata-kata Azwan, nampaknya, semakin meriahlah dunia politik negara dengan kehadiran dirinya.

Dengarkanlah suara 'lantang' Azwan…

' You dedah, you watch out, I 'll go after you!' ugut Nga Kor Ming...

Posted: 22 Dec 2012 06:31 AM PST

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.

Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.

"Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.

"Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming
di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.

Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan.

"Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,'' ujarnya.

Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.

"Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,'' katanya.

Dato' Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.

Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.

Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato' Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.

Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.

Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.

Sungai Rapat

(Video) Gaya berahi sensual Nabila Huda...terangkat habis!

Posted: 22 Dec 2012 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 DIS 2012: Beginilah lagak serta riak pelakon kontroversi lagi sensasi, Nabila Huda yang sedang dibuai suasana sensual di dalam bilik persalinannya ketika menanti detik untuk meneruskan sesi penggambaran filem terbarunya.

Lagaknya itu tidak tumpah seperti dua bintang Hollywood ternama, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor yang penuh dengan drama serta gerak geri menggoda di bawah kerdipan lilin sama-samar bercahaya menemaninya.

Dalam kemalapan malam yang semakin pekat , Nabila Huda tampil dengan enam persalinan indah daripada koleksi terkini label fesyen yang menjadi sebutan ramai Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013.

Konsep penuh sensual yang diilhamkan daripada dunia bintang filem ternama itu, menyerlahkan penampilan Nabila Huda yang nyata cukup berani dan menggoda.
Pastinya, sekalung tahniah perlu diberikan kepada Shahrezzan Mustaffa Ezani selaku pelakar konsep dan idea serta jurufoto untuk sesi fotografi kempen berkenaan.

Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres berkenaan bagi menjayakan koleksi terkininya itu.

Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan.

"Kami mula mendekati Nabila Huda sejak dia menggayakan persalinan Alia Bastamam ketika Anugerah Blocbuster yang lalu. Sejak itu, dia mula menggayakan banyak pakaian Alia Bastamam.
"Kami percaya dengan kredibiliti Nabila Huda sebagai seorang aktres dan juga personalitinya yang sangat disenangi. Tambahan pula dia miliki attitude dan persona tersendiri apabila menyarungkan persalinan Alia Bastamam.

"Atas faktor itu jugalah kami memilih Nabila Huda untuk menjayakan kempen koleksi terkini ini. Apa yang saya lihat dia berjaya memberikan apa yang kami mahukan. Lihat sajalah hasilnya," katanya merujuk kepada gamba-gambar kempen fesyen terkini Alia Bastamam.

Koleksi sensual dan menggoda itu menampilkan seleksi gaun malam dan gaun koktel memikat yang menggunakan olahan fabrik sutera asli dan sutera crape bagi memberikan kesan glamor kepada si pemakai.

Setiap helaian rekaan evening cruise kali ini dicipta istimewa bersama rekaan yang moden dan terkini tanpa meninggalkan identiti sebenar Alia Bastamam yang semakin dewasa.

Alia Bastamam berlokasi di No93, Jalan Pudina Bukit Bandaraya, Bangsar dan boleh diselusuri menerusi www.aliabastamam.com

Murai

Pelakon terkenal, Mustafa Kamal sah sertai PKR?

Posted: 21 Dec 2012 09:25 PM PST

Satu program yang melibatkan parti dari PKR khususnya untuk anak perantau dari kelantan telah diadakan pada 18 Disember 2012 bertempat di Ampang dan iannya turut dihadiri oleh pelakon veteran ini dan dikatakan secara rasmi juga sudah sah menyertai PKR.

Beberapa rancangan siri ceramah yang melibatkan kemunculan Mustapa Kamal diatas pentas parti politik ini juga dijangka akan dapat dilihat dengan lebih kerap seperti mana yang dilakukan oleh 'Ustazah Abby Abadi, Ustaz Bob Lokman.

Ustaz Hairi Othman' dan kini senarai selebriti ini akan bertambah dengan kemunculan Mustapha Kamal pula.


Buah Mulut

Zain Saidin lafaz sumpah cinta kepada Rozita Che Wan di Instagram

Posted: 21 Dec 2012 08:01 PM PST

Malam minggu kebosanan tiada sebarang aktiviti, apalagi nak dibuat kalau bukan mengadap internet mencari gosip-gosip terbaru. Dalam sibuk mencari teringat pula Murai Batu nak tengok Instagram. Jangan ingat uols je ada Instagram. Awas di teropong Murai Batu!

Makan hati Murai dengan Rozita Che Wan bila ada jejaka sehensem Zain Saidin memujanya dan mengaku mencintainya! Eh? Haaaaaaaaaa jangan tak tau uols, Zain Saidin meluahkan segala rasa cintanya kepada Kak Kiah Pekasam tu.

Murai Batu tengok sendiri ungkapan rindu bermadah syahdu Zain kepada Che Ta di Instagram. Bukan main romantik lagi 'depa' dua ni. Berjanji cinta setia sebagai tanda bukti hati jejaka sudah dicuri Che Ta nan jelita. Ok tak madah Murai Batu? Boleh la kan? Ada yang jatuh cinta? Oopps?

Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. @rozitachewan1 . Dalam erti kata lain, Zain mengatakan bahawa Che Ta tidak akan menjumpai jejaka lain selain dia yang mencintai Che Ta sepenuh hati sepertimana yang dia, inilah janjiku. Kau ado? Untunglah.

Itu daripada Zain, Che Ta juga ada berbuat perkara yang sama, tapi dia meletakkan fotonya beserta kata-kata madah juga daripada Zain Saidin. Dah jelas sangat dah rasanya hubungan mereka ini. Kalau dah serius apa nak tunggu lagi kan?

Atau pun supaya menjelaskan kepada 'orang lain' yang Che Ta tu kepunyaan Zain dah. Maklumlah zaman sekarang kuat orang mencaras. Dah tau orang punya pun ada hati nak cucuk jarum. Opps lagi sekali!

Apa-apa pun kepada mereka berdua yang berbahagia di lamun cinta ini jangan nak tunggu lagi lama-lama. Che Ta pun memang laris di pasaran dan dikejar ramai jejaka. Nanti makan hati pulak awak Zain!

Murai Batu turut bergembira dengan cerita ini dan tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Harapkan dengan berita ini cepat sikit kita dapat update hubungan cinta mereka. Makin lama makin banyak yang mencuba! Let the best man win! Gitu!

Murai

Pas sedia maklum amalan syirik ahlinya...tapi

Posted: 21 Dec 2012 07:31 PM PST

SHAH ALAM: Pemimpin PAS didakwa sedia maklum tentang segelintir ahlinya yang terlibat dengan ajaran syirik, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad.

Justeru Ismail berkata sebagai sebuah parti Islam, PAS tidak sewajarnya melengah-lengahkan tindakan susulan seperti memanggil individu-individu yang terlibat jika maklumat mengenai kewujudan unsur-unsur syirik dikesan.

"Memang saya tidak lapor secara rasmi tetapi perkara ini saya pernah maklumkan dalam perjumpaan peribadi dengan beberapa pemimpin tertinggi PAS.

"Dan benda ini sudah sedia dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi PAS bahawa ada unsur-unsur syirik dengan makna ada ahli yang beramal dengan ajaran syiah, jadi tidak semestinya laporan secara rasmi untuk tulis kepada mereka dan saya sudah maklumkan kepada pemimpin tertinggi dan mereka maklum," katanya lagi.

Ismail sebelum ini berkata wujud unsur-unsur syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan syiah, liberalisme dan pluralisme.

"Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik... Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada....

"Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah... di mana ada orang yang liberalisme dan pluralisme," kata Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.

Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib baru-baru ini menafikan wujud amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Ismail adalah kerana kecewa dengan perjuangan parti itu.

Ismail kemudian menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin PAS Pusat memperjelaskan perkara itu namun diperlekehkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyifatkan Ismail 'bukan sesiapa'.

"Saya sebenarnya tidak kecewa dengan perjuangan PAS kerana jelas dalam PAS banyak orang alim dan banyak orang ikhlas mahu perjuangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah, itu saya tidak kecewa.

"Saya suka sangat berjumpa dengan saudara pemimpin pada bila-bila masa saja untuk menegakkan kebenaran untuk menerangkan kebenaran dan untuk mencari jalan penyelesaian untuk bagaimana kebenaran ini dapat direalisasikan," katanya.

AP

Kerusi PRU: PKR Pulau Pinang bidas tuduhan Melayu DAP

Posted: 21 Dec 2012 07:01 PM PST

SHAH ALAM: Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan dakwaan bahawa partinya telah "mengambil" kerusi rakan komponen sehingga mengakibatkan calon Melayu gagal diketengahkan oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau, tuduhan bekas Ahli Jawantakuasa DAP Zulkifli Mohd Noor mengenai perkara itu adalah tidak berasas.

"Mana ada (PKR) ambil kerusi DAP Melayu, tidak ada. Itu tuntutan yang mengarut," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli yang ditemubual Antarapos sewaktu Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Pulau Pinang minggu lalu menggesa supaya PKR memulangkan semula sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Beliau mendakwa ketiga-tiga kerusi yang diambil oleh PKR sebelum ini telah mengakibatkan DAP Melayu tidak dapat meletakkan calon pada pilihan raya lalu.

"Itulah sebabnya mengapa tidak ada calon-calon Melayu dibariskan oleh DAP pada tahun 2008. Semua kerusi kita diserahkan kepada PKR dan sedikit untuk PAS.

"Daripada 13 kerusi yang diambil, apa salahnya kalau dipulangkan dua atau tiga kerusi..untuk agama, bangsa dan budaya Melayu," kata beliau.

DAP sebelum ini dipalitkan dengan kegagalan mempamerkan imej parti pelbagai kaum apabila kesemua lapan calon Melayu kalah dalam merebut 10 tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilaksanakan menggunakan dakwat kekal.

Walau bagaimanapun Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar dilantik menganggotai CEC.

Sementara itu mengenai perkembangan terbaru bahawa Mansor bakal menjadi calon PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal yang diumumkan Anwar, Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu enggan mengulas.

Sebaliknya Mansor menyerahkan perkara tersebut kepada kuasa penentu kepimpinan.

"Itu tak tahu lah bergantung kepada pucuk pimpinan," jawab beliau ringkas.

AP

Nik Aziz nak bertanding PRU13 adalah bonus untuk BN

Posted: 21 Dec 2012 06:31 PM PST

Sebagai seorang yang menyokong semangat demokrasi di negara ini, saya sangat mengalu-alukan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bukan apa, saya rasa sungguh teruja untuk menyaksikan seorang lelaki yang sudah berumur lebih kurang 82 tahun bertanding pada pilihanraya kali ini.

Sekiranya dia menang bertanding, maka dia akan sekali lagi dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan yang diwakilinya. Jika rakyat di kawasannya berjumlah 30,000 orang, maka dia akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan puluhan ribu rakyat di kawasan tersebut.

Cuma apa yang saya khuatirkan, mampukah Nik Aziz yang selalu keluar masuk hospital, pernah muntah darah, dimasukkan ke ICU dan mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu itu berkhidmat kepada rakyat?

Kalau pejabatnya pun terpaksa dipindahkan dari tingkat atas ke tingkat bawah kerana tak mampu naik turun tangga, apakah itu petanda Mursyidul Am itu masih punya tenaga untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang diwakilinya?

Tak mengapalah. Mungkin dia fikir dia masih mampu. Lagipun kalau umurnya tak panjang, dia akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengadakan Pilihanraya Kecil pula di kawasan yang dia wakili.

Kerana dia, duit rakyat jugak yang akan dihabiskan nanti…

Nik Aziz layak bertanding dan tolonglah jangan marah jika dia tetap berdegil untuk bertanding menjadi ADUN atau Ahli Parlimen nanti. Larat atau tidak, itu soal kedua. Tentang amanah dan tanggungjawab pula, pandai-pandailah dia jawab dalam kubur nanti.

Namun saya yakin, Nik Aziz kini bukan lagi "aset" bagi PAS. Malah, rata-rata golongan muda terpelajar yang menyokong dan mendokong parti "bulan purnama" itu sebetulnya mahu dia berundur segera dan digantikan dengan Timbalannya, Datuk Dr. Harun Din. Itu bukan rahsia.

Lagipun, ramai akar umbi PAS di seluruh negara sudah "letih" dan "bosan" dengan fatwa-fatwa Nik Aziz yang semakin hari semakin menjahanamkan parti itu sama ada dari dalam atau di luar parti.

Misalnya, kedegilan Nik Aziz yang bermati-matian mahu berkawan dengan "syaitan-syaitan politik" mendapat tentangan hebat di kalangan golongan muda PAS yang melihat "persahabatan syaitan" itu sebagai "gabungan bawa rebah".

Apatah lagi mereka dimalukan di khalayak masyarakat Malaysia apabila perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud terpaksa dilupakan hanya kerana tunduk kepada kehendak kedua "syaitan" tersebut.

Jangan fikir saya menulis kosong dan janganlah terkejut jika anda terjumpa dengan ramai ahli PAS yang malu untuk mengaku mereka ahli parti itu!

Maklumlah, dulu mereka tuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC, kini mereka terpaksa menjilat kembali ludah mereka hanya disebabkan oleh seorang yang bernama Nik Aziz Nik Mat!

Silalah bertandinglah wahai Nik Aziz. Kalau ada umur pada PRU ke-14, bertandinglah lagi. Kononnya dia memberi alasan bertanding demi untuk "melawan pihak yang menentang Islam".

Padahal, dia sendiri berpeluk sakan dengan pihak yang terang-terangan menentang Islam dan hukum hakamnya. Manakala satu pihak yang dipeluknya itu pula begitu menyokong rejim Zionis Yahudi Israel membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin!

UMNO menentang Islam? Kalau benar UMNO menentang Islam, sudah pasti Islam sudah lenyap pada tahun 1960 lagi. Tapi amat menghairankan apabila Islam tetap maju berkembang, malah menjadi contoh ke seantaro dunia! Mungkin Nik Aziz "buta" barangkali, kan?

dukeofmontecristo@mykmu

Diperkosa 2 abang sendiri, gadis cuba salahkan teman lelaki selepas lahirkan anak

Posted: 21 Dec 2012 04:31 PM PST

SIBU: Cubaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menuding jari ke arah teman lelakinya kononnya bertanggungjawab merogolnya sehingga melahirkan anak bagi menyembunyikan perbuatan keji dua abangnya gagal apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan tidak sepadan dengan lelaki berkenaan.

Ujian DNA yang dijalankan bagi menentukan siapa bapa kepada bayi lelaki terbabit yang diperoleh Selasa lalu menunjukkan ia tidak sepadan dengan sampel diambil daripada teman lelakinya berusia 17 tahun.

Berikutan itu, polis sekali lagi memanggil remaja berkenaan kelmarin dan selepas soal siasat, dia mengaku dirogol dua abangnya awal tahun ini.

Sumber berkata, pengakuan mangsa itu membawa kepada penahanan dua abangnya berusia 15 dan 17 tahun di rumah mereka di Lorong Laichee, di sini, kelmarin sebelum diarahkan menjalani ujian DNA.

"Remaja terbabit tinggal bersama bapa, dua abangnya serta seorang lagi adik lelakinya, manakala ibu mereka bekerja di Bintulu.

"Bapa mereka jarang berada di rumah kerana bekerja sebagai buruh di merata tempat di luar Sibu," katanya.

Katanya, sebelum ini, remaja terbabit melahirkan anak pada September lalu cuba merahsiakan perbuatan dua abangnya.

"Remaja berkenaan ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Kuching, hari ini (semalam)," katanya.

Misbun gelisah dengan pencapaian Chong Wei

Posted: 21 Dec 2012 04:01 PM PST

BEKAS 'sifu' Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek mula merasa gelisah melihat prestasi semasa bekas anak didiknya itu.

Misbun yang pernah melatih pemain No. 1 negara itu berpendapat, kemungkinan faktor usia atau komitmen rumah tangga telah menjejaskan sedikit prestasi Chong Wei.

"Apabila Chong Wei sudah berumah tangga, kita tidak tahu bagaimana komitmennya. Badminton adalah sukan yang memerlukan kecergasan fizikal dan kita tidak tahu sejauh mana tahap kecergasan Chong Wei ketika ini.

"Sebagai ahli sukan, Chong Wei sendiri harus tahu di mana kedudukannya untuk menstabilkan diri pada peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Future X-Plode Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Nusa Mahsuri peringkat Kebangsaan 2012 di Bangi, Selangor semalam.

Kejohanan yang bermula semalam sehingga esok dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Shieu.

Ia merupakan kesinambungan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat zon dan negeri yang diadakan mulai 2009.

Begitupun, Misbun yakin Chong Wei dapat mengatasi kelemahannya untuk kembali kepada prestasi terbaiknya.

Chong Wei, 30, mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain perseorangan negara, Wong Mew Choo pada 9 November lepas.

Dia tewas mengejut kepada pemain No. 9 dunia, Du Pengyu dari China pada aksi pembukaan Siri Super Masters Akhir di Shenzhen, China baru-baru ini.

Selepas itu, dia menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan pada kaki kanan.

Mengenai kejohanan Future X-Plode, Misbun yang juga ketua jurulatih Kelab Nusa Mahsuri berkata, kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan, Institut Penilaian Negara di Bangi menyaksikan penyertaan 400 peserta berumur 13 tahun ke bawah.

Ia mempertandingkan lapan kategori iaitu Bawah 11 Tahun Individu Lelaki dan Perempuan, Bawah 11 Tahun Beregu Lelaki dan Perempuan, Bawah 13 Tahun Individu Lelaki dan Perempuan serta Bawah 13 Tahun Beregu Lelaki dan Perempuan.

"Saya berharap menerusi kejohanan ini, ia dapat melahirkan seorang lagi Lee Chong Wei pada masa akan datang," kata Misbun.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2FjZWjZ6B
Hakcipta terpelihara


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>