BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Aksi ghairah Tizz Zaqyah yang mendebarkan
- Patung separuh bogel di Istana Susilo ini punca Jakarta dilanda banjir?
- Menjelikkan! Blog PR kutip berita dari akhbar Israel untuk bantai Najib!
- Syirik jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH
- 'Biarpun sudah terlanjur, saya tetap terima dia'
- Alasan hantar barang, pasangan tunang dicekup khalwat
- (Video) Aksi dalam drama 'Nur Kasih' yang belum pernah anda tonton!
- Disebalik kontroversi, Awie bakal buka tiga lagi kelab malam
- (Video) DS Anwar dakwa Majlis Syura larang umat Islam menyokong UMNO
- Mat Sabu hilang akal
- CEC: DAP Desa Dahlia desak pemilihan semula
- PAS Kelantan belakangkan Sultan
- Nizar 'Si Penipu Bersiri' dimalukan dihadapan penyokong sendiri
- Cemuh lawatan PM ke Palestin, Nasrudin Tantawi dikecam pengikut sendiri
(Gambar) Aksi ghairah Tizz Zaqyah yang mendebarkan Posted: 24 Jan 2013 02:30 PM PST ![]() Tapi kami pasti, peminat-peminat Tizz sendiri mengakui kehebatan pelakon genit bila beraksi di depan kamera. Dengan linangan air matanya, gaya percakapannya memang menusuk ke kalbu. Tizz juga meminati bidang fotografi. Beliau banyak berkongsi gambar-gambar peribadinya di akaun Instagram. Aksi-aksinya yang bersahaja, menggoda, mahu tidur, hinggakan aksi bersama botol air mineral juga dikongsi untuk peminat-peminatnya. Sengaja kami kongsikan gambar-gambar beliau yang cukup berbakat besar bersama pembaca setia blog ini. Gambar-gambar ini kami kutip dari akaun Instagram beliau. Oh yaa...tajuk awal tadi kami katakan aksi ghairah Tizz Zaqyah bukan? Bagaimana pula dengan aksi dibawah? Ada sikit ghairah ka? (Amaran: Jika anda ada sakit jantung, jangan lihat foto dibawah...) [Ads: When will you consider yourself "rich"? And how will you achieve it? Double your Gold Investment with KFH online. Find out how! Click HERE] . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . p/s- Jangan marah ya Tizz.... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . | ||
Patung separuh bogel di Istana Susilo ini punca Jakarta dilanda banjir? Posted: 24 Jan 2013 07:01 AM PST Selain daripada fenomena Monsoon yang didakwa menjadi penyebab banjir besar di Jakarta, Forum Umat Islam (FUI) mempunyai pendapat tersendiri mengapa ianya berlaku. FUI mendakwa patung separuh bogel yang berada di Istana Negara adalah salah satu penyebab berlakunya banjir besar di ibukota Indonesia itu. Menurut FUI lagi, bencana yang melanda Jakarta adalah bala dari Allah S.W.T akibat dari maksiat yang berleluasa di kota metropolitan itu dan patung itu adalah salah contoh daripadanya. "Dari sudut pandangan Islam, patung itu sahaja sudah mengurangkan keberkatan untuk bangsa Indonesia. Kalau malaikat pun tidak mahu masuk ke dalam Istana Presiden, bagaimana negara kita mahu diberkati oleh Allah?" kata salah seorang koordinator FUI Bernard Abdul Jabbar seperti yang dikutip dari merdeka.com. Bernard meminta para pemimpin negara ini agar lebih mendekati Allah. "Telah banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kerana tangan-tangan manusia. Pemimpin-pemimpin seperti ini harus bertaubar," tegasnya lagi. | ||
Menjelikkan! Blog PR kutip berita dari akhbar Israel untuk bantai Najib! Posted: 24 Jan 2013 06:18 AM PST PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu. Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh. Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan. Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu. Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhabr Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini. Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan. Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri. Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka. Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri. Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka. Adamyan@mykmu | ||
Syirik jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH Posted: 24 Jan 2013 04:05 AM PST
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din sejak dua tahun lalu dan pendiriannya itu konsisten sehingga hari ini. Beliau berkata, sebagai seorang ulama dan pemimpin kanan atau orang nombor dua parti Islam itu, Haron membuat fatwa itu berdasarkan kajian mendalam dari pelbagai kitab dan kajian mendalam dari pelbagai sudut. "Jadi sepatutnya pemimpin dan ahli Pas lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura Pas. "Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, hari ini. Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu amat dikesalkannya walaupun Majlis Syura Pas menyatakan sebaliknya selepas itu. "Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara. "Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya. Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenai sudah tersebar luar di merata tempat. Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai ALLAH. "Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya. | ||
'Biarpun sudah terlanjur, saya tetap terima dia' Posted: 24 Jan 2013 12:01 AM PST JOHOR BAHRU – "Biarpun dia telah lakukan pelbagai perbuatan buruk, namun naluri keibuan saya tetap menerimanya sebagai anak," luah penjaga kepada gadis terlanjur yang pernah dipaparkan Sinar Harian, 29 Disember lalu. Mariam, bukan nama sebenar, 47, adalah ibu saudara kepada Mira, 20, (bukan nama sebenar) iaitu gadis terjerat cinta teman lelaki yang diperlakukan kejam hingga melahirkan anak tidak sah taraf 19 November lalu. "Saya menjaganya seperti anak sendiri bersama adik-beradiknya yang lain sebaik mereka keluar dari rumah ibunya (kakak saya) selepas kematian ayah di Perak. "Biarpun Mira pernah guriskan hati dengan mengatakan saya menderanya sehingga bertindak keluar rumah, namun sempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya harap ia membuka lebaran demi kebaikan bersama. "Saya memahami anak gadis sepertinya yang inginkan kebebasan dan kasih sayang apatah lagi datang dari keluarga yang berpecah," katanya. Menurut Mariam, Mira anak ketiga dari lima beradik itu sememangnya bermasalah sejak kecil dan mula hilang arah apabila kematian bapanya ketika berusia 9 tahun. Dia dipulangkan kepada ibunya yang telah bercerai beberapa tahun sebelum itu. "Setelah sekian lama dijaga bapanya, kemungkinan tidak ada keserasian bersama ibunya penyebab Mira dan adik-beradik lain memilih untuk tinggal bersama saya, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama setahun. "Kami tinggal di rumah yang kecil bersama lima anak saya dan semua mereka berikan tunjuk ajar sebaiknya. "Namun gelodak perasaan remaja, Mira lari dari rumah dan kemudiannya saya dimaklumkan dia melahirkan seorang bayi. Dia kini ditempatkan di rumah perlindungan dan akan dibebaskan tidak lama lagi," katanya. Mariam turut akui memahami perasaan ibu Mira, Hamidah (bukan nama sebenar) yang cuba untuk mendidik anaknya dengan membelanjakan wang simpanan untuk menghantar Mira melanjutkan pelajaran. "Sebagai ibu, dia sudah lakukan terbaik dan kemungkinan serik akan sikap anak-anak yang telah lama terpisah. "Saya boleh terima Mira dan anaknya, jika dia benarbenar berubah," katanya. Sementara itu, Hamidah turut mengakui belum bersedia memaafkan anaknya namun tidak keberatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sebelum ini. Kisah Mira didera teman lelaki yang memaksa dirinya menggugurkan kandungan dengan menelan pil serta diugut menjual bayi mereka mendapat perhatian ahli keluarga. "Apabila saya enggan melayan nafsu seksnya, saya akan dipukul, disepak, diterajang, diseret hingga mengakibatkan tubuh badan saya lebam dan berdarah. "Saya dikurung di rumah ibu bapa (teman lelaki) selama beberapa bulan, biarpun beberapa kali cuba meloloskan diri namun tidak berjaya dan akhirnya diusir ketika sarat mengandung 9 bulan," katanya. | ||
Alasan hantar barang, pasangan tunang dicekup khalwat Posted: 23 Jan 2013 11:01 PM PST AMPANG - Sepasang kekasih yang sudah bertunang sejak dua tahun lalu termasuk seorang gadis dicekup berkhalwat di sebuah apartmen di Taman Mulia Jaya di sini, awal pagi semalam. Wanita berusia 24 tahun yang juga setiausaha di sebuah syarikat ditahan bersama kekasihnya dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, kira-kira jam 2 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan baru singgah di rumah tunangnya itu untuk menghantar barang. "Lelaki yang bekerja di sebuah syarikat automobil itu juga memberi alasan terpaksa menyewa bilik di rumah itu kerana sukar untuk mencari rumah atau bilik sewa berhampiran dengan tempat kerjanya," katanya. Ahmad Nawi berkata, penguat kuasa menjalankan serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berpakaian lengkap membuka pintu. "Kami menunggu hampir sepuluh minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Sebaik memasuki rumah berkenaan, seorang lelaki berpakaian lengkap berseluar pendek keluar ke ruang tamu daripada salah sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya. Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah itu turut menemui seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai rakan kepada teman wanita lelaki berkenaan di sebuah bilik. "Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya. Katanya, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. "Kesemua mereka juga dikehendaki hadir mengikuti sesi kaunseling yang dikendalikan Masjid Al-Azim mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya. | ||
(Video) Aksi dalam drama 'Nur Kasih' yang belum pernah anda tonton! Posted: 23 Jan 2013 10:01 PM PST Drama yang telah menambat hati ramai penonton. Lakonan mantap Fizz Fairuz(Aidil), Tiq Zaqyah(Nur Amina) dan Remy Ishak(Adam). Drama siri ini telah ditonton oleh 3.9juta penonton setiap minggu. Video bloopers Nur Kasih Extra Blooper ini telah dimuat naik ke Youtube pada tahun 2011 namun agak berbaloi untuk mengimbau kembali kenangan drama yang cukup popular ini.! Enjoy! | ||
Disebalik kontroversi, Awie bakal buka tiga lagi kelab malam Posted: 23 Jan 2013 08:01 PM PST PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi. "Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya. "Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu. Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti. "Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya? "Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal. Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. "Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu. "Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan? "Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis. "Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini. "Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. mStar | ||
(Video) DS Anwar dakwa Majlis Syura larang umat Islam menyokong UMNO Posted: 23 Jan 2013 07:01 PM PST Dalam satu sidang akhbar DS Anwar telah ditanya mengenai pendirian Haji Hadi yang mendahului keputusan Majlis Syura. Persoalan yang dilontarkan adalah berkaitan dengan pendirian majlis berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Mengelak untuk menjawab soalan tersebut, DS Anwar bijak memutar belitkan soalan berkenaan dengan melontarkan kembali soalan berkenaan keputusan Majlis Syura yang lain iaitu melarang umat Islam untuk menyokong UMNO. Pembelit ni memang bijak mengelak soalan...heh...rakyat memang sudah faham, tak mengapalah kalau tak mahu jawab pun... | ||
Posted: 23 Jan 2013 06:31 PM PST SHAH ALAM: Ugutan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu mengajak rakyat berdemonstrasi besar-besaran jika berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencerminkan tindakan orang 'tidak siuman' serta budaya politik samseng pihak pembangkang, demikian menurut seorang ahli parlimen. Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud berkata kenyataan pemimpin PAS itu jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat yang sebenarnya cenderung kepada keganasan. Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam satu kenyataan mengajak rakyat untuk berhimpun jika berlaku penipuan dalam PRU13 akan datang sambil menegaskan rakyat tidak akan pulang berhimpun selagi kerajaan yang didakwa naik secara penipuan itu tidak akan turun. "Saya dah kata yang nak buat huru-hara ini pembangkang kalau mereka kalah. Dulu mereka kata BN akan membuat huru-hara jika kalah...tak, kita dah tunjuk pun banyak kali kita ok. Ini satu bukti yang cukup jelas. Kalaulah dia kata ada penipuan kononya. Soal penipuan ini tidak wujud. "Menang, kalah ini atas dasar suara rakyat," kata Abdul Rahman kepada Antarapos. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan berkata, dulu pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) akan mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU13, namun perkara kini idea tersebut datang dari pembangkang sendiri. Malah, ujar Kamalanathan rakyat kini sudah jelek dengan permainan politik pembangkang yang hanya pandai menunjukkan kehebatan di jalanan. "Oleh yang demikian beliau cuba menggunakan situasi seperti mengugut, menakut-nakutkan...itu memang budaya politik mereka. Malah kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di Selangor...tidak pula kita kata perkara ini tidak betul dan sebagainya, tidak...kita terima," kata beliau. Sehubungan itu, katanya tidak hairanlah pemimpin pembangkang itu tidak menghiraukan segala pencapaian yang diperoleh kerajaan BN hari ini. "Tidak nampakkah pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat negara kita? Mereka nampak dan saya pasti Mat Sabu pun tahu perkara ini," katanya. Tambah Kamalanathan lagi, pemimpin pembangkang seharusnya lebih bersikap rasional dalam setiap perkara yang ingin dikerjakan pihaknya apatah lagi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. "Sebagai ahli politik yang berwibawa, sebagai seorang ahli politik yang matang, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai pahaman yang rasional tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa," tegasnya. Antarapos | ||
CEC: DAP Desa Dahlia desak pemilihan semula Posted: 23 Jan 2013 06:15 PM PST
Terbaru, Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia di sini, S. Karthiyaini tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) negeri semalam meminta siasatan terperinci dibuat berhubung keputusan pemilihan tersebut. "Kami mahukan pemilihan semula dilakukan kerana disyaki tidak telus dan adil, secara peribadi saya berharap agar parti ini dapat menghakis budaya nepotisme yang mana bapa dan anak menjadi ahli CEC. Utusan | ||
PAS Kelantan belakangkan Sultan Posted: 23 Jan 2013 06:01 PM PST KOTA BHARU 23 Jan. - UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan injuksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti kepada kerajaan Malaysia sebagai tidak menghormati Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Sultan Muhammad V telah berkenan melantik wakil negeri ini dalam Jawatankuasa Khas untuk mengkaji dengan adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur. Beliau berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan membiarkan Jawatankuasa Khas tersebut berperanan dan bukan mengusutkan lagi keadaan dengan membawa isu tersebut ke mahkamah. "Perdana Menteri telah berjanji untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan telus serta beliau juga memaklumkan bahawa Sultan Kelantan telah berkenan untuk melantik wakil negeri Kelantan dalam jawatankuasa tersebut, jadi biarkan proses ini berjalan tanpa gangguan mana-mana pihak. "Jadi jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan membawa ke mahkamah ia seolah-olah tidak menghormati Sultan Kelantan dan Perdana Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar royalti minyak kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Pas Kelantan selaku pihak plaintif menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua. Pada 4 Ogos lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tidak ada faedah sekiranya isu tersebut berlanjutan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. "Petronas sendiri menjelaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam undang-undang dan tidak ada yang tidak betul dibuat," katanya. Utusan | ||
Nizar 'Si Penipu Bersiri' dimalukan dihadapan penyokong sendiri Posted: 23 Jan 2013 05:31 PM PST PARIT 23 Jan. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin agresif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu. Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama. Malah, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini ditayangkan sempena ceramah yang berlangsung hampir tiga jam. Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua ceramah tersebut jaraknya kira-kira 50 meter. | ||
Cemuh lawatan PM ke Palestin, Nasrudin Tantawi dikecam pengikut sendiri Posted: 23 Jan 2013 05:00 PM PST KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri. Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat. Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati. Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan. "Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin. "Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini. Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana. Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas. Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz." Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel. Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja". Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat." |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |