Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dakwaan tiduri bekas kekasihnya, Aidil Zafwan tuntut Nazmi Faiz mohon maaf secara terbuka

Posted: 28 Jan 2013 02:32 PM PST

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.

Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

"Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu," kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.

Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.

Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.

Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.

Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.

Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

"Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.

Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.

Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.

"Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal," katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.

Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.

"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

Sumber: Mstar Online

Tiduri Aidil Zafuan, Ini Respon Tengku Feilla - Nazmi belum matang...

Posted: 28 Jan 2013 09:32 AM PST

Kecoh berdegar-degar ditwitter, mengalahkan skandal pak menteri, akhirnya blog Rotikaya mengambil inisiatif intuk menemubual sendiri bekas teman wanita Nazmi Faiz, Tengku Feilla atas dakwaan panasnya berkenaan hubungan sulitnya bersama Aidil Zafuan...

Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …

Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu'lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.

RTKY: Bila putus?

TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap.

BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?

TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.

Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.

Berkaitan Johan As'ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.

I kasihankan Aidil Zafuan apabila dikaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang dibawa entah siapa siapa.

RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di'kaitkan dengan you?

TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.

RTKY: Jadi, disini memang you menafikan semua yang ditulis Nazmi Faiz pagi tadi?

TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.

Dia siap beritahu I,"Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter" & saya terkejut yang dia betul betul buat.

Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.

RTKY: Okay, terima kasih!

Dakwaan Aidil Zafuan tiduri Tengku Fiella, Rita Rudaini tidak terkejut

Posted: 28 Jan 2013 06:15 AM PST

Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.

Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi.

BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.

"Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya"

"Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," ujar Rita Rudaini.


Rotikaya

Aidil Zafuan tiduri bekas teman wanita Nazmi Faiz?

Posted: 28 Jan 2013 05:15 AM PST

Sekali lagi arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan gosip terhangat dari pemain bola sepak, Nazmi Faiz dengan kenyataan menerusi laman Twitternya.

Nazmi tampil dengan beberapa siri kenyataan dengan mengatakan bekas kekasihnya, Tengku Fiella pernah mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.

Nazmi turut mendakwa yang Aidil ada memberi Tengku Fiella RM1 ribu untuk membeli belah di Johor Baharu.

Malah, lebih mengejutkan apabila dia menulis semasa berada di Johor, Aidil dan Tengku Fiella bersekedudukan.

Sebelum ini, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di laman sama dengan menuduh Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu.

Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitternya beliau diceroboh.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam.

Apakah ia saatu lagi kes pencerobohan akaun? Atau adakah perkara ini benar-benar berlaku?






Pemecatan Ustaz Nasa, 'parasit gembira' kata Hassan Ali

Posted: 28 Jan 2013 04:43 AM PST

SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan 'parasit' dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

"Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

"... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura, Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.

Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.

"Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.

"...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.

Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.

"Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas," dakwanya.

"Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia," katanya.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.

Kematian William Yau: Ganjaran RM60k untuk pemberi maklumat

Posted: 28 Jan 2013 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR -Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, hari ini.

Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Januari lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888. - Bernama

Setelah dipecat, Ustaz Nasa tiada dalam senarai calon PRU13

Posted: 28 Jan 2013 03:20 AM PST

KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong Pas akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar Pas.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. - Bernama

Parti nak ambil balik jawatan...ambillah!

Posted: 28 Jan 2013 01:35 AM PST

SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.

"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.

"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.

Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.

Nasharudin berkata, beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon susulan laporan media semalam.

"Sehingga di saat saya hantar SMS ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak," katanya.


Gambar bogel isteri jadi modal

Posted: 27 Jan 2013 07:31 PM PST

Gambar hiasan
Kuwait – Seorang lelaki Kuwait berdepan saman daripada isterinya selepas dia mengancam untuk memuat naik gambar bogel isterinya di dalam Facebook dan Twitter selepas kedua-dua mereka bergaduh.

Selepas mendapat ancaman berkenaan, isterinya telah memaklumkan kepada anggota keluarganya mengenai ancaman tersebut.

Kakak wanita itu kemudiannya cuba menyelesaikan konflik berkenaan dan menjadi orang tengah dalam pergaduhan berkenaan.

Malangnya dia juga menerima ancaman sama daripada lelaki berkenaan.

Melihat keadaan itu, kakak wanita tersebut terpaksa mendapatkan bantuan undang-undang.

Dia kemudiannya membuat laporan di balai polis.

Lelaki itu kini disaman kerana menggunakan telekomunikasi untuk menceroboh hak asasi individu lain.

Tercapai juga impian Nik Aziz untuk lihat Ustaz Nasa ditendang keluar

Posted: 27 Jan 2013 07:01 PM PST

Akhirnya tercapai juga impian Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama PAS. Alasan pemecatannya kerana tidak datang mesyuarat, demikian kata Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurut Zawawi lagi, setakat ini PAS belum menghubungi Ustaz Nasharudin untuk memaklumkan keputusan tersebut, dengan kenyataannya itu mengesahkan bahawa pemecatan ini dilakukan tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen PAS Bachok itu untuk membela diri.

Ini sekaligus mengulangi sejarah hitam PAS setahun lalu yang pernah memecat bekas Pesuruhajaya PAS Selangor yang juga AJK PAS Pusat, Dr Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 09 September 2012 yang lalu, Nik Aziz telah berputih mata dan terpaksa menunjukkan protesnya dengan merajuk keluar awal dari mesyuarat seawal jam 9.20 malam berikutan tiada agenda mengenai kedudukan Ustaz Nasharudin dibincangkan.

Nik Aziz yang memalukan PAS dengan bertindak sedemikian serta terkenal sebagai ahli mesyuarat tingkap yang paling kerap ponteng mesyuarat dwi bulanan Majlis Syura Ulama PAS tidak pula dikenakan tindakan pemecatan, agaknya terlalu kebal untuk menerima hukuman tanpa bicara.

Menariknya pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan pada hari ini dikatakan telah dibuat sejak 13 Januari 2013 yang lepas yakni ketika badan tertinggi PAS yang dipengerusikan oleh Nik Aziz ketika itu kalut membincangkan isu kalimah Allah s.w.t.

Hari ini tarikhnya 27 Januari 2013, bermakna selepas 2 minggu baru diumumkan pemecatan tersebut. Kenapa tidak diumumkan segera pada 13 Januari 2013 yang lepas?

Seimbas lalu kelihatan macam pertunjukkan magic David Copperfield pula, saling tak ubah perangai PAS seperti DAP yang bertindak umum ada 'kesilapan' dalam pengiraan selepas dua minggu selesai pemilihan CEC akhir tahun lepas.

Oh.. lupa, waktu itu semua ahli Majlis Syura PAS termasuk Nik Aziz, Hadi Awang dan semua pimpinan tertinggi parti berlabel Islam itu pada malam tersebut telah meninggalkan bangunan PAS Jalan Raja Laut melalui pintu belakang selepas selesai mesyuarat semata-mata untuk mengelakkan soal jawab dengan pihak media berhubung flip flop PAS berhubung isu kalimah Allah s.w.t.

Entah-entah ada komplot barangkali melibatkan sistem barter, mana tahu kot-kot Nik Aziz ugut untuk mengekalkan pendirian menyokong Kristian guna kalimah Allah s.w.t sekiranya Majlis Syura enggan memecat Ustaz Nasharudin dari badan tersebut. Ada kemungkinan jika dilihat pada perangai buruk Nik Aziz yang terkenal sebagai manusia paling keras kepala dan memiliki ego tinggi.

Tambah pelik pengumuman pemecatan Ustaz nasharudin diumumkan selepas tersebar berita dan gambar beliau mengikuti lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Dulu sewaktu PAS berura-ura untuk memecat beliau juga berkaitan langsung dengan penyertaannya bersama PM menunaikan ibadah haji disamping turut sama dengan PM dalam perjuampaan dengan para ulama Arab Saudi di Kota Suci Mekah.

Agaknya satu kesalahan besar bagi mana-mana pemimpin PAS menyertai lawatan PM ke negara-negara Islam seperti Mekah, Arab Saudi dan Gaza, Palestin. Entah apa jenis anutan agama yang PAS pegang agaknya, ajak bincang perpaduan pun dianggap salah, memperjuangkan akidah Islam pun dituduh khianat parti, pergi ke Mekah juga dikatakan salah, menyertai lawatan ke Gaza pun salah.

Tapi kalau berceramah dalam gereja macam Khalid Samad dan Mujahid Yusof, tak pula salah. Pelik betul dunia sekarang. Sekali tengok cuma imej Islamik yang berjubah dan berkopiah saja yang masih menunjukkan PAS dipimpin oleh orang Islam, itu secara lahiriah, tapi diikut pada perangai haramjadahnya, terasanya macam PAS macam parti pro Kristian pula.

Apapun, dengan pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS sekalipun masih dikekalkan sebagai ahli parti, setidak-tidaknya ia menjadi tanda aras penting betapa PAS semakin terperosok jauh ke lubang kepimpinan diktator, sama seperti DAP dan PKR yang sudah lama sinonim dengan corak kepimpinan sedemikian.

HackerXP@mykmu

Mengapa PKR perlu cemas isu kalimah Allah?

Posted: 27 Jan 2013 06:31 PM PST

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail jelas rimas apabila diajukan persoalan mengapa PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh diizin menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Lantas beliau dengan tangkas mempersoalkan mengapakah tiba-tiba pihak media berminat untuk menuruti keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi PAS itu.

"Majlis Syura Ulama PAS yang terdiri daripada 12 orang dalam pandangan-pandangan politik mereka, (juga) mengajak rakyat supaya terus kekal menyokong PAS, menolak UMNO-BN. Yang itu kenapa tak ikut?

"Jadi kita tidak boleh selektif, isu ini isu politik sahaja, isu politik Umno yang sudah semakin tersepit, itu saja," katanya.

Sehubungan itu beliau mengulangi pendirian "boss" PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan itu pada 8 Januari lalu.

Hadi menjelaskan bahawa selagi penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim tidak disalahguna untuk tujuan menghina Islam, maka ia boleh diizinkan.

Bagaimanapun pendirian ini berubah apabila pada 13 Januari lalu, Dewan Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam bible untuk menterjemahkan maksud perkataan God atau Tuhan.

Sebagai Dewan tertinggi yang membuat dasar PAS, keputusan itu mutlak dan muktamad menjadi pendirian PAS. Hakikat ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Malah beberapa ulama PAS kini mula menggerakkan "roadshow" seluruh Negara untuk menerangkan pendirian Dewan Ulama dalam isu ini yang sewajibnya menjadi pendirian rasmi PAS.

Oleh kerana Anwar Ibrahim adalah pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat maka sudah sewajarnyalah beliau peka akan perubahan ini dan dengan segala jiwa kepemimpinan Islamnya wajib memberitahu kepada rakan kongsi Pakatan Rakyat yang bukan muslim – PKR dan DAP— akan perubahan pendirian PAS ini.

Keputusan politik lawan akidah ummah



Malangnya ini tidak berlaku. Malah sama seperti anak didiknya, Saifuddin, Anwar juga menemplak persoalan itu sebagai permainan politik Umno-BN yang dianggap terdesak.

"Jadi sekarang ini tiba-tiba media termasuk Antarapos hendak rakyat mempercayai sepenuhnya kebenaran keputusan Majlis Syura Ulama PAS dalam isu kalimah Allah?," jerkah beliau.

Ditanya bahawa adakah wajar semua keputusan Majlis Syura PAS dipatuhi, Saifuddin berkata:

"Ya! Sebab Majlis Syura Ulama (PAS) juga mengajak rakyat menolak UMNO-BN. Dalam semua konteks, dalam semua konteks tak kira...dalam keputusan politik baik, dalam keputusan kalimah Allah baik, okay?"

Lantaran dicengkam emosi, Saifuddin agak samar neraca pertimbangannya untuk membezakan di antara keputusan politik Dewan Syura Ulama PAS dengan fatwanya berhubung soal akidah ummah.

Keputusan politik adalah ikhtiar siasah PAS; tidak kira ia membabitkan soal patut bersekutu dengan DAP atau tidak dan mahu kekal menjolok nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihanraya ke-13 atau tidak.

Namun apabila ada kesatuan pemikiran di antara ulama PAS dan juga alim ulama di luar PAS termasuk mufti dan pendakwah muktabar bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam bible ia sudah menjadi isu ummah.

Ini yang wartawan dari mana-mana media mahu tahu. Apakah dan bagaimanakah sikap PKR dan kemudian Pakatan Rakyat dalam isu yang dimulakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelang Hari Krismas lalu.

Maka apabila diajukan persoalan pada pemimpin-pemimpin PKR apakah pendirian parti itu dalam isu akidah ini, PKR harus membuat kenyataan yang tuntas dan bukan cuba menemplak persoalan itu sebagai permainan Umno yang dikatakan terdesak. Politik seharusnya berhenti di sini.

Sampai bilakah agaknya pemimpin PKR mahu bergelumang terus dalam permainan politik sebegini dan terus mengabaikan pandangan ulama, termasuk ulama PAS?

Adakah imej papan tanda jalan ke Putrajaya sudah terlalu menyilaukan mata dan minda sehingga mereka tidak nampak jalan lain untuk berkuasa seraya mengenepikan panduan ulama?

Yang teruji sekarang adalah penyokong PAS. Mahu ikut fatwa ulama atau strategi ahli-ahli politiknya yang ramai bukan ulama? Penyokong PAS setakat ini masih tenang menimbangkan pendirian mereka walaupun ia mungkin membawa PAS bermufarakah daripada Pakatan Rakyat.

Yang menarik difikirkan, mengapa pula pemimpin PKR pula yang kini menjadi terlalu sensitif dalam isu kalimah Allah yang ia sifatkan sebagai isu politik tetapi ada hubungan kuat dengan soal pendirian agama ini?

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din pernah berkata, PKR adalah sebuah parti yang memperjuangkan konsep keadilan bertunjangkan demokrasi. Ia berbeza dengan PAS yang tidak segan silu mendakwa ia sebuah parti politik Islam yang syumul.

Ulasan@Antarapos

Nik Aziz sambut 'besday' di rumah Karpal selepas pecat Nasa

Posted: 27 Jan 2013 06:01 PM PST

SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.

Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Pemecatan Nasa tidak beri impak pada PAS

Posted: 27 Jan 2013 05:01 PM PST

SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.

Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.

Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.

Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang, Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.

"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.

"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>