BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Lupa bercoli, payudara Britney Spears hampir terkeluar ketika bersiar-siar
- (Video) Iklan Mercedes-Benz tampilkan model bikini Kate Upton...perghh! [Edisi Berdarah Hidung]
- Video terbaru Petronas...tak menyayat hati, tapi semai muhibbah!
- Husam jumpa minyak di Kelantan...wow!
- (Pengalaman) Rimas dipeluk imam terlampau
- Raja Azmi mengaku bercinta dengan seorang pemuzik muda...
- Ustaz Nasa didakwa aibkan PAS
- Kalimah Allah: PR sepakat tolak keputusan Majlis Syura
- UMNO dituduh cetus kembimbangan Melayu......disebabkan PAS!
- Kelab malamnya didakwa hidang arak punca Awie melenting
- Jubah 'berahi' undang dosa...
- Seorang rakyat Malaysia sah terbunuh dalam krisis tebusan Algeria
- Mamat Khalid jatuh muflis?
- Andai BN kalah, Malaysia akan jadi seperti kisah politik di Perak
- Jangan jadi batu api, Soi Lek nasihat DAP
- RCI Sabah: Anwar dicabar jelas perkara sebenar
(Gambar) Lupa bercoli, payudara Britney Spears hampir terkeluar ketika bersiar-siar Posted: 23 Jan 2013 03:32 PM PST Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Ianya berlaku ketika beliau bersiar-siar di Beverly Hills, California Jumaat lalu. Bahagian sisi kanan payudaranya kelihatan tersembul keluar di sebalik bajunya. Spears yang tampil dengan gaya 'pony tail' pada rambutnya seolah-olah terlupa untuk memakai coli pada hari itu. Baru-baru ini, bekas juri X-Factor itu telah mengumumkan hubungannya dengan pengurus yang juga tunangannya, Jason Trawick sudah pun putus setelah menjalin hubungan semenjak dari Disember 2011 yang lalu. Spears berkata, "Jason dan saya telah memutuskan untuk membatalkan pertungangan kami." Katanya lagi, "Saya sentiasa menyayanginya dan kami akan tetap menjadi teman baik." Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Clik here to view. ![]() Clik here to view. ![]() | ||
(Video) Iklan Mercedes-Benz tampilkan model bikini Kate Upton...perghh! [Edisi Berdarah Hidung] Posted: 23 Jan 2013 08:02 AM PST Sebuah iklan terbaru Mercedes-Benz CLA menampilkan bintang model seksi Kate Upton, mendapat perhatian di YouTube, iklan ini sebenarnya akan tampil di Super Bowl XLVII pada 3 Februari. Iklan tersebut menampilkan Upton berdiri di kawasan sekitar tempat cuci kereta dan berposing dalam gerak slow motion ketika mencuci sebuah model baru Benz. Video tersebut dimuat naik di Youtube oleh akaun rasmi Mercedes-Benz USA. Video iklan tersebut sudah pun ditonton lebih dari 365 ribu pengujung Youtube, apa pula pendapat anda? | ||
Video terbaru Petronas...tak menyayat hati, tapi semai muhibbah! Posted: 23 Jan 2013 07:01 AM PST Pada November 2012, Petronas bersama pelajar-pelajar Universiti Petronas telah mengadakan program kemasyarakatan di sebuah kampung di Perak. Program yang diberi nama Sentuhan Kasih Deepavali ini memberi fokus kepada amalan kerjasama dan bantuan kepada yang tidak berkemampuan untuk mereka menyambut perayaan dengan semangat yang muhibbah dan gembira. Jom tonton apa yang telah berlaku pada hari tersebut! | ||
Husam jumpa minyak di Kelantan...wow! Posted: 23 Jan 2013 06:31 AM PST KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu. Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat. "Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini. "Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini. Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut. Baca juga : Petronas tak pernah kedekut pada rakyat Malaysia, tontonya di #Sentuhan Kasih "Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas," katanya. Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan. "Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan," katanya. | ||
(Pengalaman) Rimas dipeluk imam terlampau Posted: 23 Jan 2013 05:01 AM PST
Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik. A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau. Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama. Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan. Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempunyai satu tabiat yang saya tidak suka. Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan keadaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama. Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan 'alim' kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A. HILANG KEPERCAYAAN, Kedah Baca juga: '#Sentuhan kasih' Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya. Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru. Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas. Teori ini melihat input atau yang berupa rangsangan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku. Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu. Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain. Seterusnya, penyakit A boleh 'berjangkit' kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. Dalam konteks ini, persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu, Bandura juga menyatakan, individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku berkenaan. Adik boleh mengelak daripada terikut atau meniru perbuatan A dengan tidak menjadikan dia sebagai model atau contoh. Adik juga boleh mengelak daripada terbabit dengan perbuatan A. Proses memerhati dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku A tidak akan berlaku jika adik tidak terpengaruh dengan perbuatannya. Dr memahami mengapa adik sudah hilang kepercayaan kepada orang 'alim'. Pengalaman dan peristiwa kehidupan membentuk kepercayaan adik di sebalik kealiman seseorang tentunya ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A. Apa yang A lakukan adalah tingkah laku peribadinya. Ia tidak mewakili perbuatan atau sifat orang alim yang lain. Membuat generalisasi bahawa tingkah laku buruk A berlaku kepada orang alim yang lain boleh membentuk pemikiran tidak rasional adik. Seterusnya, tidak semua perbuatan A buruk. Contohnya, menjadi imam di surau adalah satu sifat terpuji. Hanya perbuatannya yang suka memeluk lelaki ketika tidur yang perlu diubah. Adik perlu juga melihat sifat positif A dan menjauhi sifat negatifnya. Ini memberi peluang kepada adik untuk melihat A dari perspektif berbeza. Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang munafik yang amat dibenci Allah SWT. Firman Allah yang maksudnya: "Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan." (An-Nisa': 108) Advertorial For that warm, fuzzy feeling in your heart. When was the last time you lent a helping hand to someone in need? Didn't that warm fuzzy feeling just fill up your day with joy and happiness? | ||
Raja Azmi mengaku bercinta dengan seorang pemuzik muda... Posted: 23 Jan 2013 12:01 AM PST Eksklusif kepada portal hiburan Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau kini sedang hangat di'lamun cinta dengan seorang pemuda berusia 27 tahun yang juga merupa seorang pemuzik. "Gosip tersebut benar. Yes, I'm in love with a young man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar benar caring" "Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua" Raja Azmi menambah yang hubungan beliau dengan pemuzik itu telah berlangsung selama sebulan — selain di'restui oleh keluarga dan anak anak beliau. Cinta itu tidak kenal usia bukan? Rotikaya | ||
Posted: 22 Jan 2013 11:31 PM PST Kebanyakan penyokong Pas menyifatkan tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengiringi Najib ke Gaza sebagai satu tindakan provokasi kepada parti tersebut. Nasharudin kini bersama rombongan Perdana Menteri di Palestin dan juga beberapa negara Arab. Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada Pas yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk PRU13. Tindakan Nasharudin yang bersama-sama dengan Najib itu akan dilihat sebagai satu tindakan yang amat bertentangan dengan prinsip Pas yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Ada sebilangan pemimpin Pas dikatakan khuatir jika penyokong parti memandang sinis terhadap pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terhadap Umno. Seorang pemimpin Pas tempatan yang ditemui pihak UtaraNews menggesa Majlis Syura mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nasharudin kerana didakwa khianat terhadap parti. "Kalau orang kuat Pas sendiri sokong Najib, bagaimana kalau jemaah-jemaah Pas mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi diatas..? "Ini pasti akan memberikan implikasi buruk kepada parti menjelang pilihanraya umum nanti.." kata beliau. Utaranews | ||
Kalimah Allah: PR sepakat tolak keputusan Majlis Syura Posted: 22 Jan 2013 11:15 PM PST PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas. "Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari. Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan. "Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat. "Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya. Meskipun begitu, Anwar tidak menolak hujah berkenaan kebimbangan umat Islam jika kalimah berkenaan disalahgunakan oleh pihak yang mahu menyebar dakyah songsang untuk mengelirukan masyarakat Islam. "Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar. "Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," katanya lagi. | ||
UMNO dituduh cetus kembimbangan Melayu......disebabkan PAS! Posted: 22 Jan 2013 11:01 PM PST IPOH – Pas Perak mendakwa Umno cuba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Pas melihat Umno sedang mereka-reka cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan bangsa lain dalam usaha mengekalkan kuasa di negara ini. Menurut beliau, apa yang dilalukan Umno merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengukuhkan kedudukan di mata rakyat dengan memomokkan orang Melayu menggunakan politik perkauman. "Umno telah menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu. Tindakan mereka sebenarnya akan menggagalkan semangat perpaduan kaum di negara ini yang telah dipupuk sejak 56 tahun lalu," katanya. Beliau berkata, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan tujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu sedikit sebanyak akan merapuhkan semangat perpaduan rakyat negara ini. Katanya, rakyat kini sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan parti itu akan lebih agresif meneruskan isu perkauman ini demi kepentingan politik mereka. "Saya yakin rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno. Sudah pasti mereka akan membuat keputusan demi kesejahteraan negara dan bukan politik murahan Umno," katanya. | ||
Kelab malamnya didakwa hidang arak punca Awie melenting Posted: 22 Jan 2013 10:31 PM PST Awie sedikit bengang dengan beberapa pihak dan blog yang mempertikai usahanya membuka sebuah kelab malam di Ipoh. Melalui Malaysian Digest, Awie meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada wartawan. "Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo, kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concorde. Untuk sembahyang ke?" Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau. "Mereka tak suap mulut saya dengan nasi!, so better stop this stupid question," tambah Awie dengan nada kesal. Sebuah blog sebelum ini mendedahkan kelab malam milik Awie itu menghidangkan arak dan menganjurkan pesta bikini. Blog tersebut juga memaparkan print skrin dari laman facebook kelab tersebut yang mewar-warkan promosi arak dan parti tersebut. | ||
Posted: 22 Jan 2013 08:32 PM PST Jika boleh, tolong berikan komen anda mengenai poster di atas…. Rasanya ada kebenaran bukan. Cuma kekadang perkara ini berlaku tanpa sepemakai menyedarinya… Mutiara Kata Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar (Pengasas Program Imam Muda); Terkadang anda perlu menutup mata,sekiranya anda tidak mampu menutup aurat orang lain. | ||
Seorang rakyat Malaysia sah terbunuh dalam krisis tebusan Algeria Posted: 22 Jan 2013 07:12 PM PST PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Algeria pagi ini mengesahkan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dilaporkan masih hilang, terbunuh dalam krisis tebusan di loji gas di In Amenas. Dilaporkan kebanyakan tebusan warga asing maut dalam kejadian berkenaan yang membabitkan kumpulan bersenjata. Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chong Chung Ngen. - NST | ||
Posted: 22 Jan 2013 06:45 PM PST KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menafikan dakwaan kononnya dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak kerana syarikat produksinya Naga VXS "lingkup" sejak dua tahun lalu sehingga diisytiharkan muflis. Mamat, 50, berkata, penghijrahan tersebut adalah permulaan baharu dalam kariernya selepas berdepan dengan beberapa masalah dalam operasi syarikat berkenaan. "Operasi Naga VXS sebelum ini ada beberapa sekatan. Saya perlu meneruskan kehidupan dengan memulakan perkara baharu. "Saya bersyukur kerana diberikan peluang kedua apabila dapat menubuhkan syarikat baharu yang kini diuruskan isteri saya iaitu Intan. "Sudah setahun syarikat Enjit Semut Productions ditubuhkan. Buat masa ini ia beroperasi di rumah kami di Ipoh, Perak," katanya. Mamat ditemui pada malam gala tayangan filem arahannya berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley di sini, malam Selasa. Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia diisytiharkan muflis gara-gara diperdaya dalam perniagaan, Mamat berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. "Saya bukan diperdaya atau salahkan sesiapa melainkan pengurusan yang tidak betul. "Ketika perniagaan syarikat itu bermula, kami masih baharu. Banyak yang perlu diperbaiki dan kehidupan harus diteruskan. "Kalau kita terus mengenang kesilapan lalu, takkan bergerak jadinya. Memilih langkah seterusnya adalah lebih penting," katanya. Mengenai perasaannya mengenai kemunculan filem terbaharu selepas tiga tahun menyepi, Mamat berkata, 2013 bakal menyaksikan segala usahanya selama tempoh itu dikongsikan kepada khalayak. "Selain filem ini, saya juga akan muncul dengan Rock Ooo, Apokalips, Zombie Kilang Biskut dan Rentaz. "Tahun ini segala usaha sepanjang tiga hingga empat tahun lepas akan menemui penonton," katanya yang berharap filem terbaharu itu dapat menyaingi kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memperoleh kutipan kasar RM7.90 juta. | ||
Andai BN kalah, Malaysia akan jadi seperti kisah politik di Perak Posted: 22 Jan 2013 06:31 PM PST TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam wacana bertajuk Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13 baru-baru ini membawa audiens merenung nasib bangsa sekiranya Melayu yang merupakan rakyat majoriti di negara ini, terus hilang kuasa. Tajuk sama juga pernah dibincangkan secara ringkas di ruangan ini menerusi dua artikel berbeza beberapa bulan lalu. Hakikatnya, orang Melayu dan kuasa amat berkait rapat dalam mencorakkan wajah sebuah negara bernama Malaysia. Tidak dinafikan sejarah memainkan peranan penting sebagai panduan atau sempadan kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan. Sama ada perkara ini diberi penekanan atau sebaliknya, terpulang kepada individu itu sendiri. Namun kita percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu. Malah, kita juga percaya bahawa kemenangan pakatan pembangkang ke atas lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008, iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah memberi banyak kesedaran kepada pihak pentadbir sedia ada. Kesannya, banyak tindakan telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memperbetulkan semula kesilapan yang berlaku. Apa yang pasti, usaha ini dilihat telah dilakukan bersungguh-sungguh terutama oleh pucuk pimpinan. Sebagai rakyat atau pengundi, tiada apa yang lebih menggembirakan selain mendapat perhatian daripada pihak yang diberikan kepercayaan serta harapan. Di sebalik sejarah kekalahan lima negeri tersebut, sebelum Perak berjaya dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) berikutan beberapa wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, mungkin masih ramai beranggapan apa yang berlaku sekadar `permainan politik.' Kisah Perak sewajarnya dijadikan teladan oleh semua orang Melayu di negara ini. Perak merupakan contoh terbaik kerana landskap politik dan populasi penduduknya adalah berada paling dekat untuk menggambarkan wajah Malaysia. Jika kita masih ingat, Perak yang didominasikan oleh DAP, telah melantik wakil Pas sebagai Menteri Besar. Pelantikan ini mungkin adalah sebahagian daripada janji yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum mereka bersedia untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan selain Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam masa sama, wakil Pas terpaksa dilantik kerana undang-undang negeri mensyaratkan hanya Melayu sahaja boleh menduduki kerusi Menteri Besar Perak. Pun begitu, apa yang berlaku di Perak selama 11 bulan pakatan pembangkang memerintah, tidak seperti diharapkan oleh orang Melayu. Hampir setiap keputusan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, seolah-olah hanya mengutarakan suara DAP. Pas dan PKR terpaksa menjadi penyokong setia. Keadaan ini kerana Exco DAP melebihi suara Exco Melayu yang mewakili Pas dan PKR. Lebih membimbangkan, sejak `mendapat kuasa' (walaupun setiap keputusan melalui suara Pas sebagai Menteri Besar), DAP semakin rakus dan melupakan janji-janjinya. Orang Melayu bukan sahaja terbiar tetapi terus tertinggal. Dalam konteks lebih besar, `janji' ini juga yang dicanangkan oleh DAP kepada rakyat Malaysia keseluruhannya jika pakatan pembangkang dipilih untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Meskipun bukan dalam kalangan wakil Pas seperti di Perak, mereka berjanji, Perdana Menteri yang akan dilantik juga seorang Melayu. Malah, nama individu tersebut telah diuar-uarkan sejak merasakan matlamat mereka semakin hampir. Mengambil kira perkembangan ini, tiada apa yang boleh diharapkan orang Melayu jika pakatan pembangkang benar-benar menang. Terlalu sukar sebenarnya untuk bergantung harap kepada Pas dan PKR berdasarkan pengalaman lalu. Maka, jika dengan apa yang berlaku di Perak dan situasi politik hari ini, orang Melayu masih tidak kisah tentang siapa yang memerintah, jangan disalahkan generasi akan datang jika mereka juga tidak bijak membuat pilihan. Utusan | ||
Jangan jadi batu api, Soi Lek nasihat DAP Posted: 22 Jan 2013 06:15 PM PST KUALA LUMPUR - MCA menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menuntut kerajaan membenarkan kalimah tersebut dalam kitab Bible versi bahasa Melayu sebagai berbahaya. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, tindakan Guan Eng tersebut jelas sebagai 'batu api' dan mungkin menyebabkan rakyat berbilang kaum negara ini bergaduh jika perkara ini tidak terkawal. "Dalam keadaan dan suasana yang tegang, beliau (Guan Eng) harap boleh menang. Isu ini jelas buktikan DAP memperalat kalimah ALLAH demi kepentingan politik. "Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana rakyat berbilang kaum dan setiap kaum perlu hormati sensitiviti masing-masing," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemimpin parti itu di Ibu Pejabat MCA, semalam. Sementara itu, Soi Lek berkata, MCA tidak bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan panel Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi kaji kewarganegaraan sebelum Merdeka. Katanya, perkara itu telah disepakati pemimpin ketika itu. Namun, Soi Lek berkata beliau meragui Tun Mahathir benar- benar serius semasa buat cadangan itu, memandangkan Tun Mahathir cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang. "Itu yang beliau cuba katakan. Saya baca kenyataan Tun Mahathir, saya tidak tahu kata-kata beliau itu serius atau sekadar jenaka. Kenapa perlu ada RCI jika diberi secara sepakat. Kerajaan beri kewarganegaraan kepada mereka berhak ikut undang-undang," katanya. Sinar | ||
RCI Sabah: Anwar dicabar jelas perkara sebenar Posted: 22 Jan 2013 06:01 PM PST KOTA BELUD 22 Jan. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. Beliau menegaskan, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu. "Beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah. Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau dalaman itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. "Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. "Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini hari ini. Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. "Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. "Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau 'ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itulah cara yang betul," katanya. Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata, penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr. Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman J. Luping. Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |