Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


PM @NajibRazak Dedah Dua Anak Angkat Palestin Bukti Perihatin Sejak Dulu Bukan Hanya Sekarang

Posted: 23 Jan 2013 09:33 PM PST


DALAM NEGERI

Lawatan kemanusiaan - PM

Najib Tun Razak beramah mesra dengan para pelajar dan komuniti Malaysia di Mesir dalam lawatan kerja ke Mesir, semalam. - BERNAMA

KAHERAH 23 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lawatan beliau ke Gaza, semalam berasaskan kepada faktor kemanusiaan sekali gus menunjukkan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Kata Perdana Menteri, ia juga sebagai simbol keprihatinan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang menerima tekanan cukup hebat, terutama sekali penghujung tahun lalu apabila dalam masa lapan hari kerajaan Israel melakukan keganasan di situ dan ia menyentuh hati rakyat Malaysia.

"Oleh itu berdasarkan kepada perkembangan tersebut dan isu terkini, maka amat wajar saya melakukan lawatan kemanusiaan mewakili rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kita kepada perjuangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan tiga hari ke Mesir dan Gaza di sini hari ini.

Najib mengulas kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang tidak senang dengan lawatan bersejarah Perdana Menteri Malaysia itu ke Gaza, dan menganggap ia seolah-olah memberi kelebihan kepada Hamas.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, lawatan itu juga bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan hasil pengamatan yang dilakukan, hampir semua tempat yang dimusnahkan melalui serangan Israel tidak ada signifikan dari segi nilai ketenteraan.

"Ia juga sebagai satu peluang dan kesempatan untuk melahirkan sokongan kepada Fatah dan Hamas menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

"Kewujudan kerajaanperpaduan itu adalah pra syarat kepada rakyat Palestin untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh mereka," katanya.

Mengenai reaksi Mahmoud Abbas, Perdana Menteri berkata, mungkin berlaku salah tafsir terhadap tujuan lawatan tersebut.

"Saya telah menjelaskan kepada Menteri Wakaf dan Agama Palestin, Mahmoud Habash dalam pertemuan malam tadi di sini bahawa ia lawatan kemanusiaan dan Gaza merupakan isu terkini bukan Tebing Barat.

"Saya tidak dapat melawat Ramallah sebab terpaksa melalui ruang udara yang dikawal oleh Israel dan mereka tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan mereka," katanya.

Oleh itu kata beliau, berdasarkan kepada kesukaran itu adalah lebih baik beliau melawat Gaza kerana inilah isu yang dekat di hati rakyat Malaysia dan tidak harus disalah tafsir sebagai memberi kelebihan kepada mana-mana pihak atau mengurangkan pengaruh pihak yang lain.

"Saya juga ada bercakap dengan Presiden Mahmoud Abbas sebelum bertolak ke sini dan kenyataan beliau seperti mana dilaporkan oleh media asing sememangnya sudah dijangkakan," katanya.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Mahmoud Habash, adalah jelas Fatah dan Malaysia masing-masing mempunyai perspektif sendiri berhubung lawatan berkenaan.

"Apa yang penting kita dan Fatah ada komunikasi tetapi masing-masing ada perspektif sendiri. Dalam perspektif saya, ia semata-mata lawatan dasar kemanusiaan.

"Perspektif Fatah, mereka tidak mahu lawatan saya disalah tafsir sebagai menyokong dan memberi kelebihan kepada Hamas berbanding Fatah," katanya.

Najib turut menjelaskan, isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau dan menjejak kaki ke bumi Palestin sememangnya idaman beliau sejak dahulu lagi.

"Semasa menjadi menteri, saya mengambil dua kanak-kanak Palestin sebagai anak angkat. Saya membiayai pelajaran dan menghantar wang kepada mereka setiap bulan melalui Institut Penyelidikan Sosial Malaysia (MSRI) yang dikendalikan oleh Allahyarham Elijah Gordon pada masa itu," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Wajib TONTON - Al-Habib As-Syeikh Dr Toha Al-Jailani Nasihat Puluh Ribu Penyokong Pas - YouTube

Posted: 23 Jan 2013 09:10 PM PST

Jika melihat video ini nampak Syeikh ini menjelaskan perkara haq di hadapan penyokong Pas.

Perkara yang membuatkan muka Mursyidul Am PAS berkerut masam hingga akhir kalam.

Keberanian Syeikh menyampaikan kebenaran yang pahit ini sangat wajar sekali.

Beliau yang mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pihak ini jelas contoh pendakwah yang benar-benar ikhlas kerana Allah.

Akhir sekali Syeikh juga menyatakan Allah akan membantu jika kita menolong Allah. Sekaligus kekalahan Pas menguasai Malaysia menjadi bukti mereka tidak mendapat pertolongan Allah sebenarnya.

Video ini wajar ditonton terutama golongan ustaz agar memahami maksud yang disampaikan walaupun penterjemah yang juga tidak silap Panglima adalah Exco Kelantan gagal menterjemahkan dengan tepat maksud syeikh tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=t2vuYVjwGJE&feature=youtu.be

Mesti Baca : Dr Novandri Siar Jawapan Kenapa DS@NajibRazak Tidak Temui pihak Fatah Di GAZA!!

Posted: 23 Jan 2013 10:15 AM PST

Sebenarnya Najib Razak sudah merancang untuk menziarahi kedua-dua kawasan yang dikuasai oleh Hamas dan Fatah.

Tiada pilih kasih tetapi situasi keselamatan ketika itu menghalang Perdana Menteri kita melawat Ramallah, West Bank.

On claims that Palestine President Mahmoud Abbas was uncomfortable about his visit to Gaza, Najib said it might have been misunderstood and he had explained to the Fatah representative here yesterday, that the latest issue was about the sufferings of the Palestinians in Gaza and not the West Bank. 
"I could not visit Ramallah (in the West Bank which is controlled by Fatah) as its air space is under the control of Israel, which would not allow it unless we have diplomatic relations with Israel," he said. 
Najib said his original plan was to visit both areas (West Bank and Gaza) but this could not happen as there were restrictions in the West Bank. 
Hence, he added, his visit to Gaza should not be misinterpreted as he was not giving more or less favour to Fatah or Hamas, but instead Malaysia urged to make the formation of a Fatah-Hamas unity government a reality as soon as possible. 

Baca lagi 

http://novandri.blogspot.com/2013/01/ds-najibrazak-jawab-isu-presiden.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1


Sent from my iPad

Picture : PM Najib’s Visit To Gaza Palestine

Posted: 23 Jan 2013 09:37 AM PST

PM @NajibRazak bersama PM Palestin Lawat Bangkai Kereta Ahmed Al-Jaabari Yang Dibom Israel

Posted: 23 Jan 2013 12:35 AM PST


Gambar ini di ambil ketika lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Apa yang dapat kita lihat dalam gambar berkenaan ternyata kita dapat mengenali kesemua yang berada di sebelah kiri DS Najib Razak dan yang paling PASTI, orang PAS akan lebih mengenali siapa individu yang berada di sebelah DS Najib Razak ketika lawatan berkenaan.

Orang PAS pasti rasa terkejut buat kali keduanya apabila Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha yang sebelum ini pernah mengejutkan PAS apabila bersama rombongan DS Najib Razak ke Mekah, kali ini tampil diri secara terbuka bersama-sama rombongan DS Najib Razak ke Palestin.

Dalam lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin, Pisau Kedah rasa bangga dengan keberanian Perdana Menteri Malaysia menjadi Pemimpin Utama yang pertama dari luar Timur Tengah berada dan tampil menyokong Palestin dengan secara terbuka ketika kuasa-kuasa besar barat sedang menindas Palestin.

Selain itu, Pisau Kedah rasa bersyukur dengan pendirian murni Ustaz Nasha yang di lihat masih teguh dengan hasrat ingin melihat UMNO dan PAS bersatu walaupun kini apa yang dapat kita lihat, Ustaz Nasha kian di pinggirkan daripada PAS.

Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah S.W.T memberkati usaha Ustaz Nasha ingin menyatukan Umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman parti politik

.
http://unitmediakedah.blogspot.com/2013/01/panas-gambar-ustaz-nasha-buat-totok-pas.html?m=1


Sent from my iPad

Ahli Pas Bantah Kenyataan Biadap Karpal Lawan Majlis Syura !

Posted: 22 Jan 2013 11:57 PM PST

Banak sumber memberitahu panglima bahawa ahli Pas akar umbi sangat marah dengan DAP..

Hanya dua samada Pas makin hancur kerana DAP atau akan kekal dengan memisahkan diri dari Pakatan dan bersama dengan UMNO untuk masa depan Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>