Cucu Tok Selampit |
- Sebab Utama Lim Guan Eng & Betty Chew Tidak Mahu Bertanding Lagi Di Melaka
- Terkini!!! Demo PAS Di Hadapan Pejabat Karpal Singh
- AJK PAS Pusat, Idris Ahmad Kata "Negeri Sarawak Sekolah Dalam Reban Ayam"!
Sebab Utama Lim Guan Eng & Betty Chew Tidak Mahu Bertanding Lagi Di Melaka Posted: 22 Jan 2013 06:34 AM PST Melihatkan Himpunan Biru di Melaka malam ini, adakah Joseph Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew berani untuk bertanding di Melaka di dalam PRU13? Seseorang yang bukan kelahiran Pulau Pinang seperti Joseph Lim begitu angkuh mendabik dada tidak membenarkan penggunaan nama Pulau Pinang dan Penang tanpa kebenaran Kerajaan Negeri. Apa dia ingat Pulau Pinang bapak dia yang punya? Kalau anak jantan, baliklah ke Batu Pahat atau mana-mana DUN di Melaka untuk bertanding. Takkan seumur hidup hendak menjadi Tokong di Pulau Pinang? Gambar-gambar di atas adalah diambil di Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru Negeri Melaka yang dihadiri lebih 30,000 rakyat yang akan disempurnakan oleh TS Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Presiden UMNO. Kehadiran lautan rakyat malam ini menjadi manefestasi sokongan padu rakyat kpd BN pada PRU13. Agak-agak DAP atau Shamsul Kemetot masih bercita-cita untuk menawan Melaka? |
Terkini!!! Demo PAS Di Hadapan Pejabat Karpal Singh Posted: 21 Jan 2013 07:17 PM PST Kira-kira pukul 9.35 pagi tadi sekumpulan penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS berkumpul di hadapan pejabat guaman Karpal Singh & Co, Jalan Green Hall, Georgetown bagi membantah campurtangan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah. Mereka diketuai oleh Mantan Ketua DPP Pulau Pinang, Saudara Hafiz Nordin. Mereka kelihatan berarak dari perkarangan Dewan Seri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh 80 meter dengan membawa plakad dan banner. |
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad Kata "Negeri Sarawak Sekolah Dalam Reban Ayam"! Posted: 21 Jan 2013 06:11 PM PST Kenyataan di atas dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad di dalam laman sosial Facebook beliau. Kenyataan kurang ajar dan tidak bertamadun ini dipetik dan disiarkan oleh Harakahdaily yang haprak. CTS tidak tahu kalau ini bukan penghinaan, apa lagi. Idris Ahmad menulis, Negeri Pahang merempat! Idris Ahmad menulis negeri Sarawak bersekolah di dalam reban. Begitu hinakah Rakyat Sarawak sehingga sanggup melabelkan mereka bersekolah di dalam reban? Jadi tidak hairanlah apabila Rakyat Sarawak mengajar parti PAS ini dengan menolak secara besar-besaran parti PAS PIS PUS ini di dalam Pilihanraya Negeri yang lalu. Rakyat Sarawak juga tidak lupa, sebelum ini Presiden PAS pernah menghina kaum Iban di Sarawak. Kenapalah hina sangat cawat kaum Iban di Sarawak di kacamata Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Haji Hadi berkata orang Iban di Batang Air yang bercawat tu tak reti (sama dengan bodoh) membuang undi. Bukankah itu pakaian tradisi sebilangan besar suku kaum di Sabah dan Sarawak, juga masyarakat Orang Asli di Semenanjung? Kenapa begitu sekali penghinaan pemimpin-pemimpin PAS terhadap masyarakat Sarawak. CTS yakin dan pasti, Rakyat Sarawak sekali lagi akan mengajar parti PAS PIS PUS di dalam PRU13 akan datang. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |