AL-Kesah AloQStaQ |
DESAKAN 1 : PR Menang, Anwar Umum Minyak Turun (BERAPA BANYAK TURUN??) Posted: 22 Jan 2013 05:09 PM PST Semua ahli politik bercakap bermanis mulut (menanam tebu dibibir), Ada yang bermanis mulut sikit-sikit, Ada yang bermanis mulut pertengahan saja, Ada yang bermanis mulut tahap gila babi punya ! Tak kiralah sama ada ahli politik Melayu, Cina, India, Islam, Tak Islam, Parti Islam, Parti Kebangsaan mahupun Parti Kelentong Rakyat ! Semuanya bermanis mulut (mengikut citarasa & tahap masing2) Anwar juga adalah seorang ahli politik.Anwar bagi aku di AloQStaQBlog , Anwar ni tergolong dalam manusia yang berpolitik dengan tahap bermanis mulut gila babi punya, janjinya amat dahsyat, ditabur umpama janji itu semua boleh dilaksanakan sekelip mata (ala-ala dengan hanya mengetik jari saja! Pling!!! terus terlaksana ! ...) Bahkan, ada yang memerhati bahawa janji-janji si Anwar itu hanyalah khayalan semata-mata .... Semuanya bukan berpaksikan pada realiti sebenar. Analoginya, seumpama seekor iblis berjanji akan membantu serta menurut perintah manusia jika ia disembah oleh manusia... Maka, ada manusia bodoh yang terpesona dan terpedaya dengan janji manis si iblis, maka disembahnya iblis tersebut dan akhirnya iblis itu gelak guling-guling melihat kebodohan manusia yang menyembahnya - dan kesannya? manusia itu secara terang-terang telahpun mensyirikkan Allah Yang Maha Esa. Ini hanyalah contoh yang mudah untuk difikirkan kita bersama. Begitulah seadanya janji-janji melangit yang ditaburkan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat. Segalanya nampak indah, tetapi untuk merealisasikannya adalah sukar dan tidak termampu. Lihat sahaja janji-janjinya kepada orang India kampung di Kampung Buah Pala, Penang yang telahpun siap dengan bukti video. Lihat sahaja, bagaimana orang-orang kampung tersebut sudah terpedaya dengan janji Anwar terang-terangan ! Akhirnya kampung mereka ranap dibaham jentolak. Padahal janji Anwar kepada mereka amatlah jelas (sebelum pilihanraya ke-12 dahulu). Ingat lagi ? Kalau lupa, bolehlah tonton video di bawah sampai habis ... Jadi, untuk posting kali ini, AloQStaQBlog ingin menyeru semua rakyat Malaysia agar bersama-sama mendesak Anwar Ibrahim menyatakan pendirian dan janjinya secara jelas (dalam menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan berlangsung beberapa minggu lagi) ... DESAK ANWAR DENGAN BERTANYA : BERAPA SEN / PULUH SEN / BERAPA RINGGITKAH HARGA MINYAK AKAN DITURUNKAN SEJURUS SAHAJA (seandainya) PAKATAN MENANG PRU-13 DI PERINGKAT PUSAT ? Sila nyatakan dengan jelas untuk pakar ekonomi membuat pengiraan untung-rugi Negara Malaysia seandainya benar-benar janji itu dilaksanakan. Jangan pula Anwar hanya sekadar mampu berjanji untuk menurunkan 1 sen untuk RON97 dan mungkin hanya 2 sen untuk RON95 ! ... Itu memang la turun harga minyak, tetapi penurunan sekadar di bawah RM 1, hanyalah seumpama menipu rakyat sahaja ! Tak sepadan langsung dengan jerih perih rakyat memangkah kertas undi untuk PR! Setidak-tidaknya Anwar berani menyebut SEKARANG bahawa Pakatan Rakyat akan menurunkan setidak-tidaknya RM1.10 dari harga minyak sekarang ! BARULAH BERBALOI DENGAN HARGA SETIAP UNDI DAN MANDAT YANG RAKYAT BERIKAN KEPADA PAKATAN ! Hahaha ! Ada berani ???? ... Katanya Anwar tu pakar sangat dalam hal ehwal ekonomi negara , sila berikan figure yang paling tepat supaya rakyat dapat buat penilaian sewajarnya !!! BOLEH ??? Setakat ini dahulu desakan pertama dari AloQStaQBlog ... Posting akan datang : Desakan kedua mengenai SUSUNAN JEMAAH MENTERI KABINET (BAYANGAN) PAKATAN RAKYAT ... akan AloQStaQBlog usulkan kemudian ... Ada berani ANWAR menjawab desakan pertama AloQStaQBlog ini ???? AloQStaQBlog ... Selasa 22-JAN-2013 10:10 Mlm |
Graduan MESIR Masuk DAP, kini Insaf ... Alhamdulillah ! Posted: 22 Jan 2013 09:01 AM PST Mari kita layan Video terbaik ini ... Alhamdulillah, anak muda ini sudah sedar ... Yang lain-lain tu bila nak sedaq ??? Harap-harap ahli-ahli PAS, PKR dan DAP cepat-cepat insaf macam anak muda ini ... tinggalkan Pakatan Rakyat SEKARANG juga ! Jangan jahanamkan masa depan Malaysia di tangan Pakatan Rakyat !!! ... Video ini diambil tanpa kebenaran dari laman blog sahabat : Abu Aqif Studio. TQ! AloQStaQ 23 JAN 2013 RABU 1:01 Pagi |
You are subscribed to email updates from AL-Kesah AloQStaQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |