BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Pelajar perempuan dinoda ayah dan tujuh rakan sekelas
- DS Anwar 'dibodohkan' dalam twitter berikut isu hantu di UiTM #Lendu
- Uji Rashid ada masalah - Ramli MS
- @afdlinshauki mungkin digam stesyen TV, PDO buat lawak kontroversi suam-suam kuku!
- Hanya 6 guru mohon kebenaran aktif berpolitik
- Pengguna rokok elektronik terdedah pelbagai penyakit kronik
- 4 tahun puaskan nafsu mat-mat rempit...
- Beranikah Nik Aziz merentas aura Anwar sebagai PM?
- Kalimah Allah: Rahmat disebalik gesaan Lim Guan Eng
- PAS bidas Karpal, keputusan Majlis Syura kekal
- Punca PKR tolak keputusan Majlis Syura PAS...
- Artis tempatan teguk arak pucat lesi bila sedar diperhatikan!
- Wajah mirip ibu alasan bapa gersang 'ratah' tubuh anak gadis sendiri
- Setiap keganasan di perhimpunan berpunca dari polis kata Ambiga
Pelajar perempuan dinoda ayah dan tujuh rakan sekelas Posted: 20 Jan 2013 02:31 PM PST
Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu. "Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki. "Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang," katanya. Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun. "Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol. "Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini. "Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya," katanya. Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah. "Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya," katanya. Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah. "Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya. "Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan," kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini. | ||
DS Anwar 'dibodohkan' dalam twitter berikut isu hantu di UiTM #Lendu Posted: 20 Jan 2013 07:33 AM PST Nampaknya…dari sesuatu yang menyeramkan…isu hantu dan kes rasuk di UiTM Lendu, Melaka sudah ada sedikit unsur-unsur lawak politik. Bila sebut hantu…dan dipolitikan…sudah tentu ada yang akan melawak dengan mengaitkan aspek pengundi hantu. Itulah yang berlaku apabila sebuah akaun parodi Twitter – Marian Hetro ?@mhetromy cuba melawak kes rasuk di UiTM Lendu dengan menggunakan status berikut: PRU13: Bersih mahu SPR siasat dakwaan pengundi hantu di UiTM #Lendu. Marian Hetro Hashtag yang digunakan adalah #Lendu yakni salah satu hashtag yang trending beberapa hari lalu ketika UiTM di Melaka itu dikatakan dilanda kes histeri dan rasuk seperti yang dilaporkan Mynewshub. (Baca: Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter) Yang lawaknya…Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki hampir 233,000 pengikut di akaun Twitternya, memilih untuk respon kepada dakwaan yang dibuat @mhetromy apabila ada pihak mention tweet itu kepada beliau. Gaya bahasa siap ada ! …macam marah aje…cuba tengok: Mungkin Anwar ingat ia adalah tweet akhbar terkuat negara ini, Harian Metro kot. Sabar datuk seri…kalau ada hantu kat UiTM Lendu pun…mungkin diaorang pun tak faham RCI dan Pati kat Sabah itu apahal. Pasal hantu tak perlu hendak pohon Mykad… Sebagai seorang yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri, tak perlulah respon kepada akaun parodi dari ratusan ribu akuan yang menjadi pengikut datuk seri. Punya ramai-ramai…boleh yea datuk seri respond pada lawak pengundi hantu dan hantu UiTM Lendu… Menarik jugaklah bila Anwar Ibrahim pun boleh terpalit sikit isu hangat rasuk di UiTM Lendu…. - mynewshub | ||
Uji Rashid ada masalah - Ramli MS Posted: 20 Jan 2013 07:00 AM PST PETALING JAYA:Kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut. Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS yang diberi tanggungjawab memimpin persembahan pada malam berkenaan sebagai Pengarah Muzik. "Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat "bunyi" yang ditentukan. "Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku. "Pihak jurutera yang terlibat dalampersembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah," katanya sepertidisiarkan dalam program Melodi pada Ahad. Beliau diminta menjelaskan kemelut Uji Rashid dan TV3 yang masih belum reda apabila penyanyi itu kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi pihak Yuna yang ketika itu berada di Amerika Syarikat atas urusan album. Pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat. Lagu berkenaan akirnya diumumkan sebgai Juara Lagu AJL27. Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai. Malah stesen itu juga dikatakan bersikap kurang sopan kerana masih tidak memohon maaf terhadap perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yangturut kesal dengan kejadian itu. Ramli memberitahu berdasarkan kepada penelitiannya terhadap ketidakupayaan Uji untuk membuat persembahan itu, beliau telah memberi nasihat kepada pihak TV3 untuk diputuskan. "Selepas menilai suara dan keupayaan Uji, saya terangkan kepada pihak TV3 beberapa perkara tertentu dan terpulanglah kepada mereka untuk membutat keputusan (sama ada terus menggunakan khidmat Uji ataupunmenggantikan dengan orang lain)," katanya. Sementara itu Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam reaksinya menerusi rancangan hiburan itu berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara berhemah apabilapihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan keputusan berkenaan. Katanya, satu perbincangan telah diadakan di dalam sebuah bilik yag dihadiri oleh beberapa pihak dan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Yuna sendiri. "Kami telah panggil dia (Uji) di dalam bilik dan kami jelaskan kepadanya beberapa perkara termasuklah sebab-sebab keputusanmenggugurkannya dibuat," ujarnya. Mstar Online | ||
@afdlinshauki mungkin digam stesyen TV, PDO buat lawak kontroversi suam-suam kuku! Posted: 20 Jan 2013 05:01 AM PST Pahang Daily Online (PDO) hari ini mengeluarkan satu artikel kontroversi, yang dia sendiri harapkan jadi kontroversi dengan mengatakan Afdlin Shauki mungkin akan digam stesyen TV akibat menggunakan lawak Listen, listen, listen dalam persembahannya bersama Boboi dalam Maharajalawak Mega 2012. Alasannya lawak Afdlin akan memalukan kerajaan kerana Afdlin adalah orang UMNO. Boleh baca artikel kontroversi yang tak berapa kontroversi dari mereka di SINI. Heh! Kesian betul PDO ni, sudah penuh di ruangan internet, facebook, twitter berkenaan Sharifah Zohra yang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan juga pendirian kerajaan, lagi nak mensasikan isu kebudak-budakan ni... Be matured la.. Layan la persembahan terbaik BoBoi | ||
Hanya 6 guru mohon kebenaran aktif berpolitik Posted: 20 Jan 2013 04:01 AM PST JOHOR BAHRU - Kementerian Pelajaran hanya menerima enam permohonan dari pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk melibatkan diri dalam politik. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, permohonan kurang memberangsangkan itu berkemungkinan disebabkan mereka bimbang dikenakan tindakan sekiranya terlibat dengan aktiviti sedemikian. "Mungkin mereka (guru) takut dedahkan identiti sedangkan mereka tidak perlu ragu-ragu kerana kerajaan tidak akan mengambil tindakan. "Contohnya, tiada tindakan diambil terhadap pelajar yang aktif berpolitik selepas pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilakukan. Jadi, sebaik-baiknya, minta kebenaran jika hendak berpolitik dan jangan bawa hal politik ke dalam sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Bual Bicara Strategik Penyatuan Umat Islam Bersama Pesara Guru Negeri Johor, di sini, hari ini. Mulai 1 Ogos 2010, kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 membabitkan diri dalam politik dengan syarat kebenaran rasmi perlu dibuat terlebih dahulu. Beliau berkata, kebenaran berpolitik dengan syarat tidak memegang jawatan penting seperti pengetua dan pegawai pelajaran itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis pemimpin selain melambangkan tugas guru sebagai pemimpin bukan sekadar di bilik darjah tetapi di peringkat masyarakat. Sementara itu, Mohd Puad berkata, dialog Kabinet berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diadakan 30 Januari ini bagi membincangkan mengenai pelaksanaannya. Dialog itu, katanya, merupakan sesi terakhir perbincangan sebelum pelan tersebut dikemukakan kepada kabinet untuk diluluskan. September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan. Mengenai perbuatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, Johor Baharu menawarkan diskaun yuran komputer bagi menggalakkan ibu bapa membayar yuran terbabit menggunakan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100, beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pelajaran Johor untuk menyiasat dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap sekolah itu. Beliau berkata, perbuatan itu melanggar pekeliling yang dikeluarkan dan kementerian tidak mahu perbuatan seumpama itu dijadikan isu oleh ibu bapa para pelajar. - Bernama | ||
Pengguna rokok elektronik terdedah pelbagai penyakit kronik Posted: 20 Jan 2013 03:00 AM PST BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. "Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini. Liow berkata sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet. "Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya. Pada perkembangan berkaitan, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat. Katanya tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat pendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik. "Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat. "Kita berharap rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak membuat senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari dan menjauhi tabiat yang boleh merosakkan kesihatan seperti merokok," katanya. - Bernama | ||
4 tahun puaskan nafsu mat-mat rempit... Posted: 19 Jan 2013 11:01 PM PST
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya. Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya. "Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. "Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar. "Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya. webberita.com | ||
Beranikah Nik Aziz merentas aura Anwar sebagai PM? Posted: 19 Jan 2013 10:31 PM PST KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memutuskan sama ada beliau mahu bertanding kerusi Parlimen atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang dihasratkan oleh kelab penyokongnya di Bachok. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bertanding di mana-mana kerusi itu adalah pilihan diri beliau sendiri untuk membuat ketetapan walaupun ia menjadi hasrat rakyat bagi melihat Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen nanti. "Itu kita kena serahkan kepada Tok Guru (Nik Aziz) sendiri untuk putuskannya. Apa-apa beliau yang lebih tahu. Kita menerima keputusan tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas hasrat Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia yang mahukan Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen untuk membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri dalam kerajaan nanti jika Barisan Nasional tumpas pada PRU13. Kenyataan Mohd Amar yang juga Adun Panchor itu, bukannya tidak menyokong hasrat kelab tersebut supaya Nik Aziz menjadi perdana menteri seterusnya tetapi katanya, ia adalah sebagai penghormatan kepada Mursyidul Am Pas itu untuk bersuara dalam perkara itu. Tanpa menafikan pengalaman Nik Aziz sejak 22 tahun memerintah Kelantan, Mohd Amar juga berkata, bagaimanapun perkara itu juga akan diputuskan di peringkat kepimpinan teratas parti di samping kesediaan Nik Aziz sendiri. Kelmarin, kira-kira 200 penduduk berhimpun di Bachok, bagi menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen. | ||
Kalimah Allah: Rahmat disebalik gesaan Lim Guan Eng Posted: 19 Jan 2013 09:45 PM PST Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia. Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara. Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam Bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya. Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja. Pembetulan itu dibuat oleh setiausaha politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri Umno, Allahyarham Khir Johari. Rahmat disebalik gesaan Guan Eng Rakyat tahu itu hanya helah menyelamatkan diri bagi Guan Eng. Namun rahmat di sebalik ujian Guan Eng ialah ia menyerlah siapa harus dipertanggungjawabkan memainkan isu sensitive ini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuguhkan supaya mesyuarat khas Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipanggil. Presiden PAS diberi mandat untuk menerangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawasanya menurut konsensus 2010, penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PKR pula mentafsirkan ia sebagai lesen untuk digunakan dalam bible! Semangat "syura bainahum" Dewan Syura Ulama nampaknya mahu menggigit isu kalimah Allah dengan gerahamnya hingga ia berjaya membentangkan kebenaran kepada umat. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat Dewan dengan semangat "syura bainahum" (bermesyuarat di kalangan kamu) dan pasrah bahawa sesiapa sahaja boleh berinteraksi menggunakan istilah Allah namun ia tidak boleh diabadikan dalam bible. Ini kerana pengertian Tuhan dalam bible ialah "tuhan itu ada tiga unsur" walhal dalam Islam Allah itu Esa. Lantas keberangkalian makna istilah Allah itu terpesong atau memesongkan pasti akan lebih kuat menimpa umat Islam daripada penganut Kristian. Jika orang Kristian tergelincir daripada landasan trinity – Tuhan itu Tiga – itu adalah satu rahmah bagi diri dan keluarganya. Bagaimanapun besarlah malapetaka bagi seseorang muslim jika dipengaruhi pengertian Allah dalam bible bahawasanya "Tuhan itu tiga". Segala mudarat wajib dielakkan. PAS mesti tegas dengan uslub ini. Adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik? Namun isunya sekarang ialah adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik untuk menunjukkan kepada kepemimpinan beragama Islam di dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden, Datuk Saifuddin Nasution (setiausaha Agung PKR) dan Dr Mohd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR) bahawa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hampir tiga tahun lalu akan membahayakan akidah umat? Bagaimanapun apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan bahawa PKR menolak pendirian ulama PAS dengan alasan bahawa Dewan ulama hanya sebahagian kecil daripada organisasi PAS maka keputusannya berhubung isu kalimah Allah tidak perlu dipertimbangkan pemakaiannya, maka tanggungjawab memperbetulkan keadaan kini terletak di bahu dua orang pemimpin PAS sahaja. Yang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau perlu dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa partinya tidak lagi menyokong pendirian Pakatan Rakyat 2010. Kedua ialah Mursyidul Am PAS yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Syura Ulama Ahad lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai pengerusi beliau wajib memperjelaskan kepada setiap lapisan ahli PAS bahawa PAS tidak akan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam bible. Tanggungjawab PAS perjelas isu kalimah Allah Ini adalah satu kewajipan untuk menghindarkan krisis aqidah di kalangan umat, Ia adalah jihad. Lari daripada tanggungjawab ini berdosa dan boleh rosak iman! Ketetapan Dewan Syura Ulama perlu dihujahkan dengan jelas. Bahawasanya, bahasa asal kitab Injil (kemudian jadi bible) adalah bahasa Greek atau Latin. Dalam kedua-dua bahasa itu tidak ada istilah Allah. Jadi mengapa di Malaysia orang Kristian mahu menuntut penggunaannya dalam bible? Isunya sekarang bukan kerajaan cuba menginjak hak orang Kristian tidak boleh guna perkataan Allah dalam bible. Ini kerana ia tidak pernah menjadi hak penganut Kristian di mana-mana dan bila-bila jua. Motif PKR memang jelas politik Motif PKR memang jelas politik. Ia mahu menguja pengundi Sabah dan Sarawak yang ramai beragama Kristian untuk merasakan bahawa kejayaan penggunaan nama Allah adalah satu kemenangan simbolik bahawa cengkaman Umno dalam Barisan Nasional terhadap mereka dapat dileraikan. BN mahu terus dikotakkan sebagai musuh pribumi Sabah dan Sarawak dan paling utamanya ia adalah musuh Kristian! Anwar dan Mohd Nur Manuty adalah bekas Presiden ABIM (Angkatan Belia Malaysia). Kini Abim pun sudah berpecah kerana generasi da'ie baru dalam Angkatan itu lebih berilmu dan mengerti mengapa mudarat sebesar kerosakan akidah perlu dihindarkan. Sejak menyertai Umno pada 1981, Anwar tidak pernah menoleh ke belakang dan menghargai idealisme perjuangan Abim. Semasa dalam kerajaan ramai kawan-kawan Abim ditinggalkannya. Saban hari beliau sibuk bertarung dengan politik dalaman Umno hingga menjadi Timbalan Presiden. Kini Anwar sudah terkucil daripada perjuangan Umno. Maka obsesinya sekarang ialah cuba mentelanjangkan kelemahan dan kerapuhan perjuangan Umno. Anwar nampaknya bersedia menggunakan apa jua isu termasuk agama. PAS kini harus insaf bahawa asas perjuangannya ialah membawa khabar gembira melalui Islam dan berpesan supaya umat insaf betapa besarnya amarah Allah jika sesiapa juga mensyirikkan Allah. Allahu Ahad! Sebagai satu gerakan PAS perlu memusatkan kekuatan umat menghadapi cabaran memelihara akidah ini. InsyaAllah perjuangan PAS akan dirahmati Ilahi. Sudah tentu ini lebih luhur dan tulus daripada didorong oleh nafsu mahu berkuasa dan sibuk mengkafirkan orang lain. Ini perjuangan mulia. Ulasan@Antarapos | ||
PAS bidas Karpal, keputusan Majlis Syura kekal Posted: 19 Jan 2013 09:31 PM PST SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula. Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut. "Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord. "Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian. "DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya. | ||
Punca PKR tolak keputusan Majlis Syura PAS... Posted: 19 Jan 2013 09:01 PM PST SHAH ALAM: PKR sepatutnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan tidak wajar memperkecilkan peranan yang dibawa oleh dewan ulama itu dalam usaha melindungi kalimah Allah dari terus disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Datuk Nakhaie Ahmad. Malah, bekas Naib Presiden PAS itu menyifatkan penolakkan PKR berhubung pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagai tindakan terdesak untuk meraih undi bukan Melayu. "Mereka ini main politik sahaja, duduk main tarik tali sahaja antara mereka, PKR takut hilang pengundi.Jadi dia (Azmin) tepaksa cakap begitu balik supaya tidak hilang pengundi di kalangan bukan beragama Islam pula," katanya. "Mereka ini menjadi serba-salah sebab semua perkara hendak dipolitikkan, agama pun hendak dipolitikkan, khalimah Allah pun hendak dipolitikkan sampai tiada batas langsung gara-gara hendak raih undi," katanya kepada Antarapos. Beliau berkata demikian bagi mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura PAS baru-baru ini. Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu. Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung. Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam. Mengulas lanjut tindakan PAS yang terpaksa membuat pusingan-U berhubung isu kalimah Allah, Nakhaie berkata, Majlis Syura parti terpaksa mengambil keputusan sedemikian ekoran desakan pelbagai pihak. "Dari segi itu, mungkin PAS menerima tekanan dari orang ramai, jadi sebab itu dia menukarnya semula mengenai keputusan dengan menyuruh Majlis Syura membetulkan keputusan tersebut," katanya. Antarapos | ||
Artis tempatan teguk arak pucat lesi bila sedar diperhatikan! Posted: 19 Jan 2013 07:31 PM PST Lagi seorang artis kantoi. Rasakan! Itulah, dia ingat kalau berada di luar kota metropolitan Kuala Lumpur, tak akan ada mata-mata yang memerhatikan tingkah lakunya. Bukan main ligat lagi dia menikmati ruang yang disangka 'selamat' itu. Ketika menjayakan penggambaran di sebuah pulau pelancongan popular, dia berkunjung ke kelab pantai yang ada di kawasan itu. Biasalah, bila dah namanya kelab pantai, ia jadi tumpuan ramai pelancong Barat. Di celah-celah mata biru dan hijau itu adalah juga terselit pengunjung tempatan, tetapi jumlahnya tidak ramai. Mungkin kerana itu dia rasa tak ada yang perasan kehadirannya. Kalau dah namanya artis, pasti jadi tumpuan jika ke tempat seperti itu. Alaaa.... kalau ke kedai mamak pun orang pandang, inikan lagi kelab. Dia yang ditemani beberapa rakan asyik menikmati alunan muzik yang bergema kuat di kelab itu sambil minum. Yelah, takkan nak tengok persembahan saja, tekak yang kering kena dibasahkan. Bukan main leka lagi dia meneguk air kencing syaitan tanpa menyedari perlakuannya diperhatikan seseorang dari jauh. Teman CAK itu sengaja ke tempat itu untuk mencari bahan sensasi. Maklumlah, ada produksi menjalankan penggambaran di pulau itu, pasti ada potensi terserempak dengan rakan yang mungkin dikenali. Maklumlah, sama-sama dalam satu industri, pasti banyak cerita boleh dikongsi. Teman CAK hanya mampu tersenyum sumbing kerana tidak menyangka artis yang nampak alim ini rupa-rupanya kaki botol. Untuk mengesahkan perkara itu, dia sengaja lalu di depan artis itu dan bertegur sapa. Berubah air muka artis itu apabila nampak kawan CAK. Menyedari artis itu nampak tidak selesa, teman CAK cepat-cepat ke tandas. Bukan apa, dia geli hati dengan reaksi artis itu. Pucat mukanya macam nampak hantu pocong. Selang beberapa minit, teman CAK keluar dari tandas dan mendapati meja artis itu kosong. Hmmm... takutlah tu. Apa boleh buat dik, dah kantoi pun. Kuang... kuang... kuang... CAK@Metr0 | ||
Wajah mirip ibu alasan bapa gersang 'ratah' tubuh anak gadis sendiri Posted: 19 Jan 2013 06:31 PM PST "Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu," itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali 'dijamah' bapanya. Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bula selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu. "Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu suda tiada. Taksub dengan persaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa. "Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung. "Memang tidak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperi ibu membuatkan ayah berasa sayan pengganti ibu," kata anak sulung daripada empat beradik ini. Akibat kejadian itu, Harlina berkata, dia kini keliri makna kasih sayang dalam hubungan sedarah. "Saya memang sayangkan ayah sebab dia bapa kandung saya, tapi pada masa sama sangat bencikan dia. Hakikat itu sungguh kejam untuk saya pikul. Pernah juga saya menyalahkan takdir kenapa saya perlu menanggung semua ini. "Saya benci dan terlalu malu dengan pengalaman lalu. Perasaan saya setiap kali membayangkan perkara lalma yang pernah terjadi kepada saya umpama bapa memamah daging sendiri. "Dulu karakter ayah sunguh berbeza dan sering menjadi tempat saya bermanja. Tidak sangkan orang yang selama ini saya anggap sebagai pelindung sanggup meratah darah dagingnya sendiri," katanya. Lebih keji, bapa durjana itu bukan setakat menodai anak sulunya, malah anak perempuan bongsunya yang kini berusia tujuh tahun turut dicabul. Tidak tahan selepas hapir setahun diperlakukan sedemikian rupa, Harlina memngadu perbuatan terkutuk bapanya kepada ibu saudara sebelum wanita berkenaan membuat laporan polis. Menurut Harlina, pada mulanya dia tidak memahami kesan perbuatan bapanya, tetapi selepas meningkat dewasa mulai berasa jijik selepas maruahnya dinodai. "Saya masih tak dapat memaafkan dan berkali-kali cuba memikir kenapa dia merogol saya. "Harap-harap dia insaf dalam penjara, tetapi kini saya anggap dia sudah 'mati'. Kini saya mahu mulakan hidup baru dan tolong jangan ingatkan saya mengenainya lagi," katanya yang kini tinggal dengan keluarga angkat bersama adik bongsunya. Metro | ||
Setiap keganasan di perhimpunan berpunca dari polis kata Ambiga Posted: 19 Jan 2013 05:31 PM PST SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mendakwa kejayaan Himpunan Pembangkang atau lebih dikenali dengan nama jolokkan KL112 Sabtu lalu bukanlah daripada keberkesanan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 seperti didakwa beberapa pihak. Sebaliknya, Ambiga menyifatkan ia berjaya kerana sikap polis yang jauh lebih baik berbanding masa-masa lalu. Malah, katanya akta itu telah pun berkuat kuasa semasa Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan April lalu, namun masih terdapat masalah. "Perbezaan utama kali ini memang disebabkan oleh sikap polis itu sendiri dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka. "Tidak syak lagi, akta ini turut membantu untuk mengubah minda polis dan menjadi yang baik. Malah, tanpa kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), tiada meriam air dalam Himpunan Pembangkang turut membantu kelancaran himpunan itu," katanya lapor Sinar Harian. Ambiga sebelum ini mengetuai Himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Himpunan Bersih 3.0 April 2012. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan himpunan pembangkang menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012. Najib berkata, ia merupakan satu bukti semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan serta semangat akta itu. "Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan pembaharuan kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali," kata Najib dalam komen pertamanya selepas Himpunan Pembangkang Sabtu lalu. Mengulas perkara sama, Ambiga menambah, walaupun negara mempunyai undang-undang, namun bagaimana cara pelaksanaan undang-undang itu yang akan menunjukkan perbezaannya. Jelasnya, rakyat yang merupakan peserta himpunan tersebut selayaknya menerima kredit atas kejayaan tanpa sebarang kejadian tidak diingini. "Perkara inilah yang sering kita katakan sebelum ini. Tetapi kita jangan sesekali lupa, lebih 900 kanister gas pemedih mata telah ditembak pada rakyat dan meriam air dalam Bersih 3.0. "Perbezaannya di antara Bersih adalah FRU tidak dibawa ke dalam himpunan pembangkang," katanya lagi. Malah tambah Ambiga, beliau turut tidak bersetuju dengan akta itu kerana ia melarang protes jalanan. "Jangan lupa terdapat lain-lain perhimpunan aman oleh Himpunan Hijau dan Pemuda Umno. Kesemua himpunan itu bermula aman sebelum pihak polis datang menghalang," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan kejayaan himpunan pembangkang disebabkan namanya 'Himpunan Aman' dan bukannya Bersih, Ambiga tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian. Beliau juga mengulangi pendiriannya dengan mendakwa "perhimpunan Bersih sentiasa satu perhimpunan yang aman sehingga pihak polis yang memulakan tindakan ganas." Antarapos |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |