tun faisal dot com |
- [Video] Royalti Minyak: Ini macam punya senang pun budakPR tak leh fikir? #TukarKelantan
- [Video] Nak belajar kaedah pemimpin Pas tipu rakyat? #PasMunafiq
- #PasTolakUlama Ustaz Nasha kena sailang dengan Majlis Syura Pas? #TolakPas
- Isu Tanah: Pakcik tua kena tipu dengan YB Pas Kedah #TukarKedah
- Kenyataan maaf kepada @Zahid_Hamidi: satu lagi sandiwara dan propaganda Rafizi?
- @RazaliIbrahim lancar sukarelawan Siswa4U sahut #1M4U #BeautifulMY @NajibRazak @HishammuddinH2O
[Video] Royalti Minyak: Ini macam punya senang pun budakPR tak leh fikir? #TukarKelantan Posted: 28 Jan 2013 04:30 AM PST Buat penat je budak-budak PR datang ke KL, menyemak naik basikal entah dari mana dan buat kecoh kat KLCC masa KL112. Ada yang sampai jatuh-jatuh dan tergolek dog sebelum sampai Gombak. Mak ayah mereka yang tak mengaji tinggi pun boleh faham apa yang Ustaz Kamal Saidin terangkan pasal duit minyak dan hak untuk terima duit minyak. Mungkin akibat terlalu lama diberi `candu' oleh Nik Aziz dan pemimpin Pas, budak-budak ni jadi macam `zombie' yang tidak boleh berfikir lagi dah... kesiaaannn.. Suaminya KERAJAAN (BN), isterinya PAS, suami barunya DAP & anak-anak pula adalah RAKYAT KELANTAN. Contoh camni paling senang untuk fahamkan orang2 kampung di Kelantan kenapa kerajaan (BN) memberikan terus WANG EHSAN kepada rakyat Kelantan, bukan dalam bentuk ROYALTI yang kerajaan negeri harapkan disalurkan kepada mereka. Sebab buat penat saja nak berhujah mengenai fakta seperti dibuat KICKDEFELLA dalam video di bawah, bukan puak cacai PAS nak dengar & faham pun. Kalau otak dah hijau berlumut memang susah nak disental cuci... | ||||||
[Video] Nak belajar kaedah pemimpin Pas tipu rakyat? #PasMunafiq Posted: 28 Jan 2013 01:00 AM PST Jom kita tengok berapa banyak duit dah Abby dan Hairie kumpul melalui ceramah dan mereka naik apa turun berceramah. Penyokong Pas yang diperbodohkan, tukang bagi derma atau macam bayar tiket tengok funfair atau sarkis. Penceramah pula naik kereta mewah dan mahal memperbodohkan pak cik dan makcik yang naik motor tak berlampu dan kancil buruk. Make sense juga cakap ustaz Kamal Saidin. Teringat seorang YB Pas di Perak yang buat majlis kutip derma dari rakyat selepas dia terpilih jadi wakil rakyat untuk membolehkan dia berkhidmat kepada rakyat. Ish, ish, ish - ibarat kata Azhar Idrus - "bod-doooh..." | ||||||
#PasTolakUlama Ustaz Nasha kena sailang dengan Majlis Syura Pas? #TolakPas Posted: 28 Jan 2013 12:09 AM PST Tak dipanggil membela diri juga macam Datuk Dr Hasan Ali? Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga di saat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam. Nasharudin Mat Isa Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||
Isu Tanah: Pakcik tua kena tipu dengan YB Pas Kedah #TukarKedah Posted: 27 Jan 2013 07:30 PM PST
EKSKLUSIF!! Pengakuan Orang Kampung Di Tipu YB PAS Kedah!! #TukarKedah #SlmtknGngInas![]() ![]() ![]() Kisah orang kampung ditipu Pas Kedah bersambung lagi, kali ni Mc berikan video temubual orang kampung dan menceritakan bagaimana mereka ditipu oleh mangkuk-mangkuk Pas Kupang yang mengutip duit permohonan tanah tanpa pengetahuan pejabat tanah dan menipu orang kampung dalam jumlah yang besar. Untuk baca siri sebelum ini boleh klik kat SINI dan SINI. Dengarlah rintihan seorang penduduk kampung yang ditipu oleh YB Pas Kupang. Disebabkan desakan penduduk yang mahu perkara ini diselesaikan, UMB, UMNO Kedah, Pemuda UMNO dan UMNO Baling mengambil inisiatif membuat forum bersama penduduk untuk mencari jalan penyelesaian. Untuk mengatasi masalah ini.
Setelah dinasihat oleh Tun Mohammad Ammar, Adun Bayu Dato Che Azmi membuat keputusan akan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang. Video boleh tengok dibawah, Insyallah video sesi dialog bersama penduduk ini akan Mc upload secepat yang mungkin. Juga video bersama Tun Mohammad Ammar, mengenai tindakan undang-undang yang boleh penduduk kampung buat terhadap Pas Kupang dan Kerajaan negeri. Ishh.. bersambung lagi, mungkin Mc siri dialog ini akan Mc sambung esok. Sebab hari ni kalau dok boh cerita ni saja pun, cemuih juga. Apa yang penting, rakyat Kedah kenal siapa Pas yang sebenar. Cerita disebalik parti Islam yang mereka agong-agongkan, sebenarnya penuh dengan penipuan dan pembohongan. Kalau rakyat susah pun mereka sanggup tipu, cuba bayangkan apa lagi yang sanggup mereka buat untuk kuasa dan wang! McTheory: Masa untuk berubah, TOLAK Pas Kedah!! | ||||||
Kenyataan maaf kepada @Zahid_Hamidi: satu lagi sandiwara dan propaganda Rafizi? Posted: 27 Jan 2013 06:00 PM PST Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya. Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka? Rakyat makin bijak lah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu. Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini. Lihat link di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan - Sandiwara ProM #ProMenipu tagih undi simpati tak menjadi, @edikoup diminta bermubahalah - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/sandiwara-prom-promenipu-tagih-undi.html #PRKampus Pro-M pukul orang sendiri untuk tagih simpati? #ProMenipu - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/prkampus-pro-m-pukul-orang-sendiri.html Ugutan : ProM #ProMenipu ulang skrip lama, ada juga yang tertipu - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/ugutan-prom-promenipu-ulang-skrip-lama.html Soalan mudah: betulkah akaun Rafizi digodam? Kalau lah akaun facebook Rafizi digodam, sudah tentu dia tidak boleh mengakses dan menggunakan akaun facebook nya sama sekali. Bila saya lihat akaun facebook Rafizi sebentar tadi, nampaknya macam tiada masalah langsung dan Rafizi masih boleh mengemaskini status dan menggunakan akaun facebook tersebut dengan lancar. Sandiwara? Takkan kaedah dan taktik Pakar Strategi PKR sama dengan kaedah Mahasiswa Pro-Pembangkang (Pro-M)? Apa barang sama level, tak de kelas la pak cik.... Berikut kenyatan media yang dikeluarkan oleh Rafizi:- "Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut. Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook. Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional. Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini." RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN 27 Januari 2013 | ||||||
@RazaliIbrahim lancar sukarelawan Siswa4U sahut #1M4U #BeautifulMY @NajibRazak @HishammuddinH2O Posted: 27 Jan 2013 04:30 PM PST ![]() "Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya" - Razali 200,000 Mahasiswa Layak Mengundi - Razali Ibrahim MUAR - Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan terbabit dalam politik selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dipinda hujung tahun lalu. Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik. Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius. "Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa. "Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya," katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam. Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kerajaan akan membenarkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk bertanding pada PRU13, pada 15 Disember lalu. Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, mengikut rekod pihaknya, 14,000 mahasiswa adalah ahli Umno di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan iaitu 200,000 yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Justeru, katanya, Pemuda Umno akan melancarkan Sukarelawan Siswa4U bagi mengetengahkan kepimpinan dimiliki golongan terbabit dan ia akan dikendalikan oleh 184 mahasiswa ahli Umno dari Muar sendiri. "Dan selaras pelancaran program sukarelawan My Beautiful Malaysia pada 3 Februari depan anjuran 1Malaysia For Youth (IM4U) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita akan lancarkan Siswa4u, di sini, esok (hari ini) bagi mengetengahkan kepimpinan golongan ini. "Antara tema program berkenaan ialah semangat kesukarelaan selain pelbagai lagi program yang kita tidak hadkan, terpulang kepada mereka," katanya. Beliau berkata, antara perkara dirancang termasuk kebersihan di kalangan masyarakat, pembelajaran Bahasa Inggeris, keagamaan serta gotong-royong selain penyerahan bantuan. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |