KEPAL NASI KEPAL BERAS |
ANWAR MENGADAP PM DS NAJIB UNTUK MOHON MAAF!!?? Posted: 21 Jan 2013 08:00 AM PST Penyokong opportunis kiasu ini besar kemungkinan akan menyokong BN kali ini. Sudah masuk tahun ke-5 mereka membuat pelbagai tuntutan dan desakan. Sebahagian besar dari tuntutan yang dilakukan sudah pun dipenuhi. 2 matlamat utama mereka sudah pun tercapai. Tuntutan supaya sekolah vernakular diperkasa sudah berjaya dipenuhi. Peruntukan turun mencurah-curah. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil turut mendapat pembelaan. Liberalisasi ekonomi juga telah memberi advantage yang besar kepada komuniti perniagaan yang didominasi oleh kaum cina. Puak opportunis kiasu ini walaupun tidak pernah memuji kerajaan, tapi mereka pasti berpuas hati dengan apa yang sudah diperolehi. Apa yang mereka perolehi ini tidak mungkin akan diperolehi lagi jika kerajaan ini ditukar kepada kerajaan PR kerana "mereka juga amat sedar", jika pembangkang berjaya memenangi PRU13, tidak mungkin mereka akan menang besar sehingga memperoleh 2/3. Jika kita andaikan PR menang, kerusi yang dimenangi tidak mungkin melebihi 120 kerusi. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kerajaan PR yang bakal dibentuk nanti adalah kerajaan yang terlalu lemah dan "fragile". Sudah pasti situasi politik akan menjadi lebih tidak stabil daripada hari ini jika keadaan tersebut berlaku. Untuk menentukan siapa yang harus jadi PM pun mereka akan menghadapi masalah besar, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negara yang terpaksa berhadapan dengan lebih 100 ahli parlimen BN yang sudah masak dengan selok-belok pentadbiran. Pengamal demokrasi di negara ini tidak mampu membezakan antara kepentingan politik dan kepentingan negara. Politik mereka terbawa-bawa hingga ke tidur. Sebab itulah sesebuah kerajaan yang ingin diwujudkan "di dalam situasi dan acuan negara ini" mestilah sebuah kerajaan yang mendapat mandat besar dan kuat. Tidak seperti di Britain, menang dengan kelebihan 1 kerusi pun politik mereka tetap stabil dan pentadbiran kerajaan tidak terganggu kerana pengamal politik di sana tahu batas dan pendulum berpolitik yang harus diamalkan. Dapat dibayangkan betapa tidak stabilnya politik negara ini jika kerajaan yang dibentuk selepas PRU13 nanti adalah sebuah kerajaaj yang lebih lemah kedudukannya dari kerajaan yang ada pada hari ini. Golongan opportunis kiasu tidak mampu bertahan di dalam situasi ketidakstabilan yang berpanjangan kerana mereka sedar, kerana 2 agenda utama mereka lambat laun pasti akan terjejas disebabkan ketidakstabilan politik yang berpanjangan. Situasi sebegini terlalu berisiko tinggi bagi mereka. Terlalu mahal harga yang harus dibayar jika mereka sekali lagi bertindak melemahkan kerajaan BN yang ada, hanya semata-mata untuk mendapatkan situasi "kuasa tawar-menawar", sedangkan kuasa tawar-menawar yang mereka perolehi pada PRU12 yang lalu sudah pun menghasilkan apa yang mereka matlamatkan bersama melalui pelbagai desakan dan tuntutan yang dilakukan selepas PRU12. Pada pengamatan jurublog, puak opportunis kiasu ini mempunyai pengaruh yang amat kuat di kalangan pengundi cina. Kekuatan pengaruh mereka melebihi kekuatan pengaruh DAP, MCA mahupun Gerakan. Pengundi kumpulan opportunis kiasu inilah yang dimaksudkan dengan "undi en-bloc". Jika kumpulan ini mengarahkan sokongan mereka kepada DAP, maka MCA dan Gerakan pasti tergolek. Jika kumpulan ini mengarahkan sokongan kepada MCA dan Gerakan, DAP pula akan "tergolek anjing". Puak inilah pada pandangan jurublog yang akan kembali mengarahkan sokongan mereka kepada BN dalam PRU13 akan datang. Puak inilah yang amat "analytical" pemikirannya. Puak inilah yang sentiasa dan akan terus mengimbangkan kedudukan dan survival bangsa mereka. Bukan MCA, bukan Gerakan dan bukan DAP. Parti-parti chinese based ini hanyalah tonggangan mereka. Jika situasi berhadapan dengan bukit yang tinggi mereka akan pakai 4wheel drive. Jika memandu dalam situasi perbandaran mereka akan guna kenderaan 2wheel. Bukit yang tinggi sudah pun mreka lepasi dan mereka sudah sampai di pinggir perbandaran. Mereka tidak mungkin akan guna 4wheel yang dipandu oleh Lim Kit Siang lagi. Laluan berisiko sudah dilepasi dan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sepenggal lagi. Mereka akan guna kenderaan 2wheel MCA kembali. Dengan sebahagian dari pengundi asal UMNO telah kembali menyokong UMNO, dan ditambah pula undi "en-bloc" dari opportunis kiasu yang menggunapakai kembali kenderaan 2wheel panduan MCA, insyaallah BN akan kembali mendapat mandat 2/3. Perlu diingat, Jika berlaku "swing votes" kepada BN sebanyak 7%, ia sudah memadai untuk BN memperolehi mandat 2/3. Listen.!..listen.!..listen..!.. Perjudian Anwar bertindak menyokong kalimah Allah "untuk disyirikkan maksud dan penggunaannya" adalah langkah berjudi paling desperado yang pernah dilakukannya. Kalau menang, akan menang besar. Kalau kalah akan terus muflis. Semua ini dilakukan adalah semata-mata untuk membendung dari berlakunya "swing votes" secara "en-bloc" kepada BN dari kumpulan ini. Sentimen agama dinyalakan. Jika "Allah yang menjadi penguasa sekelian alam" pun turut dijadikan bahan politik, apa sangatlah kalau setakat untuk mempermainkan DS Najib dan DS Rosmah. Tapi tunggulah ketikanya. Pembalasan pasti akan terjadi, tidak lewat dan tidak cepat walaupun sesaat!, |
PEMIMPIN DAN ORANG MELAYU TOLONGLAH BACA INI WALAUPUN PANJANG!!!!! Posted: 20 Jan 2013 08:31 PM PST Dalam pakatan pembangkang, penyokong mereka boleh dibahagi kepada 5 jenis kumpulan; 1. Penyokong taksub PAS 2. Penyokong takjub PKR@Anwar 3. Penyokong rasis DAP 4. Penyokong opportunis/ chauvinis DAP 5. Penyokong "tak bertuan".(diulas kemudian) Penyokong kategori 1,2 dan 3 memang tak boleh buat apa dah. Berikhtiar untuk mendekati golongan ini samalah seperti kita berusaha untuk mensunnikan orang syiah. Jika mati hidup balik, mungkin baru mereka tukar pendirian kerana dah lalui kehidupan sebenar dalam kubur. Penyokong kategori 4 ini adalah sekumpulan pengundi yang sentiasa "mengintai-ngintai" peluang dari segenap sudut. Kumpulan ini adalah kumpulan dipimpin oleh god of gambler. Mereka hanya menjadikan DAP, MCA atau Gerakan sebagai platform atau jambatan. Keutamaan mereka bukan politik, tapi "opportunity". Siapa, bila dan mengapa ia memberikan sokongan samada kepada DAP, MCA atau Gerakan, bergantung penuh kepada "opportunity" yang muncul pada satu-satu masa, untuk memastikan perjuangan "chauvinis kiasu" mereka boleh mencapai matlamat. 2 Matlamat terbesar kumpulan ini ialah "survival ekonomi dan pendidikan anak bangsa" mereka. Keputusan atau pendirian sokongan kumpulan ini berpaksikan kepada 2 matlamat ini. Jika pada "satu-satu ketika itu", matlamat ini lebih mudah dicapai melalui sokongan kepada MCA dan Gerakan, maka DAP akan hanya boleh menang di kawasan seperti Kepong dan yang sewaktu dengannya. Sila rujuk kepada keputusan PRU 1999. Jika pada "satu-satu ketika itu", matlamat ini boleh dicapai dengan "memulaukan" MCA dan Gerakan secara besar-besaran dan memindahkan sokongan mereka kepada DAP, maka MCA dan Gerakan hanya akan mampu bertahan di kawasan-kawasan majoriti melayu yang ditandingi. Sila rujuk kepada keputusan PRU 2008. PRU 1999 dan 2008 boleh dibuat kajian jelas, bagaimana strategi golongan chauvinis kiasu ini "menggunakan dan memanafaatkan" setiap "kuasa undi" yang mereka miliki. Ada juga kelaziman ini yang gagal berfungsi dan tidak menurut kelaziman ini. Kelaziman ini akan "mansuh" dan tidak berfungsi hanya di atas SATU(1) FAKTOR, IAITU FAKTOR PENGUNDI MELAYU! Jika pengundi melayu berpecah hampir seimbang, iaitu pada ratio 50:50, 55:45 atau 60:40, maka sokongan kumpulan ini akan mengikut trend pengundian seperti PRU 1999 atau pun PRU 2008. TETAPI, jika secara keseluruhannya UNDI melayu bersatu ke tahap 70% atau lebih melalui UMNO, maka trend pengundian kumpulan "chauvinis kiasu" ini akan termansuh dan tidak berfungsi lagi sepenuhnya. Jika berlaku kelaziman atau trend sokongan melayu seperti ini, golongan "chauvinis kiasu" ini akan "mati akal". Kelemahan puak "chauvinis kiasu" ini adalah pada "kesatuan undi" pengundi melayu. Jika pengundi melayu bersatu, puak chauvinis kiasu ini akan menjadi seperti "Sipitung tertembak peluru emas Belanda". Hilang dan mansuh kekebalan mereka. Jika DAP hanya menang di Kepong dan kawasan yang sewaktu dengannya, itu tandanya kumpulan "chauvinis kiasu" sudah terkena "peluru emas Belanda". Jika MCA dan Gerakan hanya menang di kawasan yang disubsidikan oleh orang melayu, itu menandakan bahawa perpecahan undi melayu yang hampir seimbang di antara UMNO dan pembangkang, telah berjaya dimenafaatkan sepenuhnya oleh kumpulan "chauvinis kiasu" ini untuk mengambil segala peluang dan kesempatan di atas perpecahan undi melayu yang berlaku. Perlu diingat, kumpulan chauvinis kiasu ini tidak semestinya akan menumpahkan sokongan mereka kepada DAP, jika berlaku perpecahan undi melayu yang ketara. Ia bergantung kepada di mana lebih mudah mendapat peluang dan ruang untuk mencapai 2 malamat utama kumpulan ini, iaitu pendidikan dan ekonomi. Rujuk kembali kepada trend keputusan PRU1999 dan PRU2008. Ke dua-dua keputusan PRU ini menunjukkan berlaku kemerosotan ketara undi melayu terhadap UMNO. Tetapi, trend pengundian puak "chauvinis kiasu" ini amat bertentangan. Pada PRU1999 mereka menumpahkan segala sokongam mereka kepada BN, tetapi pada PRU2008 mereka menumpahkan segala sokongan mereka kepada Barisan Alternatif. Atas faktor apakah puak "opportunis kiasu" ini membuat perkiraan yang berbeza di dalam situasi perpecahan undi melayu? PRU1999 Tun M dan UMNO tiada banyak pilihan kerana melayu terbahagi dua disebabkan keributan yang dibuat oleh Anwar. Demi untuk mengekalkan kuasa melayu, sokongan pengundi bukan melayu harus digembeling sepenuhnya menyokong BN. Di saat itulah puak opportunis kiasu menggunakan kesempatan dan peluang keemasan yang muncul. Ekonomi merudum yang memberi kesan besar kepada komuniti perniagaan yang dikuasai oleh mereka memerlukan sokongan kerajaan. Puak opportunis kiasu ini berpendapat mereka wajib untuk bersama kerajaan bagi memulihkan ekonomi mereka. Di saat itu jugalah mereka berjaya memperjuangkan kewujudan "Universiti Tunku Abdul Rahman", seiring dengan kewujudan UiTM. Pada PRU2008, mereka beralih menyokong DAP dan meninggalkan MCA dan Gerakan lemas sendirian juga adalah di atas faktor kelemahan sokongan pengundi melayu terhadap UMNO. Melayu "hilang kepercayaan terhadap kepimpinan" ketika itu. Ia juga turut dipersetujui oleh bukan melayu. Sebaliknya, pada tahun 1999, UMNO lemah disebabkan oleh kebencian terhadap Tun M yang disuburkan oleh Anwar melalui asbab pemecatannya. Bukan disebabkan kepimpinan UMNO yang lemah. Malah kaum bukan melayu amat yakin dengan kepimpinan Tun M, walaupun beliau ketika itu diasak oleh orang melayu yang marah dengan tindakan memecat Anwar. Golongan opportunis kiasu menghormati kepimpinan yang kuat. Perkara ini ada pada diri Tun M. Itu sebab mereka bersama BN pada PRU 1999. Sebaliknya, golongan opportunis kiasu akan bertindak "membuli" "kepimpinan melayu" yang lemah melalui pelbagai desakan dan permintaan. Desakan dan permintaan amat berkesan melalui kaedah "bargaining power". Kuasa tawar-menawar inilah yang diwujudkan oleh puak opportunis kiasu untuk mengambil kesempatan dari "kepimpinan melayu" yang lemah. Situasi inilah sebenarnya yang dihadapi oleh Pak Lah. Kuasa tawar menawar puak opportunis kiasu ini bukan lahir dengan sendiri, tapi ia wujud dari perpecahan undi melayu juga. Kuasa tawar-menawar ini tidak dominan tapi ia sungguh menyakitkan macam "bisul nak meletus atau macam orang mengidap sakit gigi". Kuasa tawar menawar ini tidak boleh bertahan lama dan tidak boleh dijadikan senjata untuk melakukan desakan sepanjang masa. Puak opportunis kiasu "sedar akan perkara ini". Mereka sangat bijak. Ini yang gagal dianalisa dan dijadikan pelajaran oleh "golongan pentaksub politik" di kalangan melayu! Prinsip politik melayu politik bakar kelabu, tapi "politik chauvinis kiasu" adalah politik opportunis. Di mana ada lombong emas yang boleh diusahakan di situ mereka akan berkampong. Politik melayu pula, di mana ada gula di situ melayu "berpusu-pusu". Melayu "malas berfikir", siapa yang menabur gula di sebalik longgokan yang bertimbun tidak pernah cuba untuk difahami. Akhirnya semut mati kerana gula. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |