AL-Kesah AloQStaQ |
Posted: 25 Jan 2013 08:12 PM PST Pakatan Rakyat yang dikatakan terlalu yakin sekarang dapat menumbangkan Kerajaan Dato Najib dalam PRU13 beberapa minggu lagi, sepatutnya Pakatan Rakyat kini sudah dapat menilai calon-calon layak untuk dilantik sebagai menteri kabinet Pakatan Rakyat sejurus selepas kemenangan. Anwar (yang dikatakan sebagai calon tunggal dan utama sebagai PM Malaysia Pakatan Rakyat) sewajarnya telahpun mencongak dengan serius mengenai barisan anggota jemaah menterinya sekarang. Jangan pula jadi seperti PAS Kedah sewaktu diumumkan memenangi Negeri Kedah pada PRU12 dahulu, nak letak siapa jadi exco kerajaan negeri pun kelam kabut, disebabkan PAS langsung tiada perancangan untuk menang pun. Diorang ingat hanya dapat mengurangkan jumlah penguasaan BN dalam DUN sahaja, rupa-rupanya PAS diisytiharkan menang di Kedah ! Barulah menggelabah bewak depa susun ahli exco ... Jangan ini terjadi lagi. Oleh yang demikian, AloQStaQBlog mendesak (selepas Desakan 1 tempohari : Berapa Banyak Turun Harga Minyak?) sebagai wakil bagi pihak rakyat marhaen kepada pengurusan tertinggi Pakatan Rakyat khasnya kepada encik Anwar Ibrahim, SILA SENARAIKAN "KABINET BAYANGAN" PAKATAN RAKYAT ! Seandainya dalam seminggu dua ini, PAKATAN RAKYAT tidak mempamerkan pembahagian parti (Pakatan Rakyat) dalam mengisi kerusi jemaah menteri selepas menang PRU13, AloQStaQBlog dapat memberi kesimpulan bahawa PAKATAN RAKYAT tidak sehati sejiwa, tidak bersatu demi rakyat dan sekadar menentang BN/UMNO untuk menang PRU13, tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat yang menggantikan BN/UMNO nanti PASTI akan bercakaran sesama sendiri untuk berebut jawatan menteri. RAKYAT PERLU TAHU SEMUA INI, SEBELUM MEMBERI SEBARANG UNDI ! Selama ini rakyat sudahpun tahu pembahagian (parti) mengikut acuan Barisan Nasional. Jadi, untuk pertama kalinya, rakyat ingin tahu pula struktur kabinet dari acuan Pakatan Rakyat ! Jangan takut untuk hebahkan kepada rakyat Malaysia, Inilah barisan kabinet di bawah Pakatan Rakyat sejurus selepas menang PRU13 nanti .... Adakah Jawatan-Jawatan TOP MINISTER akan disusun seperti di bawah ? (Sumber tak rasmi)
BENARKAH SENARAI TOP MINISTER DI ATAS ?? (SIAP ADA PEMBAHARUAN NAMA PORTFOLIO LAGI TU !?) ... Kepada Anwar & Pakatan Rakyat - SILA SENARAIKAN STRUKTUR LENGKAP BARISAN ANGGOTA KABINET ANDA untuk dinilai oleh rakyat seperti kami. Sama ada ianya patut disokong atau dijadikan bahan lawak semata-sama !! Kalau PR berani & benar-benar telus,PAMERKANNYA SEKARANG !!! AloQStaQ SABTU 12:12 PM 26 JAN 2013 |
You are subscribed to email updates from AL-Kesah AloQStaQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |