Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Datuk Fauzi Keluar PAS Kerana Dipaksa Berbaiah, Hukum Cerai Yang Dibuat Main Dalam PAS

Posted: 22 Dec 2012 08:00 AM PST



Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS dahulunya telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping kepada Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Namun sekarang, kita dikejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. 
"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"
CTS mengharapkan Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO kalau beliau keluar dari parti PAS pada masa terdekat. Ini kerana dikhuatiri pasti ada suara-suara sumbang bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi. Namun itu bukan isunya di sini. Persoalannya, apakah bai'ah benar-benar wujud di dalam PAS seperti didakwa Datuk Fauzi? Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pernah menafikan dengan berkata, "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin." (Rujukan di sini). 

Namun Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang tidak pula menafikannya. Beliau pernah dipetik berkata, "Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. Sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat maka akan celaka dunia dan akhirat." (Rujukan di sini)

Bukti Bergambar - Ribuan Membantah Penahanan Umar Abdul Aziz Di Penjara Kajang

Posted: 22 Dec 2012 06:52 AM PST

Gegak gempita ruangan laman sosial dan blog apabila budak sekolah Umar Abdul Aziz dijatuhkan hukuman penjara sebulan di penjara Kajang akibat tindakannya semasa operasi duduk bantah "Occupy Dataran" tempoh hari. Rata-rata juak Pakatan Haram mula mempertikaikan hukuman penjara ke atas pelajar berkenaan. Adakah betul beliau tidak bersalah? Memetik kata mentor saya, si budak sekolah Umar itu bukannya disabitkan atas kesalahan "Occupy Dataran"! Dia disabitkan atas kesalahan menghalang kerja penjawat awam. Semasa bicara beliau diwakili oleh peguam. Kalau berani buat, beranilah tanggung.

Terdapat ura-ura bahawa mahasiswa-mahasiswa yang tidak cukup akal ini, sekali lagi akan kembali memenuhi Dataran Merdeka mulai esok. Mereka akan berkhemah semula seperti projek "Occupy Dataran" tempoh hari. Tak tahulah kenapa bebudak ini suka sungguh menyemak di Dataran Merdeka. Menyusahkan orang pergi kerja hari Isnin ini.

Berbalik kepada protes besar-besaran yang kononnya dilakukan di hadapan Penjara Kajang. CTS ingatkan sambutannya beribu-ribu orang kalau tidak berpuluh-puluh ribu. Al maklumlah semangat di laman sosial dan blog begitu membara. Namun apabila melihat gambar-gambar yang diletakkan di dalam blog-blog pembangkang ... cehh!!! Semangat pembelaan Umar taik kucing apa kalau macam ini punya sambutan?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>