Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Hot! Ketua Dewan Ulama bakal dipecat Pas seperti Nasha ??

Posted: 29 Jan 2013 06:41 AM PST




- Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - Bernama

Hot ! Kit Siang kurang ajar , politikkan kematian Willian Yau Zhen !

Posted: 29 Jan 2013 12:40 AM PST





Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak seperti William Yau Zhen Zhong, 6, disifatkan sebagai biadab.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tuduhan melampau itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang berpengalaman dalam politik seperti Kit Siang.

"Saya amat kurang senang apabila diberitahu Lim Kit Siang menuduh UMNO dan BN tidak menjaga keselamatan kanak-kanak.

"Perkara ini berlaku di Selangor, sepatutnya yang dipersalahkan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan Pengerusi Keselamatan negeri itu, bagaimanapun kita tidak mahu menuduh beliau.

"Tetapi apabila Kit Siang yang merupakan ahli politik senior membuat tuduhan sebegitu, ini sesuatu yang tidak baik, tuduhan yang amat kurang ajar," ujarnya.

Pemimpin PAS mengaku banglo ada lif itu miliknya !

Posted: 28 Jan 2013 11:04 PM PST




"Ya, memang itu banglo milik saya." Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab  kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

"Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

"Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu," katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di  shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

"Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

"Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka," katanya.

Hot ! Komen berapi Dr Hassan Ali tentang pemecatan Nasha

Posted: 28 Jan 2013 08:10 PM PST





Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan pemecatan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak memeranjatkan.

Kata beliau, tanda-tanda pemecatan tersebut jelas ditunjukkan oleh PAS sejak dari awal kelantangan Nasharudin menegur parti itu dan yang terbaru sekali lagi melihat keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan program kerajaan.

"Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

"Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Hasan berkata keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini menjadikan parasit parti dan Anwarinas yang telah lama mencari peluang untuk menjatuhkan Nasharudin dapat menarik nafas panjang kerana selama ini cita-cita mereka dihalang oleh kedudukan Nasharudin dalam badan itu.

Malah kata beliau, kedudukan Nasharudin kini yang hanya kekal sebagai ahli PAS bakal menjadikannya menerima nasib yang sama seperti Hasan sendiri, iaitu dipecat dari parti.

"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

"Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," ujarnya.

Hot ! Guan Eng malu besar adiknya sendiri sertai ' Penang Run "

Posted: 28 Jan 2013 06:00 PM PST






Tokong DAP pasti malu besar kali ini !!  

Apa tidaknya adiknya sendiri sertai Larian Penang /Penang Run 2013  yang kuat  dihentam  Guan Eng kerana menggunakan nama ' Penang " yang mana perlu mendapat kebenaran kerajaan DAP terlebih dahulu .

Ini membuktikan nama " Penang " bukan milik Guan Eng & DAP tetapi rakyat P.Pinang .



Guan Eng's brother surprise participant at Penang Run
The Penang Run 2013 yesterday, which drew criticism from Chief Minister Lim Guan Eng, saw a surprise participant — his younger brother, consultant cardiologist Dr Lim Guan Choon.

According to a report in The Star, Dr Lim was spotted among the 3,200 participants at the Universiti Sains Malaysia stadium at about 7.30am before the prize-giving ceremony. 

He declined to say anything to reporters.Guan Eng had caused controversy when he reportedly suggested that any organiser who wants to use the word "Penang" for an event must seek approval from his administration.

Hot ! Peguam dedah ada agenda Kristian guna kalimah Allah !!

Posted: 28 Jan 2013 05:12 PM PST




Peguam Mohd Naser Disa menganggap propaganda gereja meletakkan 'Allah' sekadar istilah terjemahan sahaja adalah agenda yang bahaya kerana ia akan meletakkan penganut Islam ke lembah kesyirikan.





"Tuntutan mereka di mahkamah itu pun, mereka menggunakan, asas mereka berkata dalam bahasa Melayu, terjemahan kepada perkataan God adalah Allah. Ini pun tak betul. 

Cari dalam kamus mana pun, perkataan God terjemahannya adalah Tuhan bukannya Allah. Allah ini bukannya terjemahan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Bukan juga terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

"Jadi sekarang Tuan-tuan, saya nak bagitahu, sesiapa yang bersetuju orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah ini, sebenarnya seolah-olah kita bersetuju dan kita redha dengan pandangan mereka bahawa perkataan Allah ini adalah sekadar terjemahan.


"Tuan-tuan beriman dengan terjemahan? Siapa yang beriman dengan terjemahan, sebab itu saya rasa inilah asas kenapa Dr. Harun Din kata berhati-hati, ia boleh membawa kepada syirik.

"Kita bukan beriman dengan terjemahan. Kita beriman dengan Allah kerana Allah adalah nama khas. Kita sebut Bismallahirahmanirrahim…bismillah dengan nama Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan, dia bukan umum yang bermaksud sama erti dengan Tuhan.

"Mereka nak gunakan dalam Herald itu adalah sebagai terjemahan. Jadi maknanya, satu hari nanti… sekarang pun orang Islam ini hanya beriman dengan "konsep terjemahan". Bukannya satu nama zat Allah itu sendiri," katanya pada "Forum Polemik Isu Kalimah Allah", Auditorium UIAM, Gombak, anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), 20 Januari 2013.


Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.

"Profesor Syed Naquib pernah berdebat dengan mereka ini ketika beliau di ISTAC dan beliau telah menjelaskan bahawa Kalimah Allah tidak dapat digunakan oleh umat Kristian kerana mereka tidak menyifatinya sebagai semestinya.

"Mereka nak gunakan itu sebagai istilah terjemahan. Syed Naquib kata, itu pun tak boleh. Kerana apa, kerana mereka tidak menyifati, mereka tidak mengiktiraf sifat-sifat Allah ini dengan sebenarnya.

"Saya melihat di sini implikasinya. Implikasi kepada salah penggunaan ini adalah mereka akan menganggapkan bahawa apa saja yang mereka sembah itu adalah Allah. Ini implikasinya.

Ada setengah orang tak nampak. Kita kata, kita nak berdakwah kepada mereka, mereka nak gunakan nama Allah, baguslah. Mereka nak menganggap Allah itu sebagai Tuhan. Itu bukan situasinya. Silap orang kata ni.

"Kita ghairah nak berdakwah kepada mereka. Mereka bukan nak menganggap Allah itu Tuhan. Mereka nak menganggap bahawa Tuhan-tuhan mereka itu adalah Allah. Itu keadaannya."

Menurutnya, jika mahkamah membenarkan terjemahan Tuhan kepada Allah akan menyebabkan semua tuhan-tuhan termasuk Jesus, Mary dan berhala-berhala boleh dianggap sebagai 'Allah'.
"Allah apa, ikut suka depa lah. Hak tepi jalan hak pokok-pokok depa ikat dengan tali kuning itu, itu pun mereka letakkan sebagai Allah. Itu implikasinya.

"Kerana Allah ini hanyalah sekadar makna terjemahan, terjemahan kepada perkataan 'God' ataupun sama erti dengan perkataan Tuhan. Ini bahaya. Tuan-tuan dan Puan-puan bayangkan, kalau begitu keadaannya, mereka menganggap Tuhan kita begitu hina digunakan begitu, apa akan jadi kepada orang Islam?".

Selain itu, peguam Naser Disa turut mempersoalkan kenapa tuntutan Allah dibuat pada tahun 2009, ketika pakatan pembangkang menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah serta dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas).

"Bukti yang mereka gunakan nak support tuntutan mereka very bad. Dia kata, orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan, lama meggunakan istilah Allah ini. Itu yang dia orang dakwa. (Tetapi) Bukti tak ada.

"Mereka hanya mengemukakan satu terjemahan yang dibuat oleh Munshi Abdullah terhadap kitab Bible ini. Munshi Abdullah sorang saja yang menggantikan perkataan God itu kepada perkataan Allah. Itu dah berapa ratus tahun lalu.

"Mereka kata, menunjukkan bahawa memang mereka selepas daripada Munshi Abdullah terjemah itu, mereka gunakan istilah Allah, (tetapi hakikat sebenarnya) tak ada.

"Malah kalau tuan-tuan ingat tahun 1970-an, 80-an, kalaulah ungkapan Allah ini, ungkapan yang berunsurkan Islam digunakan, mereka akan bangkit, mereka akan menentang, mereka akan kutuk kita kerana tidak memberikan hak kebebasan beragama. Itu dulu. 
"Tapi apabila sekarang ini mereka melihat cara ataupun strategi mengelirukan umat Islam ini berjaya di Indonesia, sekarang mereka sudah mula nak guna sebab di Indonesia telah berjaya. Dan saya percaya yang di Sarawak itu pun sebenarnya berasaskan kepada apa yang telah dibuat oleh rakan-rakan Kristian mereka di Indonesia. Buku-buku itu dibawa masuk. SIB, Sidang Injil Borneo bawa masuk buku-buku daripada Indonesia. Itu sahaja hujah mereka".

Tentang pendirian seorang bekas Mufti yang menyokong 'Allah' kepada Kristian, Naser Disa berkata beliau bukan berlatarbelakangkan perundangan untuk memahami secara mendalam tentang perlembagaan.
"Jadi, saya nak beri nasihat kepada tak kiralah bekas Mufti ke, Professor Madya ke apa ke, tak payah nak tunjuk atau kata seolah-olah awak adalah lebih baik atau pemikiran awak lebih cekap, kerana undang-undang sudah ada. Hanya awak yang tak tahu. Kalau awak tak tahu, awak cuba belajar.

"Walaupun awak professor, walaupun awak bekas Mufti, di Perlis pun sudah ada undang-undang itu. awak tidak boleh dalam masa sama ketika bertugas sebagai Mufti, awak dakwa, oh undang-undang itu tak dikuatkuasa, tak boleh guna.

"Bila awak dah jadi bekas atau mantan Mufti, awak dakwa (pula) oh mereka pun ada kebebasan. Mereka boleh guna nama Allah ketika nyanyi lagu negeri-negeri. That is not issue. Jangan cubaconfuse orang Islam."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>